BAGAN PINANG : PANDANGAN PERIBADI TERHADAP KEKALAHAN PAS
Pilihanraya kecil Bagan Pinang sudah berlalu, keputusan juga telah dikeluarkan. Sebelum keputusan dikeluar pun, sudah diagak bahawa PAS akan kalah di DUN bagan Pinang ini. Cumanya, tidak disangka PAS kalah begitu teruk.
Usah disalahkan kepada rakyat, kerana mereka adalah orang bawahan yang sentiasa memerhatikan segala kejadian dikala pilihanraya sedang berlaku.
Dalam pilihanraya ini, aku terlalu acap kali berulang-alik ke Bagan Pinang. Di sana, aku sering ke kedai-kedai kopi dan sekitar perkampungan, memerhatikan mood rakyat terhadap pilihanraya yang sedang berlaku.
Di ceramah-ceramah BN dan PAS, juga aku hadiri, untuk mengetahui keadaan dan sokongan rakyat tempatan terhadap PAS.
Di awal pemerhatianku, aku sudah menjangkakan bahawa PAS akan kalah, disebabkan banyak factor. Antara yang aku ingin berkongsi bersama adalah seperti berikut;
FAKTOR CALON
Aku tidak mengenali calon PAS yang merupakan pesuruhjaya PAS negeri Sembilan itu secara dekat. Setelah perlantikan beliau sebagai calon, mungkin aku baru agak mengenali beliau, waima hanya melihat dari jauh sahaja.
Ramai pengundi-pengundi mendakwa beliau seorang yang ‘sombong’. Malahan, kedengaran juga dari sebilangan pengundi-pengundi cina yang menyebut, “ini orang banyak sombong maa!!”.
Walau kedengaran dari mulut pengundi berbangsa cina, tetapi PAS tetap mendapat undi mereka, ini disebabkan factor kebencian cina kepada BN sudah tahap yang susah mahu diubatkan lagi. Ditambahi lagi, parti MCA yang kononnya mewakili bangsa Cina di Malaysia sedang EGM, menampakkan BN sudah tidak dapat memberikan harapan kepada mereka.
Pun begitu, terpanculnya perkataan ‘Sombong’ dari mulut pengundi cina tersebut, sedikit sebanyak ia merupakan tafsiran umum bagi kandungan isi hati pengundi-pengundi di Bagan Pinang terhadap calon PAS pada kali ini.
Begitujuga, pilihanraya kecil kali ini, memperlihatkan kekarismaan Calon BN dalam menarik undi rakyat terhadap beliau berbanding Calon PAS. Mana tidaknya, Isa Samad sering sahaja kelihatan menjawab dan menyerang isu-isu yang dikemukakan PAS, tetapi Zulkifli tidak kedengaran langsung sebarang isu yang dijawab, atau serangan isu yang dikemukakan oleh beliau.
Mungkin kesenyapan beliau dalam mengemukakan sebarang isu ini merupakan satu strategi, tetapi padaku, strategi itu mungkin amat tepat jika beliau tidak berhadapan dengan isa Samad yang dilihat seperti bijak menjawab, juga mengemukakan isu-isu secara serangan.
ISU PAS TIDAK MENARIK MINAT
Dimaklumkan juga, bagan pinang merupakan tempat kesayangan rakyat terhadap Isa Samad. Ada kawan-kawan memaklumkan, sokongan rakyat Bagan Pinang kepada Isa Samad, samalah seperti sokongan Rakyat Rusila terhadap Tuan Guru Haji abdul Hadi, ataupun sokongan rakyat permatang pauh terhadap Anwar Ibrahim.
Justeru, cara permainan isu di Bagan Pinang tidak boleh sama seperti permainan isu di tempat-tempat yang lain. Dilihat, permainan isu yang dilakukan oleh Salahuddin Ayub dan Dr Zulkifli Ahmad, agak lemah. Tetapi, setelah sebarang isu itu disambut pula oleh Saudara Mahfoz Omar, baru kelihatan sebarang isu yang dibawa agak mencengkam jiwa.
Ini kerana, isu yang dibawa oleh Mahfoz lebih bersifat “memukul gendang untuk menjadikan musuh menari”, berbanding cara ulasan Isu yang dikemukakan oleh Salahuddin Ayub dan Dr Zulkifli Ahmad yang boleh disifatkan “menari dengan gendang mainan musuh”.
UNDI INDIA
India satu bangsa yang amat dikenali sebagai bangsa yang miskin di Malaysia. Mereka mengharapkan pergantungan dari sesiapa sahaja yang boleh membantu mereka.
Di saat PAS hendak berhadapan dengan UMNO/BN di Bagan Pinang, kedengaran isu ‘melayu’ dibisingkan oleh PAS di Selangor, iaitu melibatkan isu selcat.
Tidak dinafikan, isu selcat yang dibangkitkan oleh Hasan Ali ini memang melibatkan kepada pegawai-pegawai kerajaan, tetapi yang pastinya, Hasan Ali sudah dikenali ramai sebagai tokoh politik dari parti PAS yang amat mementingkan melayu berbanding bangsa-bangsa lain. ini dapat dilihat dengan banyak isu-isu di Selangor yang melibatkan beliau. Ditambahi lagi, tindakan hasan Ali bertindak bersuara dalam isu selcat ini dengan alasan mempertahankan pegawai-pegawai kerajaan yang berbangsa melayu, disamping penal penyiasat seperti mewakili bangsa selain melayu, walhal penal selcat itu sendiri terdapat beberapa orang-orang melayu.
Justeru, kehadiran Hasan Ali dengan isu ini, sedikit sebanyak memberi kesan kepada bangsa India yang sedia kala miskin dan susah. Apabila mereka sudah tidak dapat mendapat lindungan dari PAS, sudah pasti mereka akan mencari lindungan dari parti lain. lebih-lebih lagi, ketika itu Najib baru sahaja merasmikan parti Makkal Sakti.
Isu Hasan Ali ini tidak boleh dirujuk kepada bangsa cina, kerana bangsa cina tidak seperti bangsa India. Cina adalah bangsa yang sudah diketahui umum, mempunyai kuasa ekonomi yang tinggi, disamping ramai dari kalangan mereka mempunyai latar belakang pengajian yang agak tinggi, waima dari universiti swasta sekalipun.
Lebih-lebih lagi, orang Cina ini mempunyai satu parti yang sudah umum kelihatan seperti parti yang mewakili bangsa mereka, iaitu DAP, waimma dasar DAP adalah Malaysian Malaysia yang tidak dikhususkan kepada bangsa Cina sahaja.
ANAK MUDA
Anak-anak muda tidak berbelah pihak kepada PAS. kita dapat melihat, mood anak muda lebih kepada BN. Keadaan ini berlaku, kerana pemuda-pemuda PAS tidak kelihatan seperti mesra anak muda, sebaliknya ramai yang hadir seperti mujahidin yang hadir ke bumi Afghanistan untuk mencari tentera Rusia yang menyerang Bandar Kabul.
Adapun BN, mereka mengambil sikap berkawan dengan anak-anak muda. Diberikan duit kepada mereka, untuk diarak bendera BN. Justeru, tidak hairan ramai dari kalangan mereka membawa bendera BN dan seterusnya tindakan tersebut melahirkan satu pandangan anak-anak muda yang lain untuk mereka menyokong BN, berbanding PAS.
Merupakan satu kesilapan besar, apabila ketua pemuda PAS Pusat, Ustaz Din Tantawi didakwa menyebarkan satu sms yang mengajak berjihad. Tidak diketahui, benarkah sms itu datang dari Ustaz Dan Tantawi atau tidak. Yang pastinya, Ustaz Din Tantawi tidak pernah menafikannya.
Tidak dinafikan, sms tersebut memang mengajak kepada Islam (sila klik), tetapi ternyata ia amat tidak tepat disebarkan di Pilihanraya Bagan Pinang, kerana ia boleh mengundang seribu satu spekulasi musuh, yang sudah pasti PAS disinonimkan sebagai parti Taliban amat kuat.
Justeru, Pemuda PAS perlu menjadi sebuah badan pemuda yang bersifat ”Cool yang tidak skema” bagi mendekatkan diri dengan anak muda. Tetapi, sekiranya pemuda PAS masih lagi terus dalam bentuk ”mat skema yang tidak cool”, sampai bila pun anak-anak muda agak susah hendak mengikut Pemuda PAS.
Sekian
P/s : aku agak bersetuju (walau tidak 100 %) dengan satu komen yang dihantarkan kepadaku. Komen tersebut adalah seperti berikut, ”Akhirnya rakyat di Bagan Pinang menolak PAS, menghalau keluar ke kg halaman masing... Maaf, tp sekiranya anda pergi ke Bagan Pinang, sememangnya penyokong parti PAS lebih ramai ttp dtg dr luar negeri sembilan, sikap amat agresif seperti niat bukan berkempen ttp berperang, membaling batu hingga mencederakan org lain termasuk wanita dan wakil media, provokasi melampau kerana penyokong PAS lebih ramai dr BN. Pd hemat saya, ramai dr penyokong PAS itu sendiri yg tk faham maksud Jihad, mungkin Islam sendiri... -Mazda6, N9”
Wallahu ’Alam
PATIK MOHON SEMBAH DERHAKA
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah (B), Sg Buloh
12 oktober 2009 * 1:35 petang
6 ulasan:
Ada betulnya analisa sdr,tapi jgn lupa isu Kg Buah Pala di PP,siapa tidak tersentuh hati kalau kaumnya dibuat begitu?ai takkan kerana Lim G E kat sana kelu lak lidah nak sebut.Ni sebenarnya yang banyak mempengaruhi dari isu selcat.
Isa samad banyak budi pada Cina di PD,berapa banyak ladang dia bagi?ruimah dia betul-betul tepi kem dan dia memang berada disana sepanjang masa,org Pd memang serasi ngan dia.Dari segi PR jauh Isa kedepan.
Isu rasuah? rasuah politikl wang ni kurang makan...ANWAR JUGAK BEKAS PERSUAH(WALAUPUN CARA PENDAKWAAN DIPERTIKAIKAN) sepatutnya isu ni tak payah gunalah.
Kemenangan banyak kali melalaikan.
PD ialah kubu BN-cuma maj kali ni banyak sgt tgk je la undi pos bagaimana...............takkan nak salah hasan Ali jugak.hahahahha
Apapun semua kajian ni takde satu pun berfakta kajian semuanya ikut naluri memasing dan kepentingan memasiang dalam berpuak..biarpun satu parti..
first time aku baca ulasan kau dan aku xdpt cr kebencian kau terhadap BN sepeti sblm2 ni...
penyokong pas zaman skrg ni memang melampau..dah lari jauh dr landasan islam
dahla ulasan macam tak cukup akal tak pasal pasal hasan ali jugak yang kono..padahal orang tua tu tkde buat isu pun kat sane..lagi satu ape yang menarik pasal kmen tu pun aku tak tau..kau ni kalau setakat datang melancong tak buat kije tak payah citela orang yang ada mata dok situ sehari pun dah cukup buleh nampak keganasan budak budak mat rempit BN buat kacau pada petugas PAS..alahai wan ji kau ni memang dah buta hati la gamaknye sebab dah banyak sangat makan gaji dari orang pantai timur..ape punye bangangla kau ni..
Salam Sdr,
mungkin pas perlu lebih BERUSAHA membuat tazkirah kepada semua ahli2nya disemua peringkat untuk lebih faham konsep SAYANG akan saudara sesama Islam dan ehsan kepada sesama manusia. Ini adalah teras cara kepimpinan Rasulullah saw.
mungkin pemimpin pas lupa bahawa cara Rasulullah memimpin masyarakat Muslim dan bukan Muslim di Madinah adalah berlandaskan kasih sayang sejagat dan keadilan sejagat tidak mengira apa agama yang dianuti dan apa bangsa masyarakat Madinah ketika itu. Atas kefahaman dan keyakinan kepada konsep pemerintahan sebegini maka, Islam berkembang maju.
malaysia ialah satu negara yang punyai berbagai jenis bangsa yang mana telah kita warisi dari inggeris dulu. maka, tidak boleh kita nafikan kenyataan kehidupan ini.
bagi melaksanakan cara pemerintahan begini, perlu kepada pemeimpin yang berjiwa besar dan berfikiran besar juga. orang yang sebegini boleh sentiasa tersenyum dan mudah untuk berjumpa dan dibuat rujukan. ada orang yang sebegini didalam pas, seperti TG sendiri dan DS Nizar. untuk meramaikan lagi jumlah yang sebegini adalah cabaran tetapi mesti diutamakan disemua peringkat saf pas dikedua2 bahagian termasuk muslimat.
biarlah ahli pas itu dikenali umum sebagai kalangan orang yang muka manis selalu tersenyum, mudah dihubungi, mereka yang dahulu menghulur tangan untuk bersalam, senang untuk dirujuk dan bercakap walaupun mungkin cara pakaian mereka kadang2 menakutkan (iaitu kopiah dan berjanggut serta bertudung labuh dan jubah tebal). ini semua kebajikan. akhlak yang indah itu kebajikan. akhlak yangbaik muka yang jernih itu datang dari hati yang ikhlas. hati yang ikhlas itu kebajikan.
pas tidak boleh mengalahkan umno atau parti duniawi lain dengan menggunakan duniawi. kerana pas tidak banyak sumber duniawi.
pas boleh mengalahkan umno itu dengan keihklasan hati budi ahli2 dan pemimpinnya serta kebajikannya. kerana apa yang ingin dicapai oleh pas ialah AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR! Bukannya DUNIAWI!
mencapai AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR adalah usaha murni pas dan melaksanakannya itulah kuasa yang hendak dipegang oleh pas. mencapai kepada kuasa itu, pas perlu berahklak mulia, tidak boleh short-cut dalam hal ini. "SAYANG" ialah kata kuncinya. Sayang kepada Rasulullah, maka ikutilah dia. Inilah asas kepada kejayaan.
Allah menjanjikan kemenangan kepada umat Islam tetapi bukan sedang umat Islam itu sombong bongkak dan kasar budi pekertinya.
memang elemen kaum dimalaysia suatu yang merungsingkan kerana setiap kaum mahu kepentingan masing2 dititikberatkan oleh pemerintah. tetapi pas dalam hal ini kena berpandangan luas dan berdada lapang. ilmu yang diperolehi dari pelbagai sumber kena dipraktikkan. ambillah contoh dari rancangan NGEO tentang "the human family tree - genographica" yang mengisahkan tentang asal usul manusia yang akhirnya berpunca dari satu tempat dan satu kaum - Afrika. kita ini akhirnya hanyalah satu kaum sahaja.
inilah jalan kepada pas untuk memahami konsep memerintah didalam negara berbilang kaum seperti malaysia ini.
Semoga kejayaan menuju kuasa pemerintahan mutlak semakin hampir hendaknya.
-rakyat selangor-
sms tu, jika benar dr tantawi, memang tak tepat. sebab aku rekomen dia belajar sikit2 bab gs dlm politik. setahu aku pas ganu hebat bab ni. pgs pusat pun ketuanya orang ganu. harap2 yang dok attack peribadi isa samad gila2 tu bukan idea pgs pusat... gs beza ngan ps, harap pgs pusat tahu mana yang patut diguna dan bila...
Assalamualaikum,
Pilihanraya kecil BP telah berlalu, dan keputusannya berpihak kepada Umno BN. Apa pun selepas pilihanraya tu banyaklah komen yang kita dengar dan baca, umpama 'rumah dah siap pahat berbunyi'.
Pada pendapat saya, PRU 2008, BP milik PAS, namun PAS di kawasan tersebut agak leka dengan kemenangan itu, tiada usaha atau program untuk mendekati pengundi. Sepatutnya pihak berkenaan kena mainkan peranan usaha tersebut mesti berterusan, jangan bila nak hampir PR barulah nak buat program dan cuba mendekati rakyat yang sudah terabai begit lama.
Wallahualam
Catat Ulasan