Khamis, 23 April 2009

NERACA KITA MENILAI KEBENARAN??

NERACA KITA MENILAI KEBENARAN??

Keadaan pertama;

Muhammad sedang minum secawan kopi. Ketika dia minum, dia dapati kopi itu tidak sedap. Seraya itu juga dia menyebut, kopi ini tidak sedap. Dia tidak mengira siapa yang buat kopi itu, apakah kekasihnya atau tidak.

Keadaan kedua:

Muhammad sedang minum secawan kopi. Ketika dia minum, dia dapati kopi itu tidak sedap. Sebelum dia mahu menyebut kopi itu sedap atau tidak, dia bertanya;

”siapa yang buat kopi ini?”

Dijawab;

”Zainab”

Mengenangkan Zainab adalah kekasih Muhammad, menyebabkan kopi yang tidak sedap itu dikatakan sebagai sedap.

Antara kedua-dua keadaan ini, manakah pilihan terbaik bagi diri kita???

Sedangkan Nabi SAW bersabda;

قل الحق وإن كان مرا

Maksudnya;
”berkatalah benar, walaupun pahit
[1]

Sekian

p/s : Apakah ini Prinsip kita??? ; ”Jika dia team aku, maka semua tindakannya adalah benar. Adapun jika Dia bukan team aku, maka semua tindakannya adalah tidak benar. Jika kamu kacau orang team aku, bermakna kamu tidak berakhlak, tetapi kalau kamu kacau orang yang bukan dari team aku, maka itu adalah tindakan yang berakhlak”

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
24 april 2009 * 12:21 pagi





[1] Sahih Ibni Hibban : 362.

9 ulasan:

Al Pacino berkata...

La....Hang cakap ni sebijik kena kat hang!!!

Tanpa Nama berkata...

Salam Syeikh..

1.Tak dinafikan kalam mutiara dari Rasulullah itu benar.

2.Tp, setahu ana uslub nabi berkata benar tengok kepada situasi. mcm nabi makan buah limau yg pahit depan 'aisyah.enta pun tau kesudahannya.

3.dalam surah at-taubah,cuba hayati mcm mana nabi berhadapan dengan sahabat yg bg alasan taknak gi berjuang.bermula dgn uslub terbaik sehinggalah kepada tindakan memulaukan.

4.tgk jugak bagaimana nabi berdakwah.pun peringkat awal nabi tetap menggunakan uslub yg paling baik.

5.tgk jgk ketiba nabi tahu ada golongan munafik yg nabi rahsiakan namanya dihadapan sahabat yg lain..apa hikmahnya?

6.Syeikh..golongan mcm enta ustaz2 ni sebagai tulang belakang kpd jamaah.ibarat sebuah rumah..jangan terus dicantas tiang rumah yg hanya rosak sedikit,tetapi perbaikilah dengan sempurna.kalau tak mampu baiki seorang diri, carilah teman2 yg dpt membantu..masyaAllah betapa indahnya hidup BERJAMAAH..

Sekadar cetusan rasa luahan kasih sayang

Wassalam

Al-Bakistani berkata...

uslub Nabi bermula dengan cara yang paling baik, tapi jika tidak "makan saman" juga, Nabi bertindak dengan keras juga akhirnya...

kalau baca uslub Quran, "Bashir" digunakan kepada mereka yang jahil tentang Islam; iaitu jahil yang tidak pernah mendengar langsung tentang Islam..

tetapi kepada orang sudah diberitahu ttg Islam, tetapi tetap tidak pakai juga, maka digunakan usblub "Inzar"..

bermakna, uslub itu tidak berkekalan dengan satu cara, bahkan dalam keadaan yang lain, kena guna cara lain juga.

pun begitu, itu bukan isu yang mahu dinukilkan. isu yang mahu dinukilkan adalah cara untuk kita menilai kebenaran.

ana bukan berbicara cara untuk menegur atau cara untuk menyatakan kebenaran. tetapi ana berbicara tentang cara menilai kebenaran...

pada ana, Kerajaan Pakatan Rakyat merupakan ruang terbaik dalam kita memikirkan cara untuk menyatakan kebenaran, seperti yang dinukilkan oleh Akhi tanpa nama yang meluahkan kasih sayang. ini kerana, DAP adalah manusia yang jahil tentang Islam dalam keadaan mereka tidak pernah kenal Islam langsung. apabila mereka kenal, mereka tertarik dengan Islam, menyebabkan ramai YB DAP yang berani baca Al-Quran...

UMNO pula, golongan yang jahil dengan Islam kerana degil. justeru, tindakan terhadap UMNO tidak boleh sama dengan DAP. UMNO perlu diserang..

mereka sudah tahu Islam, tetapi mereka sengaja menolak Islam kerana degil mereka terhadap Islam...

UMNO memang jijik dan kotor !!!

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Salam Syeikh..

1.Syukran atas ulasan.

2.Semoga Allah bukak pintu hidayah pd mereka yg nak carik kebenaran.

3.Tp jika mereka memilih utk jalan kesesatan yg dah diperjelaskan pd mereka, semoga Allah bg peluang utk mereka berubah.

4.kadang2 sesuatu yg pahit ini pun elok juga utk dijadikan ubat,betul tak syeikh?

Sekadar setusan rasa luahan kasih sayang

wassalam..

Tanpa Nama berkata...

kalau dalam UMNO ada kebaikan maka kita juga kena sokong... katakan benar walaupun pahit.....apa yang diutarakan TGHH adalah benar ttg unity government...itulah prinsip berkatalah benar walaupun pahit...

Tanpa Nama berkata...

kerja - kerja bodoh dalam pas
April 24, 2009 in PAS, istizkariyyah, muzakarah, politik, wa zakkir
oleh:NikAbduh
Salam Kamunting,

Di meja makan di bahagian dapur di rumah ayahanda yang saya masih kekal tinggal bersama sedari kelahiran dulu, selalulah saya bersembang dengan ayahanda pasal macam - macam hal kehidupan yang biasanya akan panas dan panjang bila ianya berulamkan politik dan perjuangan.

Terbaru saya lontarkan kepadanya hujahan para ulama daripada buku yang saya baca mengenai keabsahan seorang muslim untuk hadir dan turut sama menjawat dan memerintah di dalam sebuah kerajaan yang bukan Islam.

Saya sebutkan kepada ayahanda bagaimana para ulama mengambil bahagian cerita Nabi Yusuf alaihissalam menjawat jawatan sebagai menteri kewangan di dalam sebuah kerajaan syirik Mesir kuno sebagai hujah utama dan vital yang membenarkan penawaran untuk turut membantu pemerintahan bukan negara Islam.

Syarat terpenting yang menjadi pemutus ialah jemputan kepada jawatan itu mestilah dalam kemuliaan dan kekuatan. Mereka meminta dan kita berhak memutus, bukan mereka. Kemudian kita tidak diikat dengan syarat - syarat yang menghalang unsur keadilan Islam untuk ditegakkan. Masuk dengan kemuliaan sebagaimana Nabi Yusuf dijemput untuk turut mempersembahkan kebijaksanaan dan keadilannya ke atas rakyat dalam pemerintahan tersebut.

Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.

Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.

Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”

Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai ayahanda. Komennya di atas bukankah mencetuskan persoalan ini di benak anda, bukankah Tok Guru lantang menolak Unity Government? Bukankah Tok Guru berang dengan cadangan Tuan Guru Hj Hadi ini?

Biar saya bagitahu anda, ayahanda hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah ugama itu ada, bagaimana ayahanda akan tolak mentah - mentah?

Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.

Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!

Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government? Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama TGHH, ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya.

Di mana pergi pembantu - pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!

Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.

Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing - masing.

Adapun penghormatan ayahanda terhadap TGHH, maka ia adalah penghormatan yang gagal diperolehi kecuali oleh para ulama. Ayahanda sering memuji TGHH. Saya pernah mendengarnya menakjubi ucapan TGHH di Parlimen yang dibacanya di dalam Harakah sedang masa itu suasana panas isu muzakarah masih memuncak. Sesetengah pembantu ayahanda merasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempati diri mereka.

Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?

Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.

Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.

Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keenggananya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih?

Di mana adab? Di mana kesetiaan? Di mana sifat malu?

Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda!

Tanpa Nama berkata...

salam saudara,mitak tolong saudara ulas kn skit psl artikel yg dikeluarkan oleh ust nik abduh....harap respon segera.....

Tanpa Nama berkata...

peminum kopi tu sebenarnya lidahnyadah diasah dengan cincin emas,menyebabkan lidahnya berfungsi lain dari manusia biasa.Jaga-jaga la Wan Ji ,jgn sampai anta dipergunakan akibat dari salah maklumat yang anta terima...lidah munafiqin amat tajam dan berbelit-belit..jaga-jaga ye,klu nak tahu siapa yang lidahnya berbelit-belit tu,pergi tanya sendiri To' Guru Nik Aziz.Peluang masih ada,anta belum terlambat Wan Ji...

RuslyIsLam berkata...

ustaz pandangan dari ana yang bukan ustaz

-UMNO jijik kotor, jahil, juga perlu kita dakwah.
-DAP jahil tapi nakkan kebenaran juga perlu kita dakwah.

semuanya madu'u kita....

-tapi ustaz, kita tetap tentang bila mereka tentang Islam..
-bila UMNO lawan Islam kita tentang mereka dan kita tidak setuju dengan mereka
-bila DAP lawan Islam kita tentang dan tidak setuju dengan mereka

oleh itu ustaz pada pandangan ana kita dakwah UMNO dan PAS dalam konteks melihat mereka sebagai madu'u.

kita serang UMNO dan PAS dalam konteks mereka menentang Islam..

wallahu'alam