Sabtu, 30 Mac 2013

BERLAKUKAH NASAKH DAN MANSUKH DALAM AL-QURAN?


Dalam perbincangan ini terdapat beberapa fasal. Ia adalah seperti berikut;

            FASAL SATU : PENGENALAN
            Dari sudut bahasa, nasakh bermaksud al-Ibtal atau membatalkan dan al-Izalah atau menghilangkan. Dari sudut yang lain pula, Nasakh bermaksud al-Naql dan al-Tahwil yang kedua-dunya memberi maksud perpindangan dan pemalingan[1].
            Adapun dari sudut istilahnya pula, Ibn al-Hajib mendefinisikannya sebagai terangkat hukum syarak berdasarkan dalil syarak yang datang terkemudian. Al-Qadhi al-Baqalani pula mendefinisikannya sebagai terangkat hukum syarak dengan syarak yang datang kemudian[2].
            Ulama sepakat menyatakan wujud nasakh antara syariat Nabi Muhammad Saw dengan syariat nabi-nabi terdahulu. Ini berdalilkan kepada firman Allah SWT dari surah al-Baqarah, ayat 106. Iaitu, Allah SWT menyatakan bahawa Allah SWT tidak akan menasakhkan atau melupakan sesuatu ayat kecuali akan didatangkan dengan ayat yang lebih baik atau setara dengan ayat tersebut. (Surah al-Baqarah, ayat 106)

مَا نَنْسَخْ مِنْ آَيَةٍ أَوْ نُنْسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِنْهَا أَوْ مِثْلِهَا أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ 

            Adapun nasakh yang berlaku dalam syariat Nabi Muhammad SAW, berlakunya nasakh itu dikhilafi oleh ulama. Jumhur Ulama menyatakan bahawa wujud nasakh antara ayat al-Quran dengan ayat yang lain, tetapi seorang ulama tafsir terkemuka pada kurun ke-4 Hijrah yang meninggal pada tahun 322 Hijrah bernama Abu Muslim al-Asfahani pula menyatakan bahawa tiada nasakh sesama ayat al-Quran.

            FASAL KEDUA : PENGHUJAHAN
            Penghujahan dari semua pihak adalah seperti berikut;
           
            JUMHUR ULAMA
            Di sisi jumhur ulama, nasakh sesama al-Quran itu berlaku dengan alasan-alasan berikut;

            Satu:
            Merujuk kepada umum ayat al-Quran dari surah al-Baqarah, ayat 106 yang menyatakan bahawa Allah SWT tidak akan menasakhkan sesuatu ayat kecuali didatangkan kepada mereka ayat yang lebih baik dan setara.

            Dua :
            Melihat banyak kes-kes yang berlaku di zaman nabi SAW yang merujuk kepada kewujudan pengamalan nasakh ini. antaranya adalah seperti kesepakatan Ulama pemalingan Kiblat bagi Umat Islam dari Baitul Maqdis kepada Baitullah al-haram berdasarkan firman Allah dari surah al-Baqarah, ayat 144;

قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ

            Juga merujuk kepada penantian iddah bagi perempuan kematian suami dari cukupkan bilangan setahun penuh kepada empat bukan sepuluh hari. Ini berdasarkan ayat 240 dari surah al-Baqarah (iddahnya selama satu tahun penuh);

وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا وَصِيَّةً لِأَزْوَاجِهِمْ مَتَاعًا إِلَى الْحَوْلِ غَيْرَ إِخْرَاجٍ

            Dan ayat 234 dari surah al-Baqarah (iddah empat bulan sepuluh hari);

وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا
           
Juga seperti kisah proses pengharaman arak dalam nas al-Quran, iaitu bermula dari surah al-Baqarah, ayat 219[3] bahawa Allah SWT menyatakan kebaikan yang sedikit, dan dosa yang banyak dengan minum arak, kemudian ayat 43 dari surah al-Nisa’[4], bahawa larangan solat dalam keadaan mabuk. Lalu diharamkan terus dengan turunnnya ayat ke 90 dari surah al-Maidah[5].
            Dan berbagai-bagai lagi contoh yang banyak terdapat dalam kitab-kitab tafsir dan usul fiqh.

            HUJJAH AL-ASFAHANI
            Adapun hujjah al-Asfahani, beliau menyatakan tidak berlaku nasakh dalam al-Quran kerana ayat al-Quran yang menyatakan nasakh itu adalah merujuk nasakh antara syariat nabi Muhammad SAW dengan syariat terdahulu.
            Ditambahi lagi, pada beliau berlaku nasakh dalam al-Quran itu sendiri sifatnya adalah batil dengan merujuk kepada ayat 42 dari surah Fussila yang menyatakan bahawa tidak datang kebatilan, sama ada dari depan, juga dari belakang. (Surah Fussilat, ayat 42)

لَا يَأْتِيهِ الْبَاطِلُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَلَا مِنْ خَلْفِهِ تَنْزِيلٌ مِنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ
           
            FASAL KETIGA : MELIHAT NASAKH DARI SUDUT MAQASID
            Sepertimana diketahui ramai, dalam perbincangan maqasid, semua kandungan syariat itu, sudah pasti tertakluk kepada masolih al-‘Ibad, iaitu memastikan semampu mungkin tercapai maslahah kepada manusia, juga semampu mungkin membuang mafsadah dari terkena kepada manusia.
            Didapati dalam perbincangan nasakh juga, objektif atau tujuan disebalik berlakunya nasakah adalah kemaslahatan kepada hamba. Perkara ini dinyatakan oleh al-Zuhaili dengan beliau menyatakan perkara yang paling penting disebalik hikmah bagi nasakh adalah pemastian maslahah manusia itu merupakan tujuan asal dalam pensyariatan hukum-hukum, sedangkan semua maslahah-maslahah ini berberbeda dengan sebab berbeda-bedanya keadaan dan masa[6].

أن أهم حكمة للنسخ هي تحقيق مصالح الناس التي هي المقصود الأصلي من تشريع الأحكام, تلك المصالح التي تختلف بإختلاف الأحوال و الأزمان

            Ibn al-Qayyim pula ada menyatakan bahawa perubahan hukum syarak dengan sebab nasakh adalah kerana maslahah nasakh itu sendiri, iaitu pembinaan hukum atas perakuan terhadap masalah dan mafsadah dalam hukum[7].

وكذلك يتبدل الحكم الشرعي بنسخه لمصلحة النسخ فإنكم إن بنيتم على إعتبار المصالح و المفاسد فى الأحكام
           
            Didapati juga, pengistilahan nasakh itu sendiri disisi ulama-ulama usul terawal, ada berbagai-bagai maksud bila diungkap nasikh dan mansukh itu. Ada dari kalangan mereka memaksudkan nasakh sebagai mentaqyidkan mutlaq, mentakhsiskan yang umum dengan dalil muttasil dan munfasil, penjelasan terhadap mubham dan mujmak dan sebagainya. perkara ini ditegaskan oleh al-Syatibi dalam al-Muwafaqat[8].

وَذَلِكَ أَنَّ الَّذِي يَظْهَرُ مِنْ كَلَامِ الْمُتَقَدِّمِينَ أَنَّ النَّسْخَ عِنْدَهُمْ فِي الْإِطْلَاقِ أَعَمُّ مِنْهُ فِي كَلَامِ الْأُصُولِيِّينَ؛ فَقَدْ يُطْلِقُونَ عَلَى تَقْيِيدِ الْمُطْلَقِ نَسْخًا، وَعَلَى تَخْصِيصِ الْعُمُومِ بِدَلِيلٍ مُتَّصِلٍ أَوْ مُنْفَصِلٍ نَسْخًا، وَعَلَى بَيَانِ الْمُبْهَمِ وَالْمُجْمَلِ نَسْخًا، كَمَا يُطْلِقُونَ عَلَى رَفْعِ الْحُكْمِ الشَّرْعِيِّ بِدَلِيلٍ شَرْعِيٍّ مُتَأَخِّرٍ نَسْخًا؛ لِأَنَّ جميع ذلك مشترك في معنى واحدًا، وَهُوَ أَنَّ النَّسْخَ فِي الِاصْطِلَاحِ الْمُتَأَخِّرِ اقْتَضَى أَنَّ الْأَمْرَ الْمُتَقَدِّمَ غَيْرُ مُرَادٍ فِي التَّكْلِيفِ، وَإِنَّمَا الْمُرَادُ مَا جِيءَ بِهِ آخِرًا؛ فَالْأَوَّلُ غَيْرُ مَعْمُولٍ بِهِ، وَالثَّانِي هُوَ الْمَعْمُولُ بِهِ

            Perkara yang sama juga pernah diungkapkan oleh al-Qaradawi, beliau menyatakan bahawa banyak perkara yang diungkap nasikh dan mansukh, termasuk dibawah bab umum dan khusus, mutlaq dan muqayyad, mubham dan mubayyan dan seumpamannya. Wajib bagi para mujtahid mengetahui perkara ini[9].

إن أكثر ما أطلقوا عليه "الناسخ والمنسوخ" يدخل في باب: العام والخاص، أو المطلق والمقيد، أو المبهم والمبين ونحو ذلك، فيجب على المجتهد أن يكون على علم به
           
            Makanya dengan itu, sebilangan ulama-ulama maqasid menyatakan bahawa tiada unsure nasikh dan mansukh dalam nas, tetapi perubahan hukum itu berdasarkan kepada maqasid syariah.
            Alasan-alasan mereka sedemikian adalah seperti berikut;

            Satu :
            Sepertimana kita ketahui bahawa al-Quran sendiri mengatakan bahawa Nabi SAW itu hadir untuk menerangkan tentang al-Quran[10], sedangkan menasakhkan ayat al-Quran ini tidak pernah diungkapkan secara terang di zaman wahyu oleh Nabi SAW, tetapi diiktibarkan ia sesuatu ayat itu sebagai mansukh atau tidak berdasarkan ijtihad para ulama. Sekiranya perkara nasakh ini adalah perkara penting, sudah pasti ia akan tersebut dalam hadis, sedangkan hakikat perkara ini tidak pernah diungkap oleh Nabi SAW berdasarkan hadis yang saheh, lagi sareh.  Ekoran itu, para ulama tidak sepakat dalam menentukan bilangan ayat-ayat yang dimansukhkan, seperti al-Imam al-Dihlawi menyatakan sebanyak 5 ayat sahaja, al-Imam al-Sayuti menyatakan sebanyak dua puluh ayat dan ada pula menyatakan lebih dari itu lagi[11].
            Dalam al-Kitab al-Nasikh wa al-Mansukh fi al-Quran al-Karim, karangan Abu al-Qasim Hibah Allah Salamah pula menyatakan bahawa dalam surah al-Baqarah sahaja, ayat yang dinasakhkan sebanyak 30 ayat[12], dalam surah ali-Imran sebanyak     10 ayat[13], dalam surah al-Nisa’ sebanyak 24 ayat[14] dan begitulah seterusnya

            Dua :
            Apabila ia adalah perkara diijtihadkan oleh ulama, ia memungkinkan berlaku penafian terhadap kewujudan beberapa ayat al-Quran. Apabila ini berlaku, sudah pasti ia menyalahi firman Allah SWT yang menyatakan bahawa al-Quran itu diturunkan Allah, dan sudah pasti dijaga oleh Allah SWT. (Surah al-Hijr, ayat 9)

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

            Ketiga:
            Dalam kitab al-Halal wa al-Haram, karangan al-Qaradhawi ada menyatakan;

أن الأصل فيما خلق الله من أشياء و منافع هو الحل و الإباحة , ولا حرام إلا ما ورد نص صحيح صريح من الشارع بتحريمه

            Maksudnya;
            “Sesungguhnya asal pada perkara yang Allah SWT ciptakan dari sesuatu atau perkara yang mendatangkan manfaat adalah halal dan harus. Ia tidak haram kecuali ada nas yang saheh sareh dari syarak dengan pengharamannya[15]
            Sesuatu perkara itu tidak boleh dikatakan haram sekiranya;
            Satu : ada nas tetapi doif
            Dua : ada nas tetapi tidak sareh menyatakannya haram (tidak jelas menyatakan pengharamannya)
            Dengan erti kata yang lain, sesuatu perkara itu boleh dikatakan haram apabila ada nas yang saheh, disamping ia sareh pula atas menyatakan perkara tersebut adalah haram.
            Ada pula, beberapa nas yang saheh itu dilihat seperti sareh terhadap pengharamannya, tetapi sebenarnya tidak sareh. Antara contoh perkara ini adalah satu hadis bahawa Nabi SAW ada bersabda;

ثَلَاثَةٌ لَا يُكَلِّمُهُمْ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَنَّانُ الَّذِي لَا يُعْطِي شَيْئًا إِلَّا مَنَّهُ وَالْمُنَفِّقُ سِلْعَتَهُ بِالْحَلِفِ الْفَاجِرِ وَالْمُسْبِلُ إِزَارَهُ

            Maksudnya;
            “Tiga golongan yang Allah SWT tidak akan bercakap dengan mereka pada hari kiamat nanti; 1- dermawan yang tidak memberi sesuatu kecuali orang mahu dia berikan sahaja. 2- orang yang hendak memberikan sesuatu barangnya dengan sumpah yang buruk. 3- orang yang melabuhkan kainnya[16]
            Juga hadis;

مَا أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ مِنْ الْإِزَارِ فَفِي النَّارِ

            Maksudnya;
            “Pakaian yang rendah dari dua buku lali dari pakaiannya, maka ia dalam neraka[17]
            Dari zahir hadis-hadis ini, kita akan dapati bahawa Nabi SAW melarang melabuhkan pakaian sehingga menutup buku lali. Namun begitu, apabila diteliti lagi, didapati bahawa hadis ini tidak sareh, ekoran itu perlu diperhatikan sama pada hadis yang lain pula, iaitu larangan melabuhkan itu mempunyai sebab, iaitu mendatangkan sombong. Ini dilihat pada hadis yang lain, iaitu Nabi Muhammad SAW bersabda;

مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ لَمْ يَنْظُرْ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

            Maksudnya;
            “Barangsiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana Khuyala’ atau sombong, pasti Allah SWT tidak akan melihat (wajahnya) pada hari kiamat nanti[18]
            Khuyala’ merupakan sifat bagi pengharaman berpakaian labuh sehingga menutup buku lali. Sekiranya tidak mendatangkan khulaya’, maka ia tidak jadi haram.
            Makanya di sini, sesuatu perkara yang hendak dihukumkan haram pun, memerlukan kepada nas yang saheh dan sareh. Makanya, adalah pelik jika dianggap sesuatu nas itu nasakh dan mansukh dengan ijtihad ulama sahaja; tanpa ada nas yang sareh menyatakan sesuatu itu nasakh atau mansukh.

HUKUM NASAKH DARI KACAMATA MAQASID
           
            Melihat perbahasan ini, sudah pasti akan tertimbul satu persoalan tentang beberapa hukum yang dianggap sebagai mansukh. Bagi menjawab persoalan ini, ia hendaklah dilihat dalam kerangka maqasid, iaitu dengan melihat dari sudut masa, tempat dan kondusif; dilihat factor maslahah dan mafsadah.
            Ekoran itu, hukum nikah mut’ah itu dari sudut maqasid, hukum asalnya adalah haram, tetapi diizinkan di awal islam ekoran dharurat, ekoran bilangan umat Islam yang sedikit. ini dibuktikan dengan satu cerita bahawa ada tuduhan mengatakan bahawa Ibn Abbas telah halalkan nikah mut’ah. Mengetahui tentang tuduhan tersebut, Ibn Abbas telah mencelakakan terhadap penuduh tersebut lalu berkata bahawa dia tidak halalkan itu secara mutlaq, tetapi dihalalkan ekoran dharurat, seperti hukum bangkai, darah dan daging babi[19].

قال ابن عباس : قاتلهم الله إني ما أفتيت باباحتها على الاطلاق ، لكني قلت : إنها تحل للمضطر كما تحل الميتة والدم ولحم الخنزير له

            Kupasan ini dikukuhkan perbahasannya oleh al-Qaradawi[20].
            Ini dapat dilihat bahawa Ibn al-Arabi pernah menyatakan bahawa Nikah Mut’ah ini pernah dihalalkan di awal Islam, kemudian diharamkan pada hari Khaibar, lalu diharuskan balik pada peperangan awtas, kemudian diharam selepas itu dan kekal pengharamannya[21].

وأما متعة النساء فهي من غرائب الشريعة، لانها أبيحت في صدر الاسلام ثم حرمت يوم خيبر، ثم أبيحت في غزوة أو طاس، ثم حرمت بعد ذلك واستقر الامر على التحريم

                       
            Juga pengharaman menziarahi kubur di awal Islam, tetapi dihalalkan di kala keimanan sahabat sudah kuat, iaitu setelah terhapusnya pembudayaan dalam diri para sahabat terhadap amalan jahiliah di kala menziarahi kubur.


[1] Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, jld 2, hlmn 961.
[2] Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, jld 2, hlmn 962
[3] Surah al-Baqarah, ayat 219

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا

[4] Surah al-Nisa’, ayat 43;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ

[5] Surah al-Maidah, ayat 90;

ا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

[6] Al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, jld 2, hlmn 966.
[7] Dau’ al-Munir ‘Ala Tafasir, jld 2, hlmn 82.
[8] Al-Syatibi, al-Muwafaqat, jld 3, hlmn 344.
[10] Surah al-Nahl, ayat 44

وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
[12] Al-Nasikh wa al-Mansukh fi al-Quran al-Karim, hlmn 3.
[13] Ibid, hlmn 9
[14] Ibid, hlmn 10.
[15] Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hlmn 25
[16] Muslim : hadis no, 155.
[17] Al-Bukhari : hadis no, 5341.
[18] Al-Bukhari : hadis no, 3392.
[19] Al-Razi, Mafatih al-ghaib, jld 5, hlmn 155.
[20] http://www.qaradawi.net/fatawaahkam/30/1707.html
[21] tafsir al-Qurtubi, jld 5, hlmn 131

Selasa, 19 Mac 2013

MAZA JUMPA NAJIB, NAJIB JUMPA MAZA?



aku tahu awal lagi Dr MAZA berjumpa dengan PM. itupun atas kehendak PM. tp, aku dok fikir, kenapa Najib nak jumpa Dr MAZA. Takkan PM tak tahu bahawa MAZA ni "kaki sound". dia bukan kira orang. tak kira sapa.

yg kita tahu, MAZA agak baik dengan Tun Dr M'thir. Semasa kami bersembang di PJ dulu pun, ada gak cerita2 kami tentang bekas PM itu. Aku rasa, Najib panggil MAZA tu, mungkin nasihat dari M'thir.

kenapa M'thir suruh Najib panggil MAZA? tambahan lagi, mengikut ceritanya, jadual MAZA berjumpa dengan Najib itu adalah jadual Najib kena pergi ke Lahad Datu. 

aku rasa, ada beberapa sebab; 
1- nak tawar MAZA bertanding kerusi BN. 
2- Najib dah tahu bahawa MAZA tak akan terima tawaran punya. makanya, Najib nak kurangkan serangan MAZA terhadap BN dalam PRU akan datang. (?)

pengaruh MAZA di M'sia pun boleh tahan juga. sebenarnya ramai yg tak sangka, bahawa pengaruh itu menjadi tajuk perbincangan di kalangan pimpinan PAS, UMNO, DAP dan PKR.



Isnin, 4 Mac 2013

LAHAD DATU : PELUANG LANUN DI KALA KELEMAHAN PEROMPAK


lahad datu : tentera raja sulu itu ada IC. Mereka dapat IC, walaupun kesetiaan mereka pada Raja Sulu. 

Apabila ada pengikut mereka dah jadi rakyat Malaysia, mereka menjadikan sebagai peluang untuk mendapatkan wilayah tertentu sebagai kepunyaan mereka. makanya, antara game yang mereka buat adalah masuk UMNO.

Mereka mahu keluar dari Filipina dengan alasan kerajaan itu tidak Islam. Mereka mempunyai mindanao sebagai rakan jika mereka boleh bentuk kerajaan. mereka beralasan bahawa mereka mahu buat Wilayah Islam yang tidak berada dibawah kekuasaan Filipina dan Malaysia.

Mungkin mereka sudah analisa kelemahan sempadan Malaysia untuk memastikan Lahad Datu itu menjadi kepunyaan mereka. Persoalannya, di sempadan mana di Malaysia ini yang tidak "bocor"?

Secara asasnya, isu ini adalah kelemahan pemerintahan BN. Isu IC mudah yang mahu dijadikan sebagai alat untuk kemenangan BN, tetapi telah termakan diri dengan dijadikan sebagai peluang Sultan Sulu untuk membina Kerajaan mereka sendiri.

apa kesudahannya? 

entahlah....

Mahathir perlu bertanggungjawab tentang hal ini, kerana kemasukan pendatang dengan diberikan IC ini bermula di era beliau.

Sabtu, 2 Mac 2013

KES LAHAD DATU


kes satu :

Muhammad berkenan kepada aminah. Muhammad minta tolong kawannya bernama Musa untuk pinang. Tahu-tahu, Musa telah pinang Aminah untuknya, bukan untuk Muhammad. 

BN mudahkan sempadan lahad datu untuk peluang IC. harapannya menang dalam PRU nanti. tiba2, Raja Sulu pula ambil peluang untuk membuat pemberontakan.

kes dua :

Zaid nak beli sebuah HP. harga yang ditulis 100 ringgit. dia nakharga HP itu sebanyak 50 ringgit, tetapi minta tawaran sehingga 40 ringgit. 

pada Zaid, jika dapat 40 ringgit, itu sudah kredit baginya. tp kalau dapat 50 ringgit pun, itu pun ok dah, sbb itu yang dia kehendaki pun.

Raja sulu bukan nak tanah, tapi nak duit. dia minta tanah. kalau dapat tanah, itu kredit. kalau tak dapat tanah, dpt duit pun dah ok dah.

raja ni selalunya lanun. BN pula, perompak jalanan. lanun sedang bermain dengan perompak. akhirnya, rakyat jadi susah.

Jumaat, 1 Mac 2013

[kemaskini] SULTAN KELANTAN REMBAT TANAH?

Lot Tanah ini adalah lot pembangunan milik rakyat/kerajaan di Taman Damar, Gua Musang. Ia dipohon oleh Sultan kelantan, mat Faris bin ismail petra. Ramai kata, Sultan kelantan ini bagus sebab pakai Jubah, tetapi pakai jubah pun merembat tanah rakyat ker?


peliknya, tanah untuk rakyat ini diluluskan permohonannya oleh JawatanKuasa Hal Ehwal Tanah Gua Musang dalam mesyuaratnya pada 20 Feb tahun 2012....


Jom tengok nama-nama yang hadir dalam mesyuarat tersebut;



Persoalan yang tidak terjawab;
1- Benarkah Sultan Kelantan yang mohon dan memberi tandatangan dalam borang permohonan ini?
2- ataupun, Tandatangan Sultan itu ditiru oleh pihak berkepentingan?

Jika Benar Sultan Kelantan mohon, ini tandanya Sultan Kelantan berlagak alim disebalik jubah, tetapi sebenarnya "kaki rembat" tanah kepunyaan Rakyat.

Dalam Hal ini, MB kelantan perlu berkeras tentang tanah rakyat ini. MB diamanahkan tuhan untuk menjaga tanah rakyat, bukan di"gelapkan" untuk kepentingan Sultan Kelantan.

Sultan kelantan kena jawab tentang dokumen ini.


Ahad, 24 Februari 2013

komen orang dlm blog MSO ttg ulama PAS



john said...
Salam pak mso...

Ambo napok macam bersetuju dengan pengomen ni. Harap buke strategis dari perang saraf umno!. Bukan apa dengan bahasa kasar terhadap ulama ni rasa macam keterlaluan pulak. Setahu ambo Dr. Harun Din salah seorang yang pernah bermimipi bertemu Rasullullah S.A.W! Mungkin tindakannya ada juga hikmahnya.
Maaf Sebut said...
Saya ada soalan.

Siapa sebenarnya ulama ? Kenapa ramai sgt terutamanya dalam politik dilabelkan sebagai ulama ?

Dan adakah mereka layak digelar ulama sbb nampak mudah sgt seseorang itu digelar ulama.
basri bin omar said...
Salam Tuan!

Amat setuju dgn paparn ni....cepat latah dgn permainan musuh....kdg2 terkenang ucapkan akhir Almarhum Prof Zulkifli Muhammah ttg perjuangan tapi berapa kerat sgt Pemimpin dok telaah......Wallahu akllam
Unknown said...
Salam,

Menarik juga komentar yg diberi, tetapu pada pendapat saya tidak perlulah sampai hingga menghina golongan ulamak sampai ke tahap yang bukan-bukan. Semua kita sebagai manusia, termasuk ulamak mempunyai kelemahan dan pendapat masing2 dalam setiap isu. Pertembungan idea dan cita-cita perlulah ditangani dengan terbuka. Dalam Islam begitu banyak teladan dan panduan menangani perbezaan pendapat, tetapi tidak perlu sampai menghina, seolah-olah semua ulamak begitu keji sifat dan sikapnya. Berpada-padalah dalam berbicara tentang ulamak..mungkin sebahagian tindakan2 mereka seperti menongkah arus, tetapi keikhlasan mereka tidak perlulah dipertikai. Wallah hu'alam.

Abu Ihsan
karami said...
Kebelakangan ini, aku sering bercakap dgn kawan2 ttg pas trengganu. Rata2 mengucap benda yang sama iaitu sombong, bongkak atau arrogant. Nada berckp mereka bongkak, cara pembawakan juga bongkak. Imbas kembali cara berpidato hadi awang, keras dan kasar dan ada yang berkata itu lah style org berfahaman wahabi berckp. Bila dah tua dan berpengalaman lentok berckp juga berubah. Macamana berubah pun, pemimpin2 pas terengganu tetap perasan dan otak kemetot. Cair ayat alquran dan hadis bukan bermakna kita pandai semua.
muazzam ab majid said...
Di mana ahli2 majlis syura dlm menggerakkan parti selama ni?apakah hanya menunggu isu2 tertentu shj spt kalimah Allah dan Tahalluf Siyasi br berfungsi.Sekurang2nya utk mentarbiah ahli2 parti xkan nk hrp para aktivis spt mat sabu,salahudin atau mazlan....atau profesional2 mcm husam, dr zul dll....mereka ada tugas sesuai dgn bidang mereka.habis yg ulamak2 ni?tak ckp pasal nk dakwah pd yg bkn Islam lg,yg ahli2 ni dulu....bila org dh buat kerja turun ke jln2,ceramah siang mlm,ada yg ke lokap,ada pulak yg sibuk nk buat pakatan lain.betullah,nk bina tu payah,tp nk runtuhkan tu senang je......
1 melayu said...
salam saudara, saya setuju dengan tulisan ini. Seharus nya ulamak wajib tahu hal hal perang saraf dari umno ini. Ulamak yang bijak wajib beristikharah bilaman satu satu isu itu timbul.

Seharus nya ulamak wajib diberi kursus perang saraf. saidaina Ali ra pernah berpesan katanya gerakkan musuh yang tersusun bole mengalahkan gerakan islam yang tidak tersusun walaupun yang walaupu mereka berada di pihak yang benar.

Oleh itu saya gesa supaya kursus perang saraf diadakan dengan silibus yang baku. sekia , Allahuakbar 3 x.
buah kerdas said...
Saya setuju benar dengan pendapat ANAK NUJUM PAK BELALANG Bangi. Seperti yang Sdr MSO tulis sebelum ini, ada "Jibrail" disebalik "Jibrail".

PAS dengan imej ulamak semata-mata tidak akan kemana kerana majoriti orang Melayu hari ini adalah golongan yang tidak menjadikan ulama sebagai idola. Jangankan ulama, Rasululah pun bukan idola majoriti Melayu. (Ramai yang akan marah saya kerana menulis begini, tetapi tanyalah diri kita, ahli keluarga dan kawan-kawan kita, apakah jenis pakaian yang Nabi suka, buah-buahan apa yang digemarinya, nama anak-anaknya dsb, pasti ramai yang tiak mengetahui). Dalam keadaan begini, kalau kita mahu menegakkan Islam secara politik, kita perlukan sokongan majoriti Melayu. Pada ketika ini, Anwar Ibrahim adalah tokoh politik yang boleh menggamit citarasa Melayu, akan datang kita tak tahu.
Mangkuk Dalca said...
Kemelut yang dicipta oleh Majlis Syura telah menguntungkan UBN. Sikap Majlis Syura yang boleh dianggap tidak profesional, menuntut satu penjelasan yang konkrit. Semua pendokong PR mahukan penjelasan yang sebenar daripada Majlis Syura.

Di harap Majlis Syura menjelaskan tindakan sedemikan rupa, pada saat-saat kritikal sebegini. Tidak perlu bersikap seperti kebudak-budakan. Kami menanti alasan yang sepatutnya tidak berbangkit sama sekali.

Jika tidak ada sebarang penjelasan, jangan salahkan persepsi orang ramai terhadap Majlis Syura.

Hendaknya tidak ada ahli Majlis Syura yang dipilih sebagai wakil rakyat kerana golongan inilah yang berperatus tinggi untuk berpaling tadah sekiranya apa yang dilaporkan itu benar.

Kami, penyokong PR menantikan penjelasan sekarang!
Najwan said...
Salam Tuan,

Memang betul pandangan saudara penulis ini. TGNA, TGHH dan rakan yang seangkatan dengannya adalah contoh yang baik ulama' yang bersusah-payah mengimplimentasikan agama dalam politik tanahair. Diharapkan para ulama' yang masih dikira baru dalam perjuangan politik, muhasabah diri mereka mengikut realiti semasa. Satu-satu amanah itu hanya layak dipikul oleh ahlinya, kalau tidak hancurlah ummah nanti. Didoakan agar para pemimpin PAS bersatu hati dan tidak memandai-mandai dalam membuat sesuatu keputusan. Selamat berjuang, sedarlah sebelum terlambat.
Halim said...
Well said!! A+++ article.
Wan Nasruddin said...
Btul sgt...xsedar dek untung org mcm ni...siapa yg cetus gelombang....
Wan Nasruddin said...
Btul sgt...xsedar dek untung org mcm ni...siapa yg cetus gelombang....
baeyu said...
Assalamualaikum MSO,
Nampaknya Cucu Nujum Pak Belalang telah pun membuat research atau telah lama berada dalam lingkungan jamaaah PAS.Beliau berupaya untuk menceritakan susur galur kejadian secara teratur mengikut kronologi dan terserlah persamaan dengan apa yang telah berlaku dan yang sedang berlaku didalam PAS.

Walau bagaimana pun sedikit sebanyak beliau berjaya menggambarkan sudut pandang oleh golongan-golongan seperti diri saya yang boleh dikatakan bukanlah berada didalam jamaah PAS, tidak juga berada didalam PKR atau pun DAP akan tetapi yang pasti akan mengundi dan menyokong asas perjuangan Pakatan Rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional sebagai kerajaan di Malaysia.

Percaya atau tidak, setelah 14 tahun saya masih lagi merupakan penyokong Pakatan Rakyat dan masih belum terbuka untuk menghuni dimana-mana parti yang ada. Itulah yang berlaku setelah tiga pilihanraya berlangsung.Sebagai seorang yang secara asasnya berasal dari golongan ultra Malay saya tidak betah untuk berada dalam DAP. Walaupun merupakan penyokong kuat DSAI saya tidak selesa untuk berada di dalam PKR yang bercampur gaul kerana dah memang asal dari kelumpuk ultra Malay. Saya mengambil masa yang lama meneliti PAS kerana persepsi asal saya terhadap PAS masih lagi banyak dipengaruhi oleh sudut pandang terhadap ustaz-ustaz PAS yang saya kenali dan dengari yang banyak menjengkelkan saya.

Saya tidak melihat PAS sebagai satu batu asas yang silap, saya melihat ‘orang PAS’ yang banyak melakukan kesilapan dalam cara mentarbiah masyarakat disekelilingnya. Saya melihat perkembangan polemik ini merupakan sesuatu yang kurang sihat dalam PAS. Walaupun para pemimpin mula goyah, bagi saya para penyokong masih teguh dengan keyakinan terhadap Pakatan Rakyat. Cuma bagi para penyokong biarlah perjuangan ini kita lalui dengan tekad yang teguh dan tidak remuk rendam didalamnya. Saya mengkritik bukan kerana benci tetapi lebih kepada sayang, walau pun tidak secara rasmi bersama PAS tapi hati telah lama bersama PAS dan Pakatan Rakyat.Kalau tidak masakan saya namakan Anak ketiga saya sebagai ‘Anwar Abdul Aziz’ bersempena dua teraju PR yang saya kagumi iaitu DSAI dan TGNA.Saya berimpian, suatu hari nanti akan saya khabarkan kepada anak saya tersebut, bahwa namanya dicetuskan oleh dua insan hebat yang berjuang mempertabatkan bangsa dan agamanya dan hasilnya akan dinikmati oleh generasinya kelak. Walaupun sokongan saya terhadap PAS banyak dipengaruhi oleh Ustaz Haron Din berasaskan keyakinan beliau terhadap kebenaran DSAI ketika awal reformasi dulu, namun jika kali ini Ustaz Haron Din keluar sekalipun saya masih TATAP bersama ‘Anwar Abdul Aziz’.
Saya banyak bersetuju dengan sudut pandang Cucu Nujum Pak Belalang kerana begitulah momokan yang sentiasa diberikan oleh orang luar terhadap ulamak dalam PAS. Saya masih berharap bahawa kemelut yang ada ini masih lagi berada ditahap spekulasi, walaupun sejarah menunjukkan cakap-cakap berkaitan orang-orang PAS ini seringkali berakhir dengan hakikat semata-mata yang hanya menunggu pengumuman rasmi sahaja.

emaswarisan said...
Salam..
Persetujuan dan persepakatan bersama yang asal Dsai sbg PM tu..cantik molek dah.Terus terang cakap،Pas naik imej sejak sedekad ini pun atas isu Dsai dan meluatkan Umno.Marilah kita pakat martabatkan PR di Putrajaya dahulu،sebab waktu dah hampir senja dah.Diharap PKR pula tidak tamak membolot byk kerusi yg akan dipertandingkan nanti.Harus diingat،bkn semua penyokong PR sukakan Pas،Pkr،Dap..mereka hanya mahu Umno jatuh.Mereka mahu Umno diadili sebaiknya selepas Pru13 nanti.
Taktik BN yg menyimpan sakibaki tenaga sehingga di pusingan terakhir juga harus cekap dihidu oleh PR.Jgn nanti menang sorak shj...utamakan agenda resolusi HKR112.
pok amid littor said...
Assalam tuan MSO. Saya amat tertarik dengan tulisan Cucu Nujum Pak Belalang yang dipaparkan di atas. Rata-rata pengomen nampaknya memberikan pandangan betapa kurang mantapnya golongan agama dalam PAS berpolitik. Pemberi2 komen semua sayangkan PAS, tapi rasa terkilan dengan tindakan MSU. Saya pun merasakan begitu. Bila mendengar ucapan mereka menerusi kuliah dan ceramah, ya hebat!!! Tapi bila mereka berpolitik, tak sehebat ucapan. Kadand-kadang saya terfikir juga, boleh kah golongan agama ni berpolitik, bersepak-terajang padahal tindak-balas mereka slow dan lembab? Sungguh, kami sayangkan PAS, tapi jangan lah biarkan puak ini hanyut dengan syok sendiri mereka.
abusalam said...
UMNO PENING!!! "Anwar kawan lama saya" - Dato' Harun Din

Timbalan Mursyidul Am PAS, Haron Din mengesahkan beliau didatangi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di rumahnya di Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Haron seperti dipetik menerusi portal berita http://antarapos.com menafikan pertemuan itu bagi membincangkan kesesuaian Anwar untuk dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihanraya Umum Ke-13.

Sebaliknya, Haron ketika bercakap kepada portal berita berkenaan menyatakan, pertemuan itu hanya sebagai perjumpaan biasa antara dua individu dan tiada perkara kepartian dibincangkan.

Dalam masa sama, Haron turut melahirkan kekesalannya apabila ada pihak menjadikan pertemuan tersebut sebagai modal politik.

"Pertemuan (dengan Anwar) saya tidak fikir itu yang menjadi isu, saya berjumpa dengan semua orang.

'Nature' hidup saya, orang datang minta nasihat dan pertolongan," katanya lebih lanjut kepada portal berita tersebut.

Haron berkata, pada Selasa lalu, terdapat 200 orang berjumpa dengannya tanpa mengira latar belakang politik.

"Pertemuan dengan saya tidak sepatutnya dijadikan isu sebab saya dengan Anwar kawan lama, dulu masa di ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) kami sudah kenal, semasa beliau dalam Umno kami masih berkawan.

Dia datang ke rumah saya, semasa dia dalam penjara saya pergi melawat dia.

"Pertemuan dengan saya adalah sebagai sahabat, tiada agenda berasingan. Pertemuan itu (dengan Anwar) sering berlaku dan itu betul, pertemuan itu tiada agenda berasingan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Haron menegaskan, dakwaan yang menyatakan Majlis Syura Ulama PAS menolak Anwar daripada memegang jawatan Perdana Menteri adalah tidak benar.

Beliau berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat badan tertinggi parti tersebut yang dipengerusikan Mursyidul Amnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Bila saya kata kami kawan biasa, perjumpaan itu tiada perkara khusus dalam berbincang atau memutuskan apa-apa mengenai parti, tiada kaitan dengan parti, ia perjumpaan biasa.

"(Majlis Syura Ulama) tidak pernah bincang isu itu, mungkin pertemuan saya dengan Anwar dikaitkan dengan itu tapi ia hanya pertemuan biasa," katanya.

Pengakuan Haron itu sekali gus menolak dakwaan sebuah blog pro-Pakatan Rakyat yang kononnya Timbalan Mursyidul Am PAS berkenaan yang datang menemui Anwar dan bukan sebaliknya.

Bagaimanapun, blog pro-Umno cuba mensensasikan isu pertemuan tersebut kononnya Anwar 'meminta nyawa politik' dan 'merayu kepada Haron supaya keputusan Majlis Syura PAS tidak diteruskan'.

Malah, ada blog Umno yang biadap menganggap Anwar sengaja 'memalukan diri menghadap Haron sebaik menerima keputusan mesyuarat tersebut'.
mamat dogok said...
dalam fikiran(hipotesis) ambo sblum ni, TGHD jupa DSAI adalah spt duta negara islam yang bimbang tentang islam dgn sedikit kecurigaan terhadap arah tuju DSAI sebagai PM, bertukar pendapat, minta kepastian dan jaminan. tapi ambo silap, TGHD ada hajat lebih daripada tu, mungkin atas kecurigaan/was-was dan sayangkan perjuangan Islam(mengikut kefahaman TGHD). bagi saya keikhlasan perjuangan TGHD tehadap agama tak dapat dinafikan tetapi silap percaturan (pada pandangan majoriti)

yang masaalahnya TGHD kata kehendak MSU, tetapi TGNA tak tahu, kalau mengikut komen TGNA ari tu, (MSU dalam gelap) klu boleh PAS(TGNA) pejelas hal ni atau buat pendirian untuk kurangkan panas.

sebab ambo tengok "PAS" terlalu "berlapik" untuk menyatakan pendirian, senang, biar menang, dulu buat undian@pakatan dalam PR, tetapi "PAS" kena beri jaminan sekarang bahawa tiada agenda UG selepas menang.
rosmahs othman said...
aku pon rasa ada beberapa isu yang berbangkit.....untuk komen di atas aku setuju.....mereka mengaku ulamak.....namun ilmu ketuhanan mungkin sepruh2.....merekamngkin hafiz2....namun syaitan itu hanya tak boleh mengoda MUHAMMAD......adakah mereka ni kenal....sebagaimana tok guru nik aziz kenal....?????
banyak yang jual air liur.....
bangi lama said...
satu pandangan dgn hujah2 bernas!!!

cuma ade satu isu yg perlu ditengahkan berkenaan kisah geng2 yg persoalkan anwar (geng perpaduang). isu dia ialah KuLi - bukan masalah sejarah die, watak @ pribadi dia tetapi hakikatnya dia adalah ahli UMNO, titik nokhta!!!

ini bukn shj menunjukan sifat 'mangkuk' tetapi juga mengambarkan sifat hasad and niat yg tidak baik dari kalangan org2 tertentu dari PAS. sebab buat camna pun, selagi Kuli masih ahli umno, tak guna - malah mengambarkan ketidak cerdikan Pas secara amnya. kalau dah pilih org umno baik tak payah tanding terus, buang masa jea sebab ending dia dah tau. tak pun, kalau dah nak kuli sgt jadi pm sebab anwar tak sesuailah ke apa ke, baik cepat masuk BN ke tak pun masuk umno - senang cite supaya nanti kuli nak lantik ahli cabinet ade peluang.

kalau justifikasi tak mau anwar sebab macam, sekarang nak pulak dgr ape dia justifikasi pilih kuli. apa dia bagus sgt kuli nie - selama ni duk goyang kaki (tak salah dia, udah dia org umno, ape hal nak sibuk2 dgn PR). ape dia sumbang die.. pendek kata, ini gile punya keja.
ExPet said...
Ku Li secara terang-terang menyokong penggunaan perkataan "Allah" oleh orang bukan Islam. Tetapi "ulamak" Pas tiada masalah dengannya. Kalau dengan Anwar, semua tak kena. Memang nampak sangat hasad dengki sebab Anwar dipuja dan disanjung oleh rakyat melebihi Harun Taib, Nik Zawawi dan Azman Sapawi. Wahai 'ulamak' Pas, cukuplah cubaan untuk memperbodohkan orang Melayu dengan istilah bahasa Arab seperti 'tahaluf siasi'. Budak sekolah pun boleh Google Translate maksudnya ialah 'political coalition' atau 'political alliance'. Orang Arab yang sedang bercakap dalam bahasa Arab pun terkeluar perkataan 'coalition' dan 'alliance' ini sebab dalam konteks politik moden, ia lebih tepat dan jitu. Hentilah 'qada hajat' (kencing) kami semua. Kami tak sebodoh yang kamu sangka walau pun kami tidak ke al-Azhar atau Madinah.
Izazulzilati said...
Tuan Haji MSO,

Penolakan ke atas UMNO (dan pemimpinnya) sebagai sebuah parti yang korup, menyalah-guna kuasa dan mengamalkan kronisme yang kronik adalah suatu hakikat majoriti rakyat telah faham dan terima.

Memilih pemimpin (umara') tidak semestinya dari kalangan alim ulama' atau orang yang wara', apa yg penting ialah dia seorang yang soleh/beriman dan memiliki ilmu pengurusan dan pentadbiran negara yang tinggi.

Jika dia seorang yang alim dan/atau wara' itu cuma bonus. Mereka yang alim dan wara' belum tentu dapat memerintah negara dengan berjaya.

Ilmu pengurusan garapan Ibnu Khaldun wajar disandarkan sebagai asas kemelut ini.
karami said...
Membawa nama ku li seolah2 menikam tG nik aziz dari belakang. Pukul anak sindir menantu ker?
Lebai Malang said...
Setuju sangat dengan ulasan Cucu Nujum Pak Belalang. Memang benar ulamak Pas tidak ada aura dan kemesraan malahan ramai pemimpin UMNO yang lebih mesra dan mudah didampingi berbanding dengan para ulama Pas. Banyak pengalaman cuba menegur ulama Pas bila berjumpa seperti di atas kapal terbang tapi tindak balas atau responnya tidak ada kemesraan langsung dan tidak akan melakukannya lagi untuk kali ke-2. Mungkin kerana yang menegurnya itu tidak berjubah atau berketayap serta tidak pandai menggunakan istilah2 Arab sekurang-kurangnya ana atau anta. Walaupun tidak menyukai UMNO tapi hati tidak pernah terbuka untuk bersama PAS.

sumber:

http://msomelayu.blogspot.com/2013/02/normal-0-false-false-false-en-my-x-none.html

Isnin, 18 Februari 2013

WACANA POLITIK : UNDI CALON NON MUSLIM DAN MENTERI NON MUSLIM


PERTAMA : UNDI CALON NON MUSLIM

            Perkara yang paling penting diketahui, dalam kerangka pengamalan negara demokrasi di Malaysia, penentuan sesuatu dasar dan system pemerintahan tidak akan berlaku berpuncakan calon, tetapi kebersamaan antara parti-parti yang memerintah. Menang seseorang calon PR di sesuatu DUN atau Parlimen, ia tidak dapat menentukan dasar pemerintahan Negara berubah. Tetapi, perubahan pada system pemerintahan akan berlaku, apabila PR mentadbir Negara. Begitulah juga BN.
            Ekoran itu, penentuan pemilihan calon dalam Pilihanraya di Malaysia, bukanlah terletak kepada factor calon, tetapi terletak kepada factor parti mana yang mendominasi dalam pemerintahan. Dengan pendominasian itu, sesuatu system dan dasar pemerintahan boleh dirobah seperti yang dimahukan.
            Makanya, disini lahir satu perbincangan, iaitu seseorang muslim yang mengundi di sesuatu DUN atau Parlimen yang bertanding ditempat tersebut adalah orang bukan Islam. Ia menjadi satu wacana yang perlu diperbincangkan bagi memastikan kejayaan melaksanakan bentuk pemerintahan yang baik.
            Perbincangan itu adalah seperti berikut;

            Satu :
            Kemenangan Islam adalah apabila manusia masuk Islam, juga mendekatkan diri mereka dengan Islam. Perkara ini, dinyatakan oleh Allah SWT dalam al-Quran bahawa apabila datang kemenangan dan pertolongan, maka didapati orang akan masuk Islam beramai-ramai. (Surah al-Nasr, ayat 1-2)

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ * وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا

            Kemenangan tidak tercapai kecuali dengan pertolongan. Ini kerana, hakikat hidayah itu adalah hasil dari pilihan Allah, bukan pilihan kita. (Surah al-Qasas, ayat 56)

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

            Pertolongan Allah SWT akan diberikan kepada mereka yang melaksanakan keadilan. Ibn Taimiah ada menyatakan, bahawa Allah SWT akan tolong Negara yang adil, waima ia kafir sekalipun. (Ibn Taimiah, Hisbah, hlmn 4)

ان الله ينصر دولة عادلة وإن كانت كافرة , ولا ينصر دولة ظالمة وإن كانت مؤمنة

            Perkataan ini selaras dengan firman Allah SWT dalam al-Quran, bahawa Allah SWT tidak akan membinasakan ahli sesebuah negara secara zalim, jika rakyat dan pemerintahnya saling melakukan Islah atau pembaik pulih. (Surah Hud, ayat 117)

وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَى بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ

            Al-Qaradawi menukilkan dari kupasan Imam Fakhr al-Din al-Razi dalam kitab “Duar al-Qiyam wa al-Akhlak fi al-Iqtisad al-Islami”, yang dimaksudkan secara zalim ini merujuk kepada Negara yang diperintah tidak berasaskan kepada ajaran Islam, tetapi Negara itu adil. (Fakhr al-Din al-Razi, al-Tafsir al-Kabir, jld 8, hlmn 486; al-Qaradawi, Daur al-Qiyam wa al-Akhlak fi al-Iqtisad al-Islami, hlmn 356)

وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَى بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ , اي لا يهلكهم بمجرد شركهم إذا كانوا مصلحين يعامل بعضهم بعضا على الصلاح و السداد

            Dua:
            Kaedah Fiqh ada menyatakan bahawa berlaku antara dua mudharat, hendaklah dilakukan mudharat yang kecil, demi mengelak dari berlaku mudharat yang lebih besar. Mengundi calon non Muslim, memang merupakan satu mudharat, tetapi dengan tidak mengundi itu akan menjadikan sesuatu pemerintahan yang merosakan. Ketika itu, dibenarkan mengundi calon bukan Islam untuk menolak kemudharatan yang lebih besar, iaitu system pemerintahan yang tidak adil dan tidak baik.

KEDUA : NON MUSLIM SEBAGAI MENTERI

Apabila menang dalam PRU, yang menang itu bukan sekadar PAS dan PKR sahaja, tetapi disana ada beberapa orang yang menang dari kalangan mereka yang tidak beragama Islam, sama ada individu non Muslim dari parti DAP; dari PKR; dari PAS. Makanya, sudah pasti, mereka akan diberikan hak memegang beberapa jawatan dalam menteri.
            Orang yang tidak melarang memberikan jawatan menteri kepada non Muslim beralasan dengan firman Allah SWT yang melarang orang Islam menjadikan orang bukan Islam sebagai wali, atau penguasa. (Surah al-Imran, ayat 26)

لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ

            Juga ayat 118 dari surah al-Imran bahawa Allah SWT melarang mengambil orang selain Muslim sebagai Bitanah atau teman kepercayaan.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ

            Penjelasan terhadap pemahaman terhadap ayat ini adalah seperti berikut;
            Satu :
            Ayat ini bersifat Sad al-Zaraie, iaitu menutup pintu-pintu haram. Ia sama seperti larangan Allah dari mencela sembah-sembahan selain Allah, kerana bimbang berlaku Maalat atau implikasi yang buruk, iaitu celaan non Muslim terhadap Allah tanpa ilmu dan prejudis. (Surah al-An’am, ayat 108)

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ مَرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

            Ibnu Kathir menyatakan bahawa Allah SWT melarang Rasulullah SAW dan orang-orang mukmin dari memaki sembah-sembahan musyrikin, waima ia boleh mencapai maslahah. Namun, sebenarnya ia boleh membawa kepada mafsadah yang lebih besar, iaitu makian balas dari orang Musyrikin terhadap tuhan orang mukmin, iaitu Allah yang tiada tuhan kecuali Dia. (Ibni Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim : jld 3, hlmn 314)
            Menurut Ar-Raisuni pula, hukum asal bagi celaan terhadap sembahan musyrikin adalah harus, malahan dalam beberapa ketika ia menjadi wajib. Ini kerana, menyembah selain Allah merupakan jenayah dan penyelewengan yang cukup besar. Namun, melihat kepada implikasi menyebabkan tercapainya mafsadah yang lebih besar, iaitu mereka mencela Allah dalam keadaan hati mereka ada permusuhan, zalim dan kejahilan, menyebabkan mencela sembahan selain Allah itu dilarang. (Dr Ahmad al-Raisuni, Muhadharat fi Maqasid al-Syariah : 219)
            Jadi, larangan celaan ini bersifat sad al-Zaraie. Dengan maksud, jika tidak mendatangkan implikasi yang buruk, maka ia tidak dilarang. Maka keadaan yang sama juga pada ayat larangan mengambil non Muslim sebagai pemimpin berdasarkan ayat ke 26 dan ayat 118  dari surah ali-imran.

            Dua:
            Maksud sad al-Zaraie adalah menutup pintu-pintu haram. Ia berasaskan kepada kaedah fiqh yang menyatakan, “perkara yang membawa kepada haram, maka hukumnya juga turut haram”

ما أدى إلى الحرام فهو حرام

            Ia membawa maksud, sesuatu yang boleh membawa kepada haram, maka ia juga turut haram. Contohnya seperti nas melarang meminum arak, maka menjual arak juga adalah haram. Juga, hukum asal menjual anggur adalah harus, tetapi menjadi haram jika dijual kepada pembuat arak.
            Juga penting diambil perhatian, menutup pintu haram itu tidak semestinya diharamkan terus, tetapi dengan meletakkan syarat-syarat yang ketat, sudah tercapai maksud Sad al-Zaraie. Ini seperti ulama-ulama Islam tidak terus mengharamkan system perbankan secara mutlak, waima asalnya bank itu terlibat dengan riba. Makanya, mereka benarkan perjalanan bank dengan diletakkan syarat bahawa tidak terlibat dengan riba, gharar dan sebagainya.
            Ia sama seperti penderiaan PAS yang mengizinkan perempuan menjadi calon dalam Pilihanraya dengan dikenakan syarat-syarat yang ketat, sedangkan di sana wujud hadis yang menyatakan larangan perempuan menjadi pemimpin[1]. (Haji Harun Taib, Muslimat pembangun ummah, hlmn 181)
            Makanya, dalam negara yang mengamalkan system demokrasi, kerenahnya tidak sama seperti negara yang mengamalkan system monarki. Ini kerana, dalam system monarki, pemerintah itu umpama tuan kepada rakyat, sedangkan dalam system demokrasi, pemerintah umpama pekerja bagi rakyat. Dalam erti kata yang lain, pemerintah melaksanakan kehendak rakyat, dan rakyat boleh gugurkan sesuatu pemerintah berdasarkan pemilihan rakyat yang dikenali sebagai Pilihanraya atau referendum rakyat.
            Disamping itu juga, dalam Negara demokrasi, seseorang yang memegang jawatan dalam negara tidak boleh melakukan tindakannya sewenang-wenangnya. Sebaliknya, ia tertakluk dengan undang-undang bertulis yang disepakati ramai. Dengan maksud, individu menteri yang melakukan tindakan menyalahi undang-undang bertulis, ia boleh dikenakan hukuman.
            Ekoran itu, dalam kerangka demokrasi, melantik menteri dari kalangan orang bukan Islam tidak menjadi masalah untuk perlantikan non Muslim sebagai menteri, selama perlantikan itu mendatangkan kebaikan yang banyak, juga tidak mendatangkan kerosakan yang lebih besar berbanding kebaikan.



[1] Dari teks dari buku;
“maka majlis syura Ulama PAS di dalam mesyuaratnya di Kota Bharu pada 30hb. Disember 2001 berhubung dengan muslimat menjadi calon dalam pilihanraya dan seterusnya menjadi wakil rakyat telah membuat keputusan seperti berikut:-
“bahawa mesyuarat majlis syura Ulama PAS pada 15hb. Syawal 1422/30hb. Disember 2001 telah membuat keputusan bersetuju mengekalkan amalan PAS sebelum ini iaitu mengharuskan muslimat menjadi calon dalam mana-mana pilihanraya dengan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu” (Haji Harun Taib, Muslimat pembangun ummah, hlmn 181)