Sabtu, 20 Disember 2008

JAWAPAN TOK GURU PASAL ISU TULISAN CINA


JAWAPAN TOK GURU PASAL ISU TULISAN CINA

Ekoran keputusan Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng mahu meletakkan tulisan cina pada papan-papan tanda di sana, menyebabkan puak ”melayu harbi” di sana menjadikannya sebagai isu yang sengaja dibesar-besarnya.

Dalam hal itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz semalam mengulas dengan menyebut;

”Di Malaysia, kita izinkan cina buat surat khabar sendiri. Buat siaran radio sendiri. Izinkan mereka bercakap bahasa mereka sendiri. Tahu-tahu kita larang mereka nak tulis tulisan mereka kat papan tanda. Kan pelik???”

HURAIAN

Sesungguhnya terciptanya bangsa ini bukanlah kehendak diri masing-masing, bahkan ianya adalah ketentuan ilahi yang tidak boleh dinafikan lagi. Tidak ada orang itu dilahirkan sebagai bangsa melayu disebabkan dia sendiri minta menjadi melayu. tidak ada orang yang dilahirkan cina disebabkan dia sendiri minta menjadi cina. Begitulah seterusnya.

Apabila berbeza bangsa, sudah pasti akan ada perbezaan dari bahasa. Ianya merupakan nikmat dan tanda kekuasaan Allah SWT.

Firman Allah;

وَمِنْ آَيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِلْعَالِمِينَ

Maksudnya;
”Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui”

(Surah Ar-Rum : 22)

Dari ayat ini, nyata kepada kita bahawa perbezaan bahasa, bangsa dan warna kulit merupakan satu nikmat dari Allah, disamping ianya merupakan tanda kekuasaan Allah yang perlu diperlihatkan kepada manusia.

Walaupun manusia itu ada perbezaan pada sudut bangsa, bahasa dan warna kulit, tetapi manusia yang paling mulia adalah manusia yang bertaqwa kepada Allah.

Firman Allah:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Maksudnya;
”Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”

(Surah Al-Hujurat : 13)

Oleh itu, manusia itu memang berbeza dari sudut bangsa, bahasa dan warna kulit, tetapi kemuliaan disisi Allah bukanlah terletak pada melayunya seseorang itu. bukan terletak pada cinanya seseorang itu, bukan terletak pada indianya seseorang itu. tetapi, kemuliaan itu adalah pada ketaqwaan mereka kepada Allah.

Manusia yang boleh takut pada Allah ini, sama ada melayu yang taqwa, atau cina yang taqwa atau india yang taqwa bahkan seterusnya. Bahkan wujud disana melayu yang tidak bertaqwa.

Apabila melayu tidak taqwa kepada Allah, maka melayu itu lebih hina dari orang cina yang bertaqwa dan india yang bertaqwa, walaupun orang melayu itu merupakan penduduk asal sesuatu bumi sekalipun.

Justeru itu, tidak perlu diperdebatkan tentang tulisan cina di papan tanda, kerana tindakan sedemikian merupakan sentimen bangsa yang tidak memberi keuntungan di akhirat walaupun sebesar kuman di kuku sekalipun.

Sekian

Al-Bakistani
http://4-g-bakistani.blogspot.com/

abu_abdillah_azzam@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
21 disember 2008 * 11:30 pagi