Apabila ibu atau bapanya menyuruh dia menunaikan solat. Dia akan masuk
ke dalam bilik dan tutup pintu rapat-rapat. Dia diam dalam bilik dengan tidur
sahaja. Apabila ibunya bertanya, apakah dia sudah menunaikan solat. Tanpa timbul
perasaan bersalah, dia menipu ibunya dengan menyatakan bahawa dia sudah
menunaikan solat.
Ternyata Allah maha berkuasa. Pergerakan hati itu dibawah kekuasaan-Nya.
Dia memberi hidayah kepada siapa yang Dia sayang. Mereka yang terpilih, wajar
bersyukur kepada-Nya.
Marzuki ditimpa kemalangan yang agak hebat. Dia dimasukkan dalam
hospital. Dia koma hampir seminggu.
Ketika dalam wad, dia dijaga oleh seorang jururawat berpakaian muslimat.
Wajahnya ayu, cantik dan menawan. Melihat kepada gaya bercakap dan tingkah laku
jururawat itu, hati marzuki mula terusik. Hatinya mula tertarik.
Jururawat itu bernama Aminah. Apabila jururawat lain merawatnya, hatinya
sering merasa “frust”. Namun, melihat Aminah, hatinya cukup berbunga kegirangan
dan gembira sekali.
Dia menanam hasrat untuk memperisterikan Aminah, namun tidak tahu
bagaimana hendak menyampaikan kepada Aminah akan hasrat hatinya. Dia sentiasa
berharap agar suatu masa nanti, dia Berjaya menyatakan hasratnya kepada Aminah,
seterusnya memperisterikan Aminah. Cinta Marzuki suci. Cintanya tidak
mengharapkan balasan.
Dalam rindu dendam sering berlegar dalam diri Marzuki, satu hari Aminah
dilihat dikunjungi seorang jejaka. Melihat keadaan itu, perasaan cemburu mula
tertimbul dalam diri Marzuki. Hatinya tidak tenang melihat keadaan itu.
Dia mula merisik dan bertanya khabar tentang hal itu. Ternyata, berita
yang dia dapat bahawa Aminah sudah bertunang. Dia pasrah dengan berita itu.
Hatinya begitu remuk sekali. Sedih dan pasrah semakin menekan jiwanya. Dalam
keadaan begitu, tidak semena-mena, hati kecilnya berdoa, “wahai Tuhan, kuatkan
hatiku ini”
Setelah mengungkapkan doa itu, dia tersentak. Dia terkejut, dalam
keadaan tanpa dia sedari, dia telah mengakui bahawa kewujudan Tuhan. Ternyata,
tuhan itu tidak boleh dibuang dalam hidup manusia.
Manusia lupa tuhan, malahan boleh menganggap tiada, ketika mereka dalam
kesenangan. Tetapi, dikala mereka susah, tanpa mereka sedari, tuhan yang mereka
tolak itu adalah tempat mereka memohon harap.
Wahai Tuhan !! kuatkan iman kami.. Amin..
Sekian
Wallahu alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan