Selasa, 1 Disember 2009

APAKAH INI KEHIDUPAN? (7)

APAKAH INI KEHIDUPAN? (7)

Aku tahu, Abang Aminuddin telefon itu, untuk memastikan jadual kuliahku di tapak pasar Malam Paya Jaras. Aku tidak bersedia untuk memberi jawapan, terutama dalam keadaan yang begitu gamat sekali.

“Hello..” aku mengangkat dan menjawab panggilan Abang Aminuddin.

Tetapi, tidak sempat abang Aminuddin berkata sesuatu pun, aku berkata, “Abang, telefon semula.. ana ada urusan penting sikit la”

“ok..ok ustaz,… minta maaf ganggu” jawab Abang Aminuddin ringkas, seraya aku terus memutuskan hubungan telefon.

Kereta estima Abang Ali meluncur laju menuju ke arah Jalan Rakan, Taman Rakan. Pun begitu, dalam perjalanan, berlaku sedikit jem. Perjalanan agak perlahan.

Hatiku berdebar-debar, apabila aku melihat jam tangan sudah mencecah 12:26 tengahari.

”tadi Doktor Ika bagitau, Aini bagitau kat dia, yang budak-budak tu akan balik ke rumah dorang pukul 12. sekarang dah dekat pukul 12 setengah. Mesti, budak-budak tu ada kat rumah tu kot” Aku berbicara sambil melihat Abang Ali yang sedang memandu.

”kalau kita dapat tangkap dengan budak-budak tu sekali, itu lagi senang” jawab abang ali berani.

Aku tersenyum dengan jawapan Abang Ali yang sudah terkenal dengan keberanian dalam bertindak, terutama dalam perkara yang berkaitan dengan agama.

Keberanian Abang Ali ini, agak iras dengan keberanian Khalid bin Al-Walid dalam melawan musuh-musuh Islam di zaman Rasulullah SAW. Itu yang aku fikirkan tentang Abang Ali sejak beliau bercerita tentang beberapa tindakannya dalam melakukan amar makruf dan nahi mungkar di sekitar Cheras dalam dua tiga bulan yang lepas.

JALAN RAKAN

Kami sampai di Jalan Rakan, Taman Rakan. Di situ terdapat kawasan perumahan. Kami sampai di jalan rakan 2. Kelihatan kawasan perumahan yang terurus. Sedangkan, di sebelah kawasan perumahan Jalan rakan 2 itu, terdapat kawasan perumahan yang lain, tetapi rumah-rumahnya agak usang dan tidak terurus.

”kawasan ini kot yang dimaksudkan oleh Aini” cetusan hati kecilku.

”tapi, tak ada himpunan kayu-kayu pun” hatiku berkata-kata lagi, sambil terfikir dengan apa yang Aini bagitahu, bahawa dia nampak himpunan kayu-kayu di tempat yang dia dikurung itu.

Abang Ali memandu kereta ke kawasan itu. kemudian, pusing balik. Keluar dari kawasan tersebut.

”mengikut pada cerita Aini yang dia bagitau kat Doktor Ika, rumah tu bukan rumah macam ni. Ia rumah kedai” aku memberitahu kepada Abang Ali.

Sambil berpaling ke arahku, Abang Ali menjawab, ”maknanya, ini bukan kawasannya. Mungkin kawasan lain”

Ketika itu, kereta sedang meluncur laju menuju ke arah lain.

”kita nak ke mana ni abang ali?” tanyaku.

”kita jumpa ngan haji rahman. Dia ada dah kat sana. Kita pergi jumpa dia dulu” jawab abang ali.

Aku mengangguk setuju.

Dalam perjalanan, kelihatan di sebelah kiri jalan sebuah masjid yang dalam projek pembinaan. Di hadapan sikit, ternampak deretan rumah kedai. Aku mengagak kawasan itu. tetapi, keyakinanku hanya 40% sahaja.

Berjumpa dengan Haji Rahman. Beliau menaiki motor yang menjadi kebiasaannya menunggang untuk berulang alik ke masjid.

”haji parking motor tu. Naik kereta sama dengan kami” kata abang ali kepada Haji Rahman.

”ok... aku parking kat kedai tu” balas haji rahman sambil mengisyaratkan tangannya ke arah sebuah kedai runcit.

Setelah parking motor, Haji Rahman terus naik kereta bersama dengan kami. Kami terus meluncur mencari alamat yang dimaksudkan. Tetapi, hampa kerana tidak berjumpa dengan tempat tersebut.

Aku mengambil hpku, dan mendail nama Aini.

”hello Aini,... Aini ada tak nampak apa-apa tanda yang kami boleh tahu, Aini berada di kawasan mana?” tanyaku.

”susah sikit la Ustaz.. dorang ada kat rumah ni ha.. saya duduk dalam bilik ni.. saya takut la ustaz..” jawab Aini dengan suara ketakutan..

”aduhh..... awatlah hang buat suara lagu tu... tak pasal-pasal, aku pula rasa tak tenang. ” hatiku berkata-kata.

”tenang Aini... rilex... dalam 5 minit lagi, ustaz akan telefon Aini lagi. Tapi, Aini chek tengok.. cari apa-apa petanda yang kami boleh agak, aini duduk di mana. Ok?” aku memberi cadangan kepada Aini.

“emm... ustaz selamatkan Aini cepatla.. Aini takut ni” jawab aini..

”ye la.. Kami akan selamatkan Aini cepat, tapi kami tak tahu Aini kat mana.. kami nak tolong Aini dah ni.. tapi, Aini kena tolong kami juga” jawabku sambil memberi semangat.

”emm.. baiklah ustaz” jawab Aini ringkas.

Aku mematikan hpku. Aku melihat Haji Rahman yang duduk di bahagian belakang, sambil aku berkata, ”Kita tengok 5 minit lagi”

Bersambung...

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
2 Disember 2009 * 12:42 Tengahari.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.. Ust.1G

Kesabaran menanti penghujung al-kisah realiti sebuah kehidupan..

Cahaya Kemenangan berkata...

kisah benar ke ni?