Antaranya adalah satu
hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, iaitu ketika Nabi SAW ditanya oleh
seseorang dengan katanya, “Wahai Rasulullah, dimana bapaku?”. Nabi SAW
menjawab, “dalam neraka”.
Ketika dia berpaling
pergi, Nabi SAW memanggilnya dan berkata;
إِنَّ أَبِي وَأَبَاكَ فِي النَّارِ
Maksudnya;
“Sesungguhnya bapaku dan bapa kamu
dalam Neraka[1]”
Ramai mengatakan
hadis ini membuktikan bahawa bapa Nabi Muhammad SAW bernama Abdullah bin Abd
al-Muttalib masuk neraka dengan alasan hadis ini. Namun begitu, hadis ini,
walaupun saheh tetapi ia tidak sareh. Ini kerana, disamping ia adalah hadis
ahad, ia juga dilihat bercanggah dengan maksud firman Allah SWT;
وَمَا كُنَّا
مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولًا
Maksudnya;
“Kami tidak
akan meng'azab sebelum Kami mengutus seorang rasul” (Surah al-Isra’, ayat 15)
Menurut
huraian Syaikh Muhammad al-Ghazali, sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, tidak
mempunyai seorang nabi pun, ekoran itu mereka yang berada di zaman itu tidak
boleh dikatakan azab kepada mereka yang berada pada zaman itu[2].
Lalu,
dibahaskan lagi, dinyatakan bahawa maksud dengan “abi” yang bermaksud bapaku
dalam hadis di atas, bukan Abdullah, tetapi bapa saudara Nabi Muhammad SAW,
iaitu Abu Talib. Kerana, Abu Talib mengetahui kebenaran tetapi tetap tidak
memeluk Islam.
Penggunaan
“Abi” atau bapaku ini boleh dirujuk kepada bapa saudara kerana melihat beberapa
bukti. Antaranya adalah;
Firman
Allah;
قَالُوا
نَعْبُدُ إِلَهَكَ وَإِلَهَ آَبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ
إِلَهًا وَاحِدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ
Maksudnya;
“Mereka
menjawab: "Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan BAPA-BAPA KAMU, Ibrahim,
Ismail dan Ishaq, (yaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh
kepada-Nya" (Surah al-Baqarah, ayat 133)
Dalam ayat
ini, Allah SWT guna kalimah “Aba-ik” yang bermaksud bapa-bapa kamu. Lalu
dinyatakan Ibrahim (Datuk Nabi Yaakub), Ismail (bapa saudara Nabi Yaaqub) dan
Ishaq (bapa Nabi Yaaqub). Menunjukkan penggunaan bapa ini tidak dibataskan bapa
sebenar, tetapi boleh digunakan juga kepada bapa saudara[3].
Tanpa
dinafikan, memang di sana terdapat ulama menyatakan bahawa bapa dalam hadis
yang menyatakan sebagai ahli neraka itu merujuk kepada Abdullah. Alasan mereka
bahawa mereka yang berada sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW telah sampai
dakwah Nabi Ibrahim AS[4].
[1]
Muslim, hadis no : 302.
[2]
Kaif Nata’amal Ma’a al-Sunnah al-Nabawiyyah, hlmn 118.
[3]
Ibid, hlmn 117
[4]
Syarh al-Nawawi ‘Ala Sahih al-Muslim, jld 1, hlmn 349.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan