Khamis, 29 Januari 2009

BAIKNYA EXCO KERAJAAN SELANGOR...!! : SIRI 3

Inilah rumahtangga salah seorang rakyat Selangor. Rumah mereka di robohkan dalam bulan september, dua tahun yang lalu. sehingga hari ini, mereka masih lagi duduk dalam Khemah ini.

Atas dendam mereka terhadap tindakan Kerajaan BN, mereka bekerja keras menjatuhkan BN dalam pilihanraya yang lepas. tapi sayang, walaupun PR dah menang di Selangor, mereka tetap tinggal dalam khemah, walaupun PR sudah memerintah Selangor lebih setahun.


ini juga mangsa kekejaman BN. Nampaknya macam diteruskan oleh PR negeri Selangor

ini keratan akhbar berita dua tahun lepas. ianya menjadi berita azimat yang sukar untuk dilupakan oleh keluarga malang yang semakin dimalangkan oleh kerajaan Selangor kini.


tengok jer la ..!!!



inilah dia abang jamal. Orang islam berbangsa melayu dan bermazhab PAS. anak kelahiran Selangor yang tidak pernah mendapat apa-apa pembelaan pun dari Kerajaan Negeri Selangor, sama ada kerajaan BN, mahupun kerajaan Berkebajikan yang sedang menipu ini.
masa pilihanraya, dia adalah "raja" yang dirajakan oleh pemimpin PAS. rumah beliau di robohkan dijadikan isu berharga untuk kempen pilihanraya. Tetapi, dia dijadikan raja, hanya dalam pilihanraya sahaja. selepas dari pilihanraya sampai kini, beliau dianggap "penyusah" kepada para ahli politik

ini pula, pondok khemah buruk seorang warga emas dan cacat pula. beliau tidak bersedia untuk diambil gambar; sekadar pondok buruk beliau sahaja bersedia digambarkan dalam blog ini.

tengok je la ..!!!

ini pun sama. Rumah Setinggan rakyat selangor yang tidak mendapat pembelaan dari Kerajaan Negeri Selangor sehingga hari ini. Rumah setinggan ini benar-benar berada bersebelahan dengan lebuhraya. cuba perhatikan pemandangan sebelah pokok kelapa sawit.....


inilah dia exco Setinggan, kerajaan Negeri Selangor.. parti apa ntah ????....


itu semua tidak penting.. yang penting, camry.....
hidup camry !!!
hidup Camry !!!
hidup Camry !!!!
hancur rakyat !!!
hancur rakyat !!!
hancur rakyat !!!
"biar mati rakyat, jangan mati kemewangan exco".





12 ulasan:

Ibnu Ali berkata...

Assalamualaikum.

Tahniah ustaz, harap2 kepa mereka yang berkenaan perasan dengan hal-hal rakyat marhaen ni.

Nampaknya hampir setahun dah ni kerajaan PR memerintah selangor. Pembelaan terhadap rakyat yang duduk di rumah setinggan belum selesai lagi. Tahulah aku, susah ke tak nak selesaikan. Takutlah aku akhirat nanti..

Kalau tiada perubahan nampaknya, muktamar akan datang dari PJ sampai kahir AJKnya kena tukarlah. Semua tak boleh kerja.

Kalau Saidina Umar dulu on dadot, bagi gandung kepada ibu tunggal yang sedang masak batu. Tanpa mengendahkan peraturan (skema) dari pihak baitul Mal. bahkan dia sendiri yang memikul, memasakkan gandum kepada Ibu tunggal dan anaknya tadi. Menggigil Umar dek dimarahi oleh ibu tunggal tersebut, walaupun ibu tersebut tidak mengetahui pun yang menolongnya tadi ialah saidina umar sendiri.

Mungkin pihak Pas sendiri boleh beri tempoh kepada exco-exconya untuk selesaikan masalah ini. Jika tidak silalah letak jawatan, ingat! jawatan bukan untuk dibanggakan, selangkah kaki dah dekat neraka!

UMAR: The Conqueror Of The World

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Salam Ziarah...

1. Tahniah kpd ustaz! Keseriusan ustaz dalam membela kebajikan rakyat wajar dipuji dan dicontohi. Ini semua membuktikan ustaz mmg seorang yg cakna dgn permasalahan dan keperluan rakyat.

2. Saya cuba utk memahami suasana yg ustaz alami. Barangkali usaha2 awal yg lebih lembut telah ustaz buat melalui saluran2nya tp akhirnya tiada natijah. Saya yakin dgn status ustaz sbg org yg berilmu dan dikenali ramai, ustaz pasti sudah berusaha sehabis baik selari dgn tuntutan agama dalam hal memberi teguran kpd pimpinan.

3. Saya yakin pendekatan ustaz yg 'pedih' ini adalah setelah usaha2 yg 'lembut' dibuat sebelumnya. Cumanya, mungkin ustaz boleh timbangkan cadangan saya supaya sebelum pendekatan 'pedih' ini digunakan, apa kata try dulu pendekatan 'desak' tanpa perlu menyentuh peribadi. Bukankah mendesak ini sudah menjadi praktis kita selama ini?

4. Untuk tujuan itu ,barangkali boleh adakan pertemuan dgn mana2 exco yg berkenaan utk bincangkan masalah ini. Dalam masa yg sama umum mengetahuinya, supaya mereka yg terlibat lebih rasa terdesak. Dgn kata lain desakan dalam bentuk yg lebih aman dan harmoni tp efektif.

Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua.

-UmmusSalam-

Tanpa Nama berkata...

Ustaz Ji,
Saya merupakan pembaca blog anda dan antara penyokong kepimpinan PR di Selangor. Walaubagaimanapun, saya masih belajar di luar negara for the last 3 years. Walaupun saya pulang sedikit sebanyak, saya masih tidak dapat merasakan bagaimana keadaan di bawah kepimpinan baru sekarang. Adalah amat membuka mata bagi Ustaz membuka mata kita tentang hal2 ini.
Namun, saya tetap kurang senang dengan kenyataan2 seperti hidup Camry yang jelas hanyalah perlian. Walaupun saya bersetuju dengan ke'careless'an pemimpin dalam isu ini, cara perli2 tersebut hanya memprovoke pembaca. Bukan sahaja pencacai, malah saya yang bersetuju juga.
Lebih tepat lagi, ia membuatkan saudara kedengaran seperti blog tukar tiub yang memang sekali sekala menjelikkan bila dibaca walaupun saya amat menghormati Hishamuddin Rais.
Oleh itu, bukalah segala-gala ruang yang dilupai oleh kerajaan Selangor kita supaya mereka nampak dan bertindak namun kurangkanlah sinisan dan apa yang dirasakan pembaca seperti saya: "Melepaskan kegeraman" kerana tindakan tersebut adalah tidak digalakkan dari setiap sudut.
Salam Alaikum

Tanpa Nama berkata...

Apa kata kita tggu wakil rakyat dia letak jawatan / kena pecat / mati.

Khemah tu akan bertukar jadi rumah batu siap dgn porch kereta sume lengkap.

perfectwater75 berkata...

Salam,

Kenapa takda orang yang bermazhab PAS melalui exco2nya atau anta sendiri yang menyampaikan masalah golongan ynag tertindas ini? Kenapa anta nak masukkan perkara ini dalam blog sedangkan anta punya suara juga bukan kecil anak dalam saf perjuangan PAS di Selangor? Anta tak boleh ke nak call sape2 pemimpin yg anta kenal?

Kerajaan PR di Selangor terdiri juga dari PAS selain DAP dan PKR, mengapa yang jadi susah sangat nak mengegar telinga mereka dengan isu yg ternyata boleh diselesaikan dengan segera. Mengapa perlu anta bersifat seperti TV3 melaporkan isu sebegini?

Tengok jadual anta pun punya sibuk menunjukkan anta bukan orang biasa dalam saf PAS tetapi hairan juga tak mampu nak menegur secara terus melaui saluran yang sepatutnya?

Ana pun tak faham mengapa perlu dihebahkan ke seluruh dunia perkara sebegini sedangkan ada ruang lain yang lebih baik selain memprovokasi ummah dengan isu ini.

Lainlah kalau hubungan anta sendiri dengan kepala-kepala yang menguasai negeri kurang baik sehingga mungkin anta punya pandangan tak diterima...

Tak guna kalau anta sibuk ke sana dan ke sini kalau hal sebegini pun masih tak dapat diselesaikan secara dewasa....

p/s: Cadangan ana kalau susah sangat call TV3 suruh depa buat liputan biar kerajaan BN dan PR jawab...lagi puas hati...anta pun tentu puas hati juga.

syukran!

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Ustaz,

Gambar ke9 tu, kat kampung Seri Indah A ke?, adakah penghuninya mualaf yang telah berkahwin dengan lelaki islam dan mempunyai 8 anak..
Kalau itulah orangnya saya mintak sangat ustaz dapat membimbing keluarga ini ke jalan Islam semula kerana kehidupan mereka banyak dipengaruhi agama asal ibu dan bapa dia semasa kecilnya dipelihara oleh orang India.
Mereka sentiasa dicemuh oleh masyarakat sekeliling, begitu juga degan masyarakat islam disana yang memandang hina pada mereka.

Kalau boleh saya mintak sangat supaya Ustaz dapat mendekati keluarga ini. Kami dalam proses mendapatkan rumah PPR untuk mereka, bekalan air kami dapatkan daripada rumah Cina diseberang jalan kerana perigi disitu telah kering

Harap dapat kerjasama daripada Ustaz, kalau nak apa-apa maklumat tel lah Abot, dia boleh bagitau.

Wassalam,
A+A

Tanpa Nama berkata...

ana tulis dalam blog, sebab ini jalan terakhir bagi ana..

ana sudah bersuara, tapi sapa lah ana untuk didengari suara..

khalid samad pun dipecat kerana mengkritik, inikan pula ana yang tidak mempunyai apa2. bila bersuara, hanya sinis dan sindiran yang ana dapat.

dalam meeting, bahkan tamrin tarbiyyah, kedengaran perbincangan itu melibatkan isu GLC, berbanding dakwah dan masalah rakyat.

apa sudah jadi????

lebih baik ana dedahkan semua ini, agar mereka yang berkenaan ambil tindakan. kalau tak buat macam ni, dorang tak gelabah. semua relex... rasa macam tenang je hidup, padahal ada rakyat sendiri duduk dalam khemah.

semua ini kita nak jawab didepan Allah....

sekian

Al-Bakistani

Jiwa Merdeka berkata...

Kerajaan Pakatan Rakyat ada EXCO yang menjaga hal ehwal setinggan. Apa dia buat?

Tanpa Nama berkata...

Salam Ustaz,
Oleh kerana saya rasa tindakan membuka pekung ini masih sukar untuk memberi kesan, saya rasa tindakan ini berpeluang untuk menjadi counter-productive. Apa kata, instead of memburukkan kekurangan ini, cuba Ustaz jumpa ADUN kawasan ini.
Kalau tak jadi, jumpa Parlimen pula. Itulah gunanya wakil2 DUN ini. Kalau masalah semua dituju pada Exco Agama memang ada something wrong lah. Saya baca blog beliau ada juga bantuan yang diberikan. Apa kata jumpa ADUN, mereka patut bertanggungjawab sampaikan sengsara rakyat pada pihak atasan.
Boleh lah productive sikit.

Pasal Camry tu, saya diberitakan first hand dari salah seorang ADUN Selangor bahawa salah satu kereta Perdana tersebut terbuka bonet depannya ketika sedang dipandu. This may even cause fatality of the ADUNs.

Find a common ground with them and criticize them nicely lah, Ustaz. You're not doing the job good enough with such a provocation.
Salam

Tanpa Nama berkata...

provokasi tak baik kalau ada cara yang terbaik. tetapi kalau cara yang terbaik pun sudah tidak berguna lagi, provokasi adalah jalan yang terbaik.

ahli parlimen... penyelaras DUN.. "masuk air"

tercabut bonet??? dah tak ada pomen ke boleh baiki bonet tu???

Lim Guan Eng naik kereta sendiri... knp tak naik kereta sendiri. pastu claim minyak kereta. bukan sampai bila2, tapi sepenggal dulu. selesaikan masalah rakyat dulu.. selesaikan janji pilihanraya dulu... tahu-tahu, semua tak selesai, dah beli camry.. bagus la tu, kan kerajaan berkebajikan namanya....

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Ok2, saya terpaksa bersetuju tentang penggunaan kereta sendiri tu. Kalau mereka ikhlas untuk mempejuangkan rakyat, sepatutnya mereka akan cuba sedaya upaya untuk membantu dahulu.
Tentang baiki tu memang boleh baiki, tapi risk itu tetap ada. Tak patut lah risk kan setiap kali tercabut repair sebab nanti tercabut accident repair pun tak guna.
Ya, saya setuju mereka patut hanya guna kereta sendiri jika Guan Eng mampu berbuat demikian. Mungkin ada ahli exco yang tidak punyai kereta yang reliable boleh juga diberi bantuan.
Tentang masuk air tu. Jikalau itu yang memang terjadi. Saya tak dapat katakan apa lagi. Memang mereka tak buat kerja lah. Tentang ketiadaan geran, saya paham masalah tu kerana rumah saya di Selangor juga tiada geran tapi saya faham masalah nya adalah pada pemaju. saya kira u tried to do your best. so, teruskan lah membaiki kerajaan selangor ini dengan cara terbaik...

Tanpa Nama berkata...

mungkin keadaan kita berdua berbeza..

ana ditekan oleh orang kampung.. orang dok kata, takkan PAS tak leh buat apa-apa pun. kalau dulu, ok la juga, sebab UMNO memerintah....

bila ditekankan soal parti; wadah ana perjuangkan islam. ana tertekan.. tertekan dengan orang-orang kampung. bukan orang-orang UMNO sangat, tapi orang-orang PAS.

isu ini, sepatutnya dorang tak tekan ana. dorang kena tekan pihak yang berkuasa. ana mana ada kuasa. sekadar memaklumkan sahaja...

ana maklumkan kepada pihak yang ada kuasa; exco. tapi tak ada berita. pasal budak jantung. pun sama juga. pasal duduk dalam khemah. pun sama juga...

ok lagila. ana mampu sabar.. tahu-tahu camry keluar... apa cerita ni??.. makin tertekanlah ana ni....

oleh itu, baik ana "sniper" jer exco-exco ni... "exco masuk air"

sekian

Al-Bakistani.