Selasa, 27 Januari 2009

BAIKNYA EXCO KERAJAAN SELANGOR...!! : SIRI 2

Dia adalah antara remaja cacat berada di Selangor. Dia tinggal di satu kampung yang tidak bergeran sehingga hari ini, iaitu kampung bukit lagong, dalam DUN Paya Jaras.

Ibu dan Bapanya bukan orang kaya. Bapanya bekerja sebagai buruh di Kuari batu; maknya bekerja sebagai peminta upah.

Memandangkan kemiskinan, dia terpaksa berhenti sekolah; lebih-lebih lagi dalam keadaan yang terlalu cacat sebegini.

Di khabarkan, LZS; Lembaga Zakat Selangor sedang menyimpan lebih RM 200 juta. Tapi sayang, sebanyak wang zakat itu, tidak dapat untuk menampung perbelanjaan remaja malang ini, malahan keluarganya yang miskin, walaupun usaha untuk mendapatkan bantuan zakat itu telah diusahakan.

Aku tak kisah sangat, kalau keadaan ini berlaku dalam kerajaan BN; kerajaan Kapitalis. Tapi, aku amat kesah sangat, apabila keadaan ini berlaku dalam kerajaan yang mendakwa Berkebajikan, dan zakat ini berada dibawah MAIS; sudah pasti exco Agama mempunyai suara dalam MAIS tersebut.

aku yakin, kemiskinan sebegini bukan sekadar berlaku di kawasan aku sahaja, bahkan jika dicari di semua DUN, pasti kita akan jumpa masalah kemiskinan sebegini.

Aku yakin, kalau kita berada dalam pemerintahan Omar bin Abdul Aziz, pasti keadaan sebegini tidak akan wujud, sebab Omar Abdul Aziz sentiasa berjalan; melihat dan mendengar sendiri rintihan rakyat, walaupun beliau tak pakai kereta camry pun.

Beliau tauladan dalam perlaksanaan islam secara beransur-ansur, tapi jangan dilupa, beliau tauladan dalam perlaksanaan berkebajikan secara gopoh. Dengan kebajikan, beliau berjaya memahamkan rakyatnya dengan Islam. itulah kejayaan beliau, sehingga beliau disayangi rakyat dulu, kini dan insya Allah selama-lamanya.

Tapi apakan daya, hanya Lim Guan Eng sahaja nak contohi Omar Abdul Aziz dari sudut kebajikan ini, sebab tu, beliau tak pakai Camry; malahan naik kereta sendiri, walaupun dalam urusan rasmi kerajaan.

Apa boleh buat, di Selangor ini, kebajikan exco lebih penting berbanding kebajikan rakyat. Maklumlah, kitakan berpegang dengan slogan;

”biar mati rakyat, jangan mati kemewahan exco”

Hidup.. hidup... hidup.. !! hidup exco !!!

Hancur... hancur... hancur... !!! hancur rakyat !!!!

Hidup… hidup… hidup…. !! hidup Camry…


Sekian
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com





4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jazakAllah...

Tanpa Nama berkata...

Salam us. Nasihat menasihati tuntutan agama.Sekali sekala ana cadang guna kaedah memujuk dan memuji. Kemudian baru nasihat. Ana cadang juga bersederhana dalam menutur kata-kata nasihat. Maklumlah, niat kita kebaikan terhasil dan perlu kurangkan halangan untuk mencapai kebaikan.Semuga semua amal kita dilindungi Allah dari pekara-pekara yang merosakkan. Hancur musuh Allah

AGRO BISTRO berkata...

Mengeluh sahaja tak membawa erti. Peluang untuk beramal ibadah terhenti disini. Mengapa tidak ambil inisiatif awa ke LZS, atau jumpa exco atau Pusat Khidmat DUN?

Di mana-manapun ada kemiskinan. Kenalah usahakan.

Tanpa Nama berkata...

sudah dimaklumkan, tapi tidak ada apa2 tindakan.. oleh itu, yang wujud dalam jiwa kita yang lemah ini hanyalah "mengeluh"

dengarlah keluhan rakyat...

sekian

Al-Bakistani