Sabtu, 4 Julai 2009

CADANGAN BACAAN PIMPINAN PEMUDA PAS PUSAT


CADANGAN BACAAN PEMUDA PAS PUSAT

Pergolakan pemikiran islam, sebuah buku karya seorang penulis muda yang meninggal dunia di usia muda bernama Ahmad wahib dari Negara seberang, Indonesia.

Pada asalnya, semua tulisan-tulisan beliau itu berada dalam simpanan, tetapi setelah dia meninggal dunia disebabkan digilis oleh sepeda (baca : motorsikal), kawannya telah membukukan tulisan tersebut.

Jika kita membaca tulisan-tulisan yang dibukukan atas tajuk "pergolakkan pemikiran islam", pasti kita akan berfikir dan merenung disebalik persoalan, ulasan dan pandangan yang dikemukakan tersebut.

Ia amat bagus untuk dijadikan wacana bagi pejuang-pejuang Islam yang berjuang di Negara yang rakyatnya terdiri dari berbilang-bilang kaum.

Dan dilihat, keadaan pemuda PAS pusat yang agak mundur dari sudut pemikiran dibawah kepimpinan Nasaruddin tantawi, maka dengan ini dicadangkan agar dibaca buku ini.

Sekian

Sila rujuk;
http://www.kinibooks.com/product_info.php?products_id=830&osCsid=eb39e08cb851ea856bd11ada55f6c06a
dan:
kalau ada kelapangan, jangan lupa baca juga tulisan kritikan terhadap tulisan ahmad wajib oleh adian husaini.

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Kopitiam jejantas Sg buloh
4 Julai 2009 * 6:57 petang





15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ustaz wan ji,

suka sangat ustaz mulakan 'perang'. Baru ustaz din tantawi ambil alih, tak sampai 100 hari lagi ustaz kata mundur.

saya rasa tidak adil. terlalu awal untuk menilai.

salam maaf

wan ziarahsufi

Tanpa Nama berkata...

ANa nak tau apa kriteria pengukuran nta apabila membuat pertimbangan pemuda pas bawah ust nasrudin agak mundur.

Apakah neraca yang telah digunakan? sebagai orang yang mendalami bidang pemikiran, tentunya ada alat neraca itu. Kalau tidak mana mungkin berpandangan sedemikian.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum wrt wbt

Saya dah bertemu dengan ramai orang yang merasa takjub dengan diri sendiri lantaran tercengang dengan pemikiran sendiri, akhirnya mudah memandang remeh kepada orang lain...

sifat yang sama dengan SYAITAN. memandang besar diri sendiri lantas memandang remeh ciptaan Adam...

Wan Ji, jagalah akhlak...

orang kertas berkata...

pemuda pas dan ketuanya hari ini adalah anekdot menghiburkan hati ketika letih bekerja seharian. satu demi satu lelucon dipersembahkan mereka, nampaknya.

tambahan: seseorang yang tampil dengan gaya orang lain (bercakap, bersyarah, bersidang media, berpakaian dsb) adalah manusia yang tiada keyakinan diri dan takut kepada bayang2. macam ketua pemuda itulah.

Al-Bakistani berkata...

pertama:

neraca?? apakah antum nggak sedar kutukan dan "sembang-sembang sumbang" rakyat bawahan yang terdiri dari kalangan anak-anak muda, malah anak-anak tua terhadap kepimpinan tantawi sejak tak sampai 100 hari ini??

jangan sekadar menilai orang masjid dan orang surau, kerana mereka tidak mewakili inspirasi rakyat secara menyeluruh....

kedua:

ana kagum dengan cara berfikir ahmad wahib sebab dia anak muda yang berfikiran jauh. masyumi memecatnya, tetapi ternyata ideanya diterima selepas 10 tahun kematiannya..

ini bukan soal bangga dengan ide sendiri, tetapi muhasabah untuk majukan parti dan mahukan kebenaran terserlah dengan cara yang baik...

pemikiran ala taliban tidak relevan di Malaysia sama sekali.

ketiga:

jangan jadikan, dengan gaya kepimpinan hari ini menjadi punca utama penolakan rakyat terhadap PAS, malah terhadap Islam itu sendiri....

belajarlah dari kejatuhan kerajaan taliban di Afghanistan...

sekian

Al-Bakistani

sinner berkata...

salam,

first tlg senaraikan pemikiran ala taliban yg ditunjukkan oleh dewan pemuda hari ini..adekah ketidaksenangan anda berpunca dr ust tantawi salah seorg yg 'kononnya' pada tanggapan geng anti UG org2 TG presiden? saudara seolah mengikut rentak mereka yg anti-UG yg menyapu rata org bwahan presiden sbg xpandai dsbagainya..kalo hebat,naiklah ke atas..

jgn letakkan benci di depan lebih dr sayang..tp bencilah kerana sayang..

wallahua'lam.. anta JAUH lebih tahu dr saya yg xreti berhujah agama..

w'salam

Al-Bakistani berkata...

taliban?? tak dengar ker ucapan wakil pemuda dalam muktamar baru-baru ni???

sekian

Al-Bakistani

huzaifah berkata...

kesian hang wan ji...dah jauh terlajak... fitnah tak habis2...

kalau nak berhujah, nyatakan hujah.. jgn duk main lepas geram tak tentu pasal..

Saya lihat pemikiran Ustaz Nasruddin jauh matang, tenang dan terkedepan dari Wan Ji.. Maaf cakap, Wan Ji ni emotional semacam, macam budak2.. mungkin umur menjarakkan wan ji..

Al-Bakistani berkata...

lebih baik budak-budak berfikir budak-budak.. jangan orang tua berfikir kebudak-budakkan...

yang lebih parah, pemikiran 80 an di bawa datang ke zaman tahun 2010...

nampaknya, jika berlaku kejatuhan dalam PRU akan datang, kita sudah ada jawapan yang mahu diberikan...

sekian

Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

Sebelum ini Ketua Pemuda Pas pusat, Ust. Nasruddin dilihat seperti lebih sudu dari kuah dalam isu kerajaan perpaduan. Sekarang ini setelah selesai isu tersebut beliau nampaknya terkapai-kapai dalam meneruskan agenda pemuda.

Dalam terkapai-kapai begini beliau sekali lagi dilihat laju tak bertempat seolah-olah orang yang sedang mencari publisiti dengan menjemput pemuda umno berwacana ilmiyyah dengan pemuda pas. Saya bukanlah mempertikaikan keikhlasan beliau dalam hal ini, tetapi merasakan langkah beliau nampak tidak matang sebagai orang yang bertanggungjawab mengemudi pemuda pusat.

Apa tidaknya, isu kerajaan perpaduan yang baru tenang ributnya sepatutnya beliau mengambil sikap tawaquf dulu sebarang bentuk pertemuan atau apa-apa perbincangan dengan umno. Semua sudah maklum, setiap pertemuan sebelum ini membawa fitnah kepada parti yang boleh menggoncang parti seterusnya mungkin boleh membawa padah kepada Pas pada PRK Manek urai nanti. Seolah-olah apa yang kita lalui sebelum ini tidak diambil iktibar.

Buat masa sekarang tumpu dulu kepada PRK Manek Urai, serang dulu umno dengan isu-isu semasa yang relevan dengan PRK Manek Urai. Silap langkah dalam ghairah nak berjumpa dan berwacana dengan pemuda umno nanti memberi kesan tidak baik kepada pengundi-pengundi di manek Urai yang setiap hari dimomokkan dengan berita-berita negatif. Apa-apa pun tunggu selepas PRK N41 Manek Urai dulu. Kesian lan sikit pada Tok guru yang sedang bertarung habis-habisan dengan qudrat yang sudah pun terbatas itu.

Kita sudah pun diserang bertubi-tubi oleh umno, tetapi di mana suara pemuda pusat dalam memberi counter attack serta menangkis isu-isu yang dibangkitkan oleh umno. Di sinilah kita ingin melihat kerja-kerja padu dan mantap daripada pemuda pusat. Setakat ini, pemuda Kelantan saja yang kedengaran menangkis setiap tuduhan umno.

http://almaulana-khannu.blogspot.com/2009/07/nasruddin-tantawi-laju-tak-bertempat.html

Tanpa Nama berkata...

Salam

Hoi, bangang sungguh wan ji ni...

kalau hati tu dah ada hasad dengki dan prasangka memang payah nak ubat...

Ust din tantawi adakan debat dengan pemuda umno bagi selari dengan hasrat tok guru nik aziz ajak najib berdebat.

Naib presiden pas, Ust Tuan Ibrahim pun setuju. Dia tu anak sedara Tok Guru Nik Aziz,

Mu ni pelik sungguh...

Mu anak sedara sapa? Anual Bakri? Khalid Samad?

Ni lah masalah kalau dah tak bersama dengan jemaah...
bengong tak tahu ke halu...

Al-Bakistani berkata...

debat ke wacana ilmu?? ngan musuh kita guna istilah lunak-lunak, itu yang jadi masalah..

bukan isu debat itu bagus atau tidak, tetapi debat itu bersesuaian dengan masa atau tidak.

kalau berperang, bukan mesti nampak musuh je terus tembak, itu bodoh namanya. silap haribulan, kita tembak itu menybabkan musuh tahu kita di mana, dan seterusnya mereka mudah untuk menyerang kita... yang lebih bodoh, apabila tembak itu guna peluru kapur.

serupalah dalam kes kita.. apa salah kalau guna kalimah debat je.. ini tidak, guna istilah wacana ilmu (peluru kapur). last-last, musuh buat spekulasi.. rakyat melihat, dan akhirnya rakyat kata ada sesuatu yang tidak kena.. lebih-lebih lagi, isu "luka" UG masih tidak baik sepenuhnya lagi...

sekian

Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

Tok guru nik Aziz adalah penentang tegar UG.. dan lagi, dia guna istilah debat, bukan wacana ilmu..

tantawi ni lain.. dia ni pendokong UG.. pulak tu, guna istilah wacana ilmu..

itu adalah perbedaan pak !!

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

ustaz wan ji,

saya yang jadi perwakilan tiada dengar pun ucapan ala taliban. Dalam Muktamar Pemuda saya tak ponteng(kecuali ke tandas) dan dengar hampir keseluruhan perbahasan. Ustaz Din Tantawi bercakap keterdepan daripada saudara salahudin. Tiadapun ucapan ala taliban.

saya lihat ustaz wan ji menggunakan emosi perbedaan pendapat menghalalkan pendapat ustaz,

Kenapa mengambil sikap nak bermusuhan daripada kasih sayang. Deobandis macam ustaz harus jadi pengislah yang berseri dengan kasih sayang bukan bersikap nak bermusuhan

salam maaf.

wan ziarahsufi

Al-Bakistani berkata...

sila ulang balik ucapan wakil pemuda dalam muktamar agong, zul janggut dan usul pemuda yang dibentangkan oleh sabki...

sekian

Al-Bakistani