Selasa, 24 Mac 2009

BERKAWAN DENGAN DAP, BERMUSUH DENGAN UMNO

BERKAWAN DENGAN DAP, BERMUSUH DENGAN UMNO

Ada orang kita berpendapat. Kita sepatutnya berkawan dengan UMNO, sebab UMNO orang Islam. Kita kena gaduh dengan DAP, sebab DAP bukan orang Islam.

Soalan sebegini dilontarkan kepadaku. Jawapan aku;

”Orang yang kata UMNO adalah kawan sebab mereka beragama Islam, dan lawan DAP sebab mereka tidak beragama Islam, adalah pemikiran yang tidak berasaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah”.

UMNO parti orang melayu. rata-rata orang melayu beragama Islam (bukan semua). Tapi kena ingat, orang Islam ada dua jenis pula, iaitu islam yang mukmin, satu lagi munafiq.

Walaupun UMNO parti orang melayu, bukan bermakna UMNO itu parti Islam. Nisbah parti, parti non islam juga, seperti parti DAP. Bukti UMNO parti non islam, Al-Quran dan As-Sunnah bukan asas perlembagaan parti.

Masalah yang timbul adalah, orang UMNO. Apabila mereka duduk dalam parti UMNO (parti non Islam), apakah mereka jadi non muslim???

Keadaan mereka, sama lah kita kata, orang melayu yang duduk dalam parti DAP. Samalah seperti Dr Nasir Hashim menjadi pendokong parti Sosialis (PSM).

Dari segi status parti, UMNO dan DAP adalah sama. Perjuangan kedua-dua parti, bukan Islam. (bahasa kasar : kedua-duanya adalah parti kafir)

Masalah kita sekarang, orang UMNO dan Orang DAP.

Orang UMNO, ramai beragama Islam. Dan orang DAP ramai yang tidak beragama islam.

Walaupun orang UMNO beragama Islam, tapi mereka munafiq, suka bermuka-muka. Adapun orang DAP, walaupun mereka non Muslim, tapi mereka ada ketelusan, tidak bermuka-muka.

Bertembung antara dua jenis manusia ini, lebih baik kita berkawan dengan orang non muslim yang telus, yang tidak bermuka-muka berbanding berkawan dengan orang Islam tapi munafiq, iaitu bermuka-muka.

Imam Fakhr Ar-Razi ada menyebut dalam kitab ”At-Tafsir Al-Kabir” dengan katanya,;

”orang munafiq lebih jahat dari orang kafir. Orang munafiq lebih berbahaya dari orang kafir. Orang munafiq, azab mereka lebih berat dari azab orang kafir”.

Dalilnya adalah;

Firman Allah;

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ

Maksudnya;
”Sesungguhnya orang munafiq, tempat mereka adalah yang paling bawah sekali dalam neraka (tempat yang paling panas)”

(Surah An-Nisa’ : 145)

Firman Allah;

إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

Maksudnya;
”Sesungguhnya Allah himpun orang munafiq dan orang kafir, semuanya dalam neraka”

(Surah An-Nisa; 140)

Allah dahulukan menyebut orang munafiq berbanding menyebut orang kafir. Menandakan azab terhadap orang munafiq lagi hebat dari azab orang kafir.

Kalau azab orang munafiq lagi hebat dari azab orang kafir, bermakna, kafirnya orang munafiq lagi berat berbanding kafirnya orang yang sememangnya kafir.

Tambah-tambah lagi, orang DAP dulu tak sokong Islam sebab UMNO putar belit pasal Islam. Mereka terkeliru dengan Islam. Sekarang, DAP dah mula faham Islam, iaitu semenjak kawan dengan PAS dan PKR. Walaupun tak banyak, sikit pun sudah layak diberikan pujian. Sebab, mereka masih belum islam lagi.

Oleh itu, kalau ada orang ajak berkawan dengan parti UMNO, dan tinggalkan dari berkawan dengan parti DAP. Orang itu hendaklah disuruh belajar Al-Quran dan As-Sunnah lagi.

Ini kerana, penilaian antara dua parti ini, UMNO lebih kafir dari DAP.

Kita berkawan dengan DAP, sebab kita nak dakwah islam kepada mereka. Sebab mereka orang yang kosong tentang Islam. Adapun kita serang UMNO, sebab mereka munafiq. Mereka sudah faham Islam, tapi degil dengan Islam.

Ajaran Al-Quran, kalau berjumpa dengan orang yang tak faham Islam, kita kena berlembut dengan mereka. Adapun jika berjumpa dengan orang yang sudah faham islam, tapi degil juga, kita kena keras dengan mereka.

Sila baca ulasan Al-Quran;
http://g-82.blogspot.com/2009/01/tadabbur-al-quran-siri-1.html


Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
24 mac 2009 * 4:05 petang

Tiada ulasan: