Sabtu, 26 Februari 2011

AGAMAWAN DAN KEZALIMAN

PRK kerdau, membuktikan lepasan al-azhar dalam bidang keagamaan menjadi panglima utama menaikkan kezaliman UMNO/BN. Tidak ada yang hairan, ini kerana sebilangan kecil lulusan agama dalam PAS pun ada yang memperkatakan tentang melayu-Islam sepertimana yang diungkapkan oleh PERKASA, walhal PAS sudah meniup slogan Islam For All, tanpa mengira bangsa.

Dalam Islam, perkara yang penting, keadilan wajib terlaksana. Kezaliman pula, wajar dihumban. Ia merupakan asas bagi kandungan semua syariah nabawi - sejak Nabi Adam hingga Nabi Muhammad SAW.

Agamawan Islam bukan asas kepada kebenaran. Tetapi kebenaran itu terhadap Islam yang menjadi asas bagi agamawan. Kita tidak menolak kemungkinan bahawa ada agamawan menyelewengkan Islam. Lantaran, agama menjadi harga yang begitu murah.

Kalau bani israel jadi rosak kerana penyelewengan terhadap taurat dan injil, maka kita tidak tolak kemungkinan wujud agamawan Islam yang memberi tafsiran Islam yang tidak memperlihatkan keadilan. yang lebih parah, apabila agamawan Islam menjadi pendokong kuat terhadap kezaliman.

Sekian

Wallahu 'alam.

IKLAN [KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN]





Persoalan2 fiqh yang penyelesaiaanya harus melalui kefahaman Maqasid al-Syari'ah:

1) Bolehkah orang Islam mengundi orang bukan Islam dalam pilihanraya?
2) Bolehkah amalan perancangan keluarga dilaksanakan oleh masyarakat Islam?
3) Bolehkah pemimpin Islam membina Kuil @ Tokong untuk tempat ibadah orang bukan Islam?
4) Adakah produk-produk perbankan Islam kini benar-benar islamik dan lansung tidak mempunyai unsur riba?
5) Bolehkah mayat penjenayah yang dihukum mati digubakan untuk tujuan pembelajaran pelajar perubatan?

ORANG MISKIN TAK SELAMAT LAGI DI MALAYSIA

.

Jumaat, 25 Februari 2011

SYARAT-SYARAT AHLI SYURA DAN SUARA MAJORITI

Dalam kitab "At-Tariq Ila Jamaah Al-Muslimin", tulisan Husain bin Muhsin bin Ali Jabir menyatakan, syarat ahli majlis Syura adalah seperti berikut; [m.s : 60]

1- Adil [tidak buat dosa kecil dan besar]

2- Bertaqwa [tidak terkenal dengan orang melakukan pengkhianatan kepada Allah dan umat].

3- Ilmu tentang Al-Quran dan hadis dan yang berkaitan dengannya

4- Mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang perkara yang diminta pandangan [Al-Mustasyar Fih ; المستشار فيه]

5- Kebijakan ajaib.

6- Amanah dan benar.

PRINSIP SUARA MAJORITI

Nabi SAW menerima pandangan majoriti ketika berlaku pertembungan pendapat;

Sabda Nabi SAW;

إِنَّ أُمَّتِي لَا تَجْتَمِعُ عَلَى ضَلَالَةٍ فَإِذَا رَأَيْتُمْ اخْتِلَافًا فَعَلَيْكُمْ بِالسَّوَادِ الْأَعْظَمِ

Maksudnya;
“Sesungguhnya Umatku tidak akan bersepakat atas kesesatan. Sekiranya kamu lihat perselisihan, maka hendaklah kamu ambil “As-Sawad Al-‘Azam””

[Ibnu Majah : 3940]

Dalam menafsirkan maksud “sawad a’zam”, Kitab As-Sindi menyatakan;

أَيْ بِالْجَمَاعَةِ الْكَثِيرَة فَإِنَّ اِتِّفَاقهمْ أَقْرَب إِلَى الْإِجْمَاع

Maksudnya;
“Jemaah yang ramai. Kerana, kesepakatan mereka lebih hampir kepada ijmak”

Imam As-Sayuti dalam menafsirkan “sawad ‘Azam”;

أَيْ جَمَاعَة النَّاس وَمُعْظَمهمْ الَّذِينَ يَجْتَمِعُونَ عَلَى سُلُوك الْمَنْهَج الْمُسْتَقِيم وَالْحَدِيث يَدُلّ عَلَى أَنَّهُ يَنْبَغِي الْعَمَل بِقَوْلِ الْجُمْهُور

Maksudnya;
“Ia adalah himpunan manusia dan kebanyakkan yang mereka bersepakat atas melalui jalan yang betul. Hadis itu menunjukkan bahawa selayaknya beramal dengan perkataan majoriti” [Hasyiah As-Sindi : 3940]

Al-Munawi pula berkata;

(فعليكم بالسواد الأعظم) من أهل الإسلام أي الزموا متابعة جماهير المسلمين فهو الحق الواجب والفرض الثابت الذي لا يجوز خلافه فمن خالف مات ميتة جاهلية

Maksudnya;
“[hendaklah kamu ikut sawad ‘azam dari ahli islam] iaitu, lazimi mengikut pendapat majoriti orang islam, kerana ia adalah kebenaran yang wajib dan fardu yang pasti, yang tidak harus menyalahinya. Barangsiapa menyalahinya, lalu mati, maka ia mati jahiliyyah” [Faidul Qadir : 2/547]

Pendapat ini, amat bertepatan dengan sabda Nabi SAW;

اثْنَانِ خَيْرٌ مِنْ وَاحِدٍ وَثَلَاثٌ خَيْرٌ مِنْ اثْنَيْنِ وَأَرْبَعَةٌ خَيْرٌ مِنْ ثَلَاثَةٍ فَعَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَنْ يَجْمَعَ أُمَّتِي إِلَّا عَلَى هُدًى


Maksudnya;
“dua lebih baik dari satu. Tiga lebih baik dari dua. Empat lagi baik dari tiga. Hendaklah kamu dengan jemaah [majoriti], kerana Allah SWT tidak akan menghimpunkan umatku kecuali atas petunjuk”

[Musnad Ahmad : 20331]

Selasa, 22 Februari 2011

AL-MUWAFAQAT : IA LAHIR DIKALA "KEPADRIAN ILMUAN ISLAM"

Imam malik pernah ditawarkan oleh Khalifah abu jaafar al-mansur untuk menjadikan kitab muwatta sebagai undang-undang negara. Tawaran itu ditolak imam malik, kerana ia akan menyempitkan pemikiran fiqh.

Walaupun begitu, selepas zaman para imam mazhab empat, lahir satu aliran pemikiran yang dinamakan sebagai madrasah al-mustanshiriyyah yang didokong oleh sebilangan ulama-ulama islam dikala itu. Mereka telah mendesak agar diamal pendapat-pendapat mereka sahaja sebagai dasar undang-undang negara. Ternyata sikap itu mengundang kekusutan umat. Kejumudan pemikiran semakin terserlah. Umat sudah mula tidak mahu mengkaji fiqh, kerana merasakan tidak mempunyai sebarang faedah. Ini kerana, kepandaian mereka tidak memberi keizinan bagi mereka mengeluarkan pendapat yang berbeda dengan pemikiran kerajaan.

selepas itu, tersebar fikrah pengharaman berpindah mazhab. Sesuatu mazhab sudah dianggap setaraf agama. Orang yang berpindah mazhab dianggap seperti keluar agama.

Keadaan semakin kecamuk, apabila pernikahan antara lelaki dan perempuan yang berbeda mazhab sudah mula dianggap sebagai haram. Alasan mereka, perempuan yang berbeda mazhab dengan lelaki dianggap mempunyai keraguan keimanan mereka. jika ada pihak yang mengizinkan perkahwinan itu pun, dengan alasan qias dengan perkahwinan dengan perempuan ahli kitab.

Di syria, seorang ulama bernama sulaiman at-tufi menceritakan keadaan kekecamukan itu. Ceritanya, gambaran perbedaan mazhab itu sehingga masjid yang berbeda mazhab umum di sesuatu negara [mazhab minoriti] akan dianggap setara dengan gereja.

bertambah parah, wujud pula ungkapan-ungkapan kejumudan seperti perkataan "orang yang belajar dengan membaca kitab selain mazhabnya sebenarnya belajar dengan syaitan". Jika wujud orang belajar dengan dua guru yang berbeda mazhab, dilebel sebagai umpama seorang isteri yang mempunyai dua orang suami.

Pemikiran seperti ini merebak sehingga sampai ke andalusia. Apabial golongan agamawan mula menguasai institusi kerajaan, maka bertambah "garang" lagi pergerakan mereka sehingga wujud istilah "kafir" dan "munafiq" kepada mana-mana rakyat yang tidak akur dengan keputusan kerajaan. ulama-ulama yang dianggap sah, hanya ulama dari institusi kerajaan. Walau mereka berbuat zalim, perbuatan mereka dianggap Islam.

Imam Abu Ishaq as-syatibi melihat keadaan itu. Memandangkan beliau bukan dari golongan kerajaan, menyebabkan keberadaan beliau itu dipandang sebagai sesat. Gelaran muktazilah dan khawarij terkena pada diri beliau.

pergolakkan ini memberi beliau satu inspirasi baru, dengan mendedahkan kaedah berfikir syariah yang betul; dapat menilai betapa betul atau salahnya fatwa-fatwa dari ulama institusi itu. Makanya, lahirnya kitab yang bernama Al-muwafaqat.

Kitab itu dimalapkan diperingkat awal. Tetapi dimasyhurkan oleh beberapa tokoh seperti muhammad abduh, rashid ridha dan sebagainya, sehingga kini ia menjadi bahan kajian penting dalam mencapai kefahaman fiqh yang tepat.

rujukan;
- al ijtihad : an-nas, al-waqie, al-maslahah [terjemahan]
- al istiqra al-maknawi li as-syatibi.

Sekian

Wallahu 'Alam

Jumaat, 18 Februari 2011

BILA ZALIM, LAWAN - KALAU KAFIR, DAKWAH

Dalam kuliah malam tadi, aku bercerita tentang kejayaan dakwah islamiyyah dikala PAS bersama PKR dan DAP. Aku mengulas tentang soal fokus dakwah berasaskan kepada firman Allah yang bermaksud, "Apakah patut kamu tamak [terlalu berharap] bahawa mereka [yahudi] beriman, walhal di kalangan mereka ada satu puak yang mendengar kalam Allah, tetapi menyewengkannya selepas dari mereka memahaminya. Apakah kamu tidak berakal" [Al-Baqarah].

Aku membuat bandingan, bahawa sudah 50 tahun lebih kita berdakwah kepada orang melayu [UMNO], tetapi kesan dakwahnya tidak seberapa. tetapi, setelah fokus kita kepada cina dan India [atas nama Pakatan Rakyat], kejayaan dakwah itu amat terserlah.

Aku membuktikannya dengan fakta yang dikeluarkan oleh MAIS, bahawa pada tahun 2009 sahaja [selepas PR menguasai Selangor], bahawa bilangan orang berdaftar memeluk agama islam di selangor seramai 1872 orang. Ini fakta yang menarik berlaku dalam sejarah Selangor yang tidak pernah berlaku di zaman UMNO memerintah.

antara lain, aku berhujjah dengan mengatakan bahawa dengan keberadaan PAS dengan PKR dan DAP, kelihatan non Muslim mula berjinak-jinak dengan islam. Mereka sudah mula mempertahankan hukum islam, mula membaca Al-Quran dan sebagainya.

Di Tenang baru-baru ini pun, kita mendengar bahawa Lim Guan Eng "sound" Chua Soi lek yang memburuk-burukkan islam.

semua ini terhasil dari gabungan antara PAS dengan PKR dan DAP. kejayaan ini, perlu diteruskan.

selepas itu, ada seorang jemaah bertanya.

"ada sebilangan ustaz kita [Ustaz PAS] yang tidak berminat PAS bersama dengan PKR dan DAP.. alasan mereka, mereka kafir. Apa komen Ustaz?"

aku menjawab dengan menyatakan bahawa Nabi Musa AS dibesarkan dalam rumah firuan, tetapi Allah SWT tidak suruh nabi musa lawan. tetapi setelah nabi Musa tinggal bersama dengan nabi Shuaib, baru Allah turunkan firmannya menyuruh agar Nabi Musa berhadapan dengan Firuan. persoalannya kenapa?

jika dibuka dalam kitab Maqasid As-syariah Al-islamiyyah karangan Ibnu Asyur, dinyatakan bahawa tindakan melawan ini berlaku apabila orang itu zalim. tetapi sekadar kafir, ia tidak lawan, tetapi hendaklah di dakwah.

jadi, dalam isu PAS dengan PKR dan DAP atau dengan UMNO, adalah tepat PAS bersama dengan PR. Ini kerana, UMNO adalah zalim, makanya hendaklah dilawan. adapun PKR dan DAP, ada sebilangan mereka tidak beragama islam, tetapi mereka mahukan keadilan. Jadi, tugas kita bukan lawan tetapi berdakwah kepada mereka.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

Rabu, 16 Februari 2011

TARIKH LAHIR NABI : ULAMA TIDAK SEPAKAT

Ulama-ulama tarikh tidak pernah sepakat dalam menentukan tarikh kelahiran nabi SAW. Ada ulama menyatakan bahawa tarikh lahir nabi SAW adalah pada 9 Rabiul awal, iaitu bersamaan dengan 20 atau 22 April 571 masihi. Pendapat ini dinukilkan oleh Al-Mubarakpuri dalam kitab Rahiq Al-Makhtum daripada pakar ilmu Falak yang bernama Mahmud Basha.

Ada ulama tarikh lain pula berpendapat, tarikh lahir nabi Saw adalah antara 9 hingga 12 Rabiul awal, iaitu sama ada pada 10, atau 11 rabiul awal. Namun begitu, kebanyakkan ahli sirah menyatakan tarikh kelahiran nabi SAW pada 12 rabiul Awal.

Ulama juga khilaf dalam menentukan tarikh kewafatan nabi SAW. Pun begitu, kebanyakkan ulama tarikh berpendapat, tarikh kewafatan nabi SAW pada 12 Rabiul Awal tahun ke-11 hijriyyah. Imam Ibnu Hajar pula berpendapat, bahawa kewafatan nabi Saw pada 12 rabiul awal adalah perkara yang hampir kepada ijmak ulama. Bahkan tidak dinafikan juga riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW wafat pada 11 Ramadhan.

Adapun kelahiran Nabi SAW pada hari isnin di tahun gajah, maka itu disepakati oleh seluruh ulama tarikh. Juga ulama sepakat mengatakan, kewafatan Nabi SAW pada hari isnin.

Secara kesimpulannya, dengan menentukan kemestian menyambut Maulid Nabi SAW dengan menceritakan tentang perjuangan dan pengorbanan nabi SAW pada 12 Rabiul awal sahaja adalah tindakan yang tidak tepat, bahkan hendaklah memperingati perjuangan nabi SAW ini dilakukan pada setiap hari.

Jika ditentukan kemestian pada 12 rabiul awal sahaja menyambut mauled Nabi, maka perlu diingat juga bahawa nabi Saw wafat juga pada 12 rabiul awal berdasarkan pendapat sebilangan ulama tarikh.

Sekian

Rujukan

1- Rahiq Al-Makhtum
2- Fath Al-bari Syarh Al-Bukhari
3- Al-bidayah wa An-nihayah.
4- Al-Kamil Fi At-tarikh

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani