Ahad, 6 Disember 2009

NAK DAKWAH KELAB MALAM, TAK PAYAH JAIS


NAK DAKWAH KELAB MALAM, TAK PAYAH JAIS

Secara peribadi, Aku sokong Dr Asri berbanding JAIS dalam isu tangkapan terhadap beliau baru-baru ini, dengan alasan tidak ada tauliah, yang kemudiannya jadi isu Wahabi. Dalam isu ini, kita dapat lihat betapa JAIS sudah jadi bangsat tahap gaban.

Tetapi, bila Dr Asri dakwa bahawa beliau nak berdakwah di kelab malam, kemudian dihalang oleh JAIS. Padaku, kenyataan Dr Asri itu mengandungi seribu satu kebodohan lagi dangkal.

Kalau nak berdakwah kat kelab malam, tak payah minta kebenaran JAIS. Pergi sahaja kat kelab malam, jumpa dengan anak-anak melayu yang kedarah arak haram jadah tu. Kemudian “tazkirah” je kat dorang.

Kalau kat Selangor, tempat yang ramai anak melayu Islam minum arak dalam disko terbuka adalah di OU (One Utama). Tempat disko tu, betul-betul bersebelahan jalan dari rumah Exco Agama Negeri Selangor. Kalau tak percaya, cuba pergi pada hari jumaat malam sabtu, dengan hari sabtu malam jumaat. Kat sana boleh tengok, orang melayu Islam kedarah arak depan orang ramai.

Pasal JAIS pula, desak penguatkuasa mereka buat kerja daripada dok makan gaji buta. Cakap kat JAIS, jangan dok debat bab khilafiyyah sahaja, walhal perkara yang disepakati ulama banyak lagi JAIS tak buat.

Nak tangkap orang sebab orang tu Wahabi, itu kerja bodoh. Nak tangkap orang sebab penceramah tak ada tauliah, itu kerja bangang. Sedangkan, sekarang ni, ada anak-anak muda Islam jadi pelacur (tunggukan sambungan artikle ”apakah ini kehidupan?”), orang islam ramai yang minum arak, berpeleseran, dan banyak lagi.

Baca sama:
JAIS tidak halang Dr Asri berdakwah di kelab Malam

Sekian

Wallahu ’Alam

HAPUSKAN BUDAYA WALA’ YANG DICANDUKAN, KEARAH WALA’ ALLAH DAN RASUL

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
7 Disember 2009 * 3;08 Petang

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ust. 1G..

karang panjang sikit kisah tu...

HaHs berkata...

Correct! Corect! Correct!

Saya setuju ustaz.

Tanpa Nama berkata...

Dr MAZA kenalah muhasabah diri. Kenapa semasa menjadi mufti beliau sendiri menggunakan undang undang Negeri Perlis untuk tidak membenarkan pendakwah pendakwah yang tak sealiran dgn mereka dari berceramah di Perlis. Cuba lihat dan dengar sampai habis youtube ini sebagai bukti http://www.youtube.com/watch?v=i9DP5AnE1wg&feature=player_embedded.

Sekarang bila terkena batang hidung sendiri mulalah cakap undang undang itu dan ini primitif lah. Adakah itu adil. Kenapa perlu salahkan orang lain? Semasa dia menjadi mufti Perlis kenapa dia tak memansuhkan saja undang undang tersebut. Lihat ini http://islam.perlis.gov.my/index_files/penguatkuasa.htm )

Seperkara lagi seperti dlm youtube di atas beliau juga ada menuduh pegawai agama JAKIM yang bukan bukan tanpa bukti di mana pegawai JAKIM itu sendiri menafikannya cuma tidaklah di media perdana seperti mana Dr MAZA lakukan. Bersikap adillah

Tanpa Nama berkata...

Seperkara lagi Ustaz Wan Ji. Kenapa Ustaz suka menulis dengan kata kata yang kasar. Tidakkah lebih elok berucap dan menulis dengan lebih tertib. Saya bukanlah penyokong mana mana parti, tapi bila melihat tulisan dan percakapan Ustaz menyatakan UMNO laknatullah 'alaih, berderau darah saya kerana title laknat tu hanya Allah yang berhak memberinya kepada sesiapa yang dikehendakiNya, kenapa Ustaz hendak mendahului hak hak Allah. Saya penduduk di BTHO, selalu juga mendengar ceramah Ustaz di Masjid Al-Amin. Memang orang orang kita suka bila kita menempelak orang lain dengan kata kata kasar dan sindiran yang agak keterlaluan bagi pandangan saya. Maaf kerana tulisan saya ini.