Jumaat, 30 Januari 2009

JANGAN SOKONG MEMBUTA TULI

Ini adalah tulisan seorang kawan yang bekerja di salah sebuah jabatan kerajaan negeri selangor; beliau telah menghantar article ini melalui e mail. Diminta untuk disiarkan. Ana menyiarkan article ini, tetapi tidak semestinya ana menerima ulasan ini 100 %, bahkan dalam 20% kandungan article ini yang ana kurang bersetuju. pun begitu, atas permintaan, ana siarkan juga artikle ini sebagai muhasabah orang bawahan kepada orang atasan.

Ianya adalah seperti berikut;

Oleh: Dr Hasan al-Turabi

Kenapa marah-marah? Sampai melabelkan orang dengan pelbagai tuduhan? Inilah sikap manusia yang suka melabel. Inilah pun punca PAS kalah memanjang dari dulu-dulu…kerana sikap segelintir ahlinya yang suka melabel. Sikit je buat silap…dah kena label, munafiklah, kafirlah…nau’zubillah.

Mujur PAS sekarang dah berubah…dah makin ‘matang’…dah tak ramai suka label-melabel. Terus-teranglah, sesetengah daripada kita bukanlah kenal sangat dengan Hasan Ali pun. Entah-entah, ada yang tak pernah berkerja pun dengan dia. Lihat dari jauh sahaja. Dengar cerita sahaja. Pengkagum dari kejauhan sahaja. Masih nostalgik dengan Forum Perdana Ehwal Islam zaman 1990-an! .

Dari awal saya nyatakan, teguran yang sedikit ‘panas’ memang sukar disiarkan oleh mana-mana wadah, baik harakahdaily, suara KeAdilan atau mana-mana blog yang dimiliki pimpinan. Mujurlah ada blog ‘indipendent’ seperti PerakExpress ini. Mujurlah MSK nak siarkan. At least, adalah jalan untuk memberikan pandangan..

Bagi saya, antara Dr Hasan Ali dan jamaah atau parti, Hasan Ali no 2. Jamaah atau parti nombor satu. Hasan Ali boleh ada boleh pergi. Tapi PAS tetap perlu dipertahankan. Ia adalah wadah ramai orang. Ia milik kita semua ahli-ahli PAS. Bukan milik peribadi sesiapa…

Menerusi perantaraan dengan kawan-kawan di MAIS dan JAIS, kami secara personal sudah menghubungi Dr Hasan Ali.. Bukan sekali…baaaanyak kali. Jumpa sudah. Telefon sudah. Surat pun sudah. SMS bertalu-talu. Bukan baru-baru ni…tapi sejak dia mula menjawat jawatan Exco agama. Saya tahu, ramai yang akan ambil peluang dan kesempatan.

Jadi, saya dan sahabat-sahabat sejamaah cuba memberikan ‘jalan’ kepada beliau. Agar Hasan Ali tidak sesat atau tersalah pilih penunjuk jalan. Harus diingat, saya mempunyai ‘channel’ yang baik di MAIS. Oleh itu, saya sentiasa memantau apa-apa yang berlaku di sana. Saya tak kisah sangat exco lain, exco pertanian ke, exco kesihatan ke, exco pendidikan ke.

Saya bukan tak nak ambik kisah, tapi bagi saya, exco agama lagi penting. Kebetulan ia dipegang oleh Dr Hasan Ali…Pesuruh Jaya PAS Selangor.

Ia perlu menjadi cerminan kepada semua pihak, khususnya kepada PKR dan DAP. Jika anda ingat lagi, dulu dalam blog MSK sudah ada orang yang komen kenapa Hasan Ali tak ambil action dengan ‘kutu-kutu’ dalam JAIS yang dulu zaman BN, merekalah ‘hero’ yang menangkap penceramah-penceramah PAS, menahan imam-imam PAS dan PKR, menyita dan mengunci masjid dan surau. Haron Din ke, Badrul Amin ke, Nik Aziz ke, Hj Hadi ke…jangan harap nak bagi khutbah atau berceramah di masjid surau di Selangor.

Dan untuk makluman anda, orang ini masih kekal di JAIS. So…apa jawapan daripada Hasan Ali? Adakah cukup dengan memberikan alasan, “Kita kena hormati pandangan tuanku sultan…jangan bertindak melulu…nanti makan diri.” Saya tidak boleh menerima alasan tuanku sultan selama-lamanya. Bagi saya, Dr Hasan Ali kena ’stick’ dan ‘iltizam’ dengan apa yang dia sendiri pernah laung-laungkan dahulu. Apa yang saya ingat, Hasan Ali berjanji dan berazam akan membuat perubahan yang ‘mendasar’ dan ’signifikan’ dalam MAIS, JAIS dan Zakat di Selangor.

Kini…sudah lebih 100 hari dan sudah berubah tahun…mana perubahannya? Terkini, ‘Datuk Azib and the geng’ dilantik kembali menjadi Pengerusi dan Ahli MAIS. Apakah ini perubahannya? Kenapa ia tidak diubah? Adakah alasannya…sultan yang pilih… Saya tahu…inilah pun alasannya…jangan terbitkan murka sultan.

Hai…come on, kita bicara soal politik…dalam Malaysia atau Selangor, sultan hanyalah simbol…raja berperlembagaan…mereka bukan ada kuasa eksekutif mutlak. Takkan kita masih nak beretorik soal sultan dan kuasa…Jika dalam DUN dah buat ketetapan, sultan kena follow…ini bukan zaman feudal lagi.

Terpulanglah kepada anda membuat penilaian. Tapi saya tetap berpendirian, Hasan Ali kena merubah ‘laluannya’ segera. Jika tidak, sukar menentukan hala tuju PAS nanti…jika YB Khalid Samad yang sudah terbukti kewibawaannya pun ‘dipecat’ Hasan Ali…bayangkan jika beliau berhadapan dengan orang lain…bayangkanlah jika hanya Ketua Cawangan atau Ketua Kawasan…apatah lagi ahli biasa seperti saya!


p/s : jadikan artikle ini sebagai muhasabah dari orang bawahan kepada orang atasan.


6 ulasan:

azani berkata...

Tegur aje mane yg tak berkenan sebelum nasi jadi bubur.

Tanpa Nama berkata...

bodoh...tak faham undang-undang dan peraturan
dia ingat bila perintah tu ikut suka kita apayg nak buat..banyak cantik!!
aku cadang ko ganti Hasan Ali baru tau....tak sampai sebulan confirm Sultan S'ngor akan nasihat utk diberhentikan!

kulupSakah berkata...

syabas syeikh,
ana baru baca blog ni..kite perlukan ramai org kita yg berani kritik tanpa fear n favour..

kita mesti teruskan sebagaimana mereka meneruskan camry!!

huzaifah berkata...

ingatkan salah dari segi prinsip... rupa-rupanya "salah" sebab tak ikut selera panas baran dia..

Macam2..
Wsm.

Tanpa Nama berkata...

Tulisan cetek minda...nak samakan theory dengan practical.
Nak samakan tindakan masa memerintah dan sebelum memerintah.

Hassan Ali ada kuasa, sultan pun ada kuasa. Tapi apabila berlaku pertembungan antara Hassan Ali dengan Sultan, Hassan Ali ibarat timun berdepan dengan durian.

Janagan ulang masalah yang pernah berlaku spt diPerak satu ketika dahulu dan juga dikelantan diawal2 pemerintahan TGNA.

Didalam peperiksaan, kita disuruh jawap soalan senang dahulu sebelum pergi kepada soalan susah agar tidak bercelaru dan dapat mengatur masa yang terhad.

Ibnu Qalil berkata...

Salam, ana sokong kesahihan beberapa perkara tentang Dato' Hassan Ali yang Ustaz lontarkan. Namun, dalam soal pemecatan Khalid Samad, ana berpihak kepada Dato' Hassan Ali. Tindakan Dato' Hassan Ali cukup berani. Even ajk pun tak menentang dengan keputusan itu sebab something wrong with Khalid Samad.

Khalid Samad bagus sebagai MP tapi tidak bagus dalam adab, akhlak berjemaah. Ana pun bukan bagus sangat tapi ana tak merosakkan PAS dari dalam. Nak tahu lanjut, ustaz tanya kat Ustaz Najhan. Wallahua'lam.