keikhlasan Ir Nizar memegang tampuk pemerintahan PR dalam usaha melakukan perubahan ke arah Islam di Perak amat terbukti. Seorang tokoh Profesional yang membanggakan PAS ketika ditimpa tsunami politik 2008
TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMIMPIN
Memimpin kerajaan bukanlah sesuatu yang senang. Ianya dipenuhi dengan mehnah dan tribulasi yang akan berjaya dihadapi bagi mereka yang benar-benar mempunyai jiwa yang besar. Tanpa semangat dan jiwa yang kental, memerintah negeri akan melahirkan natijah yang buruk; sama ada di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat.
Ekoran dari itulah, tidak hairan, apabila kita membelek-belek hadis-hadis Nabi SAW, pasti kita akan bertemu azab-azab bagi mereka yang tidak berjaya menunaikan amanah sebagai pemimpin.
Sabda Nabi SAW;
لَيَأْتِيَنَّ عَلَى الْقَاضِي الْعَدْلِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَاعَةٌ يَتَمَنَّى أَنَّهُ لَمْ يَقْضِ بَيْنَ اثْنَيْنِ فِي تَمْرَةٍ قَطُّ
Maksudnya;
”Pasti akan berlaku pada Qadi yang ’Adil pada hari kiamat nanti; yang satu masa nanti, dia tidak mahu berhukum di antara dua orang yang bertelagah, walaupun disebabkan sebiji tamar sekalipun[1]”
Jika merujuk kepada hadis ini, Baginda SAW mengkhususkan menyebut tentang Qadhi, maka terlebih beratlah dugaannya bagi pemerintah, yang mana, Qadhi berada dibawah kekuasaannya.
Pun begitu, mengenangkan tidak ada yang berkelayakan untuk memegang jawatan, maka tidak dapat tidak, memegang jawatan telah menjadi satu kewajipan demi melaksanakan tuntutan Allah SWT.
Harapannya, dengan memegang jawatan, segala amanah yang diberikan dapat ditunaikan dengan berkesan, disamping mengharapkan balasan Allah SWT seperti yang diungkapkan oleh Nabi SAW dengan sabda Baginda;
سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ إِمَامٌ عَادِلٌ
Maksudnya;
“Tujuh golongan yang Allah memberikan bayang-bayang-Nya di hari tiada bayang-bayang melainkan bayang-bayang-Nya, pemerintah yang ‘Adil……[2]”
AWAL KEMENANGAN
Di awal kemenangan Pakatan Rakyat di Perak, berlaku sedikit kelam kabut dalam perlantikan Menteri Besar. Ini kerana, melihat kepada majority parti yang menang adalah DAP, sedangkan dalam undang-undang tubuh negeri perak, disyaratkan seseorang Menteri Besar yang dilantik hendaklah dari kalangan orang berbangsa melayu beragama Islam.
Mesyuarat demi mesyuarat di lakukan, terserahlah kepada PKR untuk menentukan Menteri Besar, kerana mereka berada di tangga kedua tertinggi dalam bilangan ADUN-ADUN dalam kerajaan negeri Perak.
Setelah pihak PKR bermesyuarat, didapati mereka tidak mempunyai seorang tokoh pun yang berkelayakkan untuk memegang jawatan Menteri Besar, menyebabkan pihak PKR telah menyerahkan jawatan Menteri Besar itu kepada PAS.
Ustaz Ahmad Awang yang merupakan Pesuruhjaya PAS Perak, merangkap Ahli Majlis Syura Ulama telah memanggil 6 orang ADUN PAS yang menang.
Di peringkat awal mesyuarat tersebut, Ustaz Ahmad Awang bertanya kepada semua ADUN-ADUN PAS yang menang, apakah dari kalangan ADUN-ADUN yang menang itu, yang mahu menawarkan diri sebagai Menteri Besar. Didapati, semuanya menolak dari tawaran tersebut.
Akhirnya, Ustaz Ahmad Awang bersama dengan ahli mesyuarat beliau telah bermesyuarat dan menabalkan Saudara Ir Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.
Jawatan itu diterima dalam keadaan berat hati. Ini kerana, mengenangkan ujian-ujian mendatang, disamping ketentuan Allah yang akan dihadapi di akhirat nanti.
Pun begitu, disebabkan itu adalah keputusan Syura, maka jawatan tersebut diterima dengan serba doa dan istighfar kepada Allah, agar tidak ditimpakan ujian yang tidak mampu dihadapi, seperti firman Allah SWT;
رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ
Maksudnya;
“Ya Allah !! jangan kamu beratkan kepada kami perkara yang kami tidak mampu hadapinya”
(Surah Al-Baqarah : 286)
MENGISI KEMENANGAN
Setelah ditabalkan sebagai Menteri Besar dengan perkenan Sultan, maka usaha melaksanakan tugas sebagai Khalifah Allah wajib di tunaikan.
Justeru, antara tindakan awal yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Perak adalah, dibubarkan semua ketua-ketua kampung lantikan ADUN-ADUN BN sebanyak 817 kampung-kampung di seluruh perak, untuk diadakan perlantikan baru dengan diserahkan kepada rakyat-rakyat di kampung-kampung dalam menentukan ketua kampung pilihan mereka.
Makanya, dapat dilihat bagaimana di semua kampung-kampung di seluruh Perak mengadakan pesta pemilihan ketua kampung selama 3 bulan.
Setelah ketua-ketua kampung dipilih menerusi ”proses pilihanraya kecil-kecilan” itu, menyebabkan perkara ini dicemburui oleh Kerajaan Pusat yang masih lagi diperintah oleh Barisan Nasional, dengan mereka melantik JKKKP bagi mengganggu perjalanan kampung di bawah ketua kampung lantikan rakyat.
Begitujuga, pihak kerajaan Pakatan Rakyat telah membebaskan balai-balai dan dewan-dewan orang ramai, agar boleh digunakan secara bersama.
Bukan sekadar itu sahaja, pihak exco-exco kerajaan negeri perak termasuk Menteri Besar telah mendedahkan harta-harta peribadi kepada rakyat, agar rakyat dapat mengetahui, apakah selepas ini, wujud dari kalangan exco atau menteri besar yang memakan harta rakyat secara batil.
Kami dari kerajaan Pakatan Rakyat bertindak sedemikian, adalah kerana bimbang dengan persoalan yang akan ditanya oleh Allah SWT, seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran, surah Yasin;
الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Maksudnya;
”Pada hari ini, kami (Allah) akan mengunci mulut-mulut mereka, maka berkatalah tangan-tangan mereka, dan bersaksi kaki-kami mereka terhadap apa yang lakukan”
(Surah Yasin : 65)
PENUTUP
Amanah yang diberi, bukan untuk dikhianati, tetapi ianya adalah satu beban yang wajib ditunaikan dengan adil dan saksama. Mengkhianati amanah, bermakna merelakan diri dicampak ke dalam neraka Allah SWT.
Justeru, walaupun bukan pilihan kami untuk memegang jawatan, tetapi mengenangnya amanah rakyat wajib disampaikan kepada yang berhak, maka ianya diterima dengan berat hati, walaupun ditempuhi dengan ujian yang kadangkala memeningkan kepala.
Diharapkan, amanah yang berjaya ditunaikan, menjadi habuan akhirat dikala mengadap Allah SWT, disamping menjadi modal utama untuk dibangkitkan bersama Nabi kesayangan, Muhammad SAW.
Sekian
p/s : olahan dan ulasan dari ceramah Ir Nizar.
Wallahu ’Alam
[1] Musnad Ahmad : 233324.
[2] Muwatta’ Imam Malik : 1501.

2 ulasan:
Salam.
Akhi, enta faham ke maksud mee celup Ustaz Nik Abduh tu? Jangan duk ulang sangat term tu, nanti orang kata enta semberono, tak paham mana.
Cuba baca betul2 akhi.
Ila liqa'.
Ijtihad Ustaz Ahmad Awang amat tepat dan penuh hikmah. Beliau seorang berwawasan dan berstrategik. Membaca isyarat rakyat dan mencari redha Allah.
DS Nizar tokoh pilihan yang mewarisi perjuangan ayahnya, Ustaz Jamaluddin, menjejaki watak TGNA...
Mendokong misi Islam, kerajaan yang amanah, profesional, adil dan berkebajikan ............... sejajar dengan perintah Allah dan aspirasi rakyat seluruhnya ....
Ketokohan murabbi, Ustaz Ahmad Awang disebalik kehebatan kepimpinan ummah, DS Nizar untuk semua ..PAS, PKR, DAP, seluruh rakyat perak ...........
Catat Ulasan