Ahad, 13 September 2009

TAZKIRAH KEPADA NON MUSLIM !!

TAZKIRAH KEPADA NON MUSLIM !!

Berbual-bual dengan kawan-kawan bukan beragama Islam tentang islam sudah menjadi kebiasaan. Tetapi, berceramah dihadapan mereka tidak pernah kesampaian.

Berceramah dan berbual tidak boleh disamakan. Dua cara dan kaedah yang berbeda. Berbual tidak tertakluk dengan masa, tetapi berceramah berkaitan rapat dengan masa.

Jika dijadualkan berceramah selama 30 minit, otak kita terpaksa ligat berfikir dan mencari point-point yang boleh dihuraikan dalam jangka 30 minit. Jika mahu merapu, 30 minit amat mudah untuk dihabiskan. Pun begitu, ucapan yang tidak disandarkan kepada ulasan ilmiyyah akan melahirkan ”boring” kepada pendengar.

Begitujuga, sesuatu kupasan ilmiyyah jika tidak disulami dengan gaya bercerita yang menarik, juga akan menghasilkan ”menguap” kepada para pendengar.

Kebiasaannya, aku dijadualkan menyampaikan ceramah, kuliah dan tazkirah di masjid dan surau. Jarang-jarang sekali di Markaz PAS. Setakat ini, jadual kuliah tetapku di Markaz PAS hanya dua; Markaz PAS taman melewar dan Markaz PAS seksyen 18, Shah Alam.

Kuliah, ceramah dan tazkirahku semuanya didengari oleh orang-orang islam, waimma jarang sekali pernah dihadiri oleh sebilangan kawan yang tidak beragama Islam, tetapi kini mereka sudah memeluk islam.

Pada hari ini, PAS kawasan Kota Raja telah menjemputku menyampaikan tazkirah berbuka Puasa dalam majlis bersama Kelab penyokong PAS yang majoriti mereka adalah berbangsa india dan dua orang lelaki sahaja berbangsa cina.

Kehadiran dari kalangan orang islam juga boleh dibanggakan, tetapi kewujudan orang bukan islam dalam majlis tersebut untuk disampaikan tazkirah ramadhan, merupakan satu perkara yang baru bagi hidupku.

Dalam majlis tersebut, aku dijadualkan bertazkirah selepas dari Ahli parlimen Shah Alam, Saudara Khalid Samad menyampaikan ucapan. Selepasku pula, yang menyampaikan ucapan adalah Ahli parlimen Kota Raja, Dr Mariah mahmood.

Saudara Khalid Samad berbicara tentang isu Kuil yang boleh dikatakan beliau terlibat sepenuhnya dalam isu ini. Dr Mariah pula berbicara tentang polisi dasar parti berkenaan dengan kedudukan non Muslim dalam Kelab penyokong.

Adapun aku pula dijemput, untuk menyampaikan tazkirah. Apabila disebut tazkirah, sudah pasti aku tidak berbicara soal isu semasa secara penuh, tetapi berbicara tentang Islam, disulami sedikit sebanyak tentang isu-isu terkini.

Aku memulakan bicaraku dalam tazkirah dengan menggambarkan asas Islam yang meletakkan asal manusia dari Adam. Kemudian berbangsa-bangsa dan berkabilah-kabilah menerusi firman Allah dari surah Al-Hujurat, ayat ke 13.

Kemudiannya, aku mengupas ayat itu dari sudut kemanusian dan keadilan islam. dicampurkan pula sirah Nabi SAW dan beberapa cerita yang menggambarkan gambaran keadilan yang wujud dalam Islam. kisah omar, Asma’ dan bilal menjadi point utama yang tersemat dalam pemikiranku ketika menyampaikan tazkirah.

Semasa menyampaikan tazkirah, aku memerhatikan wajah-wajah pendengar dari kalangan Non Muslim, ternyata mereka menunjukkan reaksi yang positif, dan tergambar wajah-wajah mereka sedang memerhatikan setiap patah perkataan yang aku ucapkan. Dengan tidak tergambar watak boring dan mengantuk dari mereka, menyebabkan aku berasa berpuas hati.

Setelah habis program, sesi santapan berbuka puasa bermula. Aku ditempatkan duduk bersama dengan YDP PAS Kota Raja, Cikgu Jaafar, Naib YDP PAS Kota Raja, Haji Tarmizi bersama-sama 3 orang lelaki berbangsa india, dan 2 orang lelaki berbangsa Cina.

Dalam perbualan kami itu, aku terasa seakan-akan sesuatu perkara yang pelik, kerana dikalangan mereka sendiri tidak mengulas balik isu politik yang telah dibentangkan oleh para YB, tetapi menariknya kerana mereka mengupas balik isu-isu keadilan Islam yang telah aku kupas dalam tazkirahku tadi, seperti kisah Asma’ binti Abi Bakar dan kisah Omar bin Al-Khattab.

”Saya sangat suka, bila Ustaz ada cakap, ramai orang hari ini mengaku beragama islam, tapi perbuatan mereka sebenarnya tidak Islam” Setiausaha kelab penyokong PAS kota Raja berbangsa India berkata sambil gelak.

Aku tersenyum, disamping hadirin sehidanganku ketawa kecil mendengar celoteh Setiausaha Kelab Penyokong Pas itu.

Padaku, apabila mereka lebih suka berbicara tentang keadilan Islam berbanding isu-isu semasa, maka itu merupakan satu kebanggaan bagiku yang tidak terhingga.

Sekian

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), sg Buloh
14 september 2009 * 6:43 pagi

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya rasa terharu membaca,ini la cara berdakwah dgn non muslim,mereka akan rapat dgn kita dan mengenali keindahan islam itu sendiri,bukan macam ini

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/9/13/mstar_berita/20090913152944&sec=mstar_berita

buat malu pas betul.saya rasa pemuda pusat kita sekarang kena overhaul sungguh kalau tidak mereka mungkin akan merosakkan pas in the long run.

Tanpa Nama berkata...

alhamduliLlah,

harap tazkirah yang disampaikn oleh ust., dpt meningkatkn lg kefahaman non muslim ttg cantik & indahnye Islam, agama yg maha lengkap merangkumi seluruh aspek kehidupan, seterusnye akan lebih meningkatkan kyakinn & komited mereka utk bersama2 kita utk meranapkan UBN.

serirasahati berkata...

manakah yang lebih memberi kesedapan pada perasaan?

perkataan yang baik yg meruntun jiwa atau perkataan baik tapi menyakitkan rasa ?...sedangkan kedua-duanya 'baik' belaka pada nilaian kita.

selamat berdakwah semoga dimudahkan oleh Allah...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah saudara...

Bgai saya yg berada di luar negera dikalangan majoriti non muslim hal hal sebegini amatlah penting untuk ditonjolkan.

Walaupun saya berpuasa majoriti teman non muslim menghormati dan ikut makan sekali ketika iftar.

Kalau mereka hormati kita begitu juga kita kena hormat mereka. Siapalah kita disisi Allah...hanya insan yg kerdil.

IbnuBasir

Unknown berkata...

Terima kasih AF Ustaz diatas Tazkirah Ust kepada non-muslim anjuran LPN Kota Raja semalam.

Kami berkongsi kegembiraan yang amat sangat atas respon setiap dari non muslim yang diatas tazkirah ustaz semalam.

Satu permulaan yang amat baik dan saya dan AJK akan cuba beri lebih banyak peluang pada Ust dan yang lain jika ada kesanggupan utk berbuat demikian.

Moga -Ustyang lain tak rasa geli geleman bila cakap pasal KPP non-muslim dalam mesyuarat PAS Kawasan lepas ini.

Razif
Ketua LPN Kota Raja
AJK LPN BPPNS

dR Backbone berkata...

Tazkirah merupakan satu kaeadah menyampaikan mesej dari seorang kepada ramai orang..