Jumaat, 4 Disember 2009

APAKAH INI KEHIDUPAN? (9)


APAKAH INI KEHIDUPAN? (9)

Sesampai kami di Jalan Rakan, kami terus meluru ke arah tempat diberi tanda oleh Zul. Sesampai di situ, kami melihat sekitarnya, mencari-cari tanda-tanda yang dimaklumkan oleh Zul tadi.

”itu Banner warna hijau” aku berkata kepada abang ali dan Haji Rahman sambil tanganku mengisyaratkan kepada satu banner, ”kita pergi dekat sikit, kita tengok apa tulisan yang ada kat situ” sambungku lagi.

Setelah dekat, tulisan yang tercatit disitu adalah, ’kelas pengajian komputer’.

”ha.. memang betul, banner ni” sekali lagi aku bersuara.

Abang Ali terus memberhentikan kereta estimanya di tepi jalan. Aku turun dari kereta bersama haji rahman; memerhatikan petanda-petanda yang lain.

Abang Ali terus parkingkan keretanya pada salah satu tapak parking yang ada pada sudut dari bangunan tersebut.

Semasa abang ali sedang parking kereta, aku yang sedang memerhatikan sekitar kawasan itu. Aku nampak sebuah tokong cina warna merah, dan sebuah papan tanda.

Sedang mencari tanda-tanda yang lain, aku terlihat sebuah papan tanda yang tertulis ”pusat memancing SP 2”, bukan ”pusat welding SP 2”.

”tulisan tu, Pusat memancing SP 2. Zul bagitau, pusat welding” kataku kepada Haji Rahman yang berada disebelahku.

”mungkin pusat Memancing kot. Mana tau, tersalah baca, sebab jauh sangat dia tengok tak clear kot” Kata Haji Rahman bernas.

”betul juga” jawabku ringkas sambil melemparkan senyuman kepada Haji Rahman.

Aku melihat ke arah Abang Ali yang sedang datang ke arah kami.

”ustaz tengok tu, ada kayu-kayu banyak yang dihimpunkan tu” Abang Ali memaklumkan kepadaku ketika sudah hampir dengan kami, sambil mengisyaratkan dengan tangannya ke arah satu sudut yang ada kayu-kayu terhimpun.

”ya.. betul.. maknanya, kita berada di tempat dia dah ni” jawabku, “cumanya, kita masih sangsi, bangunan yang mana satu ni” tambahku lagi.

”cuba Ustaz telefon budak tu” Haji Rahman memberi cadangan.

Aku terus ambil Hp, kemudian terus mencari nama aini. Aku terus mendail no telefon Aini.

”Aini! Awak masih dalam rumah tu lagi ker?” soalku.

”ye ustaz.. Aini dalam rumah ni” jawab Aini cemas.

”ermm....ada sapa-sapa tak dalam rumah tu?”

”tak ada.. Aini sorang jer ni”

”Ok bagus... sekarang ni, Aini boleh tengok kat luar tak? Sebab kami dah ada kat luar rumah tu dah” aku memberi makluman.

”susah la ustaz.. cermin ni kena tutup dengan papan.. hanya ada lubang kecil jer, boleh tengok” jawab Aini.

”ok tak per... ustaz tengah berdiri di depan salah satu bangunan ni, Cuba Aini tengok, Aini nampak ustaz tak.. kami nak confirmkan sahaja, Aini berada di bangunan mana satu” aku memberi cadangan kepada Aini.

”jap ustaz..er er...” jawab Aini, sambil kedengaran bunyi aini sedang memanjat sesuatu.

Aku berdiri di hadapan salah satu bangunan yang kami yakin, bahawa Aini berada dalam bangunan itu. Hujan rintis-rintis mulai turun.

”nampak ustaz” tiba-tiba suara Aini kedengaran menerusi corong telefonku.

”apakah tempat ustaz berdiri ini, tepat dengan bangunan yang Aini.....” tiba-tiba telefon terputus.

”apa hal pula ni?” hatiku berkata.

Aku cuba telefon Aini, tak dapat. dicuba kali kedua dan ketiga, tetap hampa.

Aku mula merasa agak susah hati. Putus asa pun ada.

Tiba-tiba, hpku berbunyi, menandakan satu sms telah masuk dalam inbox hpku.

{btry lemah} kandungan sms daripada Aini.

“alamak… time-time macam ni la, dia nak lemah” aku mengeluh keletihan.

“sabar-sabar, ini ujian kot.. “ hatiku berkata-kata.

Aku terus berjumpa dengan Abang Ali dan Haji Rahman yang sedang berteduh di bawah beranda kedai tersebut.

“kenapa ustaz?” Abang Ali bertanya.

“beteri hp dia lemah la pula..” jawabku

“la.... kenapa jadi macam tu pula... suruh dia cas la” kata Haji Rahman.

Aku terus menaip sms, {Aini cas telefon tu la.. ke Aini tak ada alat cas ?} terus aku send kepada nombor Aini.

Aku tunggu, smsku tidak dibalas-balas. Aku sudah keletihan, maklumlah tidur sikit sahaja semalam. Selepas solat subuh, sampai pukul 7 pagi. Aku bersandar di salah sebuah tiang di bangunan itu. Berfikir, apa tindakan yang sepatutnya perlu aku lakukan.

”baik aku telefon Ika. Mana tau, dia ada maklumat ke, apa ker ?” hatiku berkata.

Aku terus mendail nombor ika. ...

Bersambung....


Al-Bakistani



- Sri Indah (B), Sg Buloh
5 Disember 2009 * 1:13 petang

1 ulasan:

hafizfillah berkata...

assalamualaikum ustaz...

xsabar lak ana nk taw apa akan terjadi...

sabar3...