BN jadikan mahasiswa
sebagai mangsa balas dendam dengan PR. Ekoran tuntutan pendidikan percuma dari
mahasiswa, lalu tuntutan itu disokong oleh kerajaan PR, makanya BN tidak
berpuas hati. Mereka jadikan mahasiswa yang belajar di Universiti kelolaan
kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sebagai mangsa. (baca sini)
MB Selangor, Tan Sri
Khalid mahir ekonomi. Isu rakyat yang melibatkan mahaasiswa UNISEL ini tidak
dipandang sepi oleh kerajaan negeri Selangor pimpinan PR. Makanya, Tan Sri
Khalid telah membuat keputusan untuk bertindak. Iaitu, mencairkan eset UNISEL
untuk membantu pelajar yang dijadikan mangsa oleh BN. (baca sini)
Sebelum Tan Sri Khalid
buat kenyataan sebegitu, Muhyiddin Yasin telah menegluarkan kenyataan yang
cukup sial, yang tiada yang tidak sial kecuali semuanya sial-sial belaka. Iaitu
menyifatkan tindakan Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa
Universiti Industri Selangor (Unisel) sebagai "adil" kerana ia hanya
reaksi kepada dasar PKR. (sila baca sini)
Bila
kemukakan soal adil, ini gambaran tindakan yang paling sial tahap gaban yang
dibuat oleh timbalan perdana Menteri tersebut. Kalau soal adil yang
dikemukakan, Dicadangkan
autonomi dari sudut pengurusan
ekonomi, iaitu semua sumber dari negeri pakatan rakyat, seperti road tax,
minyak, galian, gas, cukai pendapatan penduduk negeri selangor, cukai jalan yang
dibayar oleh rakyat Selangor dan apa saja cukai yang dikutip oleh kerajaan persekutuan
di negeri-negeri pakatan rakyat dipulangkan kepada kerajaan negeri yang
dikuasai oleh Pakatan Rakyat, lalu di uruskan oleh kerajaan pakatan rakyat
sendiri, tanpa melibatkan kepada kerajaan BN. Dan kerajaan BN pula, sumber
ekonomi mereka dari negeri mereka sendiri.
Kemudian dari itu, kita buat bandingan, antara kerajaan BN
dan PR, mana yang dapat menawarkan kebajikan kepada rakyat yang lebih baik.
Selepas dari itu, baru la Muhyiddin Yasin layak bercakap soal ADIL
Agak-agak kerajaan BN
berani?
Baca sama;
Sekian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan