Sabtu, 30 Mei 2009

PILIH PEMIMPIN??

Aku sayang Tok Guru Nik Abdul Aziz kerana beliau seorang tokoh yang mengajarku erti ketaqwaan, keberanian dan keluar dari dunia kejumudan

PILIH PEMIMPIN??

Kebiasaan tuan Guru Nik Abdul Aziz, apabila selesai menjawab soalan-soalan para wartawan, pasti beliau akan menyebut bahawa, ini adalah jawapan yang kita bagi depan manusia. Kalau depan Allah nanti, agak susah kalau kita nak menjawab soalan. Makanya ketika itu kita berhajat sangat-sangat kepada bantuan Nabi Muhammad SAW sebagai “peguam bela”.

Lebih kurang begitulah yang sering diungkapkan oleh tuan guru Nik Abdul Aziz selepas mengeluarkan kenyataan media, ekoran menjawab soalan-soalan dari para wartawan.

Apa yang pasti, “sungutan” tok guru itu apabila didengari, menyebabkan kita merasa insaf. Betapa berhati-hatinya “insan taqwa” ini menjadi pemimpin parti islam yang terbesar di Malaysia, juga merupakan seorang ketua kerajaan di salah sebuah negeri di Malaysia.

Apabila melihat budi tok guru sedemikian, tidak hairanlah beliau berjaya mengekalkan kemenangan PAS di kelantan semenjak 1990 dahulu hingga kini, malah PAS menjadi gagah di kelantan dan semakin tersebar hebat di luar kelantan.

Tidak terfikir, wujud lagikah pemimpin sebegini dalam Negara kita, malah dalam Parti islam. Yang wujudnya, golongan yang mengejar dan berlumba-lumba untuk dilantik menjadi pemimpin yang kadang-kadang agenda-agenda yang dibawa itu tidak menguntungkan islam pun.

Jika berebut atau mengejar sesuatu jawatan dengan tujuan untuk memajukan islam, maka itu dibalaskan pahala yang besar di sisi Allah.

Nabi SAW ada bersabda;

سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ الْإِمَامُ الْعَادِلُ ...

Maksudnya;
“Tujuh golongan yang Allah membayang-bayangkan mereka dihari tiada bayang-bayang melainkan bayang-bayang Allah, iaitu pemerintah yang adil….
[1]

Pun begitu, dalam hadis yang lain pula, ada menyebut bagaimana wujudnya pemimpin yang mahukan jawatan dengan melihat ia sebagai sesuatu tasyrif, bukan taklif.

Dalam Islam, jawatan menjadi pemimpin bukanlah sesuatu tasyrif (terjemahan : kemuliaan), malah ia adalah Taklif (terjemahan : tanggungjawab) dalam melaksanakan perintah Allah SWT di atas muka bumi Allah SWT.

Yang menyedihkan, di sana wujudnya sebilangan pemimpin yang merupakan seorang “kaki penipu”. Mereka berasa seperti mendapat pahala apabila mereka menipu orang bawah dan rakyat mereka sendiri.

Bertambah menghairankan lagi, ekoran mereka menipu itu, mereka masih lagi mahu mempertahankan jawatan mereka dalam keadaan mereka sedar penipuan yang mereka lakukan tersebut.

Bertambah-tambah menghairankan lagi, walaupun sudah diketahui penipuan yang dilakukan itu, masih wujud sebilangan manusia yang mempertahankan pemimpin penipu tersebut dengan berbagai-bagai alasan dan “ta’wilan-ta’wilan” yang tidak logic.

Apakah mereka tidak mendengar sabda Nabi SAW yang menyebut;

مَا مِنْ وَالٍ يَلِي رَعِيَّةً مِنْ الْمُسْلِمِينَ فَيَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لَهُمْ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

Maksudnya;
“tidaklah daripada mana-mana pemimpin yang dilantik untuk memimpin rakyatnya dari kalangan orang islam, lalu dia mati dalam keadaan dia menipu mereka, melainkan Allah akan haramkan baginya syurga
[2]

Padaku, tindakan mereka yang mempertahankan pemimpin penipu merupakan tindakan yang jijik dan tidak wajar disokong. Ini kerana tindakan sedemikian adalah seakan-akan meredhai pemimpin tersebut dibenci oleh Allah SWT ekoran penipuan yang dilakukan.

Justeru, sebagai muslim yang mempercayai kewujudan akhirat dan balasan syurga dan neraka, pemimpin penipu tidak wajar di pertahankan, malah wajar “direhatkan”. Ini kerana, tindakan sedemikian walaupun dilihat dengan “mata kasar” seperti membenci, tetapi sebenarnya meletakkan kasih sayang terhadap pemimpin tersebut. Ini kerana, ia memberi gambaran bahawa kita tidak redha dia dicampakkan ke dalam neraka Allah SWT.

Apa yang pasti, UMNO jijik dan kotor !!!

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
31 mei 2009 * 5:25 pagi





[1] Al-Bukhari : 620.
[2] Al-Bukhari : 6618

Tiada ulasan: