Ahad, 7 Jun 2009

KONSEP MASLAHAH DAN MAFSADAH UNTUK DAMAI DENGAN MUSUH

tak larat nak berdamai di Palestine, tapi rakyat Palestine sering dibunuh dan dihina di palestine.. apakah damai cara Yasir Arafat ini bersesuaian dengan maksud surah Muhammad ayat 35

KONSEP MASLAHAH DAN MAFSADAH UNTUK DAMAI DENGAN MUSUH

Kita kena sambut salam damai dari sesiapa sahaja, hatta daripada musuh sekalipun.

Dalilnya, Allah firman dalam Al-Quran;

فَلَا تَهِنُوا وَتَدْعُوا إِلَى السَّلْمِ وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ وَاللَّهُ مَعَكُمْ وَلَنْ يَتِرَكُمْ أَعْمَالَكُمْ

Maksudnya;
“Janganlah kamu lemah dan minta damai padahal kamulah yang di atas dan Allah pun bersamamu dan Dia sekali-kali tidak akan mengurangi pahala amal-amalmu”

(Surah Muhammad : 35)

KOMEN:

ada pihak menyebut, tindakan Tidak mahu berdamai dengan UMNO, bermakna menafikan maksud ayat ini; menolak Al-Quran.

Apa yang ingin dinyatakan, tidak mahu berdamai dengan UMNO yang merupakan musuh dikala ini, tidak bermakna menafikan ayat Al-Quran, Surah Muhammad ayat 35.

Ini kerana, dalam menafsirkan ayat ini, Imam Fakhr Ar-Razi menyebut dalam kitab At-Tafsir Al-Kabir;

إشارة إلى أن الأمور الدنيوية لا ينبغي أن تكون مانعة من الإتيان

Maksudnya;
“Ia adalah satu Isyarat kepada sesungguhnya perkara duniawi tidak sepatutnya menjadi pencegah daripada berdamai
[1]

Fahamnya apa??

Berdamai itu adalah dituntut sekiranya dengan tujuan akhirat. iaitu, sekiranya damai itu memberi kemaslahatan kepada Islam, maka itu dibenarkan. Adapun sekiranya berdamai itu melahirkan mudharat kepada Islam, maka berdamai itu adalah terlarang, malah ia tidak termasuk dalam maksud ayat ini.

Dengan erti kata lain, sekiranya musuh tidak mempunyai agenda untuk menghancurkan balik parti Islam, maka berdamai itu dituntut. Pun begitu, sekiranya musuh mempunyai agenda untuk memusnahkan perjuangan islam, berdamai ketika itu tidak dituntut.

Jika difahami konsep ini, barulah kita faham maksud “hulur salam damai” yang dilakukan oleh Nabi Musa A.S terhadap Firaun. Yang mana, ketika itu tindakan Nabi Musa berhadapan dengan Firaun lebih memberikan maslahat berbanding tidak tidak berhadapan dengan Firaun.

Justeru, Apakah UMNO Ikhlas menghulurkan salam damai, ataupun mempunyai agenda untuk musnahkan PAS???

Jawapannya amat senang. Dikala kita berbicara soal ”politik damai”, krisis perak tetap mencengkam, malah melahirkan kemarahan rakyat terhadap UMNO/BN.

Tok Guru Nik Abdul Aziz ada menyebut;

”kalau berpolitik macam ini, ertinya politik kita (PAS) untuk tolong lawan, bukannya jaga kestabilan diri (PAS). Ini bukan politik, ia perangkap namanya dan keadaan ini adalah satu kejayaan kepada pihak lawan yang boleh memperbesarkan isu yang bukan-bukan
[2]»

Fikir-fikirkanlah.....

Sekian

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 jun 2009 *



[1] At-Tafsir Al-Kabir : 14/120.
[2] Kemuncup dalam perjuangan : m/s : 122.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lihatlah kebenaran dengan nas dan bukan menentangnya kerana ianya keluar daripada 'org tertentu'..... saya tak sangka ustaz sanggup berhujah semata2 ingin membenarakan hujah ustaz..mana kata2 ustaz sebelum ini yang menyeru agar kebenaran tidak dilihat daripad siapa yang berkata...saya tertarik juga dgn hujah ustaz sebelum ini tetapi dgn hujah ustaz sekarang ini ... saya rasa ada satu 'kepelikan' pula terhadap motif ustaz menentang 'pendamaian'...untuk pengetahuan ustaz sebelum ini sememangnya saya sependapat dengan ustaz tetapi setelah mendengar penjelasan daripada presiden dan timbalan mursyidul am dan ketua dewan ulama s... saya merasakan islam yang sebenarnya adalah pendamaaian ..itulah yang diajar jujungan besar Nabi Muhammad s.a.w....

WUZARA berkata...

Salam...

Ada 2 point yang saya kira perlu kita halusi dengan tajam dalam membicarakan permasalahan ini.

1) Apakah maksud perdamaian dengan UMNO dalam kerajaan perpaduan? Jelas kerajaan perpaduan jika berjaya bermaksud perkongsian kuasa. Perkongsian kuasa pula bermaksud kita sama-sama memerintah dengan melaksanakan Islam sebahagian dan hukum kufur sebahagian.

Jika ditinjau dari aspek ini, apa yang saya faham PAS tidak ada masalah kerana PAS mengambil konsep tadarruj.

Suka saya nyatakan, bahawa konsep tadarruj adalah suatu konsep bathil yang jika dihujahkan akan banyak nampak kesalahannya. Ia tidak dibangun dengan dalil yang benar, tetapi lebih kepada mencari dalil untuk mengabsahkan suatu keputusan yang telah dibuat.

2) Manakala jika ditinjau dari aspek manuver politik, saya kira hanya orang yang bodoh politik saja akan menerimanya. Itulah permasalahannya apabila politik tidak dibangun dengan kerana Islam, tetapi atas asas demokrasi. Seseorang akan hebat dan tajam bacaan politiknya dalam kerangka demokrasi tetapi bukan dalam perspektif Islam.

Something to ponder; jika kita halusi apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan perpaduan yang UMNO juga mahukan?

Al-Bakistani berkata...

pertama :

Nas perlu difahami. pun begitu, waqii juga perlu diselami. kalau hanya faham nas, tanpa difahami waqi', buat apa ulama susun kitab fiqh waqi, Fiqh tatbiqi, fiqh muwazanat, fiqh awlawiyyat dll??...

ulama-ulama kita kurang turun padang, tetapi mereka rajin turun di masjid dan surau... mereka tidak tahu inspirasi rakyat bawahan yang bukan kaki surau dan kaki masjid.

bermakna disini, ulama kita kurang menyelami kehendak rakyat bawahan... jika mereka tidak tahu kehendak rakyat bawahan, bagaimana dia mahu tatbiqkan nas???

kedua :

dalam Al-Quran memang wujud berdamai. haram tidak berdamai kerana Al-Quran menyuruh kita berdamai, hatta dengan musuh pun...

pun begitu, perlu difahami.. musuh yang bagaimana yang boleh kita berdamai... justeru, kena faham maqasid disebalik ayat dari surah muhammad itu...

cuba baca balik kitab At-tafsir Al-Kabir.. dalam tu ada ulas panjang...

jangan sekadar baca ayat sahaja, tanpa merujuk kepada maqasidnya.. kalau itulah bentuk kita, apa beza kita dengan puak2 wahabi yang kita dok serang tak habis-habis tu???

ketiga :

konsep tadarruj adalah konsep bathil?? orang yang jahil ilmu usul fiqh sahaja kata konsep tadarruj adalah konsep bathil..

jika mahu berbincang tentang konsep tadarruj dalam Islam, bisa dibincangkan dalam tajuk yang khusus...

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

maksudnya UMNO -mengikut nas yang sahih- tidak boleh berdamai dgn mereka ?! oooooo... baru saya tahu rupa-rupanya ayat al-quran itu tidak meliputi UMNO.....ianya hanya meliputi sewaktu berperang sahaja ... habis tu akidah mereka macamana? kalau org kapir kita disuruh berdamai dengan mereka ... maksudnya UMNO lebih jahat dari mereka? entahlah... kadang2 orang yang kita angap terbuka ...rupa-rupanya adalah sebaliknya...luluh hati saya mendengar penjelasan al-bakistani ini...apatah lagi org UMNO yang mendengar artikal ini... begini teruk mereka meletakkan org UMNO.....adakah saya tersilap blog utk dilaati...Ya Allah berilah petunjuk kepada sekalian manusia...

Al-Bakistani berkata...

pertama :

mungkin saudara baru sahaja melayari blog Al-Bakistani...

dahulu saya ada mengulas antara ORANG UMNO dan PARTI UMNO... dua perkara yang amat ketara perbedaannya...

isu berdamai yang didebatkan bukan dengan Orang UMNO, tetapi dengan parti UMNO...

kedua :

sudah dikatakan, jika perdamaian dengan UMNO membawa kemaslahatan kepada Islam, dengan tidak melahirkan kehancuran kepada PAS, maka berdamai itu dibenarkan... pun bgitu, jika sebaliknya berlaku, iaitu berdamai dengan UMNO, bisa melahirkan kehancuran kepada PAS, maka maksud ayat ini tidak tepat ditatbiqkan dengan UMNO...

keadaan sekarang bagaimana???

belum berdamai lagi dengan UMNO, tapi UMNO dah hentam habis-habisan PAS di perak. nizar menjadi mangsa...

belum berdamai lagi dengan UMNO, tapi ahli PAS dah berpecah... kerana wujud, pro UMNO dan pro Pakatan Rakyat...

bukankah itu adalah mudharat???

justeru, dalam hal melawan UMNO ini, kita hendaklah menyerang habis-habisan sehingga terhapus UMNO, kerana terhapusnya UMNO bermakna terhapusnya fitnah..

ini berasaskan kepada firman ALlah;

"seranglah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah"

(Surah Al-Baqarah : 193)

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

salam,

Saya menyokong pandangan dan nas2 ustaz, kepada mereka2 ni masih lagi kabur, banyakkn lah ilmu didada dulu sebelum berhujah dan berpandangan, memang benar islam menyuruh kita berdamai, tapi betul ke PAS dah benar2 layak, kukuh, berilmu, beriman, ahli2 yg istiqomah utk berpadu dengan UMNO ni?.. pandanglh kedepan, bukan kebelakang lagi.. ini cuma pandangan saya, siapalh saya utk dibndingkn dgn TGHH...

bumilangit berkata...

masa bila pulak umno ajak berdamai dengan pas?

WUZARA berkata...

Salam buat al-baqistani,

1) Memahami nas untuk menyelesaikan permasalahan realiti adalah benar. Tetapi bukan mengkompromi nas untuk menyesuaikan dengan realiti. Hasilnya banyak perkara yang haram dapat dihalalkan dengan fiqh yang sedemikian dengan hujah ia selari dengan maqasid syariah.

Ulama' perlu memahami waqi' dengan detail. Kesalahan memahami waqi' akan menyebabkan ijtihad jadi hancur.umpama doktor yang salah mengdiagnosis penyakit lalu memberi ubat yang salah, maka begitulah juga mujtahid yang gagal memahami waqi lalu mengeluarkan ijtihad yang salah. Tetapi ulama' yang terpengaruh dengan waqi' akan cuba menyesuaikan fiqh dengan waqi' sebagai mana yang banyak terjadi hari ini.

Idea Kerajaan Perpaduan misalnya, adalah akibat mengikut waqi'. Walaupun tahu akan mengakibat perlaksaan hukum Islam dan kufur secara bersamaan, golongan yang mengikut waqi' berpandangan diperbolehkan dengan menganggapnya selari dengan maqasid syariah. Adakah pandangan yang sebegini syar'ie?

Kedua:
saya tiada sebarang rujukan bersama saya sekarang. tetapi seingat saya Surah Muhammad adalah ayat madaniah, yang mana menceritakan tentang tawanan perang. Betulkan jika saya silap.

Bagaimana pula kita boleh menakwilkan kes perang dengan persoalan politik hari ini. Pertama, kedudukan nabi masa tersebut sebagai ketua negara, sedangkan kedudukan Haji Hadi hari inin hanya sebagai ketua gerakan Islam. Hukum bagi Negara tidak sama dengan hukum bagi jemaah. Kedua, hukum bagi damai dalam perang tidak sama dengan kerjasama antara parti Islam dengan parti kufur dalam medan politik demokrasi hari ini.Contoh, semasa memimpin jemaah pada fasa makkah, nabi tidak pernah melancarkan perang walaupun didesak oleh sahabat. Tetapi setelah daulah, sebagai ketua negara nabi telah mengisytiharkan perang kepada kekufuran.

Saya kira istilah damai dengan UMNO adalah kurang tepat. sebaliknya, jika ia berjaya ia akan membawa kepada perkongsian kuasa, perlaksaan Islam dan kekufuran secara bersamaan.


Ketiga:

Tak perlu saudara mengatakan jahil ilmu jika kerana saya menyatakan tadarruj itu bathil. Ia adalah satu bentuk serangan peribadi yang tidak sepatutnya kita lakukan dalam berhujah. Sebenarnya ia hanya menampakkan ketidakilmiahan kita saja.

Saya bersedia berhujah tentang hukum tadarruj ini baik di alam maya mahupun dalam pertemuan di alam nyata. Tetapi asas hujah kita adalah sumber dalil yang disepakati semata, bukan selainnya. Minta maaf saya kata, saya jarang jumpa blogger dari PAS yang sanggup berhujah dengan ilmiah dengan saya, kebanyakkan dengan akal atau emosi. Jika saudara sanggup berhujah secara ilmiah, saya amat mengalukannya.

Al-Bakistani berkata...

pertama :

wuzara kata;

Memahami nas untuk menyelesaikan permasalahan realiti adalah benar. Tetapi bukan mengkompromi nas untuk menyesuaikan dengan realiti. Hasilnya banyak perkara yang haram dapat dihalalkan dengan fiqh yang sedemikian dengan hujah ia selari dengan maqasid syariah.

komen:

mungkin awak tidak mengkaji konsep siyasah syariiyyah yang wujud dalam fiqh maqasid Syariah... sebab itu, awak berkata sebegini...

kedua :

yang lain tu.. tak ada apa yang ana nak komen, sebab saudara sanggup berhujjah dengan secara debat... ana bersedia berdebat dengan saudara secara ilmiyyah tentang isu fiqh maqasid dan konsep tadarruj dalam Islam... insya ALlah...

sekian

Al-Bakistani

jiwamelayu berkata...

ustaz, saya nak minta artikel ini dimuatkan dalam blog saya

saya akan linkkan ke blog ustaz

Al-Bakistani berkata...

silakan...

sekian

Al-Bakistani