Gambar terakhir Allahyarham Kamarulzaman Abdullah yang aku ambil di
Parlimen ketika Exco kerajaan negeri, Adun, anggota Parlimen, Gegar
termasuk Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum, Datuk Husam
Musa menyerahkan poster ucapan pemimpin terdahulu termasuk Perdana
Menteri kedua, Tun Abdul Razak berhubung royalti petroleum bagi
mengingati ulang tahun ucapan allahyarham pada 12 November 1975.
Allahyarham Kamarulzaman adalah bekas pelajar sekolah Maahad Muhammadi
dan merupakan ketua pengawas pada tahun 1997. Semasa beliau belajar di
USM beliau adalah Presiden Gamis tahun 2001. Dan sebelum meninggalkan
dunia, Allahyarham bekerja Pembantu Khas Datuk Husam Musa.
Pada
pagi itu, arwah datang kepada aku dan bertanyakan aku ada bawa tak
kamera. Aku jawab bawa, dia terus meminta pada aku menangkap gambarnya
dan masih terngiang-ngiang lagi permintaanya menyuruh aku menangkap
gambarnya dengan banyak. Dan kami saling berketawa dengan gurauanya itu.
Tapi tidak aku sangka bahawa gurauannya itu adalah buat kali yang
terakhir.
Allahyarham Kamarulzaman 'wira royalti' Kelantan
dimana kali terakhir Allahyarham menukarkan gambar utama di Facebook
adalah keratan akhbar berkenaan dengan minyak ditemui yang menunjukkan
betapa serius dan mendalamnya dalam perjuangannya menuntut hak royalti
Kelantan.
Menurut Datuk Husam Musa, dimana Allahyarham
Kamarulzaman ini adalah pegawai khasnya yang banyak menyelidik dan
mencari bukti bahawa minyak yang ditemui itu adalah hak milik rakyat
Kelantan.
Kepada seluruh rakyat Kelantan, kita jangan
mensia-siakan perjuangan yang telah dilakukan Allahyarham. Ayuh kita
semua bersatu dan terus berjuang demi mendapatkan hak milik Kelantan.
Dan kepada Najib, lihat dan selamilah bagaimana kami daripada Kelantan
dengan jalan yang agak tidak memuaskan datang ke Kuala Lumpur hanya
ingin memberikan poster Ucapan berkenaan royalti dengan harapan royalti
hak milik Kelantan akan dapat dirasai oleh semua rakyat Kelantan. Dan
hari ini, kami rakyat Kelantan sudah hilang seorang pejuang dan adakah
perjuangan yang dilakukan sahabat kami ini akan dilayan oleh kamu wahai
anak Allahyarham Tun Razak.
Dan jika sudah satu nyawa sudah
pun melayang demi memperjuangkan royalti masih tidak dapat memberi
perhatian Encik Perdana Menteri? Apakah jenis perjuangan lagi yang harus
kita semua lakukan?
Semoga Allahyarham Kamarulzaman ditempatkan orang-orang yang beriman.. (sumber : Jeming Hassan )
1 ulasan:
Catat Ulasan