Ahad, 7 Jun 2009

BELAJAR DARI TOK GURU JAGA KELANTAN

BELAJAR DARI TOK GURU JAGA KELANTAN

Secara peribadi, aku amat suka berwacana dengan sebilangan tokoh-tokoh pemikir di Malaysia. Aku juga, sering berwacana dengan kaum india dan cina yang mempunyai pelbagai latar belakang agama, sehingga aku kebelakangan ini berkali-kali masuk ke gereja berwacana dengan sebilangan paderi-paderi Kristian berkenaan agama mereka.

Aku juga pernah berwacana dengan Presiden PSM, Dr Nasir Hashim tentang idelogi pemikiran beliau. Begitujuga, pernah mendengar kupasan Saudara Hishamuddin Rais tentang konsep ekonomi sosialis dan kritikan beliau terhadap idelogi ekonomi kapitalis. Malah aku sering berwacana dengan Pak Khalid Jaafar yang rata-rata orang melebelkan beliau sebagai tokoh Islam Liberal berkenaan berbagai-bagai isu.

Aku amat seronok, malah gembira berwacana dengan tokoh-tokoh pemikir sebegini, walaupun mereka dilihat “sinis” oleh sebilangan agamawan di Malaysia. Ini kerana mereka adalah golongan yang mudah berwacana, malah wacana mereka sememangnya bersifat ilmiyyah. Mereka tidak mahal memberikan jawapan, malah jawapan yang diberikan itu juga mengandungi unsur-unsur ilmu, bukan sentimen atau purba sangka semata-mata.

Aku pernah bertanya kepada Pak Khalid tentang pandangan beliau tentang ketokohan yang wujud pada Tuan guru Nik Abdul Aziz. Beliau menyatakan, Tok guru Nik Abdul Aziz adalah tokoh genius yang wajar dipelajari cara beliau berpolitik.

Alasan beliau amat mudah, iaitu beliau berkata;

“adalah satu perkara yang mustahil tok guru boleh mempertahankan sebuah kerajaan PAS selama berpenggal-penggal, sedangkan kerajaan Pusat berada di tangan BN. Pun begitu, PAS berjaya mempertahankan kerajaan tersebut sejak 1990 sehingga kini. Menunjukkan, Nik Abdul Aziz adalah tokoh politik yang genius”.

KELANTAN

Sejak 1990 lagi kelantan berada di tangan PAS. Selama berpenggal-penggal itu, Kelantan tidak berjaya dirampas oleh parti kafir wa Taghut, Barisan Nasional. Keadaan ini berbeda dengan Terangganu yang PAS menguasainya pada tahun 1999, tetapi gagal dipertahankan sehingga kini.

Aku secara peribadi sedang mengkaji pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Setelah memerhatikan cara, methodologi berfikir dan bertindak beliau, aku beranggapan beliau merupakan satu tokoh politik yang boleh disifatkan sebagai “Omar bin Abdul Aziz Malaysia”.

Aku sering mengikuti perkembangan beliau dalam mengulas isu politik. Dan kadang-kala, aku sudah dapat mengagak kenyataan yang akan terpancul dari mulut beliau dikala mengulas sesuatu isu.

Padaku, Tok Guru Nik Abdul Aziz bukanlah sekadar seorang tuan guru yang mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan sahaja, malah kegeniusan beliau dalam berpolitik amat mustahil dicari ganti.

Dengan kehadiran beliau dalam medan politik di Malaysia, beliau berjaya mengeluarkan kepompong kejumudan pemikiran Umat Islam terhadap Islam itu sendiri. Cara beliau berfikir dan bertindak sehingga sampai satu tahap, golongan yang menyayangi beliau bukan sekadar dari kalangan ahli-ahli PAS, malah musuh juga amat menghormati beliau.

Di kala orang memerhatikan kejumudan golongan berjubah dan berserban, beliau berjaya memecahkan pandangan sinis itu, dengan membuktikan bahawa kejumudan itu bukan disebabkan jubah dan serban, tetapi kejumudan itu hanya berlaku pada pemikiran yang ditutup dengan sentimen.

Inilah kehebatan berfikir dan berpolitik Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang susah hendak mencari ganti. Bahkan, kejayaan PAS diterima ramai pada hari ini, boleh diletakkan 80 peratus lebih, berpunca dari faktor gaya kepimpinan beliau.

Tapi menyedihkan, ada sebilangan pimpinan parti yang baru setahun jagung sahaja berada dalam arena politik. Masakan menjaga parlimen yang dimenangi, bahkan ketika menjadi Setiuasaha Agong pun banyak kerja-kerja parti yang terkantoi. Itupun, beliau sanggup mengeluarkan kenyataan dikala tok guru menyatakan bahawa Kerajaan perpaduan adalah idea karut dengan kata beliau;

Nik Aziz Nik’s views do not represent the party, it is akin to the Islamist party rejecting its soul as the Tok Guru is PAS spiritual leader”

Sekian

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 jun 2009 * 1:35 pagi

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Harap betulkan quotation tersebut kerana quotation tersebut diambil daripada tulisan wartawan, bukan dr kenyataan Nasharudin.

Ini adalah kenyataan Nasharudin dalam BI:“That is the opinion of Tok Guru, but in the organisation we take the party’s stance. Now there isn’t actually any concrete decision made by the party with regards Umno. The issue will be decided by the party,”
Wallahua'lam

akhu_hurairah berkata...

salam ust..
mcm jd mcm ni? kalau tak salah sy TGHH dah pun tarik balik idea ni sblum mukyamar tp kenapa tiba2 idea ni blh timbul?

kita semua risau, risau kalau2 umno-PAS itu bergabung..
ntahla..cuma kita hrpkan yg kerajaan perpaduan sprt TGHH kata tu buknlah maksud bergabung..bknlah mksud PAS terjun dlm BN..
TAPI,
mungkin krja sama dlm kerajaan perpaduan ini adalah memberi tanggungjawap 100% kpd PAS dlm mendaulahkan ISLAM di Malaysia maka itu sy amatlah bersetuju..

kopokikan berkata...

tidak ada penggabungan ngan bn ataupun umno,tidak akan ada dan ianya menjadi kewajipan org islam seluruh Malaysia menjaganya...kita semua akan disoal tentang apa yg kita perjuangkan...wassalam