Rabu, 5 Ogos 2009

PAS-DAP : HUBUNGAN PERLU DIJAGA DEMI DAKWAH ISLAMIYYAH

Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Lim Guan Eng, dua tokoh yang mempunyai pemikiran politik yang berbeda, tetapi berjaya duduk bersama secara mesra dalam menjahanamkan UMNO/BN yang syirik dan sesat di Malaysia



PAS-DAP : HUBUNGAN PERLU DIJAGA DEMI DAKWAH ISLAMIYYAH

UMNO/BN adalah punca Islam tidak diterima oleh masyarakat selain melayu. malah, kerana UMNO, melayu semakin hari meninggalkan islam.

Jika merujuk kepada nabi SAW, Baginda SAW mementingkan dakwah berkesan, bukan dakwah ”hentam keromo”. Ekoran itulah, Nabi SAW melakukan perjanjian hudaibiyyah dan sebagainya.

Dalam tulisan lalu, secara peribadi, aku tidak bersetuju dengan cara Hasan Ali memberi kenyataan. Pun begitu, aku agak bersetuju dengan cara Khalid Samad memberi kenyataan.

Jika merujuk kepada kepada kedua-dua tokoh ini memberi kenyataan, ia dapat dilihat ada perbedaan. Khalid Samad mengkritik tindakan Ronnie Liu dengan menggambarkan silap fahamnya ronnie Liu terhadap isu ini kerana salah memahami definisi yang dikemukakan oleh UMNO.

Justeru, kesan dari kenyataan ini tidak melahirkan pertembungan antara PAS dan DAP, tetapi kenyataan itu melahirkan pertembungan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Adapun dari kenyataan Hasan Ali, ia menampakkan pertembungan antara PAS dan DAP, waimma ia dikhususkan kepada Ronnie Liu.

HUBUNGAN PAS-DAP

Tidak dinafikan, PAS dan DAP mempunyai dua parti politik yang mempunyai pemikiran politik yang berbeda. Perbedaan pemikiran politiklah yang menyebabkan PAS yang pernah bersama dengan DAP dalam pilihanraya ke 10, tetapi berpecah pada pilihanraya ke 11.

Jika difikirkan balik, bukan isu berat sangat yang menyebabkan berpecah antara dua parti ini, tetapi perpecahan itu berlaku disebabkan beberapa kenyataan dari pihak PAS dan dari pihak DAP yang dilihat melahirkan pertembungan.

Dari pihak PAS, ada pimpinan mengungkapkan ”Lim Kit Siang dan Karpal adalah ubat yang sudah kehabisan tempoh”. Dari pihak DAP pula, ada pimpinan mereka mengungkap ”langkah mayat saya kalau mahu buat negara islam”.

Pertembungan antara dua parti itu, melahirkan kekalahan teruk PAS dalam pilihanraya ke 11, menampakkan UMNO/BN terus kekal memerintah sehingga ke hari ini. terengganu tidak berjaya dipertahankan oleh PAS, kelantan pula dalam ”nyawa ikan”.

Pun begitu, tsunami politik 8 mac telah menyaksikan perubahan baik berlaku antara dua parti; PAS dan DAP. Kedua-dua parti ini bisa duduk semeja atas nama Pakatan rakyat, yang menjadi ”orang tengah”nya adalah PKR.

Kejayaan keberadaan PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat, banyak memberi kesan besar kepada pandangan rakyat malaysia terhadap agama Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini. Rakyat yang berbangsa cina dan india, semakin hari semakin mengenali Islam, seterusnya mereka agak menyokong hukum islam, waimma mereka tidak memeluk islam.

Perubahan kefahaman islam sehari demi sehari ini, tidak sepatutnya digadaikan dengan kenyataan yang bisa melahirkan hilangnya kepercayaan mereka terhadap PAS yang telah disinonimkan dengan perjuangan islam. ini kerana, ia adalah amat merugikan kepada Islam itu sendiri.

UMNO/BN SESAK NAFAS

Keberadaan PAS dan DAP bersama PKR atas nama Pakatan Rakyat ternyata memberi kesan buruk kepada UMNO/BN. Mereka agak susah hendak membaiki imej parti mereka dikala PAS, DAP dan PKR berada dalam satu bumbung.

Mereka berusaha semampu yang boleh untuk memecah belahkan kesatuan antara parti-parti ini. apabila pecah belah antara PAS dan DAP, mereka pasti akan berjaya mempertahankan kuasa mereka, seterusnya merompak, mengkhianati dan menzalimi rakyat sepertimana yang telah berlaku sebelum ini.

Dalam keadaan itu, UMNO/BN pasti akan menguasai media. Apabila media dikuasai, sudah pasti usaha hendak menyampaikan maklumat Islam kepada rakyat akan terbatas, dan ini merupakan kerugian dalam dakwah islamiyyah itu sendiri.

BERKUASA UNTUK DAKWAH

Mungkin ada orang berbicara bahawa lebih baik memikirkan akhirat berbanding dunia. Tidak dinafikan, itu adalah matlamat dalam perjuangan Islam.

Pun begitu, berdakwah dengan berstrategi merupakan tuntutan Islam. tidak dinafikan, ronnie liu amat biadap dengan kenyataannya itu. pun begitu, jangan disebabkan kebodohan ronnie liu, menyebabakan ada dari kalangan kita bertindak dengan tindakan yang bodoh sepertimana bodohnya ronnie liu.

Permasalahan yang dilakukan oleh Ronnie Liu, hendaklah diselesaikan secara bijaksana, jangan sampai melahirkan kerosakan hubungan PAS dan DAP. Sebarang kenyataan yang hendak dibuat, jangan menjadi ”anak kunci” UMNO/BN untuk memperlagakan antara PAS dan DAP, seterusnya membawa perpecahan yang melahirkan UMNO/BN kekal memerintah.

Apabila UMNO/BN kekal memerintah, sudah pasti ruang dakwah Islamiyyah yang sekarang sudah dikecapi, akan tertutup kembali, sepertimana susahnya untuk berdakwah sebelum Pakatan rakyat menguasai selangor.

BERKERAS MEMPERTAHANKAN PRINSIP

Memang sebarang prinsip perjuangan perlu dipertahankan. Pun begitu, bagaimana prinsip perjuangan itu hendak dipertahankan?? Itu persoalan yang wajib difikirkan juga.

PAS dengan prinsip islamnya. Islam yang merupakan prinsip perjuangan PAS itu, tidak selayaknya difikirkan hanya PAS sahaja yang memegang prinsip tersebut, tetapi hendaklah prinsip Islam itu terus diterima, bukan sekadar dari kalangan orang PAS sahaja, malah terhadap orang DAP, PKR dan seterusnya UMNO dan BN.

Sesuatu prinsip yang hendak dipertahankan, jangan sampai merugikan dakwah islamiyyah. Justeru, dalam mempertahankan prinsip, hendaklah digunakan kaedah yang berkesan dalam mempertahankannya dikala ada orang yang mempertikaikannya.

PENUTUP

Secara peribadi, aku tetap beranggapan bahawa hubungan antara PAS-DAP perlu dipertahankan semampu mungkin. Ini kerana, dengan hubungan yang ada, banyak memberikan keuntungan dakwah islamiyyah itu sendiri.

Islam di Malaysia yang dilihat kepunyaan melayu telah berjaya melampaui batasan melayu dengan keberadaan PAS bersama dengan DAP dibawah bumbung Pakatan Rakyat. Islam di Malaysia kini, bukan sekadar menjadi kepunyaan melayu sahaja, malah sudah menjadi kepunyaan semua bangsa di Malaysia. Inilah Islam ajaran Nabi SAW.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
5 ogos 2009 * 4:08 petang


1 ulasan: