Khamis, 30 Julai 2009

DEMONSTRASI SALAH DALAM ISLAM??

salah satu demonstrasi di Korea dalam dua tahun yang lalu



* artikle lama, diulang publish...



Membaca kenyataan sebilangan pihak tertentu, bahawa kononnya demonstrasi adalah amalan yang bercanggah dengan Islam, terlintas di pemikiranku, sebuah buku tulisan Ustaz Rasul Dahri tentang demonstrasi yang bertajuk “demonstrasi adalah maksiat bukan jihad”

Didalam ulasan beliau, banyak mengkaitkan demosntrasi dengan tindakan golongan Khawarij yang telah melakukan pemberontakan terhadap khalifah ketika itu. Dengan alasan yang demikian, beliau mengistinbatkan bahawa demonstrasi adalah sesuatu yang maksiat kerana melawan kerajaan ketika itu.

Melihat kepada perbahasan ini, aku sebagai seorang yang tidaklah mempunyai ilmu yang banyak, tetapi, walaubagaimanapun, penilaian yang dapat dilakukan adalah, tafsiran dan pendedahan yang dilakukan oleh Ustaz Rasul Dahri itu menggambarkan bahawa dia tidak berpegang kaedah ;

الحكم على شئ فرع عن تصوره

Maksudnya;
“Hukum atas sesuatu adalah furuk (cawangan) dari gambarannya”

Ustaz Rasul Dahri meletakan sesuatu hukum, tanpa melihat kepada keadaan sesuatu benda yang hendak dihukumkan. Ekoran dari itu, hukum yang dijatuhkan itu menjadi ‘berat sebelah’ dan bersikap zalim.

Bertambah zalim lagi, buku ‘Demonstrasi adalah maksiat bukan jihad’ karangan beliau disebarkan di Malaysia. Ini kerana, suasana dan bentuk demonstrasi yang diadakan di zaman Khawarij dan di Malaysia adalah dua bentuk dan maqasid yang berbeza.

HAKIKAT DEMONSTRASI

Demonstrasi adalah satu kalimah inggeris yang diambil dari kalimah demonstration. Mengikut terjemahan melayu, Demonstrasi dimaksudkan dengan ‘perhimpunan tunjuk perasaan’.

Didalam Kamus Dewan Bahasa, Demonstrasi mengandungi dua makna. Pertama: penerangan, peragaan, penunjukan tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran dan lain-lain; Kedua: tunjuk perasaan dengan cara berkumpul beramai-ramai, berarak dan lain-lain.

Melihat kepada dua makna tersebut, makna yang kedua adalah yang paling tepat dalam perbahasan kita ini.

Di dalam Bahasa Arab, Demonstrasi dipanggil dengan MUZHAHARAH. Di dalam perbahasan Islam, Islam membahagikan demonstrasi kepada dua bentuk, iaitu (1) demonstrasi liar dan (2) demonstrasi aman.

Demonstrasi liar adalah demonstrasi yang bersifat sekumpulan masyarakat di tempat-tempat umum untuk menuntut dan membantah perkara-perkara tertentu yang sudah menjadi tugas negara atau orang yang bertanggungjawab. Di dalam Demonstrasi ini, para penunjuk perasaan biasanya akan melakukan kerosakan, rusuhan, kemusnahan, membakar harta milik negara, harta umum ataupun harta individu.

Adapun Demonstrasi aman iaitu perbuatan sekumpulan masyarakat untuk menyokong, menuntut dan juga membantah sesuatu. Tindakan ini tidak akan disertai aktiviti merosakkan, menghancurkan atau membakar harta benda negara, awam atau individu. Para penunjuk perasaan akan sentiasa memerhatikan dan mematuhi hukum-hukum syara', nilai-nilai Islam dan kemaslahatan umat Islam. Mereka juga akan sentiasa menjaga adab-adab sebagai orang Islam.

ISLAM DAN DEMONSTRASI

Melihat kepada hakikat dua demonstrasi yang didedahkan, maka kita dapat menilai, yang mana satukah demonstrasi yang diharamkan dan demonstrasi yang dibenarkan didalam Islam.

Demonstrasi liar adalah sesuatu tindakan yang diharamkan didalam Islam, maka tafsiran dan qiasan yang dilakukan oleh Ustaz Rasul Dahri terhadap demonstrasi seperti demonstrasi yang di lakukan oleh Khawarij, maka itu adalah demonstrasi mengikut tafsiran yang pertama.

Adapun Demonstrasi aman, maka itu dibenarkan didalam Islam. Ini kerana, banyak bukti-bukti dan dalil-dalil yang menyatakan keharusannya. Antara dalil-dalil tersebut adalah seperti berikut;

a. Rasulullah SAW pernah melakukan demonstrasi aman di kota Makkah. Peristiwa ini terjadi setelah Nabi SAW diperintahkan oleh Allah Ta'ala supaya berdakwah secara terang-terangan. Baginda lalu memerintahkan kaum Muslimin keluar dan berjalan membentuk dua barisan menuju Ka'bah. Satu barisan dipimpin oleh Umar ibn al-Khattab dan yang satu lagi dipimpin oleh Hamzah ibnu Abdul Muthalib. Dengan diiringi laungan takbir dan kalimah suci La ilaha illallah, kaum Muslimin berjalan mengelilingi Ka'bah. Rasulullah sendiri berada di dalam kelompok tersebut memberi arahan.

b. Rasulullah SAW juga pernah menghimpunkan kaum Quraish di Bukit Safa untuk menyeru kepada mereka supaya beriman kepada Allah dan menjelaskan bahawa Baginda adalah Rasul yang diutus Allah kepada manusia.

c. Melihat kepada falsafah Haji, yang mana, Allah mengizinkan haji hanya dilakukan di Mekkah di hari-hari yang ditetapkan sahaja. Disamping mengerjakan haji, di suruh supaya melakukan tawaf dan bertalbiyyah sebagai cara hendak menyatakan hasrat hati dan ‘tunjuk perasaan’ didepan Allah.

Melihat kepada ‘istidlal’ ini, tidaklah Islam melarang Demonstrasi secara mutlak, seperti yang didakwa oleh Ustaz Rasul Dahri itu.

Sekiranya, cara non muslim sahaja menggunakan demonstrasi menjadi hujjah atas larangan berdemonstrasi, maka perlu difahami bahawa tidak semua perkara yang datang dari orang yang bukan Islam adalah di tolak, bahkan ada perkara yang datang dari bukan islam, di terima dan dibenarkan diamalkan didalam Islam, tetapi kebenaran tersebut, hendaklah berdasarkan kepada ketiadaan percanggahannya dengan nas-nas yang qatii dan yang lebih jelas.

Antara dalil mengatakan, tidak semua cara non muslim mesti di tolak adalah seperti berikut;

a. Sirah menjelaskan, ketika berlaku peperangan ahzab, Rasulullah SAW telah meminta pandangan dari kalangan sahabat supaya menyatakan pandangan-pandangan mereka. Lalu telah memberi pandangan oleh Salman Al-Farisi dengan menggali parit dengan alasan, taktik peperangan itu diamalkan oleh golongan Majusi (golongan yang menyembah Api) di Farsi ketika itu. Mendengar pandangan tersebut, Rasulullah menerimanya.

b. Di dalam sirah juga jelas menyatakan penerimaan Rasulullah SAW menjadikan golongan kuffar quraish yang ditawan dalam peperangan Badar, supaya menjadi guru-guru yang mengajar kepada anak-anak orang Islam di kala itu.

Dengan hujjah-hujjah ini, dapatlah kita membuat kesimpulan, bahawa Islam tidak melarang melakukan demonstrasi yang aman, tetapi Islam melarang demonstrasi liar.

PERSOALAN YANG TIMBUL

Membaca buku ‘demonstrasi adalah maksiat bukan jihad’ karangan Ustaz Rasul Dahri itu, terlintas di pemikiran ini, apakah yang diingini oleh Ustaz Rasul Dahri. Ini kerana, buku itu disebarkan di negara ini.

Apakah Ustaz Rasul menganggap bahawa Malaysia pimpinan UMNO dan BN ini adalah kerajaan Islam seperti kerajaan Islam dibawah kepimpinan Saidina Osman?

Sekiranya itulah sangkaan Ustaz Rasul, maka jelas Ustaz Rasul telah tersasar dari jalan yang lurus, ini kerana, kerajaan Islam Hadhari Malaysia bukanlah kerajaan Islam mengikut metod dan bentuk kerajaan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan Khulafa ar-Rasyidin, bahkan ianya adalah kerajaan secular yang sesat dan menyesatkan.

Pembuktian ini jelas dari sandaran kerajaan bukanlah kepada al-quran dan al-hadis, tetapi sandarannya adalah perlembagaan persekutuan yang ditubukan oleh suruhanjaya red yang bernama lord red.

Adapun mengikut metod kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Rasulullah SAW, bahawa didalam perlembagaan Madinah itu ada tersebut;


انكم مهما اختلفتم فيه من شيء فان مرده الى الله عز و جل والى محمد – صلى الله عليه و سلم

Maksudnya;
“Sesungguhnya kamu, apabila kamu berbeza-beza padanya daripada sesuatu perkara, maka sesungguhnya, tempat kembalinya adalah kepada Allah dan kepada Muhammad s.a.w”
(Lihat “Al-Bidayah Wa An-Nihayah” (3/232) : Al-Hafiz Abi Fida’ Ismail bin Kathir : Dar At-Taqwa : tanpa tarikh)


Wallahu a’lam.

Bahan Rujukan

1. Al-Fatawa : Dr Atiyyah Saqqar
2. Al-Fatawa Al-Maasirah : Dr Yusuf Al-Qaradhari
3. Al-Bidayah wa An-Nihayah : Imam Ibnu Kathir.
4. Dewan Bahasa dan Pustaka
5. Demonstrasi adalah maksiat, bukan jihad : Ustaz Rasul bin Dahri.
6. Utusan Malaysia.



baca sama;

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
30 Julai 2009 * 11:57 malam

32 ulasan:

Abu Huzaifah Nawawi B. Subandi berkata...

as-Salaamu 'alaikum, sebenarnya pendalilan menggunakan kisah keislaman Umar dan hamzah tu adalah tidak tepat. Di mana dengan kisah tersebut anda menyatakan bahawa umar dan hamzah turut keluar berdemonstrasi. Sebenarnya kisah tersebut bermasalah.

Masalahnya adalah pada aban b. shalih dan ishaq b. abdullah ad-dimasyqi. Sila rujuk di dalam Kanzul 'Umal.

Abu Huzaifah Nawawi B. Subandi berkata...

عن ابن عباس قال: سألت عمر: لاي شئ سميت (الفاروق) ؟ قال: أسلم حمزة قبلي بثلاثة أيام ، ثم شرح الله صدري للاسلام فقلت: الله لا إله إلا هو له الاسماء الحسنى، فما في الارض
نسمة أحب إلي من نسمة رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فقلت: أين رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ قالت أختي: هو في دار الارقم بن أبي الارقم عند الصفا، فأتيت الدار وحمزة في أصحابه جلوس في الدار ورسول الله صلى الله عليه وسلم في البيت: فضربت الباب، فاستجمع القوم ، فقال لهم حمزة : ما لكم ؟ قالوا: عمر بن الخطاب، فخرج رسول الله صلى الله عليه وسلم فأخذ بمجامع ثيابي ثم نترني نترة فما تمالكت أن وقعت على ركبتي فقال: ما أنت بمنته يا عمر! فقلت: أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، فكبر أهل الدار تكبيرة سمعها أهل المسجد فقلت: يارسول الله ! ألسنا على الحق إن متنا وإن حيينا ؟ قال: بلى! والذي نفسي بيده إنكم على الحق إن متم وإن حييتم ! قلت: ففيم الاختفاء؟ والذي بعثك بالحق لتخرجن فأخرجناه في صفين: حمزة في أحدهما وأنا في الآخر، له كديد ككديد الطحين حتى دخلنا المسجد، فنظرت إلي قريش وإلى حمزة، فأصابتهم كآبة لم صبهم مثلها، فسماني رسول الله صلى الله عليه وسلم يومئذ (الفاروق) ، وفرق الله بي بين الحق والباطل

(حل، كر، وفيه أبان بن صالح ليس بالقوى وعنه إسحاق بن عبد الله الدمشقي متروك)

Abu Huzaifah Nawawi B. Subandi berkata...

- Abu Nu’aim al-Asbahani, di dalam al-Hilyatul Auliya’, 1/20, beliau membawakan sanad riwayat ini sebagai berikut:

حدثنا محمد بن أحمد بن الحسن، حدثنا محمد بن عثمان بن أبي شيبة، حدثنا عبد الحميد بن صالح، حدثنا محمد بن أبان، عن إسحاق بن عبد الله بن أبان بن صالح عن مجاهد، عن بن عباس

- Riwayat ini turut dibawa oleh al-Mutqi al-Hindi di dalam Kanzul ‘Umal. Di dalam rangkaian sanadnya terdapat Aban B. Soleh, dia tidak baik hafalannya. Dan dari Ishaq B. ‘Abdullah ad-Dimasyqi, dia matruk (ditinggalkan hadisnya). (Rujuk: Kanzul ‘Umal, 12/551, no. 35742)

- Berkenaan dengan Ishaq B. ‘Abdullah B. Abu Farwah (yang meriwayatkan dari Aban B. Soleh) ini, para ulama hadis telah menjelaskan bahawa dia ditinggalkan hadisnya, dilarang mengambil hadisnya, juga dia adalah pembohong besar. Sebagaimana yang dinyatakan oleh imam al-Mizzi di dalam Tahzibul Kamal, al-Bukhari di dalam Ad-Dhu’afa’ al-Kabir, an-Nasa’i di dalam Ad-Dhu’afa’ wal Matrukin dan Sunan al-Kubra, Ibnu Hibban di dalam al-Majruhin, serta Ibnu Abi Hatim di dalam al-Jarh wat Ta’dil.

Al-Bakistani berkata...

tidak dinafikan atas takhrij yang diberi. ana pun dah baca dah hujjah seperti yang diungkap.

pun begitu, qaradhawi juga mengemukakn hujjah yang sama dalam membenarkan demonstrasi. mengapa digunakan juga??

jawapannya; sesuatu hadis yang lemah, boleh didatangkan juga bagi mengkuatkan hujjah yang sedia ada. dia tidak menjadi hujjah, tetapi menjadi penyokong hujjah...

dan dari sudut yang lain pula, penentuan seseorang perawi hadis itu ada masalah atau tidak, ia dibawah perkara khilafiyyah di kalangan ulama Al-Jarh Wa Ad-Ta'dil..

sekian

wallahu 'Alam

Abu Huzaifah Nawawi B. Subandi berkata...

Apa syarat2 suatu hadis tu boleh dijadikan penguat?

Malah, kisah tersebut (Ttg Umar dan Hamzah berserta Nabi keluar berdemonstrasi) turut bertentangan dengan kisah2 yg sahih lainnya. Maka, bolehkah dijadikan sbg penguat? Hendak menguatkan apa?

Jadi, cacatnya:

1 - Hadis tersebut tidak sahih, terdapat perawi yang dijelaskan sbg pendusta (kazzab), malah ditinggalkan hadisnya. Ini disepakati oleh ulama hadis.

2 - Ia bertentangan pula dengan hadis2 sahih yang lainnya.

Wallahu a'lam...

Abu Huzaifah Nawawi B. Subandi berkata...

Saya bawakan takjrij hadis tersebut:

- Dibawakan oleh Abu Nu’aim al-Asbahani, di dalam al-Hilyatul Auliya’, 1/20, beliau membawakan sanad riwayat ini sebagai berikut:

حدثنا محمد بن أحمد بن الحسن، حدثنا محمد بن عثمان بن أبي شيبة، حدثنا عبد الحميد بن صالح، حدثنا محمد بن أبان، عن إسحاق بن عبد الله بن أبان بن صالح عن مجاهد، عن بن عباس

- Kisah ini turut dibawa oleh al-Mutqi al-Hindi di dalam Kanzul ‘Umal. Di dalam rangkaian sanadnya terdapat Aban B. Soleh, dia tidak baik hafalannya. Dan meriwayatkan daripadanya Ishaq B. ‘Abdullah ad-Dimasyqi, dia matruk (ditinggalkan hadisnya). (Rujuk: Kanzul ‘Umal (كنز العمال), 12/551, no. 35742)

- Ishaq B. ‘Abdullah B. Abi Farwah meriwayatkan daripada Aban B. Soleh. Dijelaskan oleh al-Mizzi, di dalam Tahzibul Kamal (تهذيب الكمال), 2/446, no. 367.

- Juga disebutkan tentangnya oleh Ibnu Hibban di dalam al-Majruhin (المجروحين), 1/131.

- Berkenaan dengan Ishaq B. ‘Abdullah B. Abu Farwah (yang meriwayatkan dari Aban B. Soleh) ini, para ulama hadis telah menjelaskan bahawa dia:

1 – Imam al-Bukhari berkata, dia ditinggalkan (hadisnya). Imam Ahmad B. Hanbal melarang mengambil hadis darinya dan dia tidak menulis (tidak mengambil) hadis darinya. Yahya B. Ma’in menjelaskan, hadisnya tidak boleh dipakai. Ali B. Al-Hasan al-Hasnajani berkata dari Yahya, bahawa dia pendusta (Kazzab). (Rujuk: Tahzibul Kamal (تهذيب الكمال), 2/450-451, no. 367)

2 – Matruk (ditinggalkan hadisnya). (Rujuk: Imam an-Nasa’i, adh-Dhu’afa wa al-Matrukin (الضعفاء والمتروكين), 1/154, no. 50)

3 – (كان يقلب الاسانيد ويرفع المراسيل، وكان أحمد بن حنبل ينهى عن حديثه) bahawa dia sering memutarbalikkan riwayat (sanad), dari mursal menjadi kepada marfu’. Dan Imam Ahmad beliau melarang dari mengambil hadisnya. (Rujuk: Ibnu Hibban, al-Majruhin (المجروحين), 1/131.

4 – Kazzab (pendusta), disebutkan oleh Yahya B. Ma’in sebagaimana yang dibawakan oleh Ibnu Abi Hatim ar-Razi di dalam al-Jarh wa at-Ta’dil (الجرح والتعديل), 2/228, no. 792.

Wallahu a'lam...

Al-Bakistani berkata...

jika dibaca segala hujjah-hujjah ana, tidak ada pertentangan ngan dengan hadis-hadis yang lain.

jika ada, hadis manakah yang bercanggah itu.. tolong kemukakan !!

Abu Huzaifah Nawawi B. Subandi berkata...

لَمَّا أَسْلَمَ عُمَرُ قَالَ: أَيُّ قُرَيْشٍ أَنْقَلُ لِلْحَدِيْثِ؟ فَقِيْلَ لَهُ: جَمِيْل بْنُ مَعْمَرٍ الجُمَحِي. فَغَدَا عَلَيْهِ. قَالَ عَبْدُ اللهِ: وَغَدَوْتُ أَتْبَعُ أَثَرَهُ، وَأَنْظُرُ مَا يَفْعَلُ وَأَنَا غُلاَم أَعْقَلَ كُلَّ مَا رَأَيْتُ، حَتىَّ جَاءَهُ فَقَالَ لَهُ: أَعْلَمْتُ ياَ جَمِيْل أَنِّي أَسْلَمْتُ وَدَخَلْتُ فِي دِيْنِ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم ؟ قاَلَ: فَوَاللهِ، مَا رَاجَعَهُ حَتىَّ قَامَ يُجِرُّ رِدَاءَهُ، وَاتَّبَعَهُ عُمَرُ، وَاتَّبَعْتُهُ أَنَا، حَتَّى إِذَا قَامَ عَلىَ بَابِ الْمَسْجِدِ صَرَخَ بِأَعْلَى صَوْتِهِ: يَا مَعْشَر قُرَيْشٍ، وَهُمْ فِي أَنْدِيَتِهِمْ حَوْلَ الْكَعْبَةِ، أَلاَ إِنَّ ابْنَ الْخَطَّابِ قَدْ صَبَأَ. قَالَ: يَقُوْلُ عُمَرُ مِنْ خَلْفِهِ: كَذَب، وَلَكِنِّي قَدْ أَسْلَمْتُ، وَشَهِدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ، وَثاَرُوْا إِلَيْهِ فَمَا بَرِحَ يُقَاتِلُهُمْ وَيُقَاتِلُوْنَهُ حَتىَّ قَامَتِ الشَّمْسُ عَلَى رُؤُوْسِهِمْ. قاَلَ: وَطَلَحَ فَقَعَدَ، وَقَامُوْا عَلَى رَأْسِهِ وَهُوَ يَقُوْلُ: افْعَلُوْا مَا بَدَا لَكُمْ، فَأَحْلَفَ بِاللهِ أَنْ لَوْ قَدْ كُنَّا ثَلاَثُمِائَة رَجُلٍ لَقَدْ تَرَكْنَاهَا لَكُمْ، أَوْ تَرَكْتُمُوْهَا لَنَا. قاَلَ: فَبَيْنَمَا هُمْ عَلَى ذَلِكَ؛ إِذْ أَقْبَلَ شَيْخٌ مِنْ قُرَيْشٍ عَلَيْهِ حُلَّة حَبَرَة وَقَمِيْصُ مُوْشَى، حَتَّى وَقَفَ عَلَيْهِمْ، فَقَالَ: مَا شَأْنُكُمْ؟ فَقَالُوْا: صَبَأَ عُمَرُ. قَالَ: فَمَه؛ رَجُلٌ اخْتَارَ لِنَفْسِهِ أَمْرًا، فَمَاذَا تُرِيْدُوْنَ؟ أَتَرْوْنَ بَنِي عَدِي يُسْلِمُوْنَ لَكُمْ صَاحِبَكُمْ هَكَذَا؟ خَلُّوْا عَنِ الرَّجُلِ. قَالَ: فَوَاللهِ، لَكَأَنَّمَا كَانُوْا ثَوْبًا كُشِطَ عَنْهُ. قَالَ: فَقُلْتُ لأَبِي بَعْدَ أَنْ هَاجَرَ إِلَى الْمَدِيْنَةِ: يَا أَبَتِ، مَنِ الرَّجُلِ الَّذِي زَجَرَ الْقَوْمَ عَنْكَ بِمَكَّةَ يَوْم أَسْلَمْتَ وَهُمْ يُقَاتِلُوْنَكَ؟ قَالَ: ذَاكَ أَيْ بُنَيَّ، العَاصُ بْنُ وَائِل السهمي.

Abu Huzaifah Nawawi B. Subandi berkata...

“Ketika ‘Umar masuk Islam, ia berkata: “Siapa dari kalangan suku Quraisy yang cepat dalam menyampaikan berita?” Lalu dikatakan padanya: “Jamil bin Ma’mar al-Jumahi”. Lalu ia pergi menemuinya. Abdullah bin ‘Umar berkata: “Aku pun pergi mengikuti ayahku, untuk melihat apa yang akan ia lakukan dan aku adalah seorang anak (kecil) yang memahami apa saja yang aku lihat, hingga sampailah Umar ke tempat Jamil bin Ma’mar al-Jumahi, maka ia berkata padanya: “Aku memberitahukan padamu wahai Jamil, bahawa aku masuk Islam dan memeluk agama Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Abdullah bin ‘Umar berkata: “Demi Allah, Jamil pun segera menyingsingkan selendangnya berangkat menuju masjid dan Umar mengikutinya, aku pun mengikutinya, hingga ketika Jamil sampai di pintu masjid ia berteriak dengan teriakan lantang: “Wahai kaum Quraisy, pada ketika itu kaum Quraisy sedang duduk-duduk dalam majlis mereka di sekitar Ka’bah, ketauhilah bahawa Umar bin Khattab telah memeluk agama Shobi’i.

Abdullah bin Umar melanjutkan ceritanya: “Masa itu pula ‘Umar menyahut dari belakang Jamil: “Jamil telah berdusta”, aku tidak memeluk agama Shobi’i tapi aku telah memeluk agama Islam”. Dan ‘Umar pun mengucapkan syahadah laa ilaa ha illallah wa anna muhammadar Rasulullah, maka segeralah orang-orang Quraisy menganiaya ‘Umar dan ‘Umar melawan mereka hingga siang hari. Abdullah bin ‘Umar berkata: “Umar pun kepenatan lalu terduduk, dan orang-orang Quraisy mengerumuninya sambil ‘Umar berkata: “Lakukanlah apa saja, aku bersumpah demi Allah sekiranya kami berjumlah tiga ratus orang laki-laki, kami pasti akan melawan, kami menang atau kamu semua yang menang (sekarang aku bersendirian tidak dapat berbuat apa-apa)”.

Abdullah bin ‘Umar berkata: “Di ketika suasana seperti itu, tiba-tiba datang seorang tokoh Quraisy berpakaian baik berdiri di hadapan mereka, lalu berkata: “Kenapa dengannya?” Mereka menjawab: “Umar bin Khattab telah memeluk agama Shobi’i”. Ia pun berkata: “Seseorang bebas memilih urusannya masing-masing, lalu apa yang kamu inginkan? Adakah kamu semua menganggap bahawa Bani Adi (suku Umar bin Khattab) akan membiarkan tindakan kamu ini? Tinggalkanlah laki-laki ini”. Abdullah bin ‘Umar melanjutkan: “Demi Allah, setelah mendengar ucapan tokoh Quraisy itu seolah-olah mereka adalah pakaian yang dilipat olehnya. Abdullah bin ‘Umar berkata: “Maka aku pun bertanya kepada ayahku setelah hijrah ke Madinah: “Wahai ayah, siapakah laki-laki yang membubarkan orang-orang darimu di Makkah pada hari engkau masuk Islam di mana mereka ingin membunuhmu?” ‘Umar menjawab: “Wahai anakku, itu adalah al-‘Ash bin Wail as-Sahmi”.

- Dibawa oleh Ibnu Katsir di dalam al-Bidayah wa an-Nihayah dan Sirah Nabawiyah. Ibnu Katsir menjelaskan, sanadnya kuat.

- Juga disebutkan di dalam Sirah Ibnu Hisyam.

- Ibnul Atsir di dalam Asad al-Ghabah.

- al-Hakim di dalam al-Mustadrak. Dipersetujui oleh ad-Dzahabi.

Dapat difahami bahawa:

‘Umar sendiri kena belasah ketika orang ramai tahu yang beliau telah masuk Islam.

Al-Bakistani berkata...

kesian Omar. walaupun berada dalam kebenaran, orang tetap akan bertindak memukul omar.

keadaan yang sama juga kepada mereka yang terlibat dalam demonstrasi anti-ISA. disebabkan mahu menolak kezaliman, dipukul dan ditembak dengan bom asap, semata-mata mahu melihat keadilan.

itulah nasib pembawa bendera kebenaran...

sekian

Al-Bakistani

Abu Huzaifah berkata...

Orang yang mengadakan demonstrasi mencela pemerintah secara terbuka serta mempertahankan hadis yang batil bukanlah membawa kebenaran.

Jauh sekali mahu disamakan dengan Umar.

Lebih-lebih lagi mrk berdemonstrasi bersamaan dan dengan bercampuran di antara lelaki dan wanita. Malah, Lagi sekali di sini mrk menyalahgunakan hadis keterlibatan wanita dalam peperangan, setelah kesalahan mrk menggunakan hadis batil tadinya.

Mereka juga berdemonstrasi bersama orang-orang kafir. Mereka bukan membela Islam, tetapi mereka membela kepentingan yg diatasnamakan kpd Islam.

Al-Bakistani berkata...

mungkin boleh dijawab beberapa soalan berikut;

1- benarkah semua demonstrasi terhadap kerajaan adalah amalan yang batil??

2- apakah semua kebersamaan dengan non Muslim adalah haram?? bagaimana pula konsep himayah yang masyhur dalam sirah??

sekian

Wallahu 'alam

Al-Bakistani

Abu Huzaifah berkata...

Soalan pertama telah jelas melalui apa yg saya utarakan di atas.

Soalan kedua tu, sangat luas klu mahu discus secara umum.

Apa pun, byk persoalan2 yg saya bawa, anda tidaklah menjawab.

Terima kasih.

Al-Bakistani berkata...

pertama:

hujjah yang anta kemukakan hanya menyatakan hadis ttg omar itu adalah matruk. bermakna, anta ingin menolak demonstrasi dengan satu hadis yang anta tolak..

dalam kaedah usul fiqh, sesuatu hukum tidak boleh bersandar kepada hadis yang doif, tetapi jika hadis doif itu hadir sekadar mengkuat hujjah, maka itu dibenarkan.

justeru, hadis doif yang ana kemukakan ini tidak menyanggahi dengan hujjah-hujjah yang sahih yang ana telah kemukakan.

adapun anta punya dakwaan, wujud hadis yang sahih menyanggahi dengan hadis doif yang dikemukakan. setakat ni, anta belum lagi kemukakan hadis sahih yang menyanggahi hadis Omar yang ditolak itu..

makanya, di mana hadis yang anta maksudkan?? bermakna, persoalan ana, anta belum menjawabnya..

kedua:

secara umumnya, ana menyangka anta menyatakan semua demonstrasi adalah haram. atas alasan nas yang mana, ana pun tidak tahu atas dakwaan anta itu.

mungkin anta agak tidak mengerti ttg konsep maqasid dalam nas, juga konsep istidlal dan dalil. antara dali, dan istidlal, ia ada perbedaan.

apabila orang mengatakan dalil dan istidlal adalah sama, maka lahirlah satu keputusan hukum yang terlalu jumud. atau dalam istilah qaradhawi, golongan tekstual.

ketiga:

ana rasa, bila anta boleh menjawab soalan kedua ana, pasti segala kerumitan dalam perbedatan ini akan terjawab dengan sendirinya...

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

Abu Huzaifah Nawawi B. Subandi berkata...

Anda (al-Bakistani) berkata:

"Adapun Demonstrasi aman, maka itu dibenarkan didalam Islam. Ini kerana, banyak bukti-bukti dan dalil-dalil yang menyatakan keharusannya. Antara dalil-dalil tersebut adalah seperti berikut;

a. Rasulullah SAW pernah melakukan demonstrasi aman di kota Makkah. Peristiwa ini terjadi setelah Nabi SAW diperintahkan oleh Allah Ta'ala supaya berdakwah secara terang-terangan. Baginda lalu memerintahkan kaum Muslimin keluar dan berjalan membentuk dua barisan menuju Ka'bah. Satu barisan dipimpin oleh Umar ibn al-Khattab dan yang satu lagi dipimpin oleh Hamzah ibnu Abdul Muthalib. Dengan diiringi laungan takbir dan kalimah suci La ilaha illallah, kaum Muslimin berjalan mengelilingi Ka'bah. Rasulullah sendiri berada di dalam kelompok tersebut memberi arahan."

Komen:

1 - Jelas dari perkataan anda bahawa sekali-kali anda bukan sekadar menjadikan ia sbg penguat. Tetapi telah berlebihan dengan menyandarkan hadis palsu (bukan setakat dhoif) ke atas nama Rasulullah dan para sahabat.

Ingatlah dalil ini:



عَنْ الْمُغِيرَةِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ

سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ



إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ



Maksudnya: Daripada Mughirah radhiyallahu ‘anhu, beliau mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata:



Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta dengan sengaja menggunakan namaku , maka bersiaplah dengan tempat duduknya dalam neraka. (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim. Rujuk: Shahih al-Bukhari, (بَاب مَا يُكْرَهُ مِنْ النِّيَاحَةِ عَلَى الْمَيِّتِ), 5/37, no. 1209. Shahih Muslim, (بَاب تَغْلِيظِ الْكَذِبِ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ), 1/13, no. 5)

3 - Adakah dalil yang palsu boleh menguatkan hujjah yang asalnya mmg tiada di dalam agama? Bahkan bertentangan pula dengan dalil-dalil yang lain? Bukankah terdapat sebuah hadis:



عَنْ عَوْفِ بْنِ مَالِكٍ



عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خِيَارُ أَئِمَّتِكُمْ الَّذِينَ تُحِبُّونَهُمْ وَيُحِبُّونَكُمْ وَيُصَلُّونَ عَلَيْكُمْ وَتُصَلُّونَ عَلَيْهِمْ وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمْ الَّذِينَ تُبْغِضُونَهُمْ وَيُبْغِضُونَكُمْ وَتَلْعَنُونَهُمْ وَيَلْعَنُونَكُمْ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلَا نُنَابِذُهُمْ بِالسَّيْفِ فَقَالَ لَا مَا أَقَامُوا فِيكُمْ الصَّلَاةَ وَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْ وُلَاتِكُمْ شَيْئًا تَكْرَهُونَهُ فَاكْرَهُوا عَمَلَهُ وَلَا تَنْزِعُوا يَدًا مِنْ طَاعَةٍ



Maksud: Daripada ‘Auf bin Malik radhiyallahu ‘anhu, daripada Raulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam beliau berkata:



Pemimpin-pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu semua mencintai mereka dan mereka pun mencintaimu semua, juga yang kamu semua mendoakan kebaikan untuk mereka dan mereka pun mendoakan kebaikan untuk kamu semua.


Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di antara kamu ialah orang-orang yang kamu membenci mereka dan mereka pun membenci pada kamu semua, juga yang engkau semua melaknat mereka dan mereka pun melaknat kamu semua.”



‘Auf berkata: “Kami para sahabat lalu berkata: “Ya Rasulullah, apakah kita tidak boleh menentang kepada pemimpin-pemimpin yang sedemikian itu? Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Jangan menentang mereka dengan pedang, selama mereka masih tetap mendirikan solat di kalanganmu semua. Jika kamu melihat pada pemimpin kamu sesuatu yang kamu benci, maka bencilah perbuatan tersebut akan tetapi, janganlah kamu menarik ketaatan (daripada pemimpin tersebut). (Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim, 9/403, (بَاب خِيَارِ الْأَئِمَّةِ وَشِرَارِهِمْ), no. 3447)

Jadi, dari sisi manakah anda mahu mengatakan bahawa hadis palsu itu boleh menjadi penguat? Yang para ulama hadis sepakat meninggalkannya atas sebab rawi bernama Ishaq B. Abdullah.

Abu Huzaifah Nawawi B. Subandi berkata...

Juga hadis ini:


فَقَالَ عِيَاضُ بْنُ غَنْمٍ يَا هِشَامُ بْنَ حَكِيمٍ قَدْ سَمِعْنَا مَا سَمِعْتَ وَرَأَيْنَا مَا رَأَيْتَ أَوَلَمْ تَسْمَعْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ أَرَادَ أَنْ يَنْصَحَ لِسُلْطَانٍ بِأَمْرٍ فَلَا يُبْدِ لَهُ عَلَانِيَةً وَلَكِنْ لِيَأْخُذْ بِيَدِهِ فَيَخْلُوَ بِهِ فَإِنْ قَبِلَ مِنْهُ فَذَاكَ وَإِلَّا كَانَ قَدْ أَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ لَهُ

Maksud: Maka berkata ‘Iyadh B. Ghanm, wahai Hisyam bin Hakim, kami telah mendengar apa yang engkau dengar dan kami melihat apa yang engkau lihat, adakah engkau tidak (belum) mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Sesiapa yang mahu menasihati sultan (pemimpin) di dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemerintah tersebut dan ajaklah (nasihatilah) dia secara rahsia. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat) maka itulah yang diharapkan. Sekiranya dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat) telah melaksanakan tanggungjawabnya. (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, no. 14792. Disahihkan oleh al-Albani, di dalam Zhilalil Jannah, (باب كيف نصيحة الرعية للولاة), no. 1096. Begitu juga di dalam Mu’amalatul Hukkam fi Dhauil Kitab was Sunnah, Syaikh Abdus Salam B. Barjas turut menjelaskan kesahihan hadis ini dengan membawakan beberapa jalan periwayatan dan penguat serta turut menukilkan pensahihan oleh al-Haitsami di dalam Majma’ az-Zawa’id, 5/229)

Al-Bakistani berkata...

TAAT PENGUASA???

Memandangkan penguasa adalah manusia yang pasti akan melakukan kesilapan, maka sudah pasti tidak semua arahan atau perintahnya perlu diberikan ketaatan, bahkan arahan yang wajib diterima pakai dan ditaati selagi mana arahan itu tidak bercanggah dengan syariah, juga tidak membawa mudharat yang lebih besar.

Bahkan jika diperhatikan kepada sirah nabi dan para sahabat, didapati banyak hadis-hadis dan atsar yang membuktikan bahawa tidak semua arahan penguasa itu wajib diberikan ketaatan. Bahkan, dalam keadaan tertentu sahaja, wajar diberikan ketaatan, iaitu sekiranya tidak melibatkan kepada percanggahan dengan syariah; juga menghasilkan natijah mudharat yang lebih besar.

ASAS PERBINCANGAN

Jika di zaman dahulu; iaitu di zaman pemerintahan khalifah. Seseorang khalifah itu dilantik berdasarkan kepada pemilihan yang dilakukan oleh golongan yang disebut sebagai Ahl Hilli wa Al-Aqdi (terjemahan : kumpulan cerdik pandai, berpengalaman dan bertaqwa); mereka adalah golongan orang-orang yang soleh; bertaqwa; yang layak berijtihad dan sebagainya. Dalam istilah lain, Ahli Al-hilli wa Al-Aqdi disebut ”majlis Syura”.

Orang yang dipilih menjadi khalifah pula, hendaklah menepati ciri-ciri khalifah yang telah ditetapkan oleh Syarak. Seperti seseorang yang bertaqwa, lelaki, mampu berijtihad, mempunyai firasat yang tinggi dan sebagainya .

Adapun sekarang, perlantikan seseorang penguasa tidak berasaskan kepada perlantikan yang berlaku pada khalifah. Oleh sebab itu, dalam asas inilah perbincangan ini perlu diperhalusi; seharusnya dilihat dari perbezaan antara kedua-duanya.

Keadaan ini berasaskan kepada kaedah;

الحكم علي شيئ فرع عن تصوره

Maksudnya;
“gambaran terhadap sesuatu itu adalah satu furu’ daripada hukum”

Bermakna, sesuatu nas itu tidak boleh terus ditatbiqkan atau direalisasikan kepada sesuatu benda yang hendak dihukumkan, melainkan perlu difahami terlebih bentuk benda yang diberikan hukum tersebut.

Dengan erti kata lain, sebelum hendak meletakkan hukum ketaatan kepada raja itu digunakan dengan nas-nas yang merujuk kepada ketaatan kepada khalifah, maka bentuk penguasa perlu diperhalusi terlebih dahulu.

Juga, ulasan tersebut, hendaklah dirujuk kepada maqasid disebalik ketaatan yang dimaksudkan dalam nas.

SISTEM BERAJA

Sistem beraja terdahulu, raja mempunyai kuasa mutlak. Bermakna, raja tidak terikat dengan mana-mana undang-undang, bahkan ia boleh melakukan apa-apa tindakan pun mengikut kehendaknya.

Jika sebarang kehendak raja yang dilakukan itu mengandungi maksiat, maka sebagai rakyat hendaklah menegur pemerintah mengikut kadar kemaslahatan yang mampu, disamping tidak menatijahkan mudharat yang lebih besar.

Adapun kini, raja di Malaysia disebut sebagai raja berperlembagaan. Oleh itu, raja di Malaysia ini tidaklah mempunyai kuasa mutlak seperti raja-raja dahulu kala. Iaitu, raja juga perlu mentaati undang-undang, justeru itu, jika raja melanggar undang-undang, maka raja juga boleh digelar sebagai bersalah.

Dengan ini, apabila raja di zaman kini melakukan sesuatu kesalahan yang boleh disifatkan sebagai melanggar undang-undang; maka sebagai rakyat yang melihat kesalahan tersebut wajar memberikan teguran yang berhikmat kepada pihak raja, bahkan sebarang arahan yang bercanggah dengan undang-undang tersebut adalah tidak wajar diberikan ketaatan.

Jika rakyat tidak bertindak sedemikian, bermakna rakyat itu adalah rakyat yang redha dengan rajanya yang melakukan kesalahan; sedangkan sesuatu kesalahan tidak layak diberikan ketaatan.

Hujjah-hujjah yang menyatakan kewajipan rakyat bertindak sedemikian adalah seperti berikut;

Al-Bakistani berkata...

PERTAMA:

Firman Allah;

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ

Maksudnya;
”Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan kepada manusia; kamu menyuruh dengan ma’ruf dan mencegah daripada kemungkaran”

(Al-Imran : 110)

Juga sabda Nabi SAW;

من رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بيده فَإِنْ لم يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لم يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya;
“barangsiapa melihat akan kemungkaran, maka hendaklah dia tukarnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu, maka dengan lisan (bercakap), sekiranya tidak mampu, maka dengan hatinya (benci kepada mungkar), dan demikian itu adalah selemah-lemah iman”

Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Qadi Iyadh dalam mensyarahkan hadis ini dengan katanya;

هَذَا الْحَدِيث أَصْل فِي صِفَة التَّغْيِير فَحَقُّ الْمُغَيِّر أَنْ يُغَيِّرهُ بِكُلِّ وَجْه أَمْكَنَهُ زَوَاله بِهِ قَوْلًا كَانَ أَوْ فِعْلًا

Maksudnya;
“Hadis ini adalah asal (dalil) pada sifat mengubah (dari mungkar kepada ma’ruf). Hak (wajib) kepada pengubah bahawa mengubahnya (maksiat) itu berdasarkan kepada segala kemampuannya yang dia mampu sehinggakan maksiat tersebut terhapus, samada dengan perkataan atau dengan perbuatan ”

ISTIDLAL

Apabila menyebut “ingkar” (atau : tidak taat), menunjukkan perkara tersebut adalah perkara yang boleh yang melibatkan mungkar, dan sudah pasti bukan perkara ma’ruf. Antara perkara yang boleh disifatkan sebagai mungkar adalah, sesuatu tindakan yang akan melahirkan kemudharatan yang lebih besar.

Apabila seseorang penguasa memberi arahan yang bercanggah dengan undang-undang, pasti ianya merupakan perkara yang boleh mengundang kemudharatan yang besar, ini kerana, sudah tidak wujud lagi “kedaulatan undang-undang”. Justeru itu, tidak selayaknya diberikan ketaatan terhadap arahan tersebut.

Merujuk kepada ulasan di atas, kita akan fahami bahawa tidak semua arahan itu perlu diberikan ketaatan, bahkan dalam keadaan tertentu, arahan itu tidak wajar diberikan ketaatan, bahkan wajib diberikan teguran (baca : amar ma’ruf dan Nahi Mungkar).

KEDUA:

Firman Allah;

اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى * فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى

Maksudnya;
“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah
melampaui batas Dalam kekufurannya. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadaNya, Dengan kata-kata Yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".

(Surah Taha: 43-44)

ISTIDLAL:

Ayat ini, Allah menjelaskan kepada kita bahawa sebarang tindakan dari pihak penguasa yang bertindak “tagha”, maka hendaklah ianya tidak ditaati, bahkan hendaklah dilakukan teguran berhikmat kepada penguasa tersebut.

Kalimah “tagha” adalah kalimah arab yang diterjemah sebagai ‘melampaui batas”. Dalam kitab Lisan Al-Arab, kalimah Tagha itu ditafsirkan sebagai “melampaui kadar yang sepatutnya ”

Imam Ibnu Kathir, menafsirkan maksud “melampai batas” ini dengan “melakukan kejahatan, biadap, angkuh terhadap Allah, bahkan melakukan maksiat terhadap Allah ”

Maqasid disebalik “tagha” adalah, melakukan kezaliman. Ini kerana, semua yang disebut sebagai zalim, maka itu adalah perkara yang melampaui batas; melampai kadar yang sepatutnya. Antaranya adalah, melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.

Al-Bakistani berkata...

KETIGA:

Para sahabat terdahulu bertindak menegur penguasa yang melakukan kesalahan secara terang-terangan. Antaranya adalah seperti berikut;

Said Al-Musayyab:

Merupakan ulama tabiin yang alim dibunuh oleh Hajjaj bin Yusof Al-Thaqafi kerana mempertahankan fatwa perlantikan khalifah yang tidak sah kerana ia melalui perlantikan putera mahkota, bukan melalui baiah yang betul. Bahkan sejarah menyaksikan bahawa fatwa beliau mempengaruhi kawasan Al-Haramain untuk turut sama tidak membaiah khalifah.

Dari ini, membuktikan kepada kita bahawa, walaupun Said Al-Musayyib sangat-sangat dikenali sebagai seorang tokoh ulam salaf yang hebat, tetapi memandangkan tindakan Hajjaj bin Yusuf Al-Thaqafi tidak sesuai dengan undang-undang yang diperuntukan pada masa itu, menyebabkan Said Musayyib tidak taat, bahkan membangkang tindakan Hajjah sehinggakan beliau ditangkap dan dibunuh.

Imam Ahmad bin Hanbal:

Menolak serta menyatakan keburukan pegangan (baca : fahaman) khilafah pada masa itu berhubung dengan Makhluknya Al-Quran. Tindakan ini bukan sahaja menimbulkan pertembungan dengan Kerajaan, bahkan lebih dahsyat daripada itu ialah terbunuhnya pengikut-pengikut Imam Ahmad dan ulama-ulama lain yang sezaman dengannya sehinggakan imam ahmad sendiripun hampir terbunuh.

Nyata disini, Imam Ahmad bin Hanbal tidak taat kepada pemerintah pada masa itu; yang mendakwa bahawa Al-Quran itu makhluk. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan beliau telah bertindak mengheboh dan memburukkan pemerintah di atas mimbar atas tindakan pemerintah pada masa itu.

Imam Nawawi:

Sultan Zahir Bebrus yang memerintah Kerajaan memalik mesir telah mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan undang-undang Islam ketika itu. Ekoran dari arahan tersebut, menyebabkan Imam An-Nawawi telah bertindak mengeluarkan fatwa agar supaya arahan sultan Zahir itu tidak ditaati.

ISTIDLAL:

Dari ini, jelas bahawa golongan ulama salaf soleh tidak melakukan ketaatan kepada penguasa pada zaman mereka secara membabi buta (atau : taqlid buta), bahkan jika penguasa melakukan arahan yang mengandungi kesilapan, pasti mereka akan bertindak untuk tidak taat dengan arahan tersebut, bahkan bertindak akan menegur dan seterusnya melawan, walaupun mereka terpaksa ditangkap oleh penguasa sekalipun.

Al-Bakistani berkata...

ISYKAL DAN JAWAPAN:

PERTAMA:

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya”

(Surah An-Nisa’ : 59)

Ayat ini dengan nyata dan jelas mewajibkan kepada rakyat memberi ketaatan kepada ulil Amri (baca : penguasa) walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

JAWAPAN:

Ketaatan kepada Allah adalah mutlaq. Begitujuga ketaatan kepada Rasul yang merupakan utusan Allah. Adapun ketaatan kepada penguasa, tertakluk kepada ketaatan penguasa itu dengan Allah dan rasul. Tanpa ketaatan penguasa kepada Allah dan Rasul, maka ketaatan kepada penguasa itu adalah tidak wajib, bahkan wajib diderhakai.

Ini disandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, daripada Ali bin Abi talib bercerita;

”Rasulullah telah melantik seorang lelaki dari ansar untuk mengetuai satu kumpulan tentera. Dalam perjalanan, lelaki itu telah mengarahkan para tentera agar menghimpun kayu api, lalu dibakar dan disuruh tentera-tentera itu terjun ke dalam api itu. ada sebilangan tentera mahu terjun ke dalam api, tetapi dihalang oleh seorang pemuda, lalu menyuruh tentera agar hal ini di rujuk kepada Rasulullah SAW terlebih dahulu.

Ketika mereka berjumpa dengan Rasulullah SAW, dan bertanyakan hal itu, menyebabkan baginda SAW terus berkata;

لو دخلتموها ما خرجتم منها أبدا؛ إنما الطاعة في المعروف

Maksudnya;
”Kalau kamu masuk dalam api itu, pasti kamu tidak akan keluar sampai bila-bila (baca : masuk neraka). Hanya sesungguhnya ketaatan itu dalam perkara ma’ruf sahaja ”

Al-Bakistani berkata...

KEDUA:

Daripada Abi Hurairah r.a berkata, sesungguhnya Nabi SAW bersabda;

عَلَيْكَ السَّمْعَ وَالطَّاعَةَ فِي عُسْرِكَ وَيُسْرِكَ وَمَنْشَطِكَ وَمَكْرَهِكَ وَأَثَرَةٍ عَلَيْكَ

Maksudnya;
“hendaklah kamu dengar dan taat dalam perkara yang kamu susah atau kamu senang; kamu suka atau benci; dan perkara yang dipentingkan dirinya atas kamu ”

Dari sini menjadi dalil bahawa ketaatan kepada penguasa itu adalah perkara penting, bahkan wajib diberikan kepadanya dalam apa jua keadaan, walaupun dalam perkara yang merupakan kepentingan diri penguasa (arab : أثرة) sendiri.

Justeru itu, menderhaka terhadap penguasa merupakan perkara yang haram.

JAWAPAN:

Ulasan ini dijawab dengan dua jawapan; ianya seperti berikut;

1- Secara asas, ketaatan terhadap penguasa itu adalah selagi mana penguasa itu memberi arahan yang tidak bercanggah dengan perintah Allah dan Rasul. Sekiranya arahan yang berasaskan kepada Allah dan Rasul itu dilakukan, maka wajib atas rakyat mentaatinya, sama ada arahan itu disukai atau tidak; mudah dilaksanakan atau tidak.

Adapun arahan yang dilakukan itu tidak berasaskan kepada kehendak Allah dan Rasul, maka arahan itu tidak boleh ditaati, walaupun ianya disukai oleh rakyat.

2- Dalam hadis ini menyebut, ketaatan itu hendaklah diberikan kepada penguasa, walaupun dalam perkara yang melibatkan kepentingan peribadi penguasa?

Perlu diingat, maksud dengan ”الأثرة” atau diterjemah sebagai “kepentingan diri” penguasa adalah, dengan melebihkannya atau memberi penghormatan lebih kepada penguasa tersebut berbanding orang lain. Ianya bukan bermaksud membiarkan penguasa melakukan penyelewengan demi keuntungan peribadinya, seperti bertindak mengambil harta rakyat dengan sesuka hati; membiarkan penguasa melanggar undang-undang dan sebagainya .

Bermaksud, apabila penguasa bertindak mengikut wewenang dirinya, sehingga melakukan kezaliman, melanggari undang-undang atau sebagainya, maka tindakan penguasa itu tidak boleh diberikan ketaatan, bahkan wajib diberikan teguran.

Al-Bakistani berkata...

ishak bin Abdullah??

dalam Ruwat at-tahzib;

Ishaq bin Abdullah adalah orang yang "siqah hujjah" disisi Ibnu Hajar. adapun disisi Az-Zahabi, beliau adalah "Hujjah"

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani berkata...

pertama:

mungkin dikaji terlebih dahulu, perbedaan antara hukum lizatih dan hukum lighairih.

kedua:

sila baca sama, fatwa qaradhawi ttg demonstrasi;

http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=5759&version=1&template_id=130&parent_id=17

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

Abu Huzaifah Nawawi B. Subandi berkata...

Kefahaman dan cara istidlal anda sangat berterabur. Anda gagal mengasingkan di antara kes yang umum dan yg khusus.

Cara penukilan yg anda lakukan pun tidak kemas. Malah sangat meragukan, serta tiada sumber rujukan yg disertakan.

Berkenaan Ishaq B. 'Abdullah. Dalam kitab2 rijal dan biografi rawi, ada beberapa org bernama Ishaq B. 'Abdullah. Jadi, ishaq B. 'Abdullah yg mana yg diterima oleh Ibnu Hajar dan adz-Dzahabi? Rujukan?

Terima kasih.

Abu Huzaifah Nawawi B. Subandi berkata...

Telah dijelaskan dalam hadis sebelumnya:

.... Jika kamu melihat pada pemimpin kamu sesuatu yang kamu benci, maka bencilah perbuatan tersebut akan tetapi, janganlah kamu menarik ketaatan (daripada pemimpin tersebut). (Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim, 9/403, (بَاب خِيَارِ الْأَئِمَّةِ وَشِرَارِهِمْ), no. 3447)

Dan imam an-Nawawi sendiri telah menyatakan pendiriannya bagaimana cara selayaknya harus menasihati pemerintah. Harap, al-Bakistani turut melihat sama pernyataan imam Nawawi berkenaannya dengannya.

Di dalam Ushulus Sunnah Imam Ahmad juga dinyatakan.

Juga di dalam Syarhus Sunnah, oleh al-Barbahari.

Juga di dalam Aqidah ath-Thawiyah dan syarahnya.

al-Bakistani juga ada menukil ttg Musa yang berhadapan dengan Fir'aun. Adakah al-Bakistani masih tidak melihat hikmah yg hendak disampaikan di sana?

Juga, di dalam Tanbihul Ghafilin oleh an-Nahhas juga turut dinyatakan bagaimana kaedah beramar ma'ruf yg tepat, sama ada kepada umum mahu pun pemerintah.

Klu anda mampu meneliti hal tersebut, nescaya anda akan melihat, betapa teruknya kaedah istidlal yg anda gunakan.

Al-Bakistani berkata...

Islam mewajibkan melakukan keadilan. kezaliman diharamkan oleh islam.

apabila orang lakukan kezaliman, maka orang itu perlu diberhentikan daripada melakukan kezaliman.

nabi kata;

tolong saudara kamu yang buat zalim dan yang kena zalim.

sahabat nabi tanya, tolong orang kena zalim, itu sudah faham. tapi tolong orang zalim itu macama mana pula?. nabi kata, tolong dia dari berhenti dari buat zalim.

orang yang buat zalim selalunya orang yang mempunyai kuasa. orang yang tidak berkuasa, amat jarang buat zalim.

apabila orang berkuasa buat zalim, Nabi SAW suruh berhentikan dia dari lakukan kezaliman.

dalam negara mengamalkan sistem khalifah, teguran secara sir memang bertepatan. tapi dalam sistem demokrasi, teguran secara terang-terangan adalah hak yang diberikan.

justeru, dalam sistem khalifah, tidak boleh ditegur pemimpin negara dengan terang-terangan. adapun dalam sistem demokrasi, teguran secara teranga-terangan dizinkan.

larangan tegur terang-terangan dalam sistem demokrasi dengan merujuk kepada nas dan dalil yang bermaksud sistem khalifah adalah tidak tepat. ia umpama doktor memberikan ubat sakit kepala kepada orang yang sedang sakit perut.

mana boleh disamakan antara sistem demokrasi dengan sistem khalifah. jika hendak merujuk juga cara teguran mengikut sistem khalifah, kenapa boleh iktiraf pemilihan pemimpin dengan cara demokrasi?? bukankah itu sudah jadi songsang??

jika dibaca hadis, dinyatakan pimpinan yang tidak disukai hendaklah ditaati. jika mahu tegur pun, tidak boleh terang-teranga. pun begitu, pimpinan zalim dan pimpinan yang tidak disukai adalah dua perkara yang tdak sama.

ada orang yang tidak disukai, tapi dia tidak zalim. ada pimpinan yang zalim, tapi mereka disukai. disukai oleh para pengampu2. ulama-ulama berbayar juga amat sayang kepada pemimpin yang zalim.

makanya, apakah pemimpin yang zalim, wajar dirujuk kaedah tegurannya kepada hadis-hadis yang menggambarkan pemimpin yang tidak disukai???

bukankah itu namanya tidak tepat, malah lari dari kaedah adaptasi hadis dengan waqi??

apabila ini difahami, tidak hairanlah demonstrasi pun dibenarkan. dibenarkan kerana tidak ada nas yang jelas menyatakannya haram.

apabila tidak ada nas yang kata haram, maka kembali hukum asal, iaitu harus.

jika wujud unsur lain yang menjadikannya haram, maka perlu difahami, haram itu bukan haram lizatih, tetapi haram lighairih.

mungkin inilah kaedah usul fiqh yang kurang difahami..

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

sesuatu suruhan dalam nas, boleh jadi wajib atau sunat. sesuatu larangan pula, boleh jadi haram atau makruh.

Nabi kata, dulu aku halang kamu ziarah kubur, tapi sekarang ziarahlah kubur, kerana ia ada tazkirah, iaitu ingat kepada mati.

persoalannya, ziarah kubur dalam suruhan nabi itu wajib atau sunat?? kalau ia wajib, sudah pasti ramai dari kita melanggar kewajipan Allah.

soalan kedua pula, bagaimana orang yang ziarah kubur tidak dengan niat tazkirah (ingat mati)?

serupa juga larangan tidak meninggalkan taat. apakah larangan itu bermaksud haram, atau bermaksud makruh??

jika haram, apa nas yang mengatakan larangan itu bermaksud haram??

jika mahu dikatakan makruh, boleh dirujuk kepada hujjah-hujjah yang telah dikemukakan. jika mahu rujukan, sila cari dalam blog ini. sebab artikle ini sudah termaktub dalam blog ini disertakan dengan Footnote sekali.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

Abu Huzaifah Nawawi B. Subandi berkata...

Sepanjang penelitian saya dan kepada penelitian ulama terhadap riwayat tersebut, nama Ishaq B. Abdullah mmg ada beberapa individu di dalam kitab2 rijal. Boleh cari dan teliti satu persatu.

Ada pun yg ditinggalkan dan saya maksudkan berkaitan dengan riwayat berkenaan Nabi, Umar, dan Hamzah berdemonstrasi adalah Ishaq B. Abdullah B. Abu Farwah, atau ad-dimasyqi, atau al-Madani. Untuk lebih lanjut, sila teliti setiap rujukan yang saya nukilkan.

Kemudiannya: Adalah suatu yg perlu kita berhati-hati padanya supaya tidak menyandarkan sewenang-wenangnya sesuatu yang tidak benar/batil kepada Nabi dan para Sahabatnya. Kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (Seperti matan Arabnya yg saya telah jelaskan di atas):

Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta dengan sengaja menggunakan namaku , maka bersiaplah dengan tempat duduknya dalam neraka. (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim. Rujuk: Shahih al-Bukhari, (بَاب مَا يُكْرَهُ مِنْ النِّيَاحَةِ عَلَى الْمَيِّتِ), 5/37, no. 1209. Shahih Muslim, (بَاب تَغْلِيظِ الْكَذِبِ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ), 1/13, no. 5)

Dal soal hadis dhoif, dan apatah lagi soal hadis palsu (maudhu’), maka tidak boleh kita bila menyebutkan riwayat tersebut dengan disebutkan:

1 – “Rasulullah telah bersabda”, atau

2 – “Telah datang darinya”, atau

3 – “Rasulullah telah melakukan”, atau

4 – “Rasulullah telah melarang”, atau

5 – “Rasulullah telah memutuskan”, atau

6 – Yang semisal sepertinya.

Jadi, apabila suatu hadis/riwayat itu dhoif atau terlebih lagi palsu, maka tidak boleh sama sekali melakukan penyandaran riwayat tersebut kepada Nabi. Dan hendaklah kita menjelaskan sekali akan dhoifnya riwayat yang kita bawakan tersebut.

Kaedah ini telah disepakati oleh semua ulama/peneliti dari ahli hadis. (Boleh dirujuk kepada mana-mana rujukan asas Mustholahul Hadis)

Jadi, saudara al-Bakistani perlulah meneliti hal ini supaya tidak dengan bermudah2 membawakan penyadaran yang tidak selayaknya kepada Nabi dan para sahabatnya.

Dan sekiranya, saudara masih tidak pasti, hendaklah saudara tinggalkan terlebih dahulu, dan tidak terburu-buru utk menyebarkannya. Rujuk: al-Isra': 36.

Abu Huzaifah Nawawi B. Subandi berkata...

Melakukan amar ma'ruf nahi mungkar mmg adalah suatu kewajiban. Dan ia bergantung kepada kemampuan. Dan ia juga perlu menepati kaedah. Tidak boleh semberono dan terburu-buru.

Sekiranya saudara al-Bakistani melihat semula hadis yang saya bawakan di atas ia sama sekali memang merujuk kepada pemimpin yang zalim sbg pemimpin yg tidak diseukai. Rujuk semula:


عَنْ عَوْفِ بْنِ مَالِكٍ

عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خِيَارُ أَئِمَّتِكُمْ الَّذِينَ تُحِبُّونَهُمْ وَيُحِبُّونَكُمْ وَيُصَلُّونَ عَلَيْكُمْ وَتُصَلُّونَ عَلَيْهِمْ وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمْ الَّذِينَ تُبْغِضُونَهُمْ وَيُبْغِضُونَكُمْ وَتَلْعَنُونَهُمْ وَيَلْعَنُونَكُمْ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلَا نُنَابِذُهُمْ بِالسَّيْفِ فَقَالَ لَا مَا أَقَامُوا فِيكُمْ الصَّلَاةَ وَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْ وُلَاتِكُمْ شَيْئًا تَكْرَهُونَهُ فَاكْرَهُوا عَمَلَهُ وَلَا تَنْزِعُوا يَدًا مِنْ طَاعَةٍ

Maksud: Daripada ‘Auf bin Malik radhiyallahu ‘anhu, daripada Raulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam beliau berkata:

Pemimpin-pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu semua mencintai mereka dan mereka pun mencintaimu semua, juga yang kamu semua mendoakan kebaikan untuk mereka dan mereka pun mendoakan kebaikan untuk kamu semua.

Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di antara kamu ialah orang-orang yang kamu membenci mereka dan mereka pun membenci pada kamu semua, juga yang engkau semua melaknat mereka dan mereka pun melaknat kamu semua.”

‘Auf berkata: “Kami para sahabat lalu berkata: “Ya Rasulullah, apakah kita tidak boleh menentang kepada pemimpin-pemimpin yang sedemikian itu? Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Jangan menentang mereka dengan pedang, selama mereka masih tetap mendirikan solat di kalanganmu semua. Jika kamu melihat pada pemimpin kamu sesuatu yang kamu benci, maka bencilah perbuatan tersebut akan tetapi, janganlah kamu menarik ketaatan (daripada pemimpin tersebut). (Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim, 9/403, (بَاب خِيَارِ الْأَئِمَّةِ وَشِرَارِهِمْ), no. 3447)

Lihat perkataan ini:

Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di antara kamu ialah orang-orang yang kamu membenci mereka dan mereka pun membenci pada kamu semua, juga yang engkau semua melaknat mereka dan mereka pun melaknat kamu semua.”

Ia bukan merujuk kepada pemimpin yang tidak disukai rakyat secara umum, biar pun dia pemimpin yang baik. Tetapi ia adalah umum, merujuk kepada pemimpin yang jahat lagi dibenci.

Jadi, sekali lagi menunjukkan salahnya kaedah yang cuba anda terapkan di atas.

Abu Huzaifah Nawawi B. Subandi berkata...

Jika alBakistani mahu melihat berkenaan dengan istilah pemimpin yang digunakan di dalam Hadis-hadis nabi dan al-Qur'an, ia adalah bersifat umum dan tidak tertumpu kepada hanya khalifah. Malah tidak disebutkan pula apakah sistem2 yang digunakan oleh pemerintah tersebut. Adakah sistem berkerajaan atau khilafah atau dinasti atau bagaimana?

Ia sama sekali tidak disebutkan. Bahkan imam ahmad, Ibnu Hajar dan selainnya, turut menjelaskan bahawa pemimpin mungkin sahaja boleh menaiki tampuk pemerintahan dgn tiga cara asas, iaitu dengan kaedah pemilihan oleh ahl al-hal wa al-aqd. atau melalui perwasiatan oleh pemimpin sebelumnya. Atau boleh sahaja naik melalui perperangan atau seumpamanya dengan cara yang tidak disukai.

Para ulama melakukan kesimpulan, bahawa apabila telah naik sahaja pemimpin atau pemerintah, dan dia memiliki kekuatan atau kekuasaan, maka dia wajib ditaati. Ada pun soal taat, saya kita al-Bakistani dapat mengerti. Dan hadis pun telah saya bawakan di atas.

Jadi, biar pun pemimpin naik melalui sistem yg tidak disukai seperti demorkasi, tetapi dia tetap sah dan dia memiliki kekuasaan.

Dalam al-Qur'an mahu pun hadis, pemimpin disebut dengan beberapa kalimah:

1 - Khalifah,

2 - Amir,

3 - Sultan,

4 - al-Malik,

5 - al-Imam,

6 - Waliyul 'Amri,

7 - Amirul mu'minin dan seumpamanya.

Dan kalau kita tinjau dari zaman khalifah al-Rasyidun, sehingga ke zaman ini, ada tersangat banyak jenis pentadbiran yang diamalkan oleh kerajaan dan pemilik kerajaan Islam.

Kita juga melihat bagaimana ia berevolusi dari suatu zaman ke zaman seterusnya.

Jadi, soal taat kepada pemerintah itu bersifat valid bagi setiap zaman dan keadaan setakat ini.

Wallahu a'lam.

Al-Bakistani berkata...

pertama;

sistem demokrasi adalah sistem yang tidak disukai, tetapi apabila seseorang pemimpin naik juga dengan sistem itu, maka hendaklah diterima juga.

persoalannya, bagaimana pula keizinan dalam sistem demokrasi yang lain, seperti demonstrasi dll??

waimma kita tidak suka, mengapa kita tidak terima sahaja, sepertimana kita terima perlantikan pemimpin dengan sistem demokrasi yang kita tidak suka itu??

kedua:

saudara menyenaraikan bentuk kepimpinan. ternyata, semua itu bentuk pemerintahan yang berasaskan meletakkan asas Al-Quran dan As-Sunnah.

bagaimana pula negara yang tidak mengamalkan Al-Quran dan As-sunnah?? speerti singapore??

ketiga;

pemimpin yang jahat??

persoalannya, apakah semua pemimpin yang jahat itu zalim???

bukankah wujud pemimpin yang jahat, tapi dia tidak zalimkan orang????

keempat:

berkenaaan dengan isu "اثرة" telah dikupas dalam komen-komen yang lepas. iaitu dalam maksud menggulingkan kerajaan.

kelima:

jika benar seperti dakwaan awak, bahawa hadis omar itu adalah palsu, maka tidak boleh disandarkan kepada Rasululah seperti menyebut "rasulullah SAW bersabda" dll. persoalannya, apakah hadis yang dinukilkan ini disandarkan kepada Rasulullah SAW, atau sekadar disandarkan daripada Ibni Abbas sahaja???

mungkin tak sama kot??

sekian

Al-Bakistani

1Malaysia untuk semua berkata...

Salam al-Bakistani,

Berhentilah kamu daripada terus menganuti aqidah songsang yang menjadikan kamu seorang pemikir ekstrem. Jauhilah dari gemar mencela pemerintah Islam, tegurlah mereka dengan panduan sunnah. Meski pemimpinmu zalim, besabarlah kerana perkara itu dekat dengan takwa. Tunduklah pada dalil dan bukannya bertuhankan hawa nafsu.