Selasa, 30 Disember 2008

HEBATNYA ISTERI PEJUANG ITU !!!

HEBATNYA ISTERI PEJUANG ITU !!!

Seharian aku berada di kelantan bersama Masri, Pengarah Penerbitan bagi Syarikat buku Anbakri Publika yang aku dilantik menjadi Editor Syariahnya. Kehadiran kami di sana, untuk berjumpa dengan isteri kepada Tuan guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat, iaitu Datin Tuan Sabariah.

Sesampai kami di Kelantan, kami dijemput di lapangan terbang oleh Abang nasir, kawan rapat kepada Masri. Kehadiran kami di kelantan disambut mesra oleh Setiausaha Politik Tok guru Nik Abdul Aziz, iaitu Tuan Haji Annual Bakri. Kami ditempatkan untuk berada di rumahtamu kepunyaan Tuan Haji Annual Bakri sendiri, yang terletak di Bunut Payung.

Sesampai kami di rumahTamu Suraya kepunyaan Tuan Haji Annual Bakri, aku agak kagum dengan kesenian pembinaan rumahtamu tersebut, memandangkan binaanya dizahirkan ciri-ciri kemelayuan Islam, disamping dicampur sedikit beberapa seni ala cina.

Kami berbual mesra di sana. Berbincang dengan berbagai-bagai isu yang menarik. Lebih-lebih lagi, melibatkan keperibadian tuan Guru Nik Abdul Aziz yang aku amat kagumi sejak sekian lama, juga isu politik tempatan dan nasional.

Pukul 3 petang, kami dijadualkan mengadakan sidang temuramah bersama Tuan Sabariah di JKR 10, kediaman rasmi menteri besar kelantan, tetapi tidak menjadi sebagai kediaman rasmi bahkan menjadi tempat mesyuarat dan temuramah.

Banyak soalan yang aku kemukakan kepada isteri tok guru itu, walaupun kadangkala soalan-soalan yang aku kemukakan itu menyentuh perasaan sehingga beliau menitiskan air mata menyebabkan Tuan Haji Anual bakri terpaksa memberi isyarat agar tidak dikemukakan soalan sebegitu.

Kadang-kadang dirasakan bagai bersalah apabila kemukakan soalan sebegitu, tapi dari sudut yang lain pula, dirasakan ada hikmat disebalik soalan-soalan sebegini, kerana, apabila soalan ini dijawab dengan air mata, aku merasakan aku memahamami jiwanya yang menunjukkan betapa indahnya hati seorang ibu dalam membicara soal anak-anaknya, lebih-lebih lagi, beliau adalah isteri kepada Tuan guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat, seorang tokoh pejuang islam yang dikenali ramai.

Banyak perkara yang diceritakan oleh Datin Tuan Sabariah berkenaan dengan tok guru di rumah. Dan aku secara peribadi, banyak belajar dari beliau. Lebih-lebih lagi, apabila beliau menyebut kehidupan beliau menjaga anak-anak dikala tok guru sebuk, dengan itu menyebabkan aku teringat kepada isteriku yang menjaga anak-anak. Kadang-kadang teringat juga kepada mak yang membesarkan kami anak-anak dan macam-macam lagi yang agak susah hendak diluahkan.

Padaku, pertemuan kami dengan tuan sabariah memang banyak memberikan input yang baik. Banyak perkara yang kami pelajari dari kehidupan beliau dalam menjalani kehidupan sebagai isteri kepada menteri besar yang bertaqwa.

Dalam pertemuan itu, ada didedahkan rahsia tentang mimpi tuan sabariah berkenaan dengan kejadian akan menimpa tok guru. Mimpi sebelum tok guru jadi Menteri Besar. Mimpi sebelum tok guru haramkan riba di Kelantan. Amalan zikir harian yang diamalkan oleh Datin Sabariah. Bukti cinta tok guru berikan kepada DatiN Sabariah. “Ayat-ayat cinta” tok guru luahkan kepada isterinya dan banyak lagi yang kita tidak ketahui.

Dan kami sedang berusaha hendak dibukukan kisah perjalanan hidup ini dalam masa yang terdekat, dan akan diterbitkan oleh syarikat buku Anbakri Publika Sdn Bhd.

Mudah-mudahan usaha kami ini mendapat tempat yang mulia disisi Allah, dan mendapat keredhaa dari Allah SWT.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

abu_abdillah_azzam@yahoo.com





- Sri Indah (B), Sg Buloh
31 Disember 2008 * 3:00 petang.

3 ulasan:

cahaya berkata...

menarik..!!

Tanpa Nama berkata...

Salam perkenalan buat ust wan ji, kali pertama terserempak waktu bersarapan tempoh hari di Restoran depan Hotel Ansar, sebelum ini tgk gambar dalam blog ust. jah, dan dgr nama dr sahabat-sahabat.

Dr Meja Sebelah :)

Tanpa Nama berkata...

mudah-mudahan itu pertemuan yang membawa persahabatan hingga ke akhir hayat..

Al-Bakistani