KERAJAAN PERPADUAN, MAHUNYA APA???
Aku tidak mahu menyokong sesuatu yang didakwa baik dan sesuai, dengan semata-mata ianya datang dari mulut seseorang tokoh. Ini kerana, apa yang aku faham, wala’ itu adalah taat, bukannya taqlid buta.
Justeru, Aku semakin kebingungan apabila cuba memahami maksud kerajaan Perpaduan. Untuk memahamkan lagi tentang Kerajaan Perpanduan, aku telah berbicara dengan sebilangan kawan-kawan, berdiskusi, membaca beberapa artikle dan banyak lagi, tetapi aku tidak dapat mengetahui apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kerajaan perpaduan yang dipertahankan oleh sebilangan pihak, dan dibangkang sebilangan pihak yang lain.
Ada sebilangan kawan menyebut, kerajaan perpaduan merupakan satu provokasi bagi menggelabahkan UMNO, dan ada pula menafikannya, bahkan mendakwa itu adalah sesuatu cadangan yang ikhlas.
Semakin berdiskusi, aku mengambil kesimpulan bahawa, kerajaan perpaduan adalah kerajaan tiada pembangkang; melibatkan gabungan antara PR dan BN, bukan PAS dan UMNO.
Aku tidak tahu, apakah benar kefahaman aku itu, atau pun salah. Jika salah, tolong betulkan kefahamanku itu, dengan menyatakan bentuk kerajaan perpaduan yang dicadangkan.
ISLAM UNTUNG
Isu kerajaan perpaduan yang dibicarakan adalah sesuatu yang bersifat ijtihadi. Apabila ia adalah perkara ijtihadi, sudah pasti ianya diberikan dua pahala sekiranya benar, dan satu pahala sekiranya salah.
Yang pastinya, pahala mesti dapat. Yang tidak dapat pahala, apabila tidak berijtihad langsung.
Dalam berijtihad pula, kadangkala ianya tepat dengan waqi atau tidak. Mungkin ianya amat sesuai dikala ini, bahkan kadangkala ianya tidak sesuai di kala ini, tetapi amat sesuai di kala yang mendatang.
Sebab itulah, kita dapat melihat bagaimana penolakan terhadap fatwa Ibnu Hazm di zaman beliau, tetapi fatwa yang sama dirujuk kepada beliau, bahkan amat relevan di zaman kini.
Mungkin kita perlu berbicara tentang kesesuaian kerajaan perpaduan di zaman kini, bukan kesesuaian di masa akan datang, ataupun di masa yang telah berlalu. Justeru, ianya perlu dilihat dari sudut ”maslahah” dan ”mafsadah” yang wujud pada kerajaan perpaduan yang dicadangkan.
Unsur ”maslahah” dan ”mafsadah” yang ingin dibicarakan, sudah pasti dilihat kepada keuntungan Islam; juga islam tidak mendapat kerugian dari kerajaan perpaduan.
Oleh itu, apabila kerajaan perpaduan itu difahami sebagai gabungan antara PAS, PKR, DAP, UMNO, MCA, MIC dan semua parti-parti, sehinhga tidak wujud lagi pembangkang dalam kerajaan, apakah ianya dapat menguntungkan Islam, atau merugikan Islam itu sendiri.
Pada penilaianku, jika itu yang difahami dari kerajaan Perpaduan, bukankah itu akan melahirkan satu persepsi buruk dari rakyat terhadap kita?
Ini kerana, sudah berpuluh-puluh tahun kita menyerang UMNO/BN; sudah berpuluh-puluh tahun kita mengutip derma untuk melawan UMNO/BN sehingga kita berjaya menanamkan pandangan bahawa UMNO/BN itu jijik dan kotor di mata rakyat, lalu kita menyeru keadaan sedemikian, bukankah ini akan melahirkan kebencian rakyat terhadap kita sendiri???
Lihatlah gambaran Pilihanraya kecil yang berlaku dalam negara kini. Apabila didapati, banyak PRK yang dimenangi berbelah pihak kepada Pakatan Rakyat, bukannya Barisan Nasional. Menunjukkan, kebencian rakyat terhadap UMNO/BN sememangnya berlaku; tidak boleh dinafikan lagi.
Justeru, apabila kita menyeru kepada kerajaan perpaduan yang ditafsirkan gabungan antara PAS, PKR, DAP, UMNO, MCA, MIC dan semua parti-parti sehingga wujudnya kerajaan tanpa pembangkang, bukankah itu adalah satu kerugian dalam dakwah Islamiyyah itu sendiri???
Secara peribadi, aku menilai UMNO/BN dalam keadaan kelemasan, walaupun mereka menjadi kerajaan yang memerintah di peringkat pusat. Makanya, cadangan kerajaan gabungan semua parti-parti ini seakan-akan memberikan nafas baru untuk UMNO/BN yang sedang kelemasan tersebut.
Mengapa tidak kita lenyapkan terus UMNO/BN dari muka bumi Allah SWT, juga dalam masa yang sama, kita merancang program dakwah berstrategi bagi memahamkan rakyat terhadap Islam itu sendiri???
Aku mengira, di kala ini (mungkin tidak dikala lain), ruang yang terbaik untuk melakukan tindakan tersebut dengan kewujudan kita dalam kerajaan Pakatan Rakyat.
Mungkin kita akan menjawab, tindakan itu tidak syarie, kerana kerajaan Pakatan Rakyat yang dibina itu, terdiri dari kalangan ramai ahli-ahli parlimen yang tidak beragama Islam.
Persoalannya, apakah syarie pula kita membiarkan UMNO/BN memerintah?? ini kerana, jika membiarkan UMNO/BN memerintah, bermakna membiarkan UMNO/BN menjarah harta rakyat, membiarkan UMNO/BN menggodam sistem kehakiman, SPR, media dan banyak lagi???
Bukankah itu bermakna, kita rela berlakunya maksiat yang berbentuk penafian terhadap keadilan sejagat yang diperjuangkan oleh islam itu sendiri???
Entahlah !! aku tidak faham.. aku cuba mahu memahamkannya dari sudut yang positif, tetapi agak kurang boleh menerimanya, apabila aku menilai dari sudut Waqie kini.
Mungkin aku salah tanggapan tentang kerajaan Perpaduan yang dicadangkan. Pun begitu, aku mengharapkan diberikan pencerahan agar aku tidak kegusaran lagi !!! Memohon agar dinyatakan, dimanakah maslahah atau keuntungan yang Islam dapat dalam kerajaan perpaduan yang dicadangkan !!!
Sekian
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
3 mei 2009 * 6:55 petang
17 ulasan:
Salam Ustaz,
Semada Ustaz betul2 ikhlas untuk memahami mengenai Kerajaan perpaduan atau sekadar provok dengan artikel ini hanya Allah S.W.T shaja lah yang tahu... Apa yang pasti saya melihat Ustaz tiada masalah untuk bertanya terus kepada yang mencetuskan idea ini iaitu TGHH. Semoga Ustaz mendapat kefahaman mengenainya. Janganlah dengan tulisan dan rasa ego yang ada tanpa memahami sepenuhnya idea orang lain akan memperlihatkan kebodohan diri kita. Saya betul2 berharap Ustaz dapatlah kiranya berjumpa dengan TGHH dalam hal ini. Sekian.
salam
harap ustaz carilah kefahaman lagi.berkaitan dengan kerajaan perpaduan.tengok video TGHH.ana rasa tok guru dah jelas.kalau tanya org sekeliling.begitula ceritanya.tanya TGHH sendiri.lebih jelas.dan mcm mana contoh yg berkait dengan kerajaan perpaduan.sebab.kerajaan perpaduan itu bkn kita sendiri utk bekerja dlm UMNO.tapi kita nak buktikan.jika di takdirkan dpt pegang mana2 kementerian.rakyat akan nampak.PR dpt buat yang terbaik.mungkin di sana ada kredit utk kita PR-13 akan dtg.UMNO jahat mana pun.dia mengucap kalimah syahadah.kalau kita dpt tunjukkan dengan baik ape yg kita buat.moga hidayah itu.dapat org2 UMNO masuk ke PAS.sekadar bagi pandangan
Us Wan Ji,
Ada sebilangan kawan menyebut, Kerajaan Perpaduan ni adalah usaha ikhlas untuk meyelamatkan Islam kerana Islam terancam dibawah Pakatan Rakyat. Penyatuan Melayu kononya akan mempertahankan kedaulatan Islam.
Ada juga sebilangan kawan menyebut, sejak bila pulak kedaulatan Islam bergantung kepada Melayu sahaja. Bukankah amanah dan perintah mengajak tunduk kepada Allah kepada semua bangsa. Semua bangsa yang tunduk ( Islam) akan menjadi perisai kepada kedaulatan Islam. Takkan Islam hilang di Malaysia kerana Melayu !
Ada pulak yang menuduh PAS tidak berkemampuan berdakwah dengan kaum bukan melayu. Jadi PR buka wadah yang menguntungkan. Jalan pintas, kerajaan tampa pembangkang
Saya tak setuju. Ustaz macam mana ?
Anak Melaka
artikel ilmiah dari ustaz..terima kasih,
saya suka tentang peryataan ustat tentang wala...wala ialah taat dan bukanya mengikut membabi buta..
saya di serdang pernah dikejutkan oleh seorang pimpinan pemuda pas yg berkata adalah tidak wala kepada TGHH bila tidak bersetuju dengan unity govermnet..
Ustaz, ana nk kongsi video ni.
Kerajaan Perpaduan Malaysia: Retorik atau Realistik (Bhg.1)
http://www.youtube.com/watch?v=h7E21yBnZUE
mgkn ustaz boleh komen video ni pula?
Salam.Wan Ji!
Jika tidak silap saya,idea itu dilontarkan T.G pres. untuk ahli sama-sama berbincang,memberi pandangan dan kritikan,oleh kerana idea itu mungkin agak berat sehingga menyebabkan timbulnya kekalutan dan kekecohan,maka T.G pres menarik balik cadangan itu,ia hanya pandangan/cadangan,belum lagi keputusan.
Sebaiknya ana mencadangkan anta berjumpa sendiri dgn T.G Pres,biar anta dengar dari lidah dia sendiri,dan lebih baik sekiranya anta berhujah terus jika berkesempatan menemuinya.
saya ingat TGHH sudah tarik balik ide ni.
saya suka idea ni. ustaz jangan terlalu yakin dengan PRU13. rancangan jahat BN untuk jatuhkan pakatan hebat2 belaka.
Saya cadangkan buat saja kertas kerja & jawatankuasa untuk menjelaskan semua perkara dan dasarnya. Apa yg saya lihat banyak dikalangan ahli masyarakat dan pihak pimpinan juga tidak memahaminya. Ini bukan caranya untuk mengenengahkan satu perkara yg amat besar implikasinya dalam politik Malaysia. Semua bercelaru dibuatnya. Adakah U-BN boleh menerima ini semua, juga PR? Mereka mengetahui akhirnya mereka akan rugi dalam banyak perkara yang sudah menjadi prinsip & matlamat perjuangan mereka selama ini. Waalah waalam.
NAA
assalamualaikum,
tambahan dari posting asal.
pas menggunakan demokrasi sebagai kuda perjuangan bukan prinsip perjuangan, jadi kekalkanlah ia sebagai kuda.
sampai bila pas nak mengharap undi dari non-muslim? tariklah perhatian org2 muslim utk bersama dgn pas. sy tidak nampak byk india muslim bersama2 dgn pas.
kalau nak ikut tren membuat spekulasi yg sgt digemari oleh masyarakat umum, pas berkemungkinan menang lebih byk kawasan majoriti muslim (ie melayu le) kalau tidak bekerjasama dgn dap maupun pkr kerana ramai juga org2 yg berpendapat umno sudah rosak tp bila nak undi pas, pas bekerjasama dgn dap yg disinonimkan oleh media2 mainstream melayu sebagai chauvinist cina.
'jgn tinggal bukti uhud' yg dilaung2kan ketika kemenangan besar pada pru12, sepatutnya tidak merujuk kepada 'jgn tinggalkan pr', sebaliknya 'jgn tinggalkan perjuangan asal iaitu kerana ALLAH yang berpandukan kpd hukum ALLAH'. tp nampak gayanya ramai yg sudah mabuk kemenangan bersama pr, sampai apa yg dinampak dan lebih diutamakan adalah menjatuhkan umno.
diharap tuan dan pengunjung blog tuan boleh baca artikel2 di bawah sebagai pengembang minda.
http://www.arrahmah.com/index.php/blog/read/4071/10-dosa-demokrasi
http://www.eramuslim.com/suara-langit/undangan-surga/mengapa-hamas-ikut-permainan-demokrasi.htm
http://www.eramuslim.com/suara-langit/undangan-surga/belajar-dari-permainan-politik-partai-hamas.htm
http://www.arrahmah.com/index.php/english/read/3976/imam-anwar-the-voting-for-sharia-in-somalia
Ada lagi ahli PAS yang cara pemikirannya pra 8 Mac 2008.... Suasana pasca 8 Mac 2008 menyaksikan masyarakat berbilang kaum dan agama menerima kepimpinan PAS. Satu anjakan sikap berlaku didalam masyarakat lantaran kebaikan, kebajikan,keadilan dan manfaat yang PAS dan PR janjikan.
Di hadapan kita, terbentang luas peluang untuk menyebarkan Islam. Ini amanah Allah dan ini matlamat PAS sebagai gerakan Islam. PAS perlu menyingsing lengan dan mendidik masyarakat.
Kita tidak lagi berada didalam suasana yang masyarakat prejudis terhadap kita. Bertemu masyarakat dengan sikap positif bahawa mereka akan terpegun dengan kebenaran Islam. Mulakan dengan nama Allah dan Allah akan limpahkan keberkatan dan kejayaan.
Dengan rahmat 8 Mac 2008, kita tidak ada alasan lagi untuk tidak melaksanakan dakwah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Alasan melayu tidak lagi relevan selepas 8 Mac 2008.........
masyarakat berbilang kaum dan agama menerima kepimpinan PAS, tp adakah mereka reda dgn syariah kita.
cuba rujuk dan fikir kenyataan ini:
2009 pada pagi tarikh lebih kurang April 25hb, dia telah mengeluarkan satu kenyataan yang telah memperlekehkan hukum dan budaya poligami amalan orang Islam.
Workshop yang bertema "Implement Gender Agenda as a DAP Strategy to the Hearts and Minds of Men and Women" berlangsung di Wisma Winbond, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.
Berikut adalah kenyataan beliau:
"We stand together for equal treatment. There should no double standard. We can't understand why a man can have four wives. Why should there be this type of double standard? I am not encouraging men to have four wives or woman to have four husbands but why should there be a double standard of this kind of perception? It is okay for men to have more, but not for women?"
Semasa membuat kenyataan tersebut, Lim Guan Eng bercakap sambil ketawa dan disambut dengan gelak ketawa penonton.
sumber: satuumat.blogspot.com
orang kafir hina poligami, ana tak kisah. sebab, memang sepadan dia kafir...
yang ana ambil kisah, apabila ada agamawan (para ustaz) yang tidak terangkan keadilan Islam kepada orang kafir yang hina poligami itu...
buat apa jadi agamawan, kalau tak pergi hujjahkan keadilan islam tentang poligami...
kalau sekadar nak maki orang kafir yang hina Islam, tak payah jadi agamawan..budak-budak lepak pun boleh buat kerja tu.....
tak payah habiskan duit beribu-ribu pergi belajar mesir, jordan, pakistan, dll kalau sekadar nak maki si kafir yang hina poligami..
pada ana, orang kafir yang terima sedikit hukum Islam, itu pun sudah syukur Alhamdulillah.. mudah-mudahan, di masa akan datang, dia akan memuji seluruh hukum Islam...
sekian
Al-Bakistani
' Masyarakat berbilang kaum dan agama menerima kepimpinan PAS, tp adakah mereka reda dengan syariah kita ? '
Inilah suasana yang akan berulang. Kita berdakwah kepada msyarakat yang jahil di Semenanjung, di Sabah atau di Singapura.
Inilah suasana yamg dihadapi oleh nabi saw di Mekah dan di Madinah. Bermula dengan proses membina 'jembatan hati'dengan masyarakat, nabi saw diterima sebagai pemimpin masyarakat.
PAS dan ahli-ahlinya perlu membina 'jembatan hati ' dengan masyarakat Islam dan bukan Islam sebelum menyuarakan seruan untuk masyarakat tunduk kepada pencipta 'alam semesta.
Tuan2, bab dakwah ni ada dalam silibus usrah tapi malangnya usrah-usrah tak jalan. Hasilnya, anak-anak usrah yang cacat dari gerakerja nabi saw.
Silibus yang PAS pusat hasilkan pun baru 2 atau 3 buku. Tak sampai pun bab dakwah. Ini kita kena repair.
Ini kerja 'Ulama, tak kira celup ke atau goring
ustaz wanji,
budaya tak kisah org kafir hina cara hidup islam ni yg merbahaya, kita sekurang2nya perlu ada rasa marah, dan perlu menjawab kpd fitnah itu. tambahan lagi, org yg keluar pernyataan itu adalah pemimpin yg berkoliasi dgn jemaah islam (pas). dan cukuplah rasa tak kisah ini, meluat saya dengar. bila pemimpin sendiri keluar pendapat yg kita tidak persetujui, takde pulak rasa tak kisahnya ke atas pendapatnya yg sekadar pendapat itu.
pas perlu ada think tank yg lebih luas dan pakar dlm segala hal yg berkaitan. kena ada pakar dakwah, pakar syariah, pakar antropologi, pakar bahasa dan pelbagai pakar lagi duduk bersama2 bincangkan topik dan isu. mungkin pakar antropologi, pakar fizik boleh bagi idea mengenai bidang dia utk bidang dakwah, pakar bahasa boleh membantu utk memantapkan penulisan dll. dan mungkin perlu ada pakar motivasi supaya utk mengelakkan perbezaan pendapat antara ahli think tank menjadi berapi, spt yg terjadi di luar sana.
tp yg sedihnya bloggers2 pas juga akhbar harakah terlalu tertumpu kpd politik.
mana yang bahaya, antara kafir yang hina hukum Islam dalam keadaan mereka memang tak faham Islam, atau agamawan senyap dari berhujjah menyatakan kebenaran disebalik hukum Islam kepada si kafir itu????
sekian
dua2 bahaya.
especially org kafir yg hina hukum islam tu adalah seorang PEMIMPIN yg DIPERSETUJUI oleh umat islam.
ustaz ada mengaji al-quran kan. mesti ustaz ada terbaca ayat2 yg mengatakan ALLAh telah membutakan, memekakkan dan membisukan malah meletakkan tabir dihadapan sesetengah org kafir daripada menerima hidayah akibat yg tertentu.
jadi fikirlah balik, adakah beliau itu memang tak faham islam atau TAK MAHU FAHAM tentang islam.
jd, adakah agamawan jugak yg salah? jd bolehkah kiranya saya salahkan ustaz juga? ustaz juga seorang agamawan yg senyap dari berhujjah mengatakan kebenaran kpd org yg kita diperkatakan itu, malah sebaliknya mengeluarkan pernyataan 'tak kisah'(pernyataan ini hanya provoke ustaz saja).
bagaimana pula buku2 yg ada dipasaran? bagaimana pula laman web yg ada, bukan ke seluruh penang ada wifi skrg ni? dan kompem ke takde agamawan yg pernah sampaikan mesej kpdnya?
inilah yg saya perkatakan sifat apologetik thdp isu ini. mudah sj ustaz defend mereka dan mudah juga mencela ulama atau agamawan. ustaz lupa ke ustaz pun agamawan?
assalamualaikum.
pada ana, tanpa PUNCA, AKIBAT tidak akan berlaku.
akibat orang kafir hina islam, berpunca agamawan tidak memahami islam.
pada ana, kena beda antara perkara dharuri dan nazhari. isu poligami adalah perkara nazhari. iaitu, perlu diperdebatkan secara ilmiyyah dan bijaksana.
ini kerana, masakan non muslim bencikan poligami, muslim pun ramai berdebat tentang poligami.
mungkin anta tidak tahu, apa usaha ana ke arah dialog antara agama. dan apa sedang ana baca dalam mencari-cari hujjah-huujjah dalam memberikan logika disebalik keadilan yang wujud dalam Islam.
ana sedar perkara itu, disebabkan ana ustaz, atau agamawan. dan ana sebut perkara ini dalam ruangan ini kerana ana rasakan bagaikan tersendiri dalam usaha ini...
sekian
Al-Bakistani
Catat Ulasan