Isnin, 8 Jun 2009

BERJAYAKAH KERAJAAN PERPADUAN??


BERJAYAKAH KERAJAAN PERPADUAN??

Kerajaan Perpaduan tetap dipertahankan oleh Presiden PAS. Aku sendiri pernah berbual dengan Zulkifli Sulong, bertanyakan bentuk kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden PAS. Ternyata, Zul pun agak keliru walaupun beliau mendengar sendiri ulasan Presiden tentang kerajaan perpaduan.

Apabila aku menyerang dengan soalan-soalan tajam, Zul tidak berjaya menjawab dengan baik. Malah, jawapan yang diberikan itu melahirkan pula beberapa tafsiran terhadap bentuk kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden PAS itu.

Nampaknya, usaha kerajaan perpaduan tetap ”On Track”. Lebih-lebih lagi mendapat signal positif dari Najib Altantuya, walaupun mendapat signal negatif oleh Mursyidul Am PAS.

Dimaklumkan, dalam jangka dua hari ini, akan ada pertemuan antara Presiden PAS dengan Presiden UMNO, yang telah disusun oleh individu tertentu. Apakah benar atau tidak berita ini, tidak dipastikan. Aku pun sedang menunggu dan melihat.

PEMBANGKANG

Apa yang aku faham dari maksud kerajaan perpaduan cadangan Presiden PAS adalah kerajaan tanpa pembangkang. Bermakna, semua parti-parti yang wujud dalam Malaysia berada dibawah satu bumbung, tidak kira ia dari BN atau dari PR.

Apa yang berlaku kini pula adalah, kerajaan perpaduan ini hanya diterima secara positif dari UMNO dan Presiden PAS sahaja, tetapi ia tidak berlaku sama sekali dengan PKR dan DAP, juga parti-parti yang lain.

Lihatlah bagaimana sindiran pedih dari Lim Guan Eng terhadap Presiden yang kenyataan Presiden kebelakangan ini banyak boleh disifatkan seperti ”ada unsur pembohongan”, begitujuga tindakan Timbalan Presiden PAS.

Masakan tidak, di satu ketika Presiden mendakwa kerajaan perpaduan pernah dibincangkan dengan parti-parti pembangkang, tetapi dalam masa yang sama, parti-parti lain menafikan wujudnya perbincangan tentang idea itu.

Apabila parti PKR dan DAP tidak bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan, malah hanya diterima oleh PAS dan UMNO sahaja. Bermakna, ia tidak membawa maksud kerajaan tanpa pembangkang, tetapi ia adalah kerajaan gabungan antara PAS dan UMNO yang menjadi kerajaan, dan sudah pasti PKR dan DAP dikira sebagai pembangkang.

Kalau bentuk ini yang berlaku, jelaslah bahawa tindakan mewujudkan kerajaan perpaduan adalah pengkhianatan PAS terhadap kepercayaan rakyat yang telah mereka berikan dalam PRU ke 12 baru-baru ini, malah terhadap sahabat dalam PKR dan DAP.

SIAPA PENGKHIANAT??

Setahu aku. Dalam sirah Nabi SAW, tidak pernah wujud – waimma sekali – pengkhianatan janji bermula dari pihak Nabi SAW. malah, jika berlaku pertentangan selepas termetrai perjanjian, dilihat janji itu dikhianati oleh pihak musuh terlebih dahulu.

Keadaan ini amat berbeda dengan yang berlaku dalam politik Malaysia pada hari ini. Masakan tidak?? Walaupun Muktamar PAS di Ipoh yang lalu menetapkan bahawa PAS bersama Pakatan Rakyat, tetapi menyedihkan surat persetujuan pembentukan kerajaan pakatan rakyat pada 16 september yang lalu tidak menjadi disebabkan tidak ditandatangani oleh Presiden PAS, sedangkan kertas persetujuan yang dikehendaki oleh istana itu sudah ditandatangani oleh Presiden PKR dan DAP.

Sudahlah 16 september tidak menjadi disebabkan PAS. PAS pula sekali lagi membuat onar dengan mencadangkan Kerajaan Perpaduan.

Jika ini yang berlaku. Nyata, pengkhinatan ini datang dari PAS. Jika keadaan ini dibiarkan, tidak mustahil sejarah PAS ditolak rakyat akan berulang kembali.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
9 jun 2009 * 1:39 pagi

27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ustaz, kenapa tak tanya sendiri Tuan Guru Presiden?

raibachiba berkata...

Assalamu`alaikum w.b.t;

Boleh tak saudara hentikan memberi ulasan ke arah perpecahan di kalangan ahli PAS? Sebaliknya saudara berusaha demi Islam cuba sedaya upaya mencari penjelasan dengan apa cara sekalipun dalam batasan syariat supaya ukhuwah di kalangan peimimpin dan ahli dan penyokong PR menjadi murni. Saya sangat cetek ilmu agama tapi saya terasa pelik melihat 'ustaz-ustaz' seolah-olah hanya menyokong satu pihak dan cuba menghentam satu pihak dalam jemaah yang sama tanpa mencuba mencari penjelasan, contoh terbaru berkenaan UG..di dalam harakah keluaran 21 Apr sudah ada sedikit penjelasan oleh TGHH tentang UG...saya tidak hanya menyokong TGHH tapi saya sayang semua ulamak dalam PAS dan juga di luar PAS yang nampak ikhlas berdakwah demi Islam. Kita semua termasuh TGHH dan TGNA bukannya maksum.
Wallah huaklam.

Tanpa Nama berkata...

segeralah bertaubat sebelum anda dimamah api neraka.

fitnah mengatakan PAS menjadi punca tidak terbentukanya kerajaan 16 Sept kerana tidak menandatangani surat pembentukan kerajaan adalah sejahat-jahat fitnah yang dilaknat.

bersedialah untuk azab yg lebih dahsyat drp Allah!

Tanpa Nama berkata...

Salam ustaz wan ji,
Saya menghormati keilmuan ustaz tetapi jgn sampai saya memandang enteng kpd kepada gaya ustaz yang hendak memperlekeh presiden PAS.Persoalan 16 september itu,bukan masalah presiden tetapi juga mursyidul Am kerana tidak setuju komposisi bilangan ahli parlimen yang bukan Islam dalam pembentukan kerajaan.Cuba berfikir dalam -dalam melontar idea /pendangan.Komen: Saya pun malu dengan sikap ulama muda yang cepat melatah seperti ini...

Al-Bakistani berkata...

pertama :

orang arab ada keluarkan pepatah yang bermaksud;

"manusia itu akan bermusuh dengan apa yang dia tidak tahu"

kedua :

kalau tak percaya PAS tak tandatangan surat perjanjian tukar kerajaan 16 september, suruhlah wartawan tanya tok guru haji hadi...

sekian

Al-Bakistani


sekian

Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

benarkah tok guru nik aziz tak setuju pembentukan kerajaan 16 september???

cuba dengar balik kenyataan tok guru nik aziz di Taman Melewar, masa dia marah kat Cikgu Pa...

sekian

Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

Ahli PAS akan bersatu kalau tidak dikaitkan dengan UMNO... ahli PAS akan bersatu, kalau semua kita bersama-sama nak hapuskan UMNO...

tok guru nik abdul aziz dah sebut banyak kali dah, hentikan perkara yang melibatkan kerajaan yang berkait dengan UMNO...

sekian

Al-Bakistani

IbnuQalil berkata...

Salam a'laik,

Ana menyokong saranan raibachiba.

1. Ana masih ingat dulu ustaz pernah kata jangan taksub kat Anwar dan TGHH. Skrg ana nampak ustaz pulak cam taksub dgn TGNA dan Pakatan Rakyat.

2. Keputusan Muktamar di Ipoh yg lepas "PAS akan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat dan akan terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan sesiapa sahaja". Jgn ambik separuh2. TGHH pun dh clearkan dalam Ucapan Dasar beliau. Awat ustaz payah nak paham?

3. Yang argue ttg kesepakatan utk menubukan kerajaan perpaduan adalah Kit Siang, Guan Eng, Syed Ali dll. Nape Anwar diam tak bersuara? Sebabnya Anwar tahu dan menyokong gagasan ini. Tu pasal dia x argue.

4. Ana tak hebat tapi ana akan terus berdoa agar ustaz diberikan hidayah dan taufiq dari Allah agar terbuka hijab di depan mata untuk menilai yg mana intan dan yang mana kaca, demi Islam.

zaydelkhair berkata...

Idea kerajaan perpaduan itu sendiri menjadi fitnah kepada umat. Berapa lama agaknya masa akan diambil sekadar untuk jelaskan maknanya? Cuba tanya siapa yg faham, cuba tanya peringkat mana yg faham, melainkan ayat hujungnya "kena tanya sendiri pada tuan guru". Yang taasub akan guna hujah wala' kpd presiden atau "tuan guru dah istikharah"...

Tanpa Nama berkata...

Ustaz..

Ana rasa kekhilafan ini akan tenang seandainya Tuan Guru kata "Ana dah istikharah, ana dah munajat kepada Allah untuk menyampaikan idea kerajaan perpaduan".

Sekarang ini soal pendekatan dan strategi, adakah ia salah? Jika ijtihad TGNA @ TGHH salah, adakah ia akan terus memburukkan keseluruhan usaha dakwah mereka?

Adakah kita sudah puas menyelidiki hikmah disebalik gagasan ini?

Tanpa Nama berkata...

salamz kawan2...

first at all, marila kita sama2 rujuk kepada fakta :

1. tidak ade statement pun dari TGHH and Nasha yg merujuk kepada maksud kerajaan perpaduan adalah bergabung/masuk UMNO.Kalau ade sila buktikan.
2. The fact that beberapa ADUN PKR and DAP sudahpun BERGABUNG/MASUK UMNO/BN(merujuk kes lompat parti.so sape yang memulakan dulu usaha merosakkan kerajaan PR Perak skang?.orng PAS?or orang PKR and DAP?).
3.the fact that setakat nih belum ade MP/ADUN PAS yang ishtihar/buat statement nak bergabung/masuk UMNO.
4.IF and I say IF ade statement daripada TGHH and Nasha yg sebut nak bergabung dgn UMNO,they have to face Dewan Pemuda and Muslimat PAS and sume perwakilan,because Pemuda and muslimat sudah sudah bagi amaran supaya tidak bergabung dgn UMNO, dan ada usul supaya diperkukuhkan kerjasama dgn pakatan rakyat.

SO jangan samakan PAS dengan UMNO.Org UMNO hanya jadi pak turut kepada Najib Altantuya.Tapi PAS tiada autokrasi,means pemimpin kena ikut suara bawahan.Peristiwa kejatuhan dato asri pada tahun 1982 membuktikan..

so relaks bro!be calm ustaz....tidak semudah itu pemimpin atasa PAS boleh buat sesuka hati dengan membelakangkan ahli

and I think TGHH tidak bleh lupa bile umngok merampas royalti semasa beliau jd menteri besar.have you all read his statement in 1982 yang dipanggil 'amanat hadi'about UMNO?.

so we just wait and see ape yg akan diorang wat lepas nih.saya pun tak suka PAS bergabung dengan UMNO,malah sayalah org pertama akan berdemo membantah jika ada usaha bergabung dengan umno.But the fact speaks that tiada statement daripada mana2 pimpinan pun yg nak bergabung dgn UMNO,but its true TGHH and Nasha kena terangkan konsep kerajaan perpaduan secara detail supaya kita sume paham.

the main thing is kita diperingkat bawh nih jgn terpengaruh dengan sumber2 yg samar yg tidak datang dari kepimpinan sendiri sampai berpecah belah.klau is berterusan camni,maka org umno/bn gak yg bertepuk tangan.tidakkah kita rasa bahawa pergeseran macamni adalah peracangan UMNO/BN sendiri.lu fikirla sendiri ok...jumpa lagi sahabat!

إذا جاءكم فاسق بنبأ فتبينوا

Al-Bakistani berkata...

pertama :

ramai para doktor sebut, ramai yang mati mengakibatkan sakit jantung.. seterusnya membawa kepada mati...

sakit jantung itu adalah sebab kematian. adapun menghisap rokok itu adalah punca kematian...

kalau orang tidak hisap rokok, tak kena la sakit jantung. bila tak kena sakit jantung, tak adalah orang mati kerana sakit jantung..

begitujuga dalam isu ini. orang PAS tak akan berpecah kalau tidak ada pertemuan sulit dengan UMNO...

kedua :

Taassub bermakna mengatakan sesuatu pendapat itu betul walaupun tidak betul sekalipun.

dalam hal ini, ana lihat, orang ramai yang taassub dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi, dengan menerima kerajaan perpaduan tanpa mereka sendiri pun tak faham tentang kerajaan perpaduan...

tahukah kita... non muslim yang sudah percaya kat PAS sudah merasa sangsi dengan PAS setelah idea kerajaan perpaduan ini dilontarkan...

yang dapat menyelamatkan keadaan ini, apabila kenyataan2 tok guru nik aziz yang agak keras menentang kerajaan perpaduan ini..

ketiga :

ya betul. memang keputusan muktamar di ipoh, "PAS akan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat dan akan terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan sesiapa sahaja"

yang berlaku kini apa dia??

a ) PAS tidak menyokong penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat.. buktinya, Presiden PAS tidak tandatangan penubuhan kerajaan pada 16 september, walaupun tok guru nik aziz terlalu marah.

b) mengadakan perbincangan dengan UMNO, sedangkan dengan PKR dan DAP kurang diadakan perbincangan.. malah dalam beberapa isu, tidak dibincangkan langsung.. seperti idea kerajaan perpaduan ini..

bermakna, siapa yang ambil separuh2??

keempat :

syed Husin Ali, Lim guan Eng terima gagasan kerajaan perpaduan?? awak tak baca surat khabar ker???

anta baca berita guan eng semalam dan kenyataan sayed husin sejurus presiden sebut kerajaan perpaduan...

kelima :

terima kasih kerana masih lagi ingat kepada ana dalam doa-doa antum.. ana harap, di suatu masa nanti, PAS semakin kuat, bukannya dibenci oleh rakyat bawahan ekoran tindakan kita yang mahu kepada UMNO...

pada ana, UMNO ini bukan lagi permata, malah tidak ada nilai jika mahu dibandingkan dengan debu sekalipun..

nak gabung parti taghut ni... ini semua kerja gilaa.....

sekian

Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

pertama :

kerajaan perpaduan adalah kerajaan tanpa pembangkang.. yang sokong kerajaan perpaduan ini hanya UMNO sahaja... PKR dan DAP tak sokong.. justeru, apakah boleh wujud juga ke kerajaan perpaduan itu???

jika UMNO dan PAS setuju, dan PKR dan DAP tak setuju.. jadinya PAS gabung dengan UMNO, jadilah kerajaan. pun begitu, bukan kerajaan tanpa pembangkang, tapi kerajaan yang sedang lawan dengan PKR dan DAP yang merupakan pembangkang...

kedua :

isu lompat parti ini, perkara subjektif.. mereka lompat, kita bina kerajaan. bila bina kerajaan, bukankah kita boleh baiki SPR, bebaskan media, kehakiman dll..

bila dorang tak lompat kepada PR, maka kekallah UMNO/BN memerintah. makanya kerosakan dalam kerajaan tetap berlaku..

apakah syarii kita membiarkan kerosakan berlaku dalam kerajaan???

ketiga :

memang tak ada yang isytihar, sebab usaha ini berlaku dibalik tabir.... sepertimana berlaku pergabungan PAS-UMNO pada zaman Dato 'asri dulu...

sekian

Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

sejarah membuktikan, PAS berpecah apabila gabung dengan UMNO...

masa gabung dulu, orang PAS keluar buat parti baru.. banyak parti timbul masa tu...

bila PAS ditendang keluar, semua parti-parti tu luput balik. semuanya masuk PAS balik..

jelasnya, penyatuan PAS apabila tidak bergabung dengan UMNO. kalau gabung, mesti berpecah..

sekarang punya hal, tidak bergabung lagi.. cumanya ada usaha ke arah itu. itupun sudah ada bibit awal untuk berpecah...

yang penting, kita kena bersatu lawan UMNO...

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Tumpang tanya sebab saya tak tahu,

Antara Mursyidul Am dan Presiden, siapakah yg lebih tinggi kedudukannya?

Tanpa Nama berkata...

Salam bagi mereka yang mengikut petunjuk,

Semua ini gara-gara kekalahan Datok Husam yang tidak dapat diterima dengan lapang dada oleh penyokongnya,lantas mereka mengamuk.datok Husam pula secepatnya membuka gelanggang semula.

Isu UG telah dijadikan seumpama baju Saidina Othman r.a. yang penuh darah dijaja ke seluruh dunia islam bagi suatu maksud tersembunyi,Yang akhirnya menjadi sejarah yang tak sudah disesali.

Dipohon dengan kadar segera Datok Husam mengeluarkan kenyataan supaya para penyokongnya bertenang dan menerima kekalahan dengan hati terbuka.

jangan seronok melihat fenomena ini kerana parti menjadi taruhannya.Ini adalah peluang terbaik bagi ahli2 bagi menilai tuan untuk 2 tahun lagi.

Atau akan berlakukah episod sedih itu,dan hancurkah harapan seluruh dunia Islam kepada PAS?.Marilah kita memberikan kesetiaan/ kecintaan kepada pimpinan
yang telah sama-sama kita pilih.pendamkanlah ego dan pergunakan kekuatan dan pengaruh yang ada untuk satukan PAS kembali.

Al-Bakistani berkata...

apakah kita suka non Muslim membenci semula PAS????

juga, apakah kita suka, PKR dan DAP membenci PAS??

ekoran itu, apakah kita suka kalau PAS kalah teruk dalam PRU ke 13 nanti????

apakah kita suka, bila nasib UMNO kini melekat pada kita????

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Jika kita terus bercakap tentang Kerajaan Perpaduan, kita harus berani berdiri sendiri. Pedulikan DAP dan PKR yang tidak bersetuju dengan konsep Kerajaan Perpaduan. Kita teruskan usaha berbicang dengan UMNO kerana kita yakin UMNO akan begitu mudah faham dan terima konsep Kerajaan Perpaduan cadangan kita itu berbanding PKR dan DAP. Kita harus yakin yang kita boleh memerintah Malaysia dengan berkawan politik dengan UMNO/BN lebih baik dari apa yang kita dapat dari Pakatan Rakyat!



Kita harus berani menegur Lim Kit Siang yang mengatakan, buat pertama kali Pakatan Rakyat telah menghadapi krisis keyakinan kerana konsep Kerajaan Perpaduan yang PAS cadangkan itu. Kita harus berani menegur sikap Lim Kit Siang kerana kita adalah parti yang mampu berdiri sendiri. Apalah pentingnya parti Lim Kit Siang dalam Kerajaan Perpaduan berbanding Najib seorang Perdana Menteri ! Kita pun sudah menyampah dengan Anwar Ibrahim yang hanya tahu membuat janji berbanding Najib seorang Perdana Menteri !




Kita harus berani mengatakan bahawa Kerajaan Perpaduan yang kita cadangkan itu sebenarnya turut dipersetujui oleh semua ahli, Dewan-dewan terutama Dewan Muslimat dan juga Kelab Penyokong PAS atau kita harus berani mengatakan pedulikan sikap mereka yang menentang dan tidak bersetuju kerana mereka dasar ahli yang tidak setia jemaah. Mereka itu tidak penting berbanding konsep Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh kita.



Kita harus berani mengatakan segera kepada mereka yang menentang konsep Kerajaan Perpaduan bahawa kita sanggup mengambil apa juga risiko politik kerana mempertahankan cadangan Kerajaan Perpaduan kita itu. Yang penting bagi kita sekarang ialah Kerajaan Perpaduan bersama UMNO yang banyak melukakan kita berbanding Kerajaan Pakatan Rakyat yang hanya memberi kita Kedah dan Kelantan. Kita perlu mendapat lebih banyak dari itu melalui Kerajaan Perpaduan dan kita yakin kita akan berjaya berdiri seiring sebelah UMNO! Pedulikan mereka yang menentang, mereka keras kepala..... mereka itu sudah tidak penting lagi !!

WUZARA berkata...

Salam...

Saya pun pelik kenapa TGHH boleh mencadangkan kerajaan perpaduan. Mungkin ramai diantara kita yang melihat dari aspek kesan dari kerajaan perpaduan terhadap PAS. Tetapi bagi saya yang sepatutnya dijelaskan adalah hukum syara' bagi masalah ini. Apakah dengan alasan ia selari dengan maqasid syariah maka ia dibenarkan.

Apakah usaha penegakan negara Islam boleh diakalkan dengan pelbagai cara? Sekejap dengan Negara Kebajikan, kemudian kerajaan pakatan rakyat, kemudian dengan sekarang dengan Kerajaan Perpaduan. Di makakah letaknya mminhaj nubuwwah dalam thariqah dakwah PAS?

Saya dibesarkan dalam keluarga yang condong PAS sejak saya kecil lagi. Terus terang, banyak yang diajar kepada saya dulu dalam ceramah2 PAS dulu bertolak belakang dengan tindakan PAS sekarang.

Apakah dalam urusan sebesar penegakan Negara Islam Nabi tidak mencontohkan kepada kita thariqah(method) yang diwahyukan kepada baginda? Fikir-fikirkan...

p/s: Baqistani, dalam hal ini ana setuju dengan enta, secara praktikalnya cadangan kerajaan perpaduan ini bukanlah tindakan politik yang bijak. Tetapi ana juga melihat dari aspek syara', ia juga tidak syar'ie.

Al-Bakistani berkata...

pertama :

kita boleh berbicara tentang manhaj nubuwwah dalam debat yang anta cadangkan nanti.. insya Allah...

kedua :

adakah Kerajaan perpaduan itu tidak syari'??

ana berpandangan. Tuan Guru Haji hadi tidak akan mencadangkan sesuatu idea melainkan mesti ada hujjah syariinya.....

ini persoalan ijtihad. justeru, ia bisa berubah dikala berubahnya waqi' dan masa...

cumanya, ana membantah sebab, idea itu adalah idea yang tidak sesuai di tatbiqkan di masa sekarang, kerana keadaan politik sekarang tidak mengizinkan begitu... malah, cadangan itu bisa melahirkan keraguan antara Parti-parti dalam Pakatan Rakyat, yang sudah pasti disini melahirkan hijab dalam usaha menyampaikan dakwah kepada non Muslim...

sekian

Al-Bakistani...

Nevada berkata...

Sifir dalam memahami kerajaan perpaduan ini senang sahaja. Siapa yang suka/sokong/cinta/mahu kerajaan perpaduan maka mereka suka/sokong/cinta/mahu kan UMNO. Tak caya? belum apa-apa juak-juak UMNO; KJ, Shafiee Afdal, Hishamudin etc dah menyambut bakal pinangan tuan-tuan sekelian...

usul mahukan unity government ini sudah pun memecahbelahkan PAS, bukti boleh lihat di mana-mana. pertentangan pendapat sesama Pas sangat hebat!!


usul mahukan unity government telah pun mendedahkan PAS dengan fitnah. hari ini 'sekutu Hudaibiyyah' kita dari kalangan bukan islam sudah mula mengatakan kita telah cuba utk khianati perjanjian.....


soalannya ialah mengapa pemimpin2 pas membiarkan ini terjadi??

Tanpa Nama berkata...

Yang kau ni takutkan sangat rakan rakan PR tu amende?

2 ekor bangsat PKR dan 1 ekor bangsat DAP paling tadah, lalu jatuh kerajaan PR kau tak ambik kira...Diorang tu semua dari mana UMNO? MCA? MIC?

Kau ni takut tak bertempatlah syaikh! Warning sikit Lim Guan Eng tu, jangan sedap2 sebut TGHH kena jawap dengan Tuhan. Ingat TGHH bodoh ke? Sebagai ulama, setiap perkara yang disebut pasti akan difikir masak2. Kalau hang sendiri sebagai ilmuan Islam tak dapat nak menghormati presiden parti kau sendiri, baik kau join DAP, jadi Ustaz DAP, kan ke kau suka sangat ngan LGE tu, untung2 boleh cium mulut ngan dia. Babi.

Al-Bakistani berkata...

yang kita pula takutkan UMNO/BN tu apasal???

yang kita nak berjumpa dengan UMNO/BN tu apasal??

2 ekor PKR dan 1 DAP yang lompat parti tu, individu dia lompat. bukan bawa parti dorang lompat sama...

kita pun begitu, kalau sayangkan UMNO sangat, pegi je masuk UMNO.. apasal nak bawa parti-parti sekali kawan ngan UMNO???

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Bila masa TGHH dan Ust Nasa kata kita takut ngan BN? Jangan buat fitnah. Anta tu Ustaz, ramai pengikut, tapi tabur fitnaa sana sini.

Jumpa ngan UMNO/BN pun jadi masalah bagi kau. Kalau macam tu, MP PAS tak payah gi Parlimen, nanti jumpa orang UMNO/BN, kau tuduh lagi. Apasal kau ni bengap walhal belajar jauh sampai Pakistan, Egypt...agaknya kau ni terkenan ngan Firaun masa belajar kat Egypt!

Bila masa kita sayang sangat ngan UMNO. Kita dalam peperangan. Kita perlu ada strategi. Kau akan tahu sedikit masa lagi apa kesan selepas selesai isu ni nanti. Mas tu barulah kau tahu yang TGHH, TGNA dan Ust Nasa tu geliga. Sekarang ni belum timbul lagi. Buat masa ni, kau tolong hentikanlah main api ni. Hanya merugikan PAS dan Jemaah nya. Lainlah kau ni talibarut UMNO, yang tak sayangkan jemaah. Dengar cerita, kawasan kau pun kau dah tinggalkan jemaah...betulke?

WUZARA berkata...

Apa saja yang si sampaikan ulama' dikatakan ijtihad? Haji Hadi tu mujtahid ke?

Nampak begitu longgar takrifan ijtihad anda. Semuanya dinamakan ijtihad.

Apakah mengatakan hudud tidak wajib kepada bukan Islam juga adalah ijtihad TG Haji Hadi? ana dah bentangkan kebathilannya dalam blog ana.

Al-Bakistani berkata...

jangan sempit dalam menilai ijtihad. ijtihad bukan satu jenis, malah dua jenis ijtihad..

ijtihad nususi dan ijtihadi tanzili

ijtihad nususi perlu kepada syarat2 kelayakkan mujtahid. adapaun ijtihad tanzili, memadai memahami ijtihad para mujtahid, kemudian memahirkan diri dengan alat-alat dalam mentatbiqkan ijtihad para mujtahid tersebut.

sekian

Al-Bakistani berkata...

pasal hudud tidak dikenakan kepada non Muslim, itu ana no komen...

ana pun tidak bersetuju dengan pandangan itu

sekian

Al-Bakistani