SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH : ASPIRASI PERJUANGAN ISLAM
Sultan Muhammad Al-Fateh, seorang tokoh pejuang Islam yang telah mencipta nama di dunia islam sejak dahulu lagi. Kejayaannya menguasai kota konstentinopel mengkagumkan dunia islam, malah menggerunkan dunia barat.
Menguasai kota konstentinopel, adalah kebenaran menerusi hadis Nabi SAW yang merupakan mukjizat Nabi SAW;
لَتُفْتَحَنَّ الْقُسْطَنْطِينِيَّةُ فَلَنِعْمَ الْأَمِيرُ أَمِيرُهَا وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُ
Maksudnya;
“Kota konstentinopel akan dibuka (dikuasai oleh orang islam). Rajanya adalah raja yang baik. Tenteranya adalah tentera itu[1]”
Jika dibaca balik sejarah perjuangan membuka kota konstentinopel, kita akan dapati rentetan dari hadis Nabi SAW ini, banyak dari kalangan para sahabat yang berjuang untuk menguasai kota konstentinopel yang dikuasai oleh Kristian ortodok dari Rom.
Antara sahabat nabi yang berjuang ke arah membuka kota konstentinopel adalah Ali bin Abi Talib, Muawiyyah bin Abi Sufyan dan Abu Ayub Al-Ansari. Dari kalangan khalifah selepas sahabat pula, seperti sultan Sulaiman, Khalifah Harun As-Rashid, Sultan Beyazid, dan banyak lagi, tetapi semuanya menemui kegagalan dalam usaha tersebut.
Pun begitu, di zaman pemerintahan Sultan Murad yang merupakan bapa kepada Sultan Muhammad Al-Fateh, beliau juga ada berusaha untuk menguasai kota konstentinopel, tetapi menyedihkan usaha beliau tidak mencapai kejayaan disebabkan termakan propaganda musuh yang mendakwa ada bala tentera dari eropah yang akan menyerang kerajaan Sultan murad.
Di saat itu, Sultan Murad menjadi sedih, menyebabkan seorang ulama yang berdamping dengan Sultan murad bernama As-Syaikh Syamsuddin Al-Wali meminta agar Sultan murad tidak bersedih, kerana pada firasat As-Syaikh Syamsuddin, yang bisa menguasai kota konstentinopel bukan beliau, tetapi anak beliau, iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh.
Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 mac 1432. ketika umur beliau mencecah 19 tahun, bapa beliau, Sultan Murad mangkat. Menyebabkan, beliau terus mengambil tampuk pemerintahan.
Walaupun beliau tidak mempunyai pendidikan agama Islam secara formal, tetapi disebabkan sentiasa berdamping dengan As-Syaikh Syamsuddin Al-Wali dan As-Syaik Bayram, menyebabkan beliau seorang yang mempunyai karisma kepimpinan bertaqwa yang tidak boleh dinafikan lagi.
Kehebatan beliau semakin terserlah, walaupun baru sahaja berumur 19 tahun, tetapi kepakaran beliau dalam bidang ketenteraaan yang beliau pelajari secara formal menyebabkan beliau digeruni oleh musuh.
Kegerunan musuh terhadap beliau, disebabkan dua faktor penting, iaitu keprofesionalan beliau dalam bidang ketenteraaan, juga ketaqwaan beliau terhadap Allah disebabkan mendapat dampingan dari ulama tersohor ketika itu.
Karisma kepimpinan yang bertaqwa ini, melahirkan kegerunan musuh. Ini kerana, sultan muhammad Al-Fateh pernah mahu dilekakan oleh kristian ortodok dengan perempuan dan harta yang banyak. Melihat pemberian dunia itu, menyebabkan Sultan Muhammad berjaya menepisnya dengan senang sahaja.
Melihat ketaqwaan dari Sultan Muhammad Al-Fateh, menyebabkan musuh sudah mengagak dengan kejatuhan kota konstentinopel ke tangan tentera Islam.
Keadaan ini terbukti dengan kejayaan yang gilang gemilang dalam menguasai kota kontentinopel pada 30 mei 1453. kemenangan yang disambut dengan laungan takbir, tahmid dan sujud kesyukuran, selepas peperangan meletus selama 53 hari.
Kejayaan gilang gemilang itu melahirkan sifat tawaddu’ lagi Sultan Muhamad Al-Fateh. Orang-orang kristian yang duduk dalam kerajaan beliau, tidak sekali-kali disiksa, mahupun dihina. Bahkan, beliau sering menyeru mereka kepada Islam, agar mereka menjadi saudara seagama. Ada sebilangan mereka yang beriman, dan ada sebilangan mereka yang tidak beriman.
Mereka yang tidak beriman, diberikan tempat tinggal yang aman dalam kerajaan Sultan Muhammad Al-Fateh dengan diminta membayar jizyah seperti orang Islam diwajibkan membayar zakat.
Kejayaan ini membanggakan umat Islam di seluruh dunia sehingga kini, malah beliau menjadi orang yang disayangi penduduk kota konstentinopel, tidak kira mereka itu muslim mahupun non muslim.
Gambaran sayang mereka terhadap Sultan Muhammad Al-Fateh terbukti dengan titisan air mata mereka disaat kemangkatan Sultan Muhammad pada 3 Mei 1481, iaitu ketika umur beliau 49 tahun.
Inilah perjuangan yang perlu dicontohi oleh semua umat Islam di dunia dalam usaha hendak melahirkan pemerintahan islam di masa sekarang, juga di masa akan datang.
Sekian
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com
ustaz_bakistani@yahoo.com
- sri indah (B), Sg Buloh
25 mei 2009 * 2:35 petang
[1] Mushad Ahmad : 18189.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan