Isnin, 18 Mei 2009

ISLAM TIDAK MENANG, MENGAPA??

pusat terjemahan yang dinamakan Baitul Hikmah yang diasaskan oleh Khalifah Al-Makmun, dengan melantik Hunain bin Ishaq sebagai pengerusinya, berjaya menterjemah buku-buku yang bernilai falsafah dari dunia selain islam berjaya melahirkan tamadun islam yang gemilang selepas 100 tahun kemudiannya. antara buku yang diterjemah di Baitul Hikmah adalah "republik" karya Plato, yang nama buku itu diarabkan dengan nama "Al-Jumhuriyyah"
ISLAM TIDAK MENANG, MENGAPA??

Semua pejuang Islam mahukan kemenangan islam. kemenangan yang membawa Islam menjadi agama tertinggi. Kalimah Allah yang paling tinggi, itulah hakikat kemenangan islam.

Apakan daya, islam jatuh. Jatuhnya islam bukan kerana islam itu agama yang kolot, tetapi jatuhnya islam kerana ramai penganut-penganutnya berfikiran kolot.

Pemikiran mereka tiada unsur pencerahan. Mereka berfikir didalam kotak yang pelbagai. Tidak kira apa nama pun kotak tersebut. Ada kotak dinamakan parti, ada kotak dinamakan jemaah, ada kotak dinamakan sentiment, ada kotak dinamakan team dan berbagai-bagai lagi.

Pemikiran Umat Islam tidak seperti pemikiran golongan pencerahan dari kalangan islam, seperti pemikiran Ibnu Rushd, Ibnu Sina, Al-Biruni dan sebagainya.

Lihatlah cara pemikiran islam yang dibawa oleh nabi SAW. Islam cara Nabi, tidak dibataskan kepada “kotak arab” sahaja, bahkan sebarang perkara yang datang daripada selain “kotak arab”, itu tidak ditolak selagimana ia tidak bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah secara qatii.

Justeru itulah, dapat dilihat bagaimana Islam berjaya diterima oleh pelbagai bangsa yang tidak arab. Melayu bisa menjadi islam, cina menjadi islam, India menjadi islam, iran menjadi islam, spanyol menjadi islam dan seterusnya.

Kedatangan Islam, bukan dalam usaha menjadikan bangsa lain menjadi arab, tetapi kedatangan islam, menjadi panduan kepada bangsa-bangsa agar hidup mereka mencapai matlamat bahagia di dunia dan akhirat.

Lihatlah bagaimana Islam masuk ke dalam alam melayu. Disebabkan itulah, kita akan dapat lihat bagaimana baju melayu yang tidak pernah disarungkan oleh Nabi SAW menjadi pakaian Islam. baju kurung yang tidak pernah dipakai oleh para sahabiyyah di zaman Nabi, menjadi pakaian yang amat sinonim dengan islam.

Jelasnya, Islam hadir bukan menghapuskan bangsa, tetapi memandu bangsa agar tidak tersasar dari melanggar undang-undang karma dan fitrah manusiawi.

LEMAHNYA DIMANA??

Jika merujuk kepada hadis, kita akan dapati nabi SAW menyebut, segala kelemahan berpunca apabila tidak adanya kerajaan Islam.

Sabda Nabi SAW;

لَيُنْقَضَنَّ عُرَى الْإِسْلَامِ عُرْوَةً عُرْوَةً فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ

Maksudnya;
“simpulan Islam akan terungkai satu persatu. Apabila terungkai satu, pasti akan terungkailah yang lainnya. Perkara pertama yang terungkai adalah pemerintahan, dan perkara yang terakhir terungkai adalah solat
[1]

Jelasnya, semenjak kejatuhan kerajaan Islam, bermakna bermulalah kejatuhan tamadun Islam. apabila jatuh tamadun islam, maka musuh Islam mengambil ruang.

Persoalannya, bagaimana jatuhnya kerajaan islam? jika dihayati dan dikaji, kita akan dapati, semuanya bermula apabila pemerintah sudah lalai dari meletakkan kepentingan rakyatnya. Kepentingan peribadi diutamakan berbanding rakyat. Islam dibacarakan tanpa perlaksanaan.

Menyedihkan lagi, para ulama sudah tidak berfungsi dalam menyatakan kebenaran. Segala kesilapan pemerintah, akan difikirkan ”nas” untuk dihalalkan.

Ulama hanya mengkritik pemerintah yang tidak sehaluan dengan ”geng” mereka, tetapi jika kesalahan yang sama dibuat oleh pemerintah dari ”geng mereka”, maka itu tidak perlu dikritik, malah hendaklah dicarikan nas demi menghalalkannya.

Keadaan ini dilihat oleh rakyat. Mereka melihat dengan begitu sedih, ditambahi dengan perasaan dendam mereka terhadap pemerintah sebegitu rakus, ditambahi fungsi ulama yang sebenar semakin pupus.

Apabila pemerintah sudah bertindak seperti kapitalis, maka rakyat mula bertindak seperti sosialis. Mereka bangkit, membantah seterusnya menyanggah pemerintah. Istilah lawan akan terus berkemundang disisi rakyat, demi melihat pemerintah islam yang berfikiran kapitalis jatuh.

Inilah kemelut yang telah menimpa umat, menyebabkan jatuhnya pemerintahan Sultan Abdul Hamid yang dinamakan pemerintahan Khalifah Osmaniyyah, maka naiklah mustafa Kamal Art-tarturk sebagai pilihan hati rakyat.

Apakah rakyat perlu dipersalahkan? Mungkin jawapan kita adalah ”ya”, tetapi jangan lupa disalahkan kepada pemerintah yang hanya pandai mendesak rakyat memberi ketaatan dan wala’, tetapi dalam masa yang sama pemerintah lupa membina siqah atau kradibaliti diri, demi melihat rakyat secara telus memberikan komitmen atau wala’ yang tidak berbelah bagi terhadap pemerintah.

Ya !!! memang ramai ”ketua-ketua” mendesak orang bawahan memberi komitment dan wala’, tetapi ketua-ketua tersebut lupa, mereka sendiri tidak ada siqah dan kredibaliti untuk rakyat respek kepada mereka, seterusnya memberikan komitment dan wala’ yang diharapkan.

Jika dirujuk kepada Nabi SAW, baginda tidak pernah mengemukakan ”idea-idea bodoh” sehingga menjatuhkan kredibaliti atau kesiqahan dan reputasi diri. Apabila ”idea-idea bernas” dikemukakan, menyebabkan baginda SAW dikagumi kawan dan lawan.

Kekaguman itulah, menyebabkan kredibaliti dan kesiqahan nabi naik seperti kelajuan roket apollo. Seterusnya, kebangsatan musuh jatuh menghina.

JUMUD

Umat Islam masih lagi dengan pemikiran jumud. Al-Quran yang bersifat universal, dilalaikan kandungan maqasidnya. Menyebabkan, islam yang dikemukakan bersifat tekstual semata-mata.

Jika eropah pada abad ke 8 hingga abad ke 11 jatuh dengan sebab pemikiran jumud para ahli gereja. Keadaan yang agak sama juga berlaku kepada umat Islam kini, apabila tafsiran terhadap Al-Quran telah dilalaikan maqasidnya.

Sebilangan besar umat Islam meletakkan satu tanggapan, apa yang dibuat oleh barat semuanya adalah salah, walaupun ada kebenaran disebalik tuduhan salah tersebut.

Nabi SAW tidak pernah menafikan kebaikan yang dilakukan oleh pihak selain Islam. ini dibuktikan dengan tindakan Nabi SAW menerima cara peperngan Majusi yang menggali parit dalam peperangan khandak. Baginda menerima guru-guru dari kalangan orang kafir yang mengajar anak-anak Islam menulis dan membaca.

Bukankah islam menyebut, semua kebijaksanaan itu adalah barang keciciran kepunyaan umat Islam. tetapi, sedihnya umat Islam tidak mahu mengutip khazanah mereka sendiri.

Bukan umat Islam tidak kenal dengan tokoh yang bernama Ibnu Rushd, Ibnu Sina, Al-Farabi, Al-Biruni, Al-Khawarizmi dan sebagainya. bahkan, nama-nama mereka masih terpahat dalam pemikiran umat Islam. tetapi sedihnya, cara pemikiran para profesional Islam ini diabaikan.

Ibnu Rushd sebagai contoh. Walaupun beliau seorang yang berkemahiran dalam bidang falsafah Islam, tetapi jangan dilupai, beliau mendapat jolokan ”plato umat Islam”.

Mengapa jolokan itu diberi? Kerana, beliau telah mengolah pemikiran falsafah Plato yang bukan dari Islam, sehingga menjadi satu manhaj falsafah yang berasaskan kepada Islam. kehebatan dalam manhaj falsafah Ibnu Rushd, menjadi bahan kekaguman dunia sehinggakan dicontohi oleh semua tamadun dunia kini.

SENTIMEN

Umat Islam mula dilalaikan dengan istilah-istilah yang sempit. Mereka didoktrinkan semangat kedaerahan, semangat kepartian, semangat kejamaahan, semangat kefikrahan dan banyak lagi semangat-semangat yang kadangkala ia merupakan antara punca Islam itu tidak berjaya didaulatkan.

Kita dapat lihat, bagaimana perlantikan sesuatu jawatan bukan lagi atas dasar kelayakan, tetapi atas dasar sentimen. Si A adalah kawan aku, maka dia wajar dilantik. Si B bukan kawan aku, maka ia tidak boleh dilantik.

Maka terlantikan si A beralasan kawan, sedangkan sudah terbukti ”kebangsatan si A” dalam gerakkerja. Jika kritikan dilakukan terhadap si A, maka lahirnya istilah tempelan demi menyelamatkan si A yang merupakan kawan.

Si B yang pandai dalam gerakkerja, dinafikan haknya. Dituduh anti Islam, anti agama, anti agamawan dan banyak lagi tempelan negatif yang diberikan, semuanya beralasan kerana Si B bukan dari team aku.

Bukankah satu tindakan yang bodoh, jika kemahiran antara dua pihak ini tidak dimanfaatkan. Mengapa tidak ditoleransikan antara dua pihak ini, agar bersama-sama berusaha dalam memenangkan islam.

Tapi apakan daya, semangat ke”team”an ini sudah membeku. Apabila sudah membeku, maka lahirlah pemikiran jumud. Apabila lahir pemikiran jumud, maka lambatlah kemenangan islam akan tercapai.

Apabila direnung secara mendalam, patut pun Nabi SAW mengharamkan Assobiyyah. Rupa-rupanya, ia adalah punca penting Islam tidak berjaya ditegakkan dengan jayanya.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
19 mei 2009 * 3:13 pagi








[1] Musnad Ahmad : 21139.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.
Wan Ji,harap chek balik fakta kejatuhan Khilafah Othmaniah....

Berapa lama mu duduk dalam PAS? setara mana mu kenal pemimpin-pemimpin PAS?

Idea bodoh@bernas itu org yg nilai mengikut kepala otak dia,ada org kata bernas,ada org kata bodoh mcm mu kata,otak masing2 berbeza,hujah pun berbeza,mu nak otak orang biar sama je dgn mu,baru jadi bernas?

Biarlah seseorang tu punyai idea bijak sekalipun,tp klu mendabik itu kehebatannya,baik tak payah org mcm ni,lupa diri,lupa yg otak dia Allah kurniakan,ilham tu Allah yg campakkan.

Al-Bakistani berkata...

sila rujuk buku berikut;

a) sultan Abd Al-Hamid II dan kejatuhan khilafah Islamiyyah (peranan gerakan nasionalis & golongan minoroti): Dr Eeman Mohammad Abbas.

b) Mustafa Kamal Ataturk : idealogi dan kesan ke atas rakyat turki. : karangan : Ahmadi Al-Aziz.

c) Jatuhnya sebuah Tamadun : mohd Nurhakim.

d) melaka pusat pengebaran islam di nusantara : Mohd Jamil Mukmin.

e) tradisi pemerintahan Islam & kolonialisme dalam sejarah alam melayu : Auni Haji Abdullah.

sila baca buku-buku yang tersebut. sila selami susur galur kejatuhan kerajaan osmaniyyah, dari sudut serangan musuh, juga dari sudut kelemahan pemerintahan khalifah ketika itu sama.... jangan tengok dari sudut serangan musuh sahaja...

sekian

Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

satu lagi, baca sama buku;

"menajeman perang nabi SAW" : karangan Yuana Ryan Tresna... mungkin kita akan faham secara umum tentang kejatuhan kerajaan Islam tahun 1924 dahulu dari sudut kelemahan strategi dan gaya berfikir khalifah islam ketika itu. dan kita akan dapat rasa, bagaimana musuh-musuh berjaya perangkap khalifah dari sudut serangan pemikiran (ghuzwah Al-fikri)...

sekian

Al-Bakistani

bumilangit berkata...

tanpa nama,

1)eloklah cari nama.

2)saya langsung tak nampak ada fakta yang bermasalah dengan kejatuhan uthmaniyah tu. ya, lebih mudah untuk salahkan agenda yahudi, tapi jangan lupa kelemahan diri.