Rabu, 6 Mei 2009

NIZAR : “BAITURRAHMAN” DALAM TSUNAMI POLITIK 2008


NIZAR : “BAITURRAHMAN” DALAM TSUNAMI POLITIK 2008

Firman Allah;

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ

Maksudnya;
“Serulah kepada jalan tuhan kamu dengan bijaksana dan peringatan yang bangun”

(Surah An-Nahl : 125)

Sebelum tsunami politik mac 2008, tokoh politik bernama Ir Muhammad Nizar bin Jamaluddin agak kurang dikenali. Kini, nama itu sudah tidak asing lagi dalam dunia politik Malaysia, malahan asia, juga di seluruh minda-minda tokoh gerakan Islam di seluruh dunia.

Dalam tragedy banjir besar; tsunami yang menimpa beberapa Negara asia, termasuk Malaysia. Allah memperlihatkan sebuah negeri Acheh telah hancur musnah. Pun begitu, mengkagumkan apabila dalam kehancuran yang begitu dahsyat menimpa, banjir besar yang mengamuk tidak menyentuh sebuah masjid di tengah-tengah Bandar Acheh, iaitu masjid yang bernama Baiturrahman.

Begitulah kekaguman yang menimpa tsunami politik di Malaysia pada Mac 2008 yang lalu. Iaitu, walaupun insan yang tinggi lampai, yang mempunyai gaya kepimpinan yang mengkagumkan itu tidak dikenali dahulu, tetapi kini, Ir Muhammad Nizar menjadi ahli politik yang tidak asing, malah mencetuskan satu fenomena baru dalam dunia politik Malaysia.

Kejayaan beliau dalam mengurus kerajaan Negeri Perak yang dimajoritikan exco selain PAS amat membanggakan. Walaupun exco tidak beragama Islam agak ramai dalam ahli mesyuarat kerajaan, kejayaan beliau melakukan pendedahan konsep keadilan sejagat yang diperjuangkan Islam dalam pemerintahan tidak dapat dinafikan lagi.

Jika dahulu, Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menguasai kota konstentinopel dengan berbekalkan ketaqwaan dan ”jiwa besar” dalam pengurusan. Kejayaan yang memperlihatkan keprofesionalan beliau dalam mentadbir tentera-tentera perang dalam menyerang musuh-musuh Islam. Maka Ir Muhammad Nizar bin Jamaluddin berjaya menguasai hati-hati rakyat, khususnya dari kalangan non Muslim di negeri perak, bahkan di Malaysia, berbekalkan jiwa besar dalam pengurusan kerajaan dengan menjadikan maqasid syariah – iaitu keadilan sejagat- sebagai asas pemerintahan.

SIAPA IR NIZAR?

Beliau di lahirkan pada 17 mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak.

Beliau mendapat pendidikan awal di Kampar, iaitu di Sekolah menengah Anglo Chinese, Kampar. Seterusnya sekolah Menengah Teknik, Persiarah Brash, Ipoh.

Diperingkat yang lebih tinggi, beliau melanjutkan pelajarannya di Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England. Seterusnya mendapat Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.

Beliau bukanlah seorang yang mempunyai pengajian islam secara formal. Pun begitu, kemampuan beliau bersyarah, malahan berkuliah agama amat tidak diragukan lagi. Ucapan beliau dikala berbicara islam, berjaya menyentuh lubuk hati para pendengar.

Beliau tidak ubah seperti tokoh islam yang bernama Salahuddin Al-Ayyubi yang berjaya menakluk Jerussalem, seterusnya menguasai Baitul Muqaddis yang sekian lama berada di tangan tentera Salibiyyah, Nasrani.

Salahuddin Al-Ayyubi yang berasal dari kalangan bangsawan, bukanlah seorang yang mempunyai pendidikan Islam secara formal. Pun begitu, dengan terserlahnya ketenangan, terhindar dari sebarang kelesuan dalam berfikir, menampakkan beliau sangat berkamampuan dalam melawan tentera Salibiyyah, bermula dari mesir hingga ke Palestine.

Lane-Poole, seorang Ahli sejarah Inggeris ada menulis mengenai Salahuddin Al-Ayyubi;

“Sebagai anak kepada gabenir yang disukai raja, beliau memang menduduki tempat istimewa tetapi beliau tidak menunjukkan tanda-tanda kehebatan yang bakal tiba. Sebaliknya, beliau mempamirkan contoh jiwa yang tenang, dan menjauhi kelesuan pemikiran golongan bangsawan”

Keadaan yang agak sama juga berlaku pada Ir Muhammad Nizar bin Jamaluddin. Dengan ketenangan yang terserlah dari raut wajah beliau ketika berhadapan berbagai-bagai masalah dalam kerajaan, tidak melesukan beliau dalam berfikir demi memajukan islam sehingga diterima ramai.

IR NIZAR DI TERIMA RAMAI

Dikalangan rakyat bawahan, Ir Nizar bin Jamaluddin adalah manusia yang diterima. Di mana sahaja beliau berada, penerimaan rakyat terhadap beliau amat membanggakan.

Dalam PAS, beliau memegang jawatan yang agak penting. Jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dan Yang Di Pertua (YDP) PAS Kampar diamanahkan kepada beliau. Jawatan-jawatan yang diberikan, tidak menyebabkan beliau lupa dan lalai dari menunaikan amanah rakyat, malah merupakan motivasi diri beliau dalam mengurus kehendak rakyat dengan bijaksana.

Yang lebih membanggakan lagi, apabila didapati Ir Muhammad Nizar bin Jamaluddin bukan sekadar mampu berbicara dalam bahasa melayu dan bahasa Inggeris sahaja, bahkan beliau juga mampu berbicara dalam bahasa Cina dan Tamil, waima sikit sekalipun.

Dengan kemampuan inilah, didapati beliau diterima rakyat bawahan. Tidak dibataskan kepada orang melayu sahaja, malahan menjangkaui bangsa cina dan india.

Dalam satu ceramah di Taman Melewar, YB Nga Kor Meng, seorang ADUN dari parti DAP pernah berkata;

“Cara kepimpinan yang adil yang paling tepat, adalah cara kepimpinan YAB Ir Muhammad Nizar bin Jamaluddin...dia berlaku adil kepada semua bangsa.. sebab itu, semua bangsa terlalu menyayanginya. tidak pernah saya bayangkan, seorang pemimpin melayu masuk dewan Cina, semua orang cina berdiri, sampai mereka berdiri atas kerusi, untuk menyambut kedatangan beliau... inilah kejayaan yang ditunjukkan, oleh gaya kepimpinan yang adil, terbuka, telus, amanah dan berkebajikan”

Penerimaan terhadap beliau dari kalangan rakyat malaysia yang tidak beragama Islam, sedikit sebanyak memberikan impak yang kuat terhadap dakwah islamiyyah di negara ini. Kejayaan itulah, memperlihatkan banyak perkara ajaib yang menimpa malaysia, iaitu apabila ada sebilangan besar ADUN-ADUN yang tidak beragama islam mempunyai kemampuan membaca Surah Al-Fatihah dan sebilangan ayat-ayat Al-Quran.

Kejayaan ini, tidak boleh sekali-kali diremeh temehkan, bahkan hendaklah dijadikan pengajaran dan pelajaran dalam meneruskan usaha dalam mendaulatkan islam dalam negara yang tercinta ini.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri indah (B), Sg Buloh
6 mei 2009 * 1:13 pagi

2 ulasan:

Ibnu Amir berkata...

Mudah-mudahan Ust sentiasa mendapat kesejahteraan dan maghfirah dari Allah SWT. Terima kasih atas segala tulisan yang bermutu, teruskan perjuangan Islam.. ya akhi.. Jazakallah..

ummu sarah berkata...

Terima kasih Ustaz atas posting ini. Tentu ustaz juga tahu Ir Nizar , Ir Khalid Samad dan Dr Zul dalam halaqah (betul ka guna perkataan ini) yang sama semasa di UK. Eloklah dibelek-belek apa yang baik didalam "Suara Al-Islam" di UK dulu yang boleh dicontohi dalam mendidik jatidiri pendakwah. Saya tidak menganggotai kumpulan tersebut.
Bukanlah bermakna semua dalam kumpulan tersebut "menjadi" tetapi pada pendapat saya serba sedikit ada kaitan dengan kekuatan fikrah (agama) mereka walaupun ketika itu mereka dalam bidang kejuruteraan. Bukankah mereka yang sekembali dari UK sekitar 1980 yang men"demand" kepimpinan ulama didalam PAS?
BTW Saya percaya oleh kerana "istiqomah" dengan perjuangan maka mereka "menjadi". Jadinya pokok pangkalnya istiqomah lah juga.

Saya nak tanya Ustaz la... apa makna ulamak tu. La ni ada terma ulamak mee celup la, ulama mee goreng la. Agak kelirula. Then Ustad kata beratus-ratus (900 pun ratus juga begitu juga 100) ulama kat muktamar PAS, ramai juga tu.
Adakah semua lulusan bidang agama itu dikira ulamak? Atau ada authority yang mengesah taraf ulama .