Rabu, 29 Julai 2009

UMNO UMPAMA ANJING TERSEPIT


UMNO UMPAMA ANJING TERSEPIT

Di kampungku, ada seorang tua bermazhab UMNO. Semasa belum melanjutkan pelajaran ke luar negara, aku selalu bertekak dengannya tentang perjuangan kepartian di Malaysia.

“kau tau tak, kalau tak ada UMNO, kita semua tak boleh jalan atas jalan Tar tau” katanya angkuh dengan perjuangan UMNO yang kufur itu.

Berdesing telingaku mendengar ungkapan bangsat itu.

”kat Thailand, jalan raya lagi besar dari Malaysia. mana ada UMNO kat Thailand pun” jawabku memerli.

Dia bengang tidak mampu menjawab, terus berlalu pergi.

Semasa aku baru pulang belajar dari luar negara dia menghidap satu penyakit yang dilihat seperti hampir kepada kematian. Aku menziarahinya. Aku diminta tolong, agar mendoakan keselamatannya untuk menjalani pembedahan.

Mengenangkan mulutnya tidak terhenti-henti menyebut kalimah ’Allah’. Juga ungkapan, mahu bersama perjuangan Islam. Aku mula menyangka baik dengannya.

Setiap hari selepas solat berjemaah, aku akan bersama rakan-rakan akan menunaikan solat hajat, agar diberikan kesihatan kepadanya. Walaupun ada sebilangan rakan memarahi tindakanku itu, aku masih mengambil sikap memaafinya.

Ternyata doa kami berkat. Dia berjaya menjalani pembedahan. Pembedahan yang membawa ia sihat seperti sedia kala.

Setelah sihat, aku menyangka ungkapan ’Allah’ dan ’perjuangan islam’ yang diucapkan saat dia sedang kesakitan itu telah meresap masuk dalam hatinya, tetapi sebaliknya, ternyata ia adalah satu wayang kulit yang hanya dilihat hebat, tetapi ia sekadar mainan tok dalang dibelakang pentas.

Dia mempunyai tindakan yang memualkan selepas sihat. La-siyyama, di saat dia berkuasa. Orang yang tidak sealiran politik dengannya, akan dilihat dengan sebelah mata. Aku yang menziarahinya sakit dahulu pun, sudah dilihat seperti bangkai di tepi jalan.

Memang dasar tak kenang jasa. UMNO sial dan celaka. Kerana wadah perjuangannya yang kufur itu, dia lupa kalimah ’Allah’ dan ’perjuangan Islam’ yang diungkapkan.

Aku mula terkenang dengan rakan-rakan yang melarangku menunaikan solat hajat untuk keselamatannya ketika berlaku pembedahan dahulu. Tapi apakan daya, masa yang telah berlalu, tidak boleh dipusing balik.

Orang melayu dahulu sering berkata, ”anjing tersepit jangan ditolong”, tetapi mungkin sekarang perlu diubah, ”ibrahim Ali tersepit jangan ditolong”

Sekian

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
29 Julai 2009 * 6:48 petang

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betullah,...ader persamaan dengan Ibrahim al-kataki laknatullah...ader persamaan citer arr...Dasar tak kenang budi,.. pas tu asyik suruh kiter jangan berhimpun...Patut didakwa akta hasutan sebab ugut nak wat huru hara... Memang celaka sial laknatullah...Rasenyer kalo tobat pun tak yah terimalah mangkuk ayun tuh...kena tipu banyak kali..Oh tuhan, Laknatkanlah ibrahim ali dunia dan akhirat...ustaz,bleh doa camtu ker?? geram bangat sih..hehe

Tanpa Nama berkata...

salam ustaz

camne seorang ustaz bole memaki hamun org lain..
saya petik kata2 ustaz semula: Memang dasar tak kenang jasa. UMNO sial dan celaka.
pelik tul la...ustaz mencarut

ni petikan dr blog azli shukri...utk difikirkan ustaz

Maafkan saya jika saya terpaksa berterus-terang dan tidak upaya lagi menjaga hati para penyokong PAS, sesungguhnya saya percaya dan yakin, selagi PAS mengharap pertolongan daripada DAP - yakni musuh Islam, bagi menjatuhkan orang Islam sendiri, maka PAS tidak akan berjaya untuk selama-lamanya. Hujah saya adalah beralaskan kepada firman Allah dalam surah al-Maidah 55-56 yang bermaksud, "Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat seraya mereka tunduk kepada Allah. Dan sesiapa yang menjadikan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, maka sesungguhnya pengikut agama Allah itulah yang pasti menang."


Maka adalah jelas, selagi PAS menjadikan DAP sebagai penolong bagi menghancurkan orang yang beriman (UMNO), maka selagi itulah PAS akan gagal dan kecundang. Allah sudah pun mengingatkan kita semua, jika kita mahu menang dalam apa-apa perjuangan (apatah lagi dalam berjihad), maka jadikanlah orang-orang yang beriman sebagai penolong. Hal ini juga tidak hanya ditujukan kepada PAS semata-mata, tetapi tidak terkecuali kepada UMNO juga. Kesimpulannya, selagi kedua-dua belah parti tidak mahu bersatu padu, maka umat Islam akan tewas dan hancur di negaranya sendiri.


Dan ketika ini, yang tampak jelas mahu bersatu padu adalah di pihak UMNO. UMNO yang seolah-olah membuka pintu perdamaian yang luas kepada PAS, tetapi amat malang sekali, tatkala Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, tidak hanya mencela UMNO, malah turut menolak hasrat baik UMNO agar sengketa orang-orang Melayu dapat diredakan secepat mungkin. Nik Aziz seakan-akan lupa bahawa beliau juga tidak terlepas daripada berkewajib an untuk mengikut ayat 10 dalam surah al-Hujrat yang berbunyi, "Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat."

Tanpa Nama berkata...

apa pendapat ustaz ttg komen saya sebentar td?
apa yg ustaz lakukan mmg baik (tolong doa & solat hajat supaya org tua tu diberi kesihatan oleh Allah)...tp ustaz tidak cukup kuat utk mengikut jejak Baginda saw;

Baginda saw guna pendekatan kasih sayang, jauh sekali benci membenci..
Refer kisah perempuan tua yg baling kotoran depan Nabi saw setiap kali Baginda lalu di depan rumahnya. Baginda hanya diam n teruskan perjalanan. Hingga 1 satu hari, perempuan tua tu jatuh sakit, Baginda lalu dtg menziarahinya, maka terbuka hatinya kpd Islam
ingat ustaz : Janganlah kita membalas kebencian mereka dgn emosi dendam membara kerana dalam masa yg sama ia melahirkan sifat keji dan hina dlm diri kita
saya tidak membenci/ban PAS... byk perkara baik yg mereka lakukan..Cuma byk juga kelemahan/kesilapan yg perlu diperbaiki…
Perkara2 lain sprt berikut, saya xnak komen… lu fikir sendiri la nabil…..;

1.undi PAS wajib, undi UMNO haram
2.mati ketika melawan UMNO adalah mati syahid
3.ditanam doktrin UMNO adalah kafir
4.isu solat 2 imam dlm 1 mesjid
5.solat di belakang imam UMNO, bermakna solat di belakang najis
6.hujah Ustaz Bunyamin Yaaqub mengapa mesti main politik atas masjid (pd saya, dangkal sungguh hujah dia ni…hehe…)
dgn penuh harapan...agar ustaz dapat memberi komen atas ulasan saya..TK