Sabtu, 18 Julai 2009

AKU MAHU HADIR MAJLIS PENGKEBUMIAN TEOH BENG HOCK


AKU MAHU HADIR MAJLIS PENGKEBUMIAN TEOH BENG HOCK

Salah seorang Setiausaha politik exco kerajaan Negeri Selangor dari parti PAS menghantar sms kepadaku, bertanya hukum kehadiran orang islam dalam majlis pengkebumian Teoh Beng Hock yang tidak beragama Islam.

“ana nak pegi” jawapan ringkasku.

”kita jumpa di Nirwana Semenyih, Jam 12:30, isnin, kita jumpa di kajang dalam jam 11” jawapnya.

Mungkin persoalan tentang kehadiran orang islam dalam majlis pengkebumian jenazah non Muslim akan menjadi isu dari sudut hukum. Persoalan ini jadi rumit, jika tidak dibahas terlebih dahulu. Justeru, artikle ini akan mengulasnya dengan serba ringkas.

HUJJAH

Secara asasnya, hukum menghadiri majlis pengkebumian jenazah Non Muslim adalah harus. Dalil-dalil yang menyatakan sedemikian adalah seperti berikut;

PERTAMA:

Dalam satu hadis yang sahih, diriwayatkan bahawa Nabi SAW hadir ke maqam ibu baginda, iaitu Aminah binti Abdul Wahab. Baginda SAW meminta izin dengan Allah untuk mendoakan keampunan dosa terhadap ibunya, perkara itu dilarang oleh Allah SWT. Adapun kehadiran nabi SAW menziarahi kubur ibunya yang tidak mengucap syahadah; yang mati atas agama kaumnya, itu tidak dilarang oleh Allah terhadap Nabi SAW. (sila
rujuk)

KEDUA:

Sabda Nabi SAW;

نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا فَإِنَّ فِي زِيَارَتِهَا تَذْكِرَةً

Maksudnya;
”Aku pernah mencegah kamu daripada menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah. Ini kerana, dalam ziarah kubur itu terdapat unsur mengingati mati
[1]

Dari hadir ini, kita akan fahami bahawa Nabi SAW menyuruh menziarahi kubur dengan tujuan untuk mengingati mati. Dalam hadis ini, tidak dibataskan kubur yang diminta ziarah adalah kubur orang islam sahaja. Justeru, menziarahi kubur non muslim adalah dibenarkan dalam islam.

KETIGA:

Diceritakan Qais bin Saad dan Sahl bin Huniaf berkata;

إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّتْ بِهِ جَنَازَةٌ فَقَامَ فَقِيلَ إِنَّهُ يَهُودِيٌّ فَقَالَ أَلَيْسَتْ نَفْسًا

Maksudnya;
”Sesungguhnya Rasulullah SAW telah dilalui oleh satu jenazah. Apabila melihat itu, nabi SAW berdiri. Diberitahu kepada baginda, bahawa jenazah itu adalah seorang yahudi. Nabi SAW menjawab, ’bukankah ia adalah manusia?
[2]

Dari hadis ini, menampakkan kepada kita bahawa Islam tidak menafikan hak kemanusian, waimma berbeda agama sekalipun.

Justeru, menghadiri majlis pengkebumian non Muslim adalah tidak haram dalam Islam, malah ia dibenarkan.

IGAUAN DAN JAWAPAN

Firman Allah;

وَلَا تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا وَلَا تَقُمْ عَلَى قَبْرِهِ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُوا وَهُمْ فَاسِقُونَ

Maksudnya;
”Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik”

(Surah At-Taubah : 84)

Dalam ayat ini, Allah SWT melarang kita berdiri di atas kubur orang munafiq, kerana mereka pada hakikatnya adalah kufur kepada Allah SWT. Apabila orang munafiq pun sudah tidak dibenarkan berdiri di kubur mereka, inikan pula kubur orang yang nyata kekafirannya.

JAWAPAN

Perlu dibedakan antara non mulim yang merupakan musuh islam, dan non muslim yang tidak menjadi musuh islam. Sebaliknya, wujud dari kalangan manusia yang mengucap syahadah itu, ada muslim yang mendokong islam, juga ada muslim yang melawan islam.

Apabila seseorang itu mengucap syahadah, tetapi didapati dia melawan islam, mereka sebenarnya adalah orang munafiq. Apabila mereka menjadi musuh Allah, maka tidak hairanlah Allah melarang berdiri di kubur mereka.

Adapun orang non Muslim yang tidak melawan islam, mereka ini digelar dengan istilah ”zimmi”. Menghadiri majlis pengkebumian mereka tidak menjadi salah, malah dibenarkan dengan alasan ”keadilan”.

Firman Allah;

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Maksudnya;
”Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil”

(Surah Al-Mumtahanah : 8)


Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
19 Julai 2009 * 2:13 pagi



[1] Sunan Abi Daud : 2816.
[2] Sahih Muslim : 1596.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam ustaz

minta ustaz ulas skit ttg isu vigil . DS nizar n the gang dilihat memegang lilin dan bervigil bersama non muslim.

itu budaya sape? apa effect pada akidah lak?

syukran

bumilangit berkata...

tuan,

mendiang teoh disemadi kat alor gajah esok pagi, jam 9.

itu info yang saya dapat.

mula2 saya pun nak pergi

Tanpa Nama berkata...

A'kum ustaz,

Saya nak bertanya. Kita memang simpati dgn nasib TBH dan cara kematiannya.

Mereka mengadakan upacara vigil. Saya tengok Nizar pengang lilin dalam majlis anjuran mereka.

Kita orang islam tak boleh buat camtu kan ustaz. Tolong berikan sikit ulasan.

TK banyak2.

Tanpa Nama berkata...

maaf,
nizar buat bukan majlis vigil tapi dlm sidang media.
adakah vigil upacara agama atau adat budaya?
Boleh tanya idham lim atau ann wan seng atau riduan tee. idham lebih arif sbb belajar dan bergaul dngn org cina China.

wanfakawi

HaHs berkata...

Cuba ko rujuk statement Ust Idham Lim kat Blog Perisik Rakyat atau blog cina muslim! Dia asal cina buddha sebelum masuk islam dan jadi ustaz. DS Nizar tu pun keturunan melayu-cina islam. Itu sebahagian budaya dia. Takde kena mengena dgn ritual. Budaya dan adat resam aku rasa tak salah, bukan mendoakan atau menduakan tuhan! Macam orang melayu islam pasang pelita gak. Kalo sedakar nak meriah tak pelah, tapi siap 27 likor le, kalo x pasang malaikat x masuk lagi mengarut!
Ada ke org arab pasang pelita? Niat yg penting! Kalo niat org pasang pelita dgn lilin jadi lain, lain jadinya kot. Kalo memuja patung Perajurit yg dibuat pemimpin negara tiap tahun tu cuba ko bagi komen skt? Sama gak dgn niat menghormati beliau dan mengingat kematian. Tapi masalahnya, dibuat patung berhala besar dan dipuja beramai2 beserta bunga2 tu bukan budaya tapi cara org yahudi dan nasrani beb. Aku x faham sgt psl ni, ustaz boleh tolong huraikan!

Piirrraaahhh berkata...

Aik...awat hang diam?? Jawabla.. Tgh belek kitab kut..