Ahad, 26 Julai 2009

TAMADUN ISLAM ATAU TAMADUN UMMAH??

TAMADUN ISLAM ATAU TAMADUN UMMAH??

Aku berwacana dengan seorang kawan. Dalam wacana itu, kami berbincang tentang tamadun. Dalam berbincang tentang tamadun, kawan aku itu menyebut, “kenapa kita menampalkan ‘tamadun’ dengan ‘islam’. Bukankah itu wujud kecacatan, kerana, apabila jatuh tamadun Islam, bermakna kejatuhan itu akan ditampalkan juga dengan islam, sedangkan mana mungkin islam merupakan penyebab kepada kejatuhan tamadun. Justeru, adalah lebih baik jika disebut tamadun umat islam. kerana, kejatuhan tamadun itu bukan kerana islam, tetapi kelemahan umat islam”

Soalan yang dilontarkan itu, menyebabkan aku terfikir. Aku agak bersetuju dengan hujjah kawanku itu.

TAMADUN ISLAM??

Islam adalah agama yang baik dan sememangnya bisa mencipta tamadun yang gemilang. Apabila manusia konsisten berpegang dengan Islam, pasti manusia itu akan berjaya mencipta tamadun yang hebat.

Kejayaan ini terbukti dengan bermulanya dengan perlantikan Nabi Muhammad SAW menjadi Nabi, seterusnya menjadi Rasul. Dengan dakwah dan tarbiyyah Nabi SAW terhadap para sahabat, tamadun yang merujuk kepada Islam itu berjaya dibina, malah menjadi rujukan dunia ketika itu.

Menyedihnya, selepas umat Islam mula termakan propaganda musuh, mereka mula meninggalkan islam sedikit demi sedikit. Apabila sudah banyak amalan islam ditinggalkan, di situ bermulanya kejatuhan tamadun yang didokong oleh Umat Islam.

Apa yang dapat dilihat, kejatuhan tamadun yang didokong oleh Umat Islam ketika itu, bukanlah kerana mereka berpegang dengan Islam, tetapi kejatuhan itu berpunca dari mereka meninggalkan ajaran islam.

Makanya, adalah tidak patut disebut tamadun itu dengan sebutan tamadun islam, tetapi lebih layak disebut tamadun umat islam yang berpegang dengan Islam. Ini kerana, kejatuhan tamadun itu bukanlah disebabkan Islam. Sebaliknya, kejatuhan itu berpunca apabila umat islam meninggalkan islam.

Sekian

p/s : dicadangkan agar pandangan ini didebatkan atau diwacanakan lagi.







- Sri Indah (B), Sg Buloh
27 Julai 2009 * 10:22 pagi

Tiada ulasan: