Sabtu, 31 Januari 2009

MENGAPA MENGKRITIK ???

MENGAPA MENGKRITIK ???

Sambil-sambil ambil isteri di Kampung, sempat juga menyampaikan satu ceramah jemputan di salah sebuah “balaisah” di Pasir Mas. Dalam perjalanan pulang, aku ditelefon oleh seorang pengarah di salah satu jabatan dalam kerajaan negeri Selangor. (rasanya tidak penting diberitahu dari jabatan mana)

Aku tidak mengenali pengarah tersebut, tetapi beliau memperkenalkan namanya, juga menyatakan sokongan beliau terhadap pendedahan yang aku lakukan dalam blog baru-baru ini.

Aku menyatakan, ramai pembaca yang tidak bersetuju dengan tindakan aku itu, tetapi beliau memaklumkan, tindakanku itu adalah wajar, kerana banyak kelemahan yang sedang berlaku selepas PR pegang kerajaan Negeri Selangor, lebih-lebih lagi dari sudut kedaulatan undang-undang.

Kami berbual panjang; walaupun ketika itu aku sedang memandu kereta. Banyaklah yang diceritakan oleh beliau tentang apa yang telah terjadi dalam jabatan beliau sejak PR pegang kerajaan. Dan beliau beranggapan, jika kelemahan ini tidak dibaiki dari sekarang, pasti kerajaan Pakatan Rakyat akan jatuh dalam pilihanraya akan datang.

Aku pun menyatakan, sengaja aku mendedahkan sekarang, agar segala kelemahan; lebih-lebih lagi melibatkan rakyat tidak menjadi “barah yang akan membarah lebih parah” dalam pilihanraya akan datang.

“biar kita bergaduh sekarang, jangan kita bergaduh masa dekat ngan pilihanraya nanti” kataku.

Dia membenarkan sahaja apa yang aku sebutkan itu.

Aku menyatakan kepadanya, bahawa dalam sejarah Islam, pemerintahan yang hebat adalah pemerintahan Omar bin Al-Khattab, walaupun pada masa itu, pemerintahan beliau bukan sekadar di tanah arab sahaja, bahkan sudah menjangkaui dunia yang bukan arab.

”kritik mengkritik antara rakyat dengan kerajaan secara terbuka menyebabkan pemerintahan Omar di puja dan dipuji sehingga hari ini” kataku ringkas.

Aku mendatangkan kisah Omar di kritik oleh seorang perempuan tua; Dikiritik seorang anak muda dalam majlis terbuka; juga kisah Ubadah bin As-Somit yang mengkritik Muawiyyah yang jadi Gabenor di Syam, yang dilantik oleh Omar bin Al-Khattab.

Dalam celoteh aku itu, beliau hanya menyebut ”ye.. ye.. ye” yang kedengaran.

Aku merasakan, lebih 20 minit juga kami saling bertukar tukar pandangan dalam telefon. Dan aku tidak pasti, berapa bil yang perlu dibayar oleh beliau yang nampaknya begitu minat berbual-bual denganku. Dan beliau bercadang nak berjumpa denganku di suatu masa nanti. Aku hanya menjawab, Insya Allah....

Padaku, walaupun ramai yang tidak suka dan tidak bersetuju dengan tindakanku itu, tetapi padaku, apa yang aku lakukan adalah supaya kerajaan Pakatan Rakyat pada hari ini berhati-hati; bersegera dengan masalah rakyat, agar ianya tidak diabaikan. Jika ini tidak diselesaikan dari sekarang, dibimbangi ianya menjadi ”senjata tajam” oleh BN dalam menjatuhkan kerajaan PR dalam pilihanraya akan datang.

Memang tidak dinafikan, kerajaan PR sekarang lebih baik dari kerajaan BN lalu. Pun begitu, isu rakyat miskin; duduk dalam khemah bukan isu untuk kita lakukan bandingan antara Kerajaan dulu dengan kerajaan kini, tetapi ianya adalah isu kewajipan yang wajib kerajaan selesaikan dengan segara, tanpa dilengah-lengahkan lagi.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
31 Januari 2009 * 8:52 malam.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum wrt wbt

1. Isu yang dibangkitkan betul. Membuat konklusi daripada isu itu yang perlukan kesabaran, kepastian dan maklumat yang mencukupi. Kita di bawah peroleh maklumat jenis "bawahan", mereka di atas memiliki maklumat jenis "atasan". Mungkin kelemahan pada menemukan maklumat yang saling berjauhan dan tidak mampu datang sendiri.

2. Akhi, mengkritik isu berbeza dengan menghentam individu. untuk menyelesaikan masalah jangan membuang masa menghentam manusia, sebaliknya menggerakkan manusia tadi untuk menghapuskan isu. Menghentam manusia bermakna mematikan potensi penyelesaian. Natijahnya, serupa! Berjaya tidaknya kita adalah pada berjaya atau tidaknya kita menggerakkan mereka yang diamanahkan, bukan berjaya atau tidaknya memanaskan isu. Pendedahan melegakan diri kita, tetapi belum tentu menyenangkan mereka yang menderita.

3. Wan Ji, akhuka fillah. Berhenti mengkritik seketika, kerana ianya mengeraskan hati, walaupun isunya benar. Cukuplah sekadar melapor dan mendedahkan. Mereka semua sudah mendengar dan membaca, maka sebagai manusia, kita tidak perlu terus melolong, dan mereka juga manusia, tidak suka dijerit selamanya.

4. Maksud ana jelas, teruskan lapor kesusahan dan kemiskinan, namun tawaqquf drp mengkritik sesiapa, kerana pembaca blog ini adalah manusia yang walaupun tak disebut secara detil, mereka tahu siapa yang menjadi sasaran pendedahan itu. Di sini, hikmah itu pelbagai. Jaga mangsa, jaga diri dan jaga kerajaan. Biar rahmat agama dimanfaati enta, warga miskin dan pemerintah.

Wallahu a'lam.
Puchong.

Tanpa Nama berkata...

mungkin ana salah. tapi kenapa ana buat macam ni..

sebabnya;

a) budak sakit jantung berlubang. ana dah hantar maklumat melalui pejabat exco. hantar surat permohonan zakat. bagi no telefon bapa budak itu. tapi yang sedihnya. dah 4 bulan sampai hari ini pun, tidak ditelefon.

masakan duit bantuan, telefon tanya khabar pun tak ada. nak datang, mungkin jauh sekali.

b) pasal setinggan, duduk dalam khemah.... apakah sang exco tidak tahu, sedangkan pembantu khas exco tersebut menjadi calon; bertanding di Dun tersebut. masa pilihanraya, sang calon dan sesiapa sahaja tukang kempen parti akan ziarah sang miskin, dan jadikan ianya isu keramat. jelasnya, dah tahu, tapi "ketahu-tahuan" (macam : kekuning-kuningan).

c) kenapa direct sangat? sbb, nampak macam "masuk air" sangat. dah banyak kali bagitau, tapi macam tak faham. oleh itu, baik guna kaedah "sniper" jer...

d) orang yang berkenaan; yang membaca blog ini; tahu masalah yang sudah berlaku, diminta selesaikan masalah rakyat ini. kalau mereka berkenaan itu benci kan ana, ana tak kesah, tapi jangan jadikan rakyat sebagai mangsa..... rakyat kita ni la yang undi kita. mereka telah bekerja keras untuk kita. jangan jadikan mereka ini sentiasa mengeluh dengan kerajaan kita yang telah kita bina. jangan sampai dorang samakan kerajaan kita dengan kerajaan BN sudah la.. sebab, sekarang sudah kedengaran ditelinga, mereka cakap, keranaan BN dan Kerajaan PR, sama sahaja. nak marah pun tak boleh, sebab dorang cakap tu macam betul jer....

e) semua mendakwa kerajaan PR lebih baik dari kerajaan BN. oleh itu, jangan jadikan kerajaan PR jadi lebih teruk dari BN. jagalah kerajaan ini agar ianya tidak jatuh dalam pilihanraya akan datang.

sekian
Al-Bakistani