Ahad, 1 Februari 2009

ANTARA POLITIK DAN DAKWAH..???

ANTARA POLITIK DAN DAKWAH..???

Kampong aku sudah tidak bergeran sejak sekian lama. Orang kampong aku duduk dalam khemah sudah lebih dua tahun. Kanak-kanak jantung berlubang juga duduk dalam kampong aku; dua tahun sudah bapanya bagaikan orang gila.

Berselisih, berjumpa dengan mereka, aku ditanya keadaan mereka. Aku hanya menjawab;

"ana tidak ada kuasa. Sekadar memaklumkan kepada pihak yang ada kuasa sahaja".

Makluman telah dibuat, tapi malang, masakan rakyat mendapat pembelaan, khabar berita pun tak dapat.

Hal tanah, ada gak beritanya. Tapi kaedah dan mekanisma penyelesaian ntah ada atau tidak, wallahu 'alam.

Padaku, kuasa politik merupakan sesuatu yang amat penting. Kerana, dengan kuasa politiklah aku mahu berjuang dalam Parti politik.

Islam berjaya dilaksanakan dengan kuasa politik. Rakyat terbela dengan kuasa politik. Tapi, kalau sudah ada kuasa politik, islam masih tidak terbela. Dakwah masih tidak berjalan secara berkesan. Isu rakyat juga tidak berjaya diselesaikan. Buat apa berpolitik???

Kalau berusaha hendak membela, lalu dimaklumkan kepada pihak berkenaan, tanpa kabel yang baik, mesti kita akan mendapat pandangan sinis; pandangan yang menggambarkan kita adalah pihak yang menyusahkan.

Rakyat dengan keadaannya yang asal juga. Mereka sentiasa menelefon, bertanya masalah mereka. Bercerita tentang masalah mereka. Aku masih lagi membela pihak politik. Berbagai-bagai alasan yang aku kemukakan dihadapan orang-orang miskin, demi mempertahankan orang politik; bahkan parti yang aku dokong ini.

Aku semakin tidak tahan dengan "tekanan" ini. Aku berfikir, mungkin dengan ruang blog dapat memberikan mereka pembelaan. Tetapi, apa yang aku dapat adalah seperti yang tidak dikehendaki, bahkan lebel negative yang diterima.

Aku semakin fedup dengan politik. Ramai orang "bermain politik" berbanding orang "berpolitik".

Lebih baik aku menyokong gerakan islam berbanding menjadi penggerak dan lebih baik menyokong kerajaan yang lebih baik dari BN, berbanding menjadi penggerak.

Lebih baik aku menjadi pendakwah. Berceramah di masjid dan surau. Dan hari minggu mencari budak-budak rosak, yang tidak haluan dengan islam. mengajak mereka kepada Islam.

Kalau ada orang miskin bertanya kepadaku tentang mereka, aku hanya perlu maklumkan, bahawa sila hubungi pihak yang ada kuasa. Sila ambil no telefon YDP, setiausaha, Exco, YB itu dan YB ini. kerana, mereka sahaja yang berkuasa.

Hidup Group Pemikir Muda !!!!...

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- kopitiam Jejantas Sg Buloh
1 febuari 2009 * 5:00 petang.





7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jangan layan puak2 poyo ni ustaz...... reti cakap jer...dorang tak turun pun.. bukan dorang tengok pun orang miskin dlm khmh tuuuu...

dorang dok pertahan pemimpin dorang yang lembek tu. dorang anggap pemimpin dorang tu maksum kot. sebab tu buat macam tu....

jgn layan puak2 tuuuuu... buat tak reti jeeeee...dorang tu bukan reti pun.

dorang ni rasa yang tak turun padang tu perjuangan islam... biar orang miskin melarat tu perjuangan Islam ...

sebenarnya ustaz jumpa orang miskin. jumpa budak2. ustaz lah yang nak jaga islam. ustaz yang nak jaga kerajaan Pakatan rakyat.

orang yang dok hentam ustaz tu sebenarnya nak menjahanamkan islam. nak jahanamkan kerajaan pakatan rakyat...

jangan tengok dorang ustaz.. jgn layan puak2 tu ustaz.... teruskan perjuangan ustaz... kami dari Kota Damansara bersama ustaz......

Tanpa Nama berkata...

Saudara Baqistani,
Itulah antara bukti bahawa berjuang dengan cara demokrasi ni tak betul. Sungguh saudara telah membazirkan umur dan sumber tenaga saudara. Dan sebagai tambahan, Tuhan tak tolong pula. Saudara jadi salah seorang korban demokrasi.
Salam
TOKPAKIRKORBANDEMOKRASI

Tanpa Nama berkata...

kita beli kereta baru. semua elok tak ada masalah.. tahu-tahu driver bawa laju sangat; tak cermat sampai exiden...

dalam kes ini. takkan kita nak salahkan kereta kot???

sapa yang bersalah dalam hal ini???

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Saudaraku Al-Baqistani,

Takpa...
Saya mohon Allah subhana-hu-wata'ala panjangkan umur saudara yang masih muda untuk menyaksikan lakunan-lakunan manusia yang membawa kereta demokrasi yang saudara tengah menumpanginya. Jangan sampai accident.. ok.
Semoga kesemua kita satu hari nanti sempat untuk bersama-sama memlupuskan kereta reject demokrasi ni.

Salam
TOKPAKIR

Tanpa Nama berkata...

yang salah tetap salah. tapi yang tidak salah, adalah zalim kita menyatakan ia salah...

hukum sesuatu itu berasaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah, bukan pengalaman dan pengamalan manusia.

harapannya, anda tidak "exiden" dalam memahami nas Al-Quran dan As-Sunnah.

sekian

Al-bakistani

Tanpa Nama berkata...

Saudara Al-Baqistani,

InsyaAllah !, tak akan accident, sebab kita ikut satu per satu, step-by-step, apa yang telah ditentukan oleh kitab sunnatuLlah untuk kita manusia dan alam seluruhnya. Dalam sunnahtuLlah tu ada pengalaman dan pengamalan manusia yang tak accident. Cerita mereka yang berjaya memang banyak untuk dijadikan ikutan walaupun banyak yang tak logik. Kemungkinan salah tafsir atau zalim adalah minimal sebab kita ikut step-by-step walaupun tak logik.

Salam
TOKPAKIR

Tanpa Nama berkata...

Salam ustaz,
Sekian lama, kita dan rakan-rakan berjuang untuk mendapat kuasa politik dalam usaha untuk menunaikan perintah Allah.Tidak terhitung rakan-rakan yang menjadi mangsa dalam usaha murni ini.Tanggal 8 Mac 2008, kita dikurniakan kuasa(terhad) .Alhamdulillah. Banyak yang boleh kita (PAS) capai dengan kuasa ini.Mana yang tak boleh dilaksanakan lagi, perlu kita tangani dengan kesabaran. Kalau kita berpecah, mudahlah kerja musuh Islam.

Perlu diingat setiap masa Allah menguji kita. Termasuk sebelum dan selepas menang.Nasihat Hulu Kelang, supaya ustaz dan rakan-rakan sekelian memberi sedikit masa kepada pimpinan negeri untuk menyelesaikan masalah yang ada. Nasihati mereka. Semoga Allah kurniakan kita semua kesabaran untuk menegakkan Islam dibumi Malaysia ini.Warga Hulu Kelang