Sabtu, 17 Oktober 2009

SATU HARI DI KBMALL, KELANTAN


SATU HARI DI KBMALL, KELANTAN

Dalam hari raya baru-baru ini, aku pulang ke kampung isteriku di Jerteh. Sehari sebelum menyambut hari raya, aku bersiar-siar sekitar Kota Bharu.

Aku bercadang untuk berbuka puasa di medan selera KBMall yang berada di tingkat yang paling atas. Sementara hendak menunggu waktu berbuka, aku berjalan dan bersiar-siar dalam bangunan KBMall.

Aku berhenti berehat di salah satu sudut dalam bangunan tersebut. Disamping itu, aku melihat orang lalu lalang, dan memerhatikan gelagat manusia yang berbeli dan ada juga yang bersiar-siar sepertiku. Sedang asyik memerhatikan gelagat manusia, tiba-tiba datang seorang anak gadis cina menyapa, ”abang sudah pakai Celcom?”

”Oooo.. orang celcom rupanya” hatiku berkata.

Kelihatan seorang anak gadis berbangsa cina menegur untuk mencadangkan kepadaku agar menggunakan nombor telefon Celcom. Sambil tersenyum aku membalas, ”Saya sudah pakai nombor celcom maa!” jawabku dengan loghat selangor.

Kebiasaanku, apabila berjumpa dengan orang yang mampu berloghat kelantan, pasti aku berbicara dengannya dalam loghat kelantan juga. Tetapi, disebabkan terbiasa dengan loghat negeri Selangor, aku membalas pelawaan anak gadis cina itu dalam loghat selangor tanpa aku sengaja. Rupa-rupanya, apabila aku membalas pelawaan itu dengan loghat selangor, menyebabkan anak gadis itu berkata, ”Awak bukan orang kelate ker?”

”eh tak lah.. saya ore kelate, tapi tinggal di Selangor” jawabku

”Ooo. Awak balik kampung la ni?” tanyanya sambil melemparkan senyuman manis.

”ya..” jawabku ringkas, sambil membalas senyuman anak gadis cina itu.

sambil membetulkan buku yang dipegang, dia bertanya lagi, ”Oooo. Gitu ko.. Kampung mmano?”

”jerteh”

”jerteh bukan Kelate la, kan itu kat teganu” balasnya dengan loghat kelantan fasih. Jika tanpa melihat wajah, sudah pasti kita akan kata dia bukan anak cina.

”Saya kelahiran kelate, tapi mertua saya tinggal di Jerteh”

”Oooo..... awak kerja di selangor ko?”

”aah ah”

“awak kerja apa?”

Soalan ini agak susah untuk aku menjawabnya. Aku pun mengeluarkan kad business dan menghulurkan kepadanya.

”Editor Syariah itu apa?” soalnya sambil membaca kad businessku..

Aku tersenyum dengan soalanya itu. aku menjawab, ”editor syariah itu, kerjanya tulis buku-buku islam. kalau ada kesilapan pada terjemahan dan tulisan ayat al-Quran dan hadis yang tidak tepat, saya akan betulkan” jawabku panjang lebar.

“Oooo, gitu koo” katanya sambil dia tidak habis-habis memerhatikan baju T-Shirt yang aku pakai- yang terpampang gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

“saya mahu tanya sikit, tapi awak jangan marah” sambil dia berpaling tengok ke belakang. Mungkin dia sedang memerhatikan kawan-kawannya yang sedang perhatikan perbualan kami dari jauh.

Aku melihat ke arah mereka, sambil itu aku berkata, “awak nak tanya apa? Saya tak marah punya”

“awak orang PAS kan?” tanyanya sambil meleretkan pandangan matanya kepada gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz di baju T-Shirtku.

Aku ketawa kecil bila ditanya dengan soalan itu, ”ade ke orang UMNO pakai baju ada gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz?” tanyaku

”kami ore cina sayang sangat Tok Guru” cakapnya

Aku tergamam sekejap. Tidak semena-mena, aku merasa kagum kepada anak gadis cina itu. Dari wajahnya, aku beranggapan anak gadis cina ini baru berumur dalam awal 20 an. Selalunya, anak-anak muda seumur itu, tidak mengambil tahu sangat tentang tokoh-tokoh politik, terutama mereka yang berbangsa cina. Tiba-tiba, anak gadis semuda itu, boleh melemparkan ayat kekagumannya terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

”berapa umur awak?” aku bertanya

”19 tahun” jawabnya.

”kenapa awak sayang sama Nik Aziz?” tanyaku

”bapa dan ibu saya selalu puji Tok Guru.. mereka cakap, Tok Guru orang baik.. dia macam dewa” jawabnya ringkas.

”emmm... saya kagumlah sama awak.. awak anak gadis muda, tapi awak tidak buta politik” kataku sambil tanganku memegang bajuku yang terpampang gambar Tuan guru Nik Abdul Aziz.

Dia tersenyum bila aku berkata begitu..

”erk... tak pe la..kawan-kawan sudah tengok pelik sama saya.. ok.., bye..bye” sambil dia melambaikan kepadaku.

Kebetulan itu, memang sudah tersimpan dalam begku sebuah buku yang bertajuk ”Bidadari dari timur” yang sedang elok menceritakan tentang perjalanan hidup Datin tuan Sabariah, Isteri Tuan Guru dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

”nanti jap.. sebab awak suka sama Tok Guru Nik Aziz, saya mahu kasi awak hadiah...” sambil aku buka begku yang berwarna askar, dan menghulurkan buku itu kepadanya.

Sambil tersenyum dia menerima..

”apa agama awak?” tanyaku

”Buddha” jawabnya ringkas...

”mudah-mudahan awak suka buku ini” aku mengakhiri pertemuan kami itu..

Aku pun berlalu pergi, sambil itu kelihatan dia melambai tangan sambil mulutnya menyebut, ”bye..bye”

Aku tidak membalas lambaian itu, Cuma sekadar mengangkat tangan sambil membalas senyumannya sahaja. Dalam hatiku berkata, "minta la budak cina ni masuk Islam"

Sekian

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
18 oktober 2009 * 5:12 pagi

25 ulasan:

ajis berkata...

elok la tu..."dewa"kanlah nik aziz.
dialah wali....dialah nabi
org2 seperti anda dan perempuan cina tu lah yg menyebabkan nik aziz menjadi angkuh dan ujub dgn kehebatan dirinya.

Al-Bakistani berkata...

dengki ker?

ana ada rasa juga nak puji najib, tetapi bila nak puji jer. blackberry ana kena hantar kpd pakar untuk cuci sbb terkena muntah.

sekian

al-bakistani

Tanpa Nama berkata...

wAH! dah taraf dewa ah nik aziz ni patutla bleh bagi masuk syurga.. hati2 bang.

Tanpa Nama berkata...

Undi Pas bermakna undi Dap...Undi Dap bermakna undi Komunis.

Undi Pas bermakna undi Pkr...Undi Pkr bermakna undi Yahudi..

undi Pas akan jadi Yahudi Komunis!!!!

tinggalkan pas kita selamatkan Melayu dan Islam....

Al-Bakistani berkata...

pertama:

undi umno bermakna undi firaun. sbb umno zalim lebih daripada firaun. undi umno bermakna undi namrud, sbb umno lebih jahat dari namrud. undi umno bermakna undi abu lahab, sbb umno lebih jahat dari abu lahab.

kedua:

puak2 umno sedang ditimpa dengki teramat sangat, sbb tiada seorang pun pemimpin mereka yang baik. yang ada, perangai yang baik setara firaun, namrud dan abu lahab.

kalau nak suruh orang puji pimpinan umno, suruh umno tukar dasar daripada kebangsaan kepada islam.

sekian

wallahu 'alam

Al-bakistani

dgrappler berkata...

Salam

Kesian ana tengok orang-orang UMNO ni ustaz, kenapalah diorang benci pada ulamak tapi baik pada orang fasik. Orang bukan Islam pun faham perbezaan dua jenis orang ni.

By the way, ana nak try jalan pakai baju TG jugalah bila pi KB Mall nanti. Selalu pi tapi takpernah ditanya ana ni orang PAS ke apa, hoho.

Seronok berbual ngan orang cina kelantan sebab boleh borak loghat kelate pekat. Xyoh nok tukar2 loghat doh ^^

Nizam Mahmud berkata...

Pasal dewa-dewa ini saya teringat kepada apa yang pernah saya baca mengenai kaum-kaum terdahulu.

Ingat kah kita pada Latta dan Uzza, berhala terkenal pada masa sebelum Islam di Makkah?

Berhala ini, kalau tidak silap merupakan ulamak-ulamak dari zaman Nabi Ibrahim alaihisallam.

Ulama-ulama ini, saya percaya bahawa mereka mengajarkan yang benar iaitu agama tauhid. Tetapi setelah mereka meninggal, para pengikut telah membuat patung-patung. Zaman berganti zaman, akhirnya bukan Allah yang disembah tetapi berhala-berhala ini pula disembah, kononnya sebagai 'perantaraan' kepada Allah.

Ini berlaku, pada pendapat saya, bukan saja pada kaum Nabi Ibrahim tetapi juga kepada pengikut ratusan ribu Nabi yang pernah ada di muka bumi ini. Ajaran sebenar akhirnya lenyap dan akhirnya samada Nabi itu ataupun ulama-ulama zaman itu pula yang disembah.

Kalau kita pelajari agama Buddha sebagai contohnya, kita dapati banyak ajaran tentang hati dan roh kita yang persisnya sama seperti yang diajarkan Nabi.

Menjadikan kita bertanyakah siapakah Buddha ini sebenarnya, dan apakah yang sebenarnya terjadi sepanjang ribuan tahun ini hinggakan ajaran nya itu begitu rupa?

Membaca tentang Dewa-dewa Hindu juga menimbulkan persoalan yang serupa. Apakah mereka ini sejarahnya sama dengan Latta dan Uzza yakni ulama-ulama yang mengajarkan tauhid tetapi kemudiannya diselewengkan sedikit demi sedikit dan akhirnya penyelewengan menjadi banyak setelah ribuan tahun lamanya hingga tidak dapat dikenali ajaran asal nya?

Tidak heran lah jika seorang yang bukan Islam seperti amoi tadi menganggap Tok Guru Nik Aziz sebagai Dewa. Sebabnya adalah agak banyak Dewa-dewa mereka itu asalnya manusia yang mempunyai kebolehan istimewa.

Tetapi sebagai orang Islam, kita tahu bahawa Tok Guru Nik Aziz adalah makhluk seperti kita juga. Maka mudahan doa saudara termakbul, agar amoi itu dapat melihat bahawa kesyukuran dan sanjungan itu patutnya diberikan pada satu Dewa saja, yakni yang maha pencipta, dan yang satu-satu nya dan tiada tara nya.

Kalau saya jadi saudara, saya mungkin akan jawab "Saudari patut terima kasih pada satu Dewa Agung yang suruh Tok Guru jadi macam itu. Tok Guru jadi macam itu pun sebab ikut apa yang dia perintah kan"

Dakwah mungkin kena ikut bahasa diaorang gak. Hahaha.

Wallahualam.

Nizam Mahmud berkata...

Ulama-ulama ini, saya percaya bahawa mereka mengajarkan yang benar iaitu agama tauhid. Tetapi setelah mereka meninggal, para pengikut telah membuat patung-patung. Zaman berganti zaman, akhirnya bukan Allah yang disembah tetapi berhala-berhala ini pula disembah, kononnya sebagai 'perantaraan' kepada Allah.
--------

Sedikit Nota: Dari pembacaan saya, apabila Ulama-ulama ini meninggal, para pengikut telah membina patung-patung dengan alasan untuk mengingati dan atas sebab terlalu sayang pada ulama-ulama ini.

Zaman berganti zaman, generasi berganti generasi, patung yang asalnya dibina untuk menunjukkan penghormatan dan kasih sayang ini akhir di puja dan disembah untuk mendapatkan berkat dan untuk 'perantaraan' dengan Allah.

Menyebabkan saya sendiri tertanya apabila membaca tentang Dewa-dewa dari pelbagai agama, siapakah mereka ini dahulu? Apakah mereka ini dulunya Muslim (beragama tauhid)?

Itu antara sebab saya, walaupun langsung tidak percaya pada kepercayaan mereka, tidak pula mahu menghina atau mencaci yang dikatakan dewa-dewa dan tuhan ini. Takut-takut tercaci orang-orang beriman pula.

Apa pandangan Ustaz?

Al-Bakistani berkata...

sebab bimbang pengagongan terhadap Tuan guru Nik Abdul Aziz, tu yang ana bagi hadiah buku "bidadari dari timur"..

dalam buku tu, ada cerita tok guru solat malam, berdoa dengan Allah sambil menangis minta anaknya, ustaz nik Adli dikeluarkan dari ISA...

mudah-mudahan buku itu, menjadi punca hidayah..

sekian

Wallahu 'Alam


Al-bakistani

k u f a i z berkata...

ajis, tanpanama, dan orangkampung.

apa la U all ni. cina tu bilang tg nik aziz macam dewa. bukannya mendewakan tg nik aziz. aisey... mmg sah komen anda menunjukkan kedengkian anda. dah la blog xde, sah pengecut...

gini ke org umno? bhs mlayu x lpas. apatah lagi bhsa agama anda. anda pergi bilang sama presiden umno suruh solat kat mana2 masjid brjemaah 40 hari berturut2 mudah2an dapat hdayah drp Allah... anda sendiri pun bleh cuba..

mosabit berkata...

salam.....
'orang kampung' (pencacai umno tu) aku selalu jumpa dlm banyak blog...komennya satu tu jer la....main copy phase manjang...kah kah kah .....
jangan kasi malu orang kampung la....orang kampung sekarang tak sebodoh kamu untuk sokong umno mengkhinzir buta....kah kah kah kah ....

hussin berkata...

WHY THE PAKATAN RAKYAT GOVERNMENT WAS BROUGHT DOWN IN PERAK
http://mt.m2day.org/2008/content/view/27901/84/

ZULKIFLI berkata...

Jangan ikut cakap politikus, mereka mengatai TG Nik Aziz angkuh dan sebagainya atas dasar perbedaan fahaman politik. Mereka enggan mengeyakan keulamaan TG Nik Aziz hanya dari aspek politik supaya mereka kelihatan lebih elok daripada TG Nik Aziz, walhal di dalam hati mereka, mereka mengagumi insan bernama Nik Abdul Aziz itu.

Kalian harus hati-hati, TG Nik Aziz bukan dewa malah saya rasa yang didewakan keluarga anak gadis Cina itu bukan Nik Aziz tetapi sifat yang ada pada dirinya.

ShiekhTempang berkata...

ust utk kami x de ke buku free tu, heheh x ka bagi kat dia je kot..

Tanpa Nama berkata...

nampaknya org2 bilik perang KJ dah mula bergerak ke blog2.

hussin berkata...

kuFAIZ,

ajis, tanpanama dan orangkampung mendewa2kan mereka2 seperti yang dicatatkan oleh RPK:

"WHY THE PAKATAN RAKYAT GOVERNMENT WAS BROUGHT DOWN IN PERAK."
http://mt.m2day.org/2008/content/view/27901/84/).

kot depa tak faham bahasa inggeris, rajin2ah jenguk kat sini:
http://perakexpress.com/www/2009/10/19/mengapa-pakatan-rakyat-perak-dijatuhkan/

pidotz berkata...

dalam kes amoi cina ni, serupa jgk dgn kwn cina ana msa plkn dlu...
org yg dia kagumi adlh TGNA..
sbbnya dia bleh dr kecik smpai ke bsr, parent dia klu sbut psl TGNA msti brkaitan dgn perkara2 yg baik..

mudah2an, mreka ni akn dpt hidayah hasil dr qudwah hasanah yg dtunjuk oleh seorg pemimpin.. Amiin

Anonymous berkata...

helo bakistani,
hang punya pemikiran tahap bangla jual carpet.
kalau UMNO tukar perlembagaan drp kebangsaan kpd Islam pun belum tentu mrk tu betol.
kalau atas kertas saja yg tukar tak da gunanya.
sebab tu aku heran, apasal nik aziz beriya-iya suh UMNO tukar dasar dari kebangsaan kpd Islam sebelum nak bincang dgn PAS..
PKR dan DAP tak tukar pun boleh bincang dan tidor sebantal plak???

seri rasa hati berkata...

salam,

anony 08:20

DAP tu party kafir....tak ada keimanan terhadap ajaran Islam....fahamkan dulu kebenaran dan keindahan islam kepada mereka sebelum menyuruh mereka menukar dasar parti.Maka kerjasama dgn DAP adalah nak 'tunjukkan' molek dan bagusnya Islam.

PKR dasarnya adil...sedang keadilan itu sangat dituntut dlm islam. Jadi tidak bercanggah dasar adil dan dasar Islam yg dibawa pas.Maka pas kerjasama.

UMNO itu yang dasarnya kebangsaan adalah sangat dicela dan ditolak dalam Islam.Islam melarang perjuangan kerana bangsa maka UMNO kena tukar dasar kebangsaannya itu.

PondokDungunTerengganu berkata...

Nik Aziz jadi dewa bukang sebab dia alim, kalu gitu ramai lagi dewa-dewa puok cine kapir boleh semboh. Aku ingat Anwar pung dewa teragung tahap gabang. Nik Aziz jadi dewa cine kapir sebab Nik Aziz tok buat amar-makruf-nahi-mungkar dengang cine kapir & terlebih-lebihnye hormat kepada puok kapir ning sapa semuanye betul pada mereke itu.

Jangang duk bawok kisoh hok tok leh nok jadi iktibar. Habih sesat oraang.

PondokDungunTerengganu

k u f a i z berkata...

bismillah...

dear pondokdungunterengganu,

bakpe la mu ni x faham sangat. mu ngaji islam dalam2 dulu baru la kate2 mu tu jadi betul. kalu mu nak amar makruf nahi mungkar orang kafir. mu g ar rumoh die ketuk pintu satu2, ajok dia masuk islam. aku nak tengok mu ni buat ke x atau nk ngate je...

TGNA ada cara dia nak dkwah orang kafir. cara hikmah. tapi masalahnye mu ni orang x faham... aduh...

wallahua'lam

maaf atas kata2 aku yang hina ini. moga Allah membenarkan yang benar.

FZY berkata...

PondokDungunTerengganu x dpt ambil iktibar kerana saluran hati tersumbat.., kerana maksiat yg menebal... Wallahu'alam

FZY berkata...

kalau x nk ambil iktibar.., x perlu ambil..., baca saja sudah. x pun ambil iktibar drpd kisah hidup Najib Tun Razak...

Tanpa Nama berkata...

hahaha... macam-macam hujah dungu puak2 pencacai ni, kate bodoh agame kang maroh ke kite, kate bengong kang dok suke, pehtu nak wak gane, hujah bodoh piang jugak yang die ambil "dewa nik azizlah" itu lah inilah. awat hang bodo sangat nih? ust takkan nak kena bagi kuliah pasai nih. hahahaha..... syabas ust teruskan. lantak pi kat pencacai2 nih. buat geli perut je dalam nih sebab bodoh tahap longkang.

Tanpa Nama berkata...

hehehe.... klako pencacai2 nih, dahla dibayor, masuk pulak ke perangkap hehehehe.... lepaskan aje ust komen2 depa, kita wat gelak lepas ngaji hehehehe..... walau tak tgk tv tetap terhibur tgk umat akhir zaman cap umno-bn.