Isnin, 7 Mei 2012

LAILA MAJNUN


Kekayaan keluarga Laila menyebabkan jurang antara dirinya dan Majnun diwujudkan. Bapa Laila mengetahui hubungan laila dan Majnun, menyebabkan bapanya telah kurung laila di rumah agar laila tidak lagi dapat bertemu dengan majnun.

Laila dan Majnun merasakan cukup derita. Kerinduan antara mereka semakin menjadi-jadi. Bagi meredakan rindu, Majnun selalu berkunjung ke rumah laila. Walaupun tidak dapat melihat wajah laila yang dikurung dalam rumah, melihat kepada bumbung rumah si laila pun sudah cukup bagi Majnun melegakan kemeluapan perasaan rindunya.

Si laila pula, pada setiap masa sentiasa berada di tingkap rumahnya. Di celah lubang-lubang tingkap, dia sentiasa menunggu kedatangan Majnun. Walaupun dia tahu bahawa majnun tidak dapat melihatnya, tetapi dengan dia Nampak melihat majnun itu sudah cukup meredakan perasanaan rindunya terhadap Majnun.

Menariknya, walaupun tak dapat melihat wajah si Laila, perasaan rindu si Majnun itu dapat diredakan dengan melihat kepada bumbung rumah si laila sahaja.

Mungkin itu yang kita fikirkan tentang kisah cinta Laila dan Majnun, tetapi pernah tak kita fikirkan kisah cinta kita dengan Tuhan?

Kita tidak Nampak Allah, namun kita ada solat; kita tidak Nampak Allah, namun kita ada Kaabah; kita tidak Nampak Allah, namun kita ada ibadat-ibadat.

Moga-moga rindu kita kepada Allah dapat diredakan dengan semua ini. tetapi, kerinduan yang sebenar akan dapat kita lepaskan apabila kita berjumpa dengan-Nya di akhirat kelak, Insya Allah.

Wallahu ‘Alam



Tiada ulasan: