Khamis, 7 Jun 2012

PEROKOK TEGAR


Seorang perokok tegar bercita-cita untuk berhenti merokok. Sudah lama dia menanamkan hasrat itu, tetapi belum juga berjaya sepenuhnya. Walaubagaimanapun, semakin hari semakin berkurangan.

Semasa dia sudah berhenti merokok, dia masih lagi berkawan dengan rakan-rakan yang merokok. Dilihat rakan merokok, bibirnya terasa seperti air liurnya meleleh. Semakin dilihat, semakin terkesan pada hidupnya. Makanya, bagi menghilangkan ‘gian’, dia pun mengambil sebatang rokok, diletakkan dibibirnya tanpa dinyalakan api.

Dalam keadaan begitu, dia merasa bersalah, tetapi tetap berazam untuk berhenti dari merokok, sehinggakan satu ketika itu, dia melihat orang yang merokok pun, tidak menarik minatnya untuk merokok lagi.

Begitujuga bagi orang yang berdosa. Apabila dia sudah bertaubat, dia sudah berazam tidak mahu mengulangi dosa-dosa yang lalu. Namun, kala rakan-rakan di sekelilingnya dilihatnya sedang melakukan maksiat, kadangkala memberi pengaruh kepada dirinya untuk mengulangi balik dosanya itu. Dia turut melakukannya, tetapi selepas melakukan dosa tersebut, hatinya merasa cukup bersalah dengan tuhan.

Namun begitu, dia tetap berusaha lagi untuk berhenti dari mengulangi dosa dengan cara berkawan dengan orang-orang bertaqwa. Akhirnya, tindakannya itu memberi kesan pada dirinya sehinggakan maksiat itu sudah tidak terlintas langsung untuk dilakukannya.

Haraplah pengampunan ilahi. Haraplah anugerah kekuasaan ilahi. Haraplah bimbingan ilahi. Mudah-mudahan berjaya dalam menerusi hidup di dunia yang fana’ ini.

Wallahu ‘Alam



Tiada ulasan: