Rabu, 25 Mac 2009

TKO MEMBANTUTKAN DAKWAH????

Faizal Tahir dan keluarga bahagia
TKO MEMBANTUTKAN DAKWAH????

Tranungkite adalah lamanweb politik yang dikuasai oleh PAS. ia kepunyaan Dewan Pemuda PAS kawasan Dungun. Tahniah atas usaha Pemuda PAS itu.

Pun begitu, berita dari Pas Johor yang bertajuk “Islam Awang Liku Versi Najib Ganti Islam Hadhari”, yang diterbitkan oleh Tranungkite pada hari ini, mempunyai nilai ulasan yang boleh dipuji, tetapi dilihat agak kurang bijak, apabila gambar Saudara Faizal Tahir yang buka baju dipaparkan.

Aku adalah orang yang agak rapat dengan keluarga Faisal Tahir. Secara personal, aku agak kenal Faizal Tahir, walaupun kami tidak begitu rapat.

Walaupun kisah silam, Faizal Tahir dilihat sebagai “orang yang berdosa”, tetapi sekarang beliau adalah orang yang sedang dalam “proses untuk berubah”.

Beliau adalah orang yang tidak mengundi UMNO/BN, malahan membenci. Tetapi, keadaan ini tidak pernah difikirkan oleh orang-orang PAS sekarang yang mendakwa berdakwah.
Aku memandang, Faizal adalah eset berharga untuk menarik pengaruh anak-anak muda kini kepada Islam. Sepatutnya, Faizal perlu dijadikan senjata berharga dalam menarik pengaruh mereka kepada Islam. lebih-lebih lagi, beliau dalam “proses berubah”.

Pernah kita berfikir, Faizal mempunyai peminat yang ramai, sudah tentu dengan berjaya meng”islam”kan lagu-lagu nyanyian Faizal akan menghasilkan kejayaan meng”islam”kan peminat-peminat Faizal. Walaupun tidak berjaya secara penuh, sekurang-kurangnya sikit pun sudah memadai.

Bak kata kaedah fiqh;

لا يدرك كله لا يترك كله

Maksudnya;
“tidak mendapati semuanya dengan tidak menolak semuanya”

Tetapi, apabila gambar “dosa silam” dipaparkan oleh lamanweb yang kepunyaan PAS, ini merupakan tindakan yang sedang membantutkan proses untuk menjayakan dakwah islamiyyah terhadap anak-anak muda.

Kalau pun TKO tidak mahu berusaha hendak meng”islam”kan peminat-peminat Faizal, diharapkan jangan menjadi penghalang usaha individu tertentu yang berusaha untuk meng”islam”kan mereka.

Faizal kini sudah tidak lagi melakukan tindakan yang sensitive, tetapi persoalannya, mengapa dosa lama ini diungkit-ungkitkan lagi. Jika beliau masih lagi tidak berubah, lalu mahu dipaparkan juga, terpulanglah kepada kebijaksanaan kita dalam memaparkan gambar-gambar sebegitu atau tidak.

Aku harap, TKO lebih bijak dalam memaparkan gambar-gambar dalam web mereka di masa akan datang. Dicadangkan, gambar “dosa silam” yang telah dipaparkan itu dibuang, kerana ianya telah berjaya melukakan hati insan-insan yang tidak bersalah dan tidak berdosa, bahkan dalam usaha mereka menuju kepada Allah.

Nabi SAW ada bersabda :

كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ

Maksudnya;
“Setiap umatku bisa diampunkan melainkan mereka yang menzahirkan maksiat yang dilakukan
[1]

Sabda nabi SAW lagi;

مَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya;
”Barangsiapa yang menutupi aib saudaranya yang Islam, pasti Allah akan menutup aibnya pada hari akhirat nanti
[2]

Memang hadis ini ada perbahasan, iaitu dalam keadaan tertentu, boleh dibuka aib seseorang. Pun begitu, mendedahkan aib orang yang sedang dalam proses menuju kepada kebaikan akan mengakibatkan mudharat yang lebih besar. Sudah pasti, tindakan itu adalah dosa disisi Allah SWT.

Sekian
P/s : jangan disebabkan kebodohan kita menjadi punca manusia jauh dari Islam


Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
25 mac 2009 * 6:08 petang







[1] Sahih Al-Bukhari : 5608.
[2] Sahih Al-Bukhari : 2262.

Selasa, 24 Mac 2009

APABILA “ANAK UBAI” CERAMAH AGAMA

APABILA “ANAK UBAI” CERAMAH AGAMA

Utusan Meroyan melaporkan;

“KUALA LUMPUR 24 Mac — Orang Melayu perlu kembali kepada ajaran Islam dan tidak terjebak kepada budaya fitnah memfitnah yang semakin menghimpit perpaduan kaum itu sejak akhir-akhir ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata sebaliknya orang Melayu perlu menjalani proses muhasabah dan introspeksi untuk kembali ke pangkal jalan dengan bersatupadu
[1]

KOMEN:

Najib kata, orang melayu kena kembali kepada Islam. terkejut biawak kepada sesiapa yang mendengarnya. Sejak bila barua ni pandai cakap Islam pula ni???

Masa PRK Pangkalan Pasir dulu, barua ni kata, masa mengundi tidak ada unsur dosa dan pahala. Cakap macam tu, bermakna, menafikan islam dalam sudut politik.

Hari ini pula, dia cakap, kena kembali kepada Islam.. bagusla tu.. dah bertaubat kot???.

Tapi kan, Kalau kembali kepada Islam, kena keluar UMNO dan pakat-pakat masuk PAS. Kalau duduk dalam UMNO, pastu cakap kena kembali kepada Islam. itu bukan seruan yang ikhlas, tapi seruan hipokrit ala anak lelaki ubai bin salul.

Kalau UMNO cakap Islam, sama seperti orang minum arak dalam gelas arcopal. Macam daging babi dalam tin sardin. Lepas tu, dibubuh lebel ”halal” pula. Itulah perumpamaan najib yang UMNO bercakap Islam.

Sebenarnya, semua itu tak pelik.. sebab Abdullah bin Ubai bin Salul dahulu, dalam saf solat jemaah betul-betul dibelakang Nabi SAW.

Sekian

P/s : hilang sudah “Islam Hadhari”, “islam Awang liku” semakin hampir menjengah

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
25 mac 2009 * 1:34 pagi





[1]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0324&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_28.htm

BERKAWAN DENGAN DAP, BERMUSUH DENGAN UMNO

BERKAWAN DENGAN DAP, BERMUSUH DENGAN UMNO

Ada orang kita berpendapat. Kita sepatutnya berkawan dengan UMNO, sebab UMNO orang Islam. Kita kena gaduh dengan DAP, sebab DAP bukan orang Islam.

Soalan sebegini dilontarkan kepadaku. Jawapan aku;

”Orang yang kata UMNO adalah kawan sebab mereka beragama Islam, dan lawan DAP sebab mereka tidak beragama Islam, adalah pemikiran yang tidak berasaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah”.

UMNO parti orang melayu. rata-rata orang melayu beragama Islam (bukan semua). Tapi kena ingat, orang Islam ada dua jenis pula, iaitu islam yang mukmin, satu lagi munafiq.

Walaupun UMNO parti orang melayu, bukan bermakna UMNO itu parti Islam. Nisbah parti, parti non islam juga, seperti parti DAP. Bukti UMNO parti non islam, Al-Quran dan As-Sunnah bukan asas perlembagaan parti.

Masalah yang timbul adalah, orang UMNO. Apabila mereka duduk dalam parti UMNO (parti non Islam), apakah mereka jadi non muslim???

Keadaan mereka, sama lah kita kata, orang melayu yang duduk dalam parti DAP. Samalah seperti Dr Nasir Hashim menjadi pendokong parti Sosialis (PSM).

Dari segi status parti, UMNO dan DAP adalah sama. Perjuangan kedua-dua parti, bukan Islam. (bahasa kasar : kedua-duanya adalah parti kafir)

Masalah kita sekarang, orang UMNO dan Orang DAP.

Orang UMNO, ramai beragama Islam. Dan orang DAP ramai yang tidak beragama islam.

Walaupun orang UMNO beragama Islam, tapi mereka munafiq, suka bermuka-muka. Adapun orang DAP, walaupun mereka non Muslim, tapi mereka ada ketelusan, tidak bermuka-muka.

Bertembung antara dua jenis manusia ini, lebih baik kita berkawan dengan orang non muslim yang telus, yang tidak bermuka-muka berbanding berkawan dengan orang Islam tapi munafiq, iaitu bermuka-muka.

Imam Fakhr Ar-Razi ada menyebut dalam kitab ”At-Tafsir Al-Kabir” dengan katanya,;

”orang munafiq lebih jahat dari orang kafir. Orang munafiq lebih berbahaya dari orang kafir. Orang munafiq, azab mereka lebih berat dari azab orang kafir”.

Dalilnya adalah;

Firman Allah;

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ

Maksudnya;
”Sesungguhnya orang munafiq, tempat mereka adalah yang paling bawah sekali dalam neraka (tempat yang paling panas)”

(Surah An-Nisa’ : 145)

Firman Allah;

إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

Maksudnya;
”Sesungguhnya Allah himpun orang munafiq dan orang kafir, semuanya dalam neraka”

(Surah An-Nisa; 140)

Allah dahulukan menyebut orang munafiq berbanding menyebut orang kafir. Menandakan azab terhadap orang munafiq lagi hebat dari azab orang kafir.

Kalau azab orang munafiq lagi hebat dari azab orang kafir, bermakna, kafirnya orang munafiq lagi berat berbanding kafirnya orang yang sememangnya kafir.

Tambah-tambah lagi, orang DAP dulu tak sokong Islam sebab UMNO putar belit pasal Islam. Mereka terkeliru dengan Islam. Sekarang, DAP dah mula faham Islam, iaitu semenjak kawan dengan PAS dan PKR. Walaupun tak banyak, sikit pun sudah layak diberikan pujian. Sebab, mereka masih belum islam lagi.

Oleh itu, kalau ada orang ajak berkawan dengan parti UMNO, dan tinggalkan dari berkawan dengan parti DAP. Orang itu hendaklah disuruh belajar Al-Quran dan As-Sunnah lagi.

Ini kerana, penilaian antara dua parti ini, UMNO lebih kafir dari DAP.

Kita berkawan dengan DAP, sebab kita nak dakwah islam kepada mereka. Sebab mereka orang yang kosong tentang Islam. Adapun kita serang UMNO, sebab mereka munafiq. Mereka sudah faham Islam, tapi degil dengan Islam.

Ajaran Al-Quran, kalau berjumpa dengan orang yang tak faham Islam, kita kena berlembut dengan mereka. Adapun jika berjumpa dengan orang yang sudah faham islam, tapi degil juga, kita kena keras dengan mereka.

Sila baca ulasan Al-Quran;
http://g-82.blogspot.com/2009/01/tadabbur-al-quran-siri-1.html


Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
24 mac 2009 * 4:05 petang

Isnin, 23 Mac 2009

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 22

MEMBELAI ISTERI

Membelai isteri memperlihatkan isteri mendapat pembelaan. Suami yang membelai bisa digambarkan sebagai pendekar yang sedang mempertahankan permaisurinya.

Rasa mendapat pembelaan merupakan satu wajah dalaman hati perempuan bahawa mereka sedang dihargai. Dari situ, bermulanya kebahagiaan hidup.

Rasulullah SAW telah membuktikan kebahagiaan bentuk ini. diamalkan sebagai rutin harian, walaupun terpaksa berhadapan dengan masa sebuk yang keterlaluan.

Aisyah R.ha berkata;

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ يَوْمٍ إِلَّا وَهُوَ يَطُوفُ عَلَيْنَا جَمِيعًا امْرَأَةً امْرَأَةً فَيَدْنُو وَيَلْمِسُ مِنْ غَيْرِ مَسِيسٍ حَتَّى يُفْضِيَ إِلَى الَّتِي هُوَ يَوْمُهَا فَيَبِيتَ عِنْدَهَا

Maksudnya;
“Nabi SAW sentiasa mengelilingi isteri-isteri baginda seorang demi seorang. Baginda SAW menghampiri kami dan membelai kami tanpa menyetubungi hinggalah Baginda SAW sampai ke rumah isteri yang masa gilirannya, maka dia bermalam disitu
[1]

Amat nyata, Nabi SAW tidak pernah mengabaikan perasaan hati para isteri, walaupun itu bukan malam gilirannya. Baginda SAW yang berpoligami, akan mengelilingi rumah para isteri semata-mata membelai mereka. sesampai di rumah isteri yang merupakan malam gilirannya, baru Baginda SAW bermalam di situ.

Tindakan Nabi SAW itu, bukanlah dilakukan secara bermusim, tetapi rutin harian. Nabi melakukan demikian, kerana tidak mahu “tawar hati” dalam hati para isteri, walaupun dalam masa sehari sekalipun.

Perhatian dalam dakwah, tidak mengabaikan Nabi terhadap para isteri. Ekoran itu tidak hairan, Allah memberikan izin kepada nabi berpoligami lebih dari umat.

Kepada para suami, jadikan hadis ini sebagai tauladan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berpoligami. Isteri adalah sebahagian dari kehidupan. Gembira mereka adalah gembira suami. Sedih mereka adalah sedih suami.

Jika isteri bersedih, membuatkan banyak perkara dalam urusan rumah tangga dilakukan dengan tidak ikhlas. Wujudnya tidak ikhlas itu, merupakan bibit permulaan krisis rumah tangga.

Justeru, keikhlasan antara suami isteri perlu dibina. Antara cara yang ditunjukkan oleh Nabi adalah, perhatian yang sewajarnya diberi, seperti belaian isteri tidak diabaikan.

Belaian ini, tidak semestinya datang dari suami, bahkan isteri juga perlu membelai suami. Belaian yang diberi, hendaklah bersesuaian dengan mood suami, agar belaian yang diberi hendaklah dipastikan mendapat kebahagiaan dalam rumahtangga.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
24 mac 2009 * 2:45 petang



[1] Musnad Ahmad : 23621.

KUASA OH KUASA….

KUASA OH KUASA….

Kadang-kadang terfikir persoalan bodoh. Apabila jam kita tidak betul dengan masanya, mana satukah yang perlu dibaiki?? Matahari atau jam???

Begitujuga, apabila seluar yang kita pakai tu singkat sangat. Mana satu yang perlu dibaiki, apakah kain seluar itu perlu ditambah atau kaki kita yang perlu dipotong???

Kita nak minum air. Air tersebut bisa masuk ke dalam mulut dengan apa-apa jenis gelas sekalipun. Oleh itu, antara dua perkara, mana satukah yang patut kita perbalahkan???

Apakah kita perlu berbalah disebabkan jenis-jenis gelas atau kita berbalah, apakah air tersebut masuk ke dalam mulut kita??
orang berebut kuasa. Apa tujuan berebut kuasa, sedangkan masih lagi tidak mampu melaksanakan amanah. Jika tidak mampu melaksanakan amanah, apakah kehadiran kita itu pula melahirkan maslahat lebih besar???

Jika ianya tidak wujud, buat apa pertahankan kuasa. Jika pertahankan juga kuasa, apakah tujuannya yang sebenar???

Kaedah asas amat senang. Bila tidak mampu, baik tidak pertahankan kuasa. Letak jawatan. Pun begitu, bila masih tidak mampu, tetapi tetap pertahankan kuasa. Maka itu adalah perkara pelik bin ajaib.

Asasnya, kuasa adalah untuk menunaikan perintah Allah. Memberikan kebajikan kepada rakyat. Membantu orang yang susah. Itulah matlamat kuasa.

Pun begitu, amat memelikkan, apabila wujud manusia yang tidak pernah menunaikan matlamat dikala berkuasa dahulu, tiba-tiba dia berperang demi mempertahankan kuasa. Apakah tujuan sebenar dia mempertahankan kuasa itu???

Masalah rakyat tidak tertunai. Dakwah Islam tidak berjalan. Tiba-tiba dia masih tetap mempertahankan kuasa. Apakah itu sudah boleh disebut pengkhianat kepada kuasa???

Apabila dikritik demi mempertahankan rakyat dan mempertahankan dakwah Islam. Orang yang mengkritik dilebel sebagai karut. Tetapi, jika tindakan yang sama dilakukan terhadap musuh, maka tindakan itu dianggap hero.

”kalau gu kawe buat, semuanya betul belako”. Bukankah itulah ungkapan yang mengandungi makna assobiyyah????

Apa makna assobiyyah pula??? Jawapan nabi adalah, membantu orang melakukan kezaliman.

Bermakna, kalau kawan kita buat tak betul. Kita sokong tidak betul itu. itulah disebut sebagai assobiyyah. Atau mafhum Mukhalafahnya pula, kalau kawan kita buat tak betul, kita kritik, maka itulah bukan assobiyyah.

Nabi tak mengaku umat bagi mereka yang assobiyyah. Justeru, assobiyyah adalah haram.

Oleh itu, apa yang patut kita pertahankan dalam hal ini?? apakah matlamat atau wadah yang menuju kepada matlamat????

Dengan demikian, apabila jam kita rosak, pastikan kita membaiki jam, bukan membaiki matahari. Apabila seluar kita singkat, pastikan kita tambah kain untuk labuhkan seluar yang singkat, bukannya kita memotong kaki agar kaki kita sama panjang dengan seluar.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

bakistani_blog@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
24 mac 2009 * 2:23 pagi


Ahad, 22 Mac 2009

DIUGUT ATAU UGUTAN YANG DIRANCANG??


DIUGUT ATAU UGUTAN YANG DIRANCANG??

Malaysiakini melaporkan;

“Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, hari ini membuat laporan polis terhadap penulis sebuah buku yang dikatakan mengugut dan memfitnah beliau
[1]

KOMEN

Perang di Palestine, iraq, Afghanistan dan lain-lain, senjata dalam peperangan adalah senapang, pistol, C4 dll. Adapun dalam perang dalam sistem demokrasi, senjatanya adalah pengundi (baca : rakyat)

Khairi Jamaluddin amat masyhur dengan berani. Kalau tidak berani, masakan dia bersedia berdebat dengan Husam Musa di kelantan baru-baru ini.

Khairi juga, antara anak muda dalam UMNO yang dilihat agak agrasif. Banyak tindakan beliau yang bersifat provokasi-provokasi yang memperlihatkan beliau mula mendapat tempat di mata-mata ahli politik di Malaysia, sama ada dari PR, lebih-lebih lagi dari BN, khususnya UMNO.

Pemilihan UMNO semakin hampir. Khairi juga akan bertanding dalam pemilihan tersebut bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. Pak Lah yang merupakan bapa mertua Khairi dah jatuh dari Presiden UMNO. Cumanya, tidak diketahui lagi status jawatan Perdana Menteri, apakah diletakkan atau tidak.

Jatuh Pak Lah, bermakna jatuhlah Khairi. Lebih-lebih lagi kalau Najib yang merupakan proxy Mahathir naik. Mahathir benci Khairy, sudah pasti Najib pun benci Khairy.

Bermakna, naik Najib, maka masa depan politik khairy dalam bahaya. Ini kerana, khairy hidup dalam politik kerana bergayut pada dahan bapa mertua.

Pengaruh Khairy, Khir Toyo dan Mukriz dalam merebut Ketua Pemuda UMNO agak sengit. Khir Toyo anak buah Mahathir, sama juga Mukriz yang merupakan anak mahathir. Tetapi, Khairy??? Musuh ketat Mahathir. Ini kebimbangan bagi politik Khairy.

Oleh itu, Khairy kena fikirkan tindakan yang paling berkesan agar beliau boleh naik jadi Ketua Pemuda UMNO. Bagaimana???

Undi perwakilan adalah perkara penting. Oleh itu, hati pengundi perlu di kuasai. Cumanya, bagaimana mahu menguasai hati-hati pengundi-pengundi, agar undi Khir Toyo dan Mukriz akan dapat dikuasai Khairy???

Caranya banyak. Ada dengan rasuah kepada perwakilan. Ada dengan timbulkan perasaan kagum dalam hati perwakilan. Ada pula dengan cara menimbulkan perasaan “kesian” dalam jiwa perwakilan.

Oleh itu, tindakan khairy membuat laporan polis terhadap penulis buku “tuah & Sial” yang kononnya mengugut beliau beri RM 100 ribu amat meragukan.

Apakah ia adalah taktik propaganda yang dimainkan oleh Khairy bagi mendapatkan undi dalam pemilihan ketua Pemuda UMNO???

Apakah laporan polis itu dengan tujuan untuk Khairy menjadi perhatian perwakilan, menyebabkan Khairy akan dirasakan seperti hero disebabkan beliau diugut sedemikian rupa??? Apabila Khairy dilihat sebagai hero, sudah pasti perwakilan mengkagumi beliau, seterusnya memberi undi kepada Khairy.
atau, ia adalah tindakan untuk nak "Cover line" terhadap kisah benar yang terkandung daam buku tersebut??. ini kerana, bimbang jika buku itu berjaya disebarkan, maka masa depan Khairy akan luput.
Nampaknya, khairy tidak menari dengan gendang yang dipukul, tetapi turut sama memukul gendang, agar perwakilan menari dengan pukulan gendang Khairy.
persoalannya, apakah gendang khairy nanti berjaya menyebabkan perwakilan menari ?? Jika "game" khairy ini tidak berjaya, apa akan jadi dengan masa depan Khairy....

Pada UMNO, tindakan ini tidak pelik berlaku dalam pemilihan mereka. Tetapi, tindakan sebegini amat mustahil berlaku dalam PAS yang sering menolak jawatan walau diberi sekalipun.

Pada UMNO, tidak ada istilah halal dan haram dalam kehidupan mereka. Jika wujud pun, halal dan haram dari perspektif parti, bukan dari perspektif dosa dan pahala.

Maklumlah.. UMNO adalah jijik dan kotor....

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
23 mac 2009 * 9:19 pagi



[1] http://www.malaysiakini.com/news/100737

TADABBUR AL-QURAN : SIRI 13 : KESUSAHAN DAKWAH NABI NUH

KESUSAHAN DAKWAH NABI NUH A.S

Firman Allah;

إِنَّا أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَى قَوْمِهِ أَنْ أَنْذِرْ قَوْمَكَ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ * قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي لَكُمْ نَذِيرٌ مُبِينٌ * أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاتَّقُوهُ وَأَطِيعُونِ * يَغْفِرْ لَكُمْ مِنْ ذُنُوبِكُمْ وَيُؤَخِّرْكُمْ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى إِنَّ أَجَلَ اللَّهِ إِذَا جَاءَ لَا يُؤَخَّرُ لَوْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ * قَالَ رَبِّ إِنِّي دَعَوْتُ قَوْمِي لَيْلًا وَنَهَارًا * فَلَمْ يَزِدْهُمْ دُعَائِي إِلَّا فِرَارًا * وَإِنِّي كُلَّمَا دَعَوْتُهُمْ لِتَغْفِرَ لَهُمْ جَعَلُوا أَصَابِعَهُمْ فِي آَذَانِهِمْ وَاسْتَغْشَوْا ثِيَابَهُمْ وَأَصَرُّوا وَاسْتَكْبَرُوا اسْتِكْبَارًا * ثُمَّ إِنِّي دَعَوْتُهُمْ جِهَارًا* ثُمَّ إِنِّي أَعْلَنْتُ لَهُمْ وَأَسْرَرْتُ لَهُمْ إِسْرَارًا

Maksudnya;
“Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya (dengan memerintahkan): "Berilah kaummu peringatan sebelum datang kepadanya azab yang pedih" * Nuh berkata: "Hai kaumku, sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang menjelaskan kepada kamu * (yaitu) sembahlah olehmu Allah, bertakwalah kepada-Nya dan taatlah kepadaku * Niscaya Allah akan mengampuni sebagian dosa-dosamu dan menangguhkan kamu sampai kepada waktu yang ditentukan. Sesungguhnya ketetapan Allah apabila telah datang tidak dapat ditangguhkan, kalau kamu mengetahui * Nuh berkata: "Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang * maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran). * Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (kemukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan sangat * Kemudian sesungguhnya aku telah menyeru mereka (kepada iman) dengan cara terang-terangan * kemudian sesungguhnya aku (menyeru) mereka (lagi) dengan terang-terangan dan dengan diam-diam”

(surah Nuh : 1-9)

HURAIAN

Nabi Nuh A.S adalah Nabi keempat selepas Nabi Adam, Nabi Syits dan Nabi Idris. Bapa baginda bernama Lamik bin Metusyalih bin Idris. Bermakna, Nabi Nuh A.S adalah cicit kepada nabi Idris A.S.

Baginda dilantik menjadi Nabi, dikala umatnya berada dalam “fatrah” ketiadaan Nabi. Ekoran dari itulah, umatnya banyak melakukan syirik kepada Allah, melakukan dosa maksiat yang tidak sudah-sudah.

Mereka menyembah berhala pun, mengikut suka-suka mereka sahaja. Ekoran itulah, terdapat dikalangan mereka berhala sembahan, walaupun satu berhala sahaja, tetapi mempunyai banyak nama seperti satu patung itu di satu ketika bernama Wadd, diketika lain bernama Suwa, diketika lain bernama Yaghuth, diketika lain bernama Yatuq dan diketika lain bernama Nasr.

Dalam keadaan syirik itulah, Allah melantik Nabi Nuh untuk membimbing umatnya agar dipandu ke arah kebaikan; tidak syirik kepada Allah SWT.

Kisah ini dirakamkan oleh Allah menerusi satu surah khusus yang diturunkan oleh Allah untuk menjadi tatapan umat Nabi Muhammad SAW, agar ianya menjadi pengajaran hidup dalam usaha mencapai syurga Allah SWT.

***

Surah ini, diturunkan oleh Allah SWT sewaktu baginda belum lagi berhijrah ke Madinah, iaitu ketika baginda dan para sahabat masih lagi tinggal di makkah.

Apabila disebut ayat yang diturunkan di Makkah, fahamnya ayat ini adalah ayat yang berbicara tentang perkara aqidah. Bermakna, kisah-kisah yang dinukilkan dari firman Allah ini adalah perbincangan yang mempunyai unsur kepercayaan (baca : Aqidah).

Justeru itulah, mempercayai kisah para nabi dari ayat ini merupakan perkara penting, yang tidak boleh dinafikan lagi. Menafikan kebenaran kisah ini, mengakibatkan terkeluar dari Islam.

***

Allah berfirman;

إِنَّا أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَى قَوْمِهِ أَنْ أَنْذِرْ قَوْمَكَ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Maksudnya;
”Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya (dengan memerintahkan): "Berilah kaummu peringatan sebelum datang kepadanya azab yang pedih"

Dalam ayat ini, Allah menyatakan tujuan Allah melantik Nuh sebagai nabi. Tugas baginda adalah, menyeru manusia kepada kebenaran; menyeru manusia agar mentauhidkan Allah SWT.

Jika kita teliti balik kepada perjalanan hidup Nabi Nuh dalam dakwah, baginda menyeru manusia kepda Allah terlalu lama, iaitu memakan masa selama 950 tahun. Menunjukkan, usaha dakwah yang dilakukan oleh Nuh adalah terlalu lama.

Dalam kesungguhan dakwah yang dilancarkan oleh Nabi Nuh yang memakan sama sampai 950 tahun itu pun, Nabi Nuh hanya berjaya mendapat pengikut tidak sampai 100 orang. Menunjukkan, Kaum Nabi Nuh ini adalah golongan manusia yang degil; keras kepala dalam menerima hidayah Allah SWT.

Memandangkan umat Nabi Nuh ini keras kepala, malahan degil, maka Allah menggunakan perkataan ”inzar” atau terjemahan melayunya ”memberi khabar ketakutan”.

Kaedah psikology, orang yang tidak pernah diberi tahu tentang Islam, permulaan berdakwah kepadanya hendaklah dengan kaedah ”basyir”, iaitu ”memberikan khabar gembira”.

Apabila khabar gembira sudah tidak berjaya (baca : degil atau keras kepala) barulah dibenarkan menggunakan kaedah ”inzar”.

Menunjukkan, dengan semata-mata Allah menyebut ”Berilah kaummu peringatan sebelum datang kepadanya azab yang pedih” dalam ayat ini, kita sudah faham, sekadar mana degilnya kaum Nabi Nuh A.S.

Kedegilan yang wujud dalam diri kaum Nabi Nuh itu adalah, amat sesuai dengan azab yang maha hebat, iaitu dengan Allah datangkan angin taufan yang bercampur dengan hujan. Apabila air hujan sudah melempah, dicampur pula dengan air dari bumi, maka Allah pun menjadikan penempatan Kaum Nabi Nuh itu banjir yang boleh menenggelamkan seluruh kaum Nabi Nuh yang mengingkari ajaran Allah SWT.

***

Firman Allah;

قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي لَكُمْ نَذِيرٌ مُبِينٌ

Maksudnya;
“Nuh berkata: "Hai kaumku, sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang menjelaskan kepada kamu”

Ayat ini pula, Allah menjelaskan bahawa Nabi Nuh tidak pernah mengingkari suruhan Allah agar disampaikan dakwah kepada umatnya. Pun begitu, menyedihkan ianya telah dijadikan satu putar belit oleh kaum baginda semasa di akhirat, kononnya Nabi Nuh sebenarnya tidak menyampaikan dakwah terhadap mereka.

Jika dirujuk dari kitab ”At-Tazkirah” karangan Imam Al-Qurtubi, ada disebut tentang bagaimana penipuan yang dilakukan oleh pengikut Nabi Nuh terhadap baginda.

Apabila perkara itu dipersoalkan oleh Allah terhadap Nabi Nuh, menyebabkan baginda meminta kepada Allah agar bertanya kepada Nabi Muhammad dan umatnya untuk mendapat kepastian di atas dakwaan palsu tersebut.

Tindakan Nabi Nuh itu dipertikai oleh kaumnya di hadapan Allah, dengan mendakwa, bagaimana perlu merujuk kepada Nabi Muhammad dan umatnya, sedangkan mereka ketika itu belum wujud lagi.

Nabi Muhammad SAW menjawab, bahawa baginda dan umat mengetahuinya kerana semua kisah-kisah Nabi Nuh dan kaumnya di dunia dahulu telah termaktub dalam Al-Quran yang merupakan kitab yang diturunkan oleh Allah sendiri.

Keadaan itu menyebabkan Kaum Nabi Nuh malu dan terpaksa akur didepan Allah SWT.

Jelasnya, Kaum Nabi Nuh mahu menipu Allah di akhirat nanti dengan mendakwa bahawa Nabi Nuh A.S tidak menyampaikan kebenaran kepada mereka, sedangkan ayat ini sendiri telah menyatakan bahawa Allah yang maha mengetahui telah menjelaskan secara terang bahawa Nabi Nuh telah menyampaikan dakwah itu, tetapi tidak diterima oleh kaumnya sendiri.

***
Firman Allah;

أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاتَّقُوهُ وَأَطِيعُونِ

Maksudnya;
”(yaitu) sembahlah olehmu Allah, bertakwalah kepada-Nya dan taatlah kepadaku”

Dalam seruan dakwah Nabi Nuh itu, baginda menyeru kaumnya kepada tiga perkara, iaitu (1) menyembah Allah, (2) takutkan Allah, dan (3) memberikan ketaatan kepada Allah.

Maksud dengan ”menyembah Allah” dalam ayat ini adalah, menuntut kaumnya agar melakukan perkara yang wajib dan perkara yang sunat. Sama ada, perkara wajib dan sunat itu dari sudut amalan hati, mahupun amalan anggota badan zahir.

Apa maksud amalan hati dan amalan zahir???

Amalan hati adalah, aqidah yang betul, ikhlas dalam amalan dan sebagianya. Adapun amalan zahir adalah, dengan menunaikan tuntutan Syariat yang dipertanggungjawabkan terhadap mereka.

Yang dimaksudkan dengan ”takutkan Allah” pula adalah, dengan meninggalkan segala perkara larangan, iaitu terdiri dari perkara haram dan perkara makruh (baca : yang dibenci).

Adapun tujuan Allah menyebut ”memberikan ketaatan kepada Allah” adalah untuk menta’kidkan (baca : mengkuatkan) maksud ”menyembah Allah” dan ”takutkan Allah SWT”.

***

Firman Allah;

يَغْفِرْ لَكُمْ مِنْ ذُنُوبِكُمْ وَيُؤَخِّرْكُمْ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى إِنَّ أَجَلَ اللَّهِ إِذَا جَاءَ لَا يُؤَخَّرُ لَوْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya;
”niscaya Allah akan mengampuni sebagian dosa-dosamu dan menangguhkan kamu sampai kepada waktu yang ditentukan. Sesungguhnya ketetapan Allah apabila telah datang tidak dapat ditangguhkan, kalau kamu mengetahui."

Janji dari Allah, apabila kaum Nabi Nuh memberikan ketaatan mereka kepada Allah dan meletakkan ketakutan hati mereka terhadap azab Allah, yang semuanya terkandung dibawah maksud memberikan ketaatan kepada Allah, pasti Allah akan memberikan keuntungan kepada mereka. Keuntungan yang dijanjikan tersebut, sama ada keuntungan akhirat, juga keuntungan di dunia.

Keuntungan akhirat adalah, Allah ampun dosa mereka dikala mereka melakukan ketaatan, dan keuntungan di dunia adalah, Allah melambatkan azab (baca : waktu kematian) terhadap mereka.

Ayat ini menjadi dalil, bahkan mengkuatkan hujjah dari hadis yang menyebut, orang yang melakukan amalan baik, disamping meninggalkan perkara larangan Allah, pasti akan diberikan umur yang panjang.

Sabda Nabi SAW:

صلة الرحم تزيد في العمر

Maksudnya;
“menjalinkan hubungan silaturahim mampu memanjangkan umur”

Pun begitu, menyedihkan Kaum Nabi Nuh tetap dengan kekufuran. Seakan-akan mereka tidak mengetahui disebalik janji Allah SWT ini. hakikatnya, bukan mereka tidak tahu, tetapi sengaja mereka buat-buat tak tahu lantaran kedegilan mereka terhadap ajaran Allah SWT.

***

Firman Allah;

قَالَ رَبِّ إِنِّي دَعَوْتُ قَوْمِي لَيْلًا وَنَهَارًا * فَلَمْ يَزِدْهُمْ دُعَائِي إِلَّا فِرَارًا

Maksudnya;
“Nuh berkata: "Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang * maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran)”

Inilah gambaran kesusahan Nabi Nuh A.S dalam dakwah. Baginda menyeru manusia mengambil masa hampir seribu tahun, tetapi menyedihkan pengikut baginda tidak sampai seratus orang pun.

Dalam keadaa sedemikian pun, Baginda tidak pernah berputus asa. Ini kerana, Baginda meletakkan keyakinan bahawa baginda sebagai nabi hanya ditugaskan untuk menyampaikan dakwah. Hakikat hidayah, adalah kepunyaan Allah SWT.

Firman Allah;

فَإِنْ أَسْلَمُوا فَقَدِ اهْتَدَوْا وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا عَلَيْكَ الْبَلَاغُ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ

Maksudnya;
“Jika mereka masuk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah). Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya”

(Surah Al-Imran : 20)

Bahkan ayat ini pun (Surah Nuh ayat 5 dan 6) Allah menjelaskan bahawa, tugasan Nabi Nuh menyampaikan dakwah Islam, tetapi menyedihkan hanya sebilangan kecil sahaja yang menerima dakwah tersebut.

Jelas dan nyata bahawa hidayah adalah kepunyaan Allah. ekoran itulah, orang yang mendengar seruan Nabi Nuh itu adalah ramai. Walaupun dengan perkataan yang sama dan dalam satu majlis yang sama, bahkan semuanya mendengar ucapan Nabi Nuh itu, tiba-tiba dalam ramai-ramai itu, yang beriman hanya sebilangan kecil sahaja.

***

Firman Allah;

وَإِنِّي كُلَّمَا دَعَوْتُهُمْ لِتَغْفِرَ لَهُمْ جَعَلُوا أَصَابِعَهُمْ فِي آَذَانِهِمْ وَاسْتَغْشَوْا ثِيَابَهُمْ وَأَصَرُّوا وَاسْتَكْبَرُوا اسْتِكْبَارًا

Maksudnya;
“Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (kemukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan sangat”

Ayat ini menjadi dalil bahawa, jika kita bertindak melakukan ketaatan, menyebabkan dosa-dosa kecil kita akan diampunkan oleh Allah SWT. Sunnatullah ini, bukan ditetapkan kepada umat Nabi Muhammad SaW sahaja, bahkan diberikan kepada umat-umat terdahulu, khususnya umat nabi Nuh.

Dakwah Nabi Nuh itu bukanlah memberikan kerugian kepada kaumnya, bahkan mendapat keuntungan di akhirat nanti, pun begitu, dengan kedegilan mereka yang melampau-lampau, mereka tidak mendengar dakwah tersebut.

Bukan sekadar mereka tidak mendengar, bahkan mereka bertindak memerli dengan tindakan Nabi Nuh tersebut, dengan meletakkan jar-jari mereka ke dalam lubang telinga mereka ekoran taassub dan tidak mahu mendengar hujjah yang mahu disampaikan oleh nabi Nuh.

Yang lebih melampau, mereka sanggup ambil kain pakaian mereka, di selungkupkan kepala mereka agar mereka tidak mendengar seruan dakwah Nabi Nuh itu.

Mereka pertahankan sentiment mereka. semuanya berpunca dari takabbur mereka terhadap kebenaran. Dengan merasakan, mereka adalah golongan terbaik berbanding mereka yang mengikut ajaran Allah SWT.

***

Firman Allah;

ثُمَّ إِنِّي دَعَوْتُهُمْ جِهَارًا * ثُمَّ إِنِّي أَعْلَنْتُ لَهُمْ وَأَسْرَرْتُ لَهُمْ إِسْرَارًا

Maksudnya;
“Kemudian sesungguhnya aku telah menyeru mereka (kepada iman) dengan cara terang-terangan * kemudian sesungguhnya aku (menyeru) mereka (lagi) dengan terang-terangan dan dengan diam-diam”

Setelah Nabi Nuh A.S sudah menyeru manusia secara sembunyi-sembunyi, baginda melancarkan dakwah secara terang-terangan. Apabila kedua-dua cara tersebut tidak berjaya, baginda memulakan dakwah dengan kedua-duanya sekali; iaitu ada kalanya dengan secara sir, dan ada kalanya dengan terang-terangan.

Maksud dengan dakwah secara sir adalah, dakwah yang dilakukan secara bersendiri; iaitu berjumpa dengan individu-individu tertentu, atau dalam istilah lain disebut dakwah fardiyyah.

Adapun dakwah secara terang-terangan, baginda melancarkan dakwah secara berkumpulan; bersama-sama dengan pengikut-pengikutnya berjumpa dengan manusia di majlis-majlis terbuka dalam menyampaikan kebenaran tauhid Allah SWT.

Ayat ini sebenarnya mengajar kepada kita, dalam strategi dakwah, tidak boleh digunakan satu cara sahaja. Bahkan, jika satu cara tidak berjaya, maka hendaklah digunakan cara yang lain.

Lihatlah Nabi Nuh A.S dalam dakwah. Beliau tidak menggunakan kaedah dakwah sirriyyah sahaja, bahkan dalam keadaan yang lain, baginda menggunakan kaedah dakwah terang-terangan. Pun begitu, memandangkan kedegilan kaumnya terlalu melampau, menyebabkan baginda bertindak menggunakan kedua-dua kaedah tersebut.


Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
23 mac 2009 * 3:06 pagi