Ahad, 19 April 2009

TUTUP KEDAI ARAK DAN JUDI DALAM NEGARA ISLAM????


TUTUP KEDAI ARAK DAN JUDI DALAM NEGARA ISLAM????

Merujuk kepada akhbar utusan Malaysia bertarikh 25 Mac, dinyatakan bahawa Menteri Besar kedah yang baru, iaitu Ustaz Azizan Razak mengakui sukar kuat kuasakan larangan arak dan judi di negeri Kedah yang di perintah oleh PAS
[1].

Dalam berita itu juga menyatakan;



”Sehubungan itu, katanya, beliau telah meminta pihak berkenaan mengkaji peraturan dan syarat pelesenan judi bagi mencegah pembabitan orang Islam”


usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan PAS di Kedah patut dipuji, jika dibandingkan dengan negeri-negeri dibawah pemerintahan Barisan Nasional yang masih lagi redha mendapat habuan dari hasil arak dan judi.

Membaca kandungan berita itu, menyebabkan aku berfikir tentang hak-hak yang perlu ditunaikan oleh kerajaan islam terhadap non muslim. Ini adalah kerana, sebuah pemerintahan islam tidak pernah menafikan hak keagamaan non muslim yang berada dalam sesebuah kerajaan islam.

Bahkan, islam merupakan agama yang sangat-sangat menjaga hak manusia, samada mereka itu muslim atau non muslim. Penjagaan hak itu sehinggakan dinyatakan oleh nabi SAW dalam satu hadis;

فَإِنَّ لِصَاحِبِ الْحَقِّ مَقَالًا

Maksudnya;
”bagi orang yang ada hak itu bersuara” (Sahih Al-Bukhari : 2141)

Lantaran Islam memberikan hak kepada non muslim, aku terpanggil untuk menyampaikan pandanganku yang berasaskan kepada rujukan kitab-kitab fiqh dalam isu ini.

ARAK DAN JUDI ADALAH HARAM

Pengharaman Arak dan judi dalam Al-Quran adalah perkara Qatii yang tidak boleh dinafikan lagi pengharamannya.

Firman Allah:

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا

Maksudnya;
“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya”

(Surah Al-Baqarah : 219)

Dan juga firman Allah:

إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأنْصَابُ وَالأزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[434], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”

(Surah Al-Maidah : 90)

Dari segala nukilan nas-nas Al-Quran, jelas kepada kita bahawa pengaharaman Arak adalah perkara yang tidak dinafikan lagi didalam islam, tanpa khilaf.

Imam As-Syafii menyatakan, setiap minuman yang memabukkan, maka itu adalah arak. adapun Imam Abu Hanifah pula menyatakan, Arak adalah perahan Anggur yang menghasilkan buih dan membawa kepada mabuk.

Walaubagaimanapun, Arak itu tidak semestinya daripada Anggur. Bahkan, arak juga boleh dibuat dengan benda yang lain. ini disandarkan kepada hadis daripada Abdullah bin omar yang berkata;

نزل تحريم الخمر يوم نزل وهي من خمسة : من العنب ، والتمر ، والحنطة ، والشعير ، والذرة ، والخمر ما خامر العقل

Maksudnya;
“Diturunkan hukum pengharaman arak pada hari diturunkan itu sedangkan ia terdiri daripada lima, iaitu daripada Anggur, tamar, Gandum, barli dan Jagung. Arak adalah sesuatu yang boleh mengelegakkan akal (menghilangkan akal)”

Begitujuga, Sabda Nabi SAW;

إن من العنب خمراً ، وإن من التمر خمراً ، وإن من العسل خمراً ، وإن من البر خمراً ، وإن من الشعير خمراً

Maksudnya:
“Sesungguhnya Arak diperbuat daripada Anggur, daripada tamar, daripada madu, daripada Gandum dan daripada Barli”

Walaupun, jika dilihat kepada hadis-hadis yang dinyatakan disini, tidaklah difahami bahawa arak itu mesti terdiri dari benda-benda yang disebutkan sahaja, bahkan semua perkara yang mempunyai unsure-unsur arak (memabukkan), walau daripada apa benda dibuat sekalipun, maka ianya tetap dikira sebagai arak yang diharamkan oleh Allah SWT.

Ianya dikiaskan kepada pengharaman terhadap asnaf ar-riba.

Daripada Ubadah bin As-Samit, bersabda Nabi SAW;

الذَّهَبُ بِالذَّهَبِ مِثْلًا بِمِثْلٍ وَالْفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ مِثْلًا بِمِثْلٍ وَالتَّمْرُ بِالتَّمْرِ مِثْلًا بِمِثْلٍ وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ مِثْلًا بِمِثْلٍ وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ مِثْلًا بِمِثْلٍ وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ مِثْلًا بِمِثْلٍ فَمَنْ زَادَ أَوْ ازْدَادَ فَقَدْ أَرْبَى

Maksudnya;
“Emas dengan Emas hendaklah serupa, perak dengan perak hendaklah serupa, tamar dengan tamar hendaklah serupa, gandum dengan gandum hendalah serupa, garam dengan garam hendaklah serupa dan barli dengan barli hendaklah serupa. Barangsiapa beri lebih atau minta dilebih daripada itu, maka itu sudah dikira sebagai riba” (Sunan At-Tarmizi : 1161)

Dari hadis ini, walaupun Baginda SAW membataskan kepada enam perkara atau dikenali sebagai asnaf Ar-Riba, namun semua perkara yang mempunyai maksud seperti enam perkara ini, maka ianya juga dikira sebagai riba
[2].

Maka keadaan yang sama juga tentang pengharaman Arak, walaupun ianya disebut oleh nabi SAW adalah pada benda-benda yang dinyatakan dalam hadis, namun tetap dikira arak pada benda lain yang mempunyai maksud dengan benda-benda yang dinyatakan pada hadis. (At-Tafsir Al-Kabir : 3/275).

Pengharaman arak tidak sekadar kepada peminumnya sahaja, bahkan pengharaman itu dikenakan juga kepada beberapa kategori manusia yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW.

Sabda Nabi :

لعنت الخمر على عشرة وجوه: لعنت الخمر بعينها وشاربها، وساقيها، وبائعها، ومُبتاعها، وعاصرها، ومُعتصرها، وحاملها، والمحمولة إليه، وآكل ثمنها

Maksudnya;
“Arak itu dilaknat atas sepuluh wajah, dilaknat Ain arak, peminum, tukang tuang, penjual, pembeli, pemerah, orang minta perah, pembawa, orang yang dibawa kepadanya dan orang yang makan hasil jualan arak”

JUDI

Judi atau dikenali dalam bahasa arab sebagai “Al-Maisir” juga adalah perkara yang diharamkan oleh Allah secara Qatii tanpa khilaf.

“Al-maisir” berasal dari kalimah “Al-Yusr” yang membawa maksud “mudah”. Al-Muqatil menyatakan, diambil dari kalimah “Al-Yusr” yang mengandungi makna “mudah” kerana, judi adalah mengambil harta manusia dengan jalan mudah, tanpa perlu kepada kesusahan dan kerja. (At-Tafsir Al-Kabir : 3/279)

Imam Az-Zamukhsyari menyatakan, pada zaman jahiliyyah, orang-orang dahulu berjudi atau bertaruhan dengan meletakkan beberapa batang kayu yang ditulis nama-nama orang yang bertaruh dalam satu bekas, kemudian apabila seorang “hakim” mencabut salah satu dari batang kayu tersebut, lalu didapati terdapat nama seseorang, maka taruhan itu akan menjadi miliknya.

Inilah judi yang berlaku pada zaman jahiliyyah terdahulu. Pun begitu, disebabkan zaman beralih zaman, judi sudah dilakukan dengan cara lebih hebat, sehinggakan di jadikan sebagai “business”

JUDI DAN ARAK DALAM NEGARA ISLAM

Aku secara peribadi pernah bertanya dengan sebilangan kawan-kawan berbangsa cina tentang status Arak dan Judi mengikut agama mereka.

Tidak dipastikan kebenaran dakwaan mereka, yang mana mereka mendakwa, Arak merupakan budaya agama mereka, tetapi tidak pada Judi.

Maka dengan itu, jika diperhatikan kepada kerajaan islam, adakah boleh terus mengharamkan arak terhadap non muslim (kepada muslim adalah haram Qatii) sedangkan arak merupakan kebudayaan agama mereka.

Jika arak itu merupakan budaya keagamaan mereka, maka dalam hal ini, tidak seharusnya kerajaan islam melarang penjualan arak dalam negara Islam terhadap non muslim. Kebenaran menjual itu pula, hendaklah berlaku di kawasan-kawasan penempatan yang terdiri dari kalangan mereka yang tidak beragama Islam.

Hal ini disandarkan kepada pendapat Imam Al-kasani dalam kitabnya “badai As-Sanai’” yang menyatakan;

فِي الْقُرَى أَوْ فِي مَوْضِعٍ لَيْسَ مِنْ أَمْصَارِ الْمُسْلِمِينَ فَلَا يُمْنَعُونَ مِنْ إحْدَاثِ الْكَنَائِسِ وَالْبِيَعِ ، كَمَا لَا يُمْنَعُونَ مِنْ إظْهَارِ بَيْعِ الْخُمُورِ وَالْخَنَازِيرِ

Maksudnya;
“Dalam negeri atau tempat yang bukan tempat penempatan orang islam, tidak ditegah mewujudkan gereja dan Biya’ (gereja yahudi), sepertimana tidak ditegah menjual arak dan babi” (Badai As-Sanai : 15/240)

Haram atas kerajaan islam membenarkan penjualan arak berlaku di kawasan-kawasan penempatan orang islam. Jika ini berlaku juga, maka kerajaan islam telah melakukan kesilapan dalam mengurus negara. Hal ini telah ditegaskan oleh Al-Qurafi.

Adapun berkenaan dengan judi, maka hendaklah dipastikan, adakah ianya adalah perkara yang berkaitan dengan kebudayaan agama mereka atau tidak. Jika ianya adalah kebudayaan agama mereka, maka itu dibenarkan. Adapun jika ianya bukan kebudayaan agama mereka, maka ianya hendaklah diharamkan dalam kerajaan Islam, hatta kepada non muslim sekalipun.

Semua keizinan ini sebenarnya diasaskan kepada kebebasan beragama yang kerajan islam berikan kepada non muslim, yang mana ianya adalah berasaskan kepada dalil-dalil berikut;

Firman Allah;

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya;
”Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Surah Al-Baqarah : 256)

Sehubungan itu juga, Omar Al-Khattab pernah menulis surat kepada Ahl Al-Quds yang mana isi suratnya adalah seperti berikut;

هذا ما أعطى عبدالله عمر أمير المؤمنين أهل أيلياء من الأمان : أعطاهم أمانا لأنفسهم و أموالهم و كنائسهم

Maksudnya;
“Ini adalah pemberian Abdullah Omar Amir Al-Mu’minin kepada Ahl Iilya’ daripada keamanan, Dia memberi keamaman terhadap nyawa mereka, harta mereka dan gereja-gereja mereka” (Tarikh Al-Rusul wa Al-Muluk : 2/308)

Memahami dari ulasan-ulasan ini, kerajaan islam tidak seharusnya melarang berlaku penjualan arak diantara non muslim. Pun begitu, pihak kerajaan islam tidak dibenarkan memakan hasil dari penjualan arak yang berlaku sesame non muslim tersebut.

Ini disandarkan kepada hadis Nabi SAW;

لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ حُرِّمَتْ عَلَيْهِمْ الشُّحُومُ فَبَاعُوهَا وَأَكَلُوا أَثْمَانَهَا وَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِذَا حَرَّمَ عَلَى قَوْمٍ أَكْلَ شَيْءٍ حَرَّمَ عَلَيْهِمْ ثَمَنَهُ

Maksudnya;
“Allah telah melaknat yahudi, kerana mereka mengharamkan lemak, lalu mereka menjualnya dan mereka makan hasilnya. Sesungguhnya Allah, apabila mengharamkan sesuatu kaum dari memakan seseorang, maka Allah akan mengharamkan atas mereka hasil jualannya” (musnad Ahmad : 2111)

Ekoran dari itu, hasil jualan arak (samada berbentuk lesen permis atau sebagainya), maka hendaklah digunakan untuk kepentingan non muslim juga. Ini disandarkan kepada kaedah “Al-Qiyas Al-Jali” yang mana, jika kerajaan islam boleh membenarkan orang non muslim minum arak, maka bersangat dibenarkan kepada non muslim makan hasil kerajaan yang bersumber dari bayaran permis arak.

PENUTUP

Islam adalah agama yang tidak memaksa mereka yang tidak sealiran dengan Islam agar mengikutinya. Dalam hal itu, Islam memberikan hak kepada golongan non muslim untuk mereka beramal dengan agama mereka dengan aman.

Maka dengan itu, negara Islam hendaklah memberikan hak mereka sebagai rakyat, disamping tidak lalai dari berbimbang bahawa amalan mereka itu terkena kepada orang-orang islam.

Tulisan ini, bukanlah satu pandangan yang tepat, bahkan ianya sebagai asas perbincangan dari mana-mana pihak dalam menentukan hak non muslim dalam sesebuah negara Islam yang berasaskan ulasan ulama-ulama yang muktabar.

Sekian

p/s : Negara Islam adalah negara adil dan Negara kasih sayang. Tidak memaksa, tetapi memberi kesedaran. Memberikan hak, tanpa menafikan. Tidak seperti negara bangsa melayu ala UMNO. kalimah melayu dijulang, bangsatkan melayu diulang-ulang.. jijikkan cina dan india, dikala mereka tidak membela. Semua rakyat sudah pandai, justeru menumbangkan UMNO yang bebal .. UMNO memang jijik dan kotor.

***

ini artikle lama. Sengaja di pamerkan sekali lagi untuk kefahaman kepada sebilangan orang-orang UMNO yang tak faham dan yang buat-buat tak faham....

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com














[1]http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0326&pub=utusan_malaysia&sec=politik&pg=po_08.htm&arc=hive
[2] Hendak mengetahui perbincangan yang lebih lanjut, boleh dibaca dari kitab “Muhadharat Fi Al-Fiqh All-Muqaran” karangan Dr Muhammas Said Ramadhan Al-Buti : m.s 40.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Soalannya;

Kat Kelantan, pusat judi boleh ditutup, tapi apasal kat Kedah tak ditutup?

Sedangkan siapa kah yang selama ini berapi-api semangatnya di pentas ceramah, menegaskan wajibnya ditutup pusat-pusat judi tersebut?

Aku ni yang menyokong penuh perjuangan menegakkan yang hak di bumi ini, terkedu sejenak dengan jawapan jawapan yang diberi oleh pejuang yang sudah beroleh kuasa.

Adakah perjuangan Islam apabila berolehnya kuasa, mempergadaikan akidah perjuangan? Apa bezanya kalau begitu dengan pemerintahan yang dahulu? Kepiah & ketayap? Coat & jubah?

Tanpa Nama berkata...

saya teringin nak tanya beberapa soalan,

1.adakah arah dan judi dikatakan hak-hak orang-orang non muslim ?

2. kalau jawapanya ya, dimanakah hak tersebut dinyatakan dengan jelas dan tepat ?

3.kalau jawapnya tidak, kenapa kerajaan susah nak tutup kedai arah, tempat judi, karaoke dan snoker centre

saya juga berpendapat kerajaan lebih mementingkan keuntungan daripada perkara haram yang dimaksudkan dlm agama islam.

walaubagaimanapun, saya tetap sokong seumur hidup saya, kedai arah ,casino , karaoke, rokok dan snoker centre di hapuskan sepenuhnya dalam negara ini.

sekian

MANAN ( BANGSA INDIA )

Al-Bakistani berkata...

apakah arak dan judi adalah hak non muslim???

soalan ini telah terjawab dalam artikle ini...

"jika diperhatikan kepada kerajaan islam, adakah boleh terus mengharamkan arak terhadap non muslim (kepada muslim adalah haram Qatii) sedangkan arak merupakan kebudayaan agama mereka.

Jika arak itu merupakan budaya keagamaan mereka, maka dalam hal ini, tidak seharusnya kerajaan islam melarang penjualan arak dalam negara Islam terhadap non muslim. Kebenaran menjual itu pula, hendaklah berlaku di kawasan-kawasan penempatan yang terdiri dari kalangan mereka yang tidak beragama Islam"

maksudnya, perlu diperhatikan terlebih dahulu, apakah arak dan judi itu adalah kebudayaan agama mereka. jika itu adalah kebudayaan agama mereka, maka hendaklah diberikan hak kepada mereka, tidak boleh dilarang...

mengambil keuntungan???

perlu diingat, jika kerajaan Islam memberikan hak non muslim membuka kedai menjual arak, hendaklah dikawasan non muslim sahaja. di kawasan orang Islam, adalah dilarang dibenarkan menjual arak..

segala bayaran cukai dari hasil penjualan arak yang diberikan kepada kerajaan, haram pihak kerajaan bubuh dalam simpanan perbendaharaan negari, tetapi hendaklah ditubuh satu perbendaharaan yang khusus, yang hanya digunakan untuk non muslim sahaja...

semua keizinan ini, adalah jika diminta dan di tuntut oleh non Muslim. jika pihak non Muslim tidak meminta pun untuk menjual arak, maka tindakan kerajaan islam meberi keizinan itu adalah silap.

pasal kelantan dan kedah..

antara asas keizinan itu, keizinan hanya berlaku di kawasan-kawasan yang ramai non muslim... di kelantan dan di kedah, keadaan berbeza. di Kelantan, kawasan non muslim kurang. di kedah, kawasan non Muslim banyak... masakan sama pak???

sekian

Al-Bakistani

joostspring berkata...

NEGARA ISLAM?

BKN APE NIZAR CKP XDE DLM PERLEMBAGAAN PAS NK TUBUH NEGARA ISLAM?

MANE RELEVAN POST YG SAUDARA BUAT KL PAS XNK TUBUH NEGARA ISLAM

Al-Bakistani berkata...

negara Islam adalah negara yang berjaya melahirkan masyarakat islam.

bukankah itu ada dalam perlembagaan PAS???

maksud masyarakat Islam, cina, india dan melayu menerima Islam sebagai cara hidup. bukannya macam UMNO laknatullah alaih. dakwaan menjaga agama..agama apa yang dijaga, wallahu 'alam....

Tanpa Nama berkata...

....antara asas keizinan itu, keizinan hanya berlaku di kawasan-kawasan yang ramai non muslim... di kelantan dan di kedah, keadaan berbeza. di Kelantan, kawasan non muslim kurang. di kedah, kawasan non Muslim banyak... masakan sama pak???...

Banyak pulak auta hang..

Nak habaq mai.., dulu ceruk kampung jaja ceramah..JUDI HHRRAAAMM!!! UMNO LAKNAT!!!!!

Bila dah berkuasa, mulalah kelam kabut selak kitab duk cari excuse..

Kuasa membisakan manusia menjadi AUTA!!

Al-Bakistani berkata...

kira ok la... kita belek kitab masa mendapat kuasa.. UMNO pula, tak buka kitab langsung masa berkuasa.

yang UMNO fikirkan adalah "masyuk".. maklumlah, UMNO dan duit haramkan dua perkara yang tidak ada beda..

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

salam, just nak clarify,
di kelantan dan kedah...premis2 yg menjual arak semestinya ada membayar cukai dan sebagainya. bagaimana HASIL itu diuruskan?
Kilang arak besar kat Selangor pun takkan beroperasi dengan percuma je. HARAM HASIL dari arak ni.

Al Pacino berkata...

Banyaklah AUTA hang..

Aku tau hang bukan nya tak paham apa yg aku nak cakap..TAPI hang duk pusing sana pusing sini mengelak dan pulun menghalalkan cara..
Habis-habis, hang duk pusing phobia dgn org Umno.. (aku rasa hg ni mmg ada kes kena dera dgn pengasuh org umno kecik kecik dulu..)
Aku ulang skali lagi soalan:

Sedangkan siapa kah yang selama ini berapi-api semangatnya di pentas ceramah, menegaskan wajibnya ditutup pusat-pusat judi tersebut?

Aku ni yang menyokong penuh perjuangan menegakkan yang hak di bumi ini, terkedu sejenak dengan jawapan jawapan yang diberi oleh pejuang yang sudah beroleh kuasa.

Adakah perjuangan Islam apabila berolehnya kuasa, mempergadaikan akidah perjuangan? Apa bezanya kalau begitu dengan pemerintahan yang dahulu? Kepiah & ketayap? Coat & jubah?