Jejaka tua berkenan
kepada anak gadis cun. Berkali-kali mengorat, tetapi tidak tergoda langsung. Almaklumlah,
tua kerepot, perangai pula buruk. Berak merata-rata, kencing tidak terjaga,
sudah pakai pampers, tetapi ada hati nak kahwin dengan anak gadis sunti.
Berkali-kali berusaha,
tetapi tidak berjaya juga. Tujuannya untuk merosakan masa depan si anak gadis. Bukan
mahukan sangat kepada anak gadis itu. Ini kerana, dengan umur yang begitu tua,
mustahil mampu memberikan nafkah batin.
Namun, buruk perangai
masih ada. Walaupun tua, tapi nafsu buas tetap wujud, maka tidak dapat
memberikan hak nafkah batin pun tak mengapa, sekurang-kurangnya dapat merosakan
masa depan si anak gadis pun sudah memadai.
Apabila sudah berusaha
berkali-kali, namun tetap gagal, maka dipengaruhi imam di kampong supaya
menjayakan agenda. Imam pula sememangnya sejak dahulu berkawan rapat, maka
dengan jawatan imam, agama dijadikan bahan jualan. Didakwa si tua Bangka sebagai
beragama, tidak pernah tinggalkan surau dan masjid untuk menunaikan solat
jemaah, walhal semua mengetahui, si tua Bangka datang ke masjid dan surau,
bukan untuk menunaikan solat, tetapi mencuri selipar yang cantik bagi
pengunjung surau dan masjid.
Begitulah si tua yang
bernama UMNO yang sedang berusaha hendak merosakan masa depan si anak gadis
bernama PAS. Mengenangkan berkali-kali berusaha hendak mengajar “berzina” atas
nama muzakarah ditolak si gadis sunti, maka terpaksa mempergunakan agama bagi
menjayakan usaha jahat.
Imam bernama mufti
perak menjadi balaci jahat. Berbekalkan jenama mufti perak menyerang si anak
gadis sunti. Jenama agama menjadi bahan jual beli. Atas nama agama, si anak
gadis difitnah dengan berbagai-bagai fitnah jahat.
Tindakan mufti perak
telah diketahui umum sebagai salah. Walaupun atas nama penyatuan dan bangsa
melayu, zina tetap zina, walaupun dinamakan muzakarah sekalipun. Walaupun mufti
menyatakan si tua Bangka bernama UMNo itu adalah kaki surau dan masjid, tetapi
umum mengetahui, si tua Bangka itu adalah pencuri dan perompak berlesen.
Sekian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan