Isnin, 7 Disember 2009

APAKAH INI KEHIDUPAN? (10)

(gambar hiasan)


APAKAH INI KEHIDUPAN? (10)

“Hello.. Assalamualaikum” aku mulakan salam.

”Waalaikumsalam..... ye ustaz ?” Ika menyahut. Kedengaran suara ika, tetapi agak tidak jelas. Mungkin kerana faktor line telefon.

”ada tak, Aini telefon atau sms ngan Ika?” soalku.

”ada.. tapi kenapa ustaz?” ika bertanya.

”ana dah jumpa dah bangunan tu.. dan dia ada dalam bangunan tu, cumanya kami tak confirm jer, dia duduk dalam bangunan yang nombor berapa?” aku memberi penjelasan kepada Ika menerusi telefon sambil melihat Abang Ali yang kelihatan keletihan.

Abang Ali juga sepertiku. Kami tidur lewat. Berjaga sejak dari semalam. Tidur pula sikit sahaja.

“em... nanti ana cuba chek.. apa-apa hal nanti, ana telefon ustaz” balas Ika.

“ok.. apa hal, ika telefon ana tau.. kami dah tunggu lama dah ni” jawabku dengan suara agak seperti putus asa.

SOLAT

Aku melihat jam tanganku, jarum jam menunjukka pukul 2;30 petang.

”kita ni tak solat zohor lagi ni” aku memberitahu kepada Abang Ali dan Haji Rahman.

”pastu, kita macam mana sekarang ni ustaz?” Abang Ali meminta pandangan, sambil melihat wajah Haji Rahman.

”kita pegi solat dulu.. tak solat ni, hati pun tak tenang je bila nak apa-apa kerja pun” jawabku, sambil melihat Abang Ali dan Haji Rahman.

”jom... kita pegi solat” haji rahman menyampuk.

Kami naik kereta abang ali, terus menuju di sebuah masjid sementara; iaitu masjid yang sedang menunggu pembinaan. Sesampai sahaja dari kereta, aku terus menuju ke bilik air, untuk qada’ hajat. Sama juga, Haji Rahman dan Abang Ali.

Setelah itu, aku berwudu’ dan terus naik di atas masjid untuk menunaikan solat zohor.

Sedang berwudu’, tiba-tiba hpku berbunyi. Aku membiarkan hpku berdering sehingga aku selesai berwudu’.

Kelihatan Nama zul termaktub dalam hpku. Aku terus angkat telefon.

”Assalamualaikum..” Zul memberi salam terlebih dahulu.

”walaikumsalam..” jawabku..

”macam mana? Dah jumpa dah?” Zul bertanya.

“jumpa dah bangunan tu, tapi tak tahu je, rumah yang nombor mana satu” jawabku ringkas.

“err... em... bukan dah jumpa dah si Aini tu?” zul bertanya, dengan nada suara kepelikkan.

“memang la.. tapi, hp dia habis bateri.. spoil betul » aku memberi penjelasan..

“yer ke.... pastu, hang dok mana ni?” Tanya Zul.

”kami kat masjid la ni.. tunggu kat sana pun, tak ada apa juga. Baik kami solat dulu” jawabku. Ketika itu, abang ali dan Haji rahman mula naik atas masjid. Mereka melihat aku sedang telefon.

”ok... nanti aku chek.. kalau apa-apa hal, aku bagitau hang” Zul memberitahu.

”ok.. aku nak solat dulu.. ” jawabku. Lepas tu, aku matikan hpku, sambil melihat wajah abang ali.

”kenapa ustaz?” Haji rahman bertanya.

”ustaz Zul yang kerja wartawan tu.. dia nak tahu perkembangan jer” jawabku ringkas.

”oooo..ingat sapa tadi.. nampak macam cemas jer” kata Haji Rahman sambil tersenyum.

Abang Ali pun iqamah. Aku menjadi imam dalam solat antara kami itu. sebelum solat, aku tengok hpku, dan menekan butang agar hp di silentkan.

PECAHKAN?

Selesai solat dan berdoa. Aku pun melihat hpku. Tercatit satu misscall. Aku tengok, rupa-rupanya Ika ada telefon.

Aku terus mendail nombor ika itu.

”assalamualaikum... ” aku memberi salam..

”Waalaikum salam.. Ustaz kat mana sekarang?” ika bertanya..

”kami solat tadi.. ” jawabku.

”patut pun, Aini kata, dia tak nampak ustaz” kata ika, tapi suara agak tenggelam-tenggelam. Kurang jelas.

”apa perkembangan?” aku bertanya

”dia cakap, dia nampak ustaz dah tadi.. dan dia duduk dalam bangunan tu dah.. tapi, dia tak tahu nak buat macam mana nak bagi ustaz Confirm rumah yang nombor yang mana satu” penjelasan panjang dari ika.

“ok... macam ni ika.. suruh dia bagi petanda. Tak pun, suruh dia pecahkan cermin, supaya kami tahu dia duduk kat rumah yang mana satu. Tu jer?” aku memberi cadangan kepada ika..

“em... ye ustaz...”

“ika tolong bagitau kat dia.. ok?”

”ok ustaz, Insya Allah” jawab ika, dan aku terus mematikan telefon.

Aku melihat wajah Abang Ali dan Haji Rahman, ”kenapa Ustaz?” haji Rahman bertanya.

”ana suruh Doktor ika tu cakap kat budak tu, supaya dia pecahkan tingkap tu. Baru kita boleh tau, dia duduk kat rumah mana satu” jawabku.

Abang Ali dan Haji Rahman tak kata apa-apa.. kami terus keluar dari masjid, dan naik kereta abang ali.

Sedang menuju ke tempat Aini dikurung itu, Abang Ali berkata, ”kita pegi makan dulu ustaz, macam mana?”

”Haji Rahman macam mana?” soalku.

”terpulang la kat ustaz” haji rahman menjawab.

Aku tersenyum, kemudian berkata, ”nabi ada cakap, dahulukan makan dahulu berbanding solat isyak.. walau dah iqamat sekalipun”.

Abang Ali dan Haji Rahman ketawa kecil dengan jawapanku itu.

Kami terus menuju ke kedai makan di sekitar itu...

Bersambung...

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 Disember 2009 * 1:32 petang

Ahad, 6 Disember 2009

NAK DAKWAH KELAB MALAM, TAK PAYAH JAIS


NAK DAKWAH KELAB MALAM, TAK PAYAH JAIS

Secara peribadi, Aku sokong Dr Asri berbanding JAIS dalam isu tangkapan terhadap beliau baru-baru ini, dengan alasan tidak ada tauliah, yang kemudiannya jadi isu Wahabi. Dalam isu ini, kita dapat lihat betapa JAIS sudah jadi bangsat tahap gaban.

Tetapi, bila Dr Asri dakwa bahawa beliau nak berdakwah di kelab malam, kemudian dihalang oleh JAIS. Padaku, kenyataan Dr Asri itu mengandungi seribu satu kebodohan lagi dangkal.

Kalau nak berdakwah kat kelab malam, tak payah minta kebenaran JAIS. Pergi sahaja kat kelab malam, jumpa dengan anak-anak melayu yang kedarah arak haram jadah tu. Kemudian “tazkirah” je kat dorang.

Kalau kat Selangor, tempat yang ramai anak melayu Islam minum arak dalam disko terbuka adalah di OU (One Utama). Tempat disko tu, betul-betul bersebelahan jalan dari rumah Exco Agama Negeri Selangor. Kalau tak percaya, cuba pergi pada hari jumaat malam sabtu, dengan hari sabtu malam jumaat. Kat sana boleh tengok, orang melayu Islam kedarah arak depan orang ramai.

Pasal JAIS pula, desak penguatkuasa mereka buat kerja daripada dok makan gaji buta. Cakap kat JAIS, jangan dok debat bab khilafiyyah sahaja, walhal perkara yang disepakati ulama banyak lagi JAIS tak buat.

Nak tangkap orang sebab orang tu Wahabi, itu kerja bodoh. Nak tangkap orang sebab penceramah tak ada tauliah, itu kerja bangang. Sedangkan, sekarang ni, ada anak-anak muda Islam jadi pelacur (tunggukan sambungan artikle ”apakah ini kehidupan?”), orang islam ramai yang minum arak, berpeleseran, dan banyak lagi.

Baca sama:
JAIS tidak halang Dr Asri berdakwah di kelab Malam

Sekian

Wallahu ’Alam

HAPUSKAN BUDAYA WALA’ YANG DICANDUKAN, KEARAH WALA’ ALLAH DAN RASUL

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
7 Disember 2009 * 3;08 Petang

Jumaat, 4 Disember 2009

APAKAH INI KEHIDUPAN? (9)


APAKAH INI KEHIDUPAN? (9)

Sesampai kami di Jalan Rakan, kami terus meluru ke arah tempat diberi tanda oleh Zul. Sesampai di situ, kami melihat sekitarnya, mencari-cari tanda-tanda yang dimaklumkan oleh Zul tadi.

”itu Banner warna hijau” aku berkata kepada abang ali dan Haji Rahman sambil tanganku mengisyaratkan kepada satu banner, ”kita pergi dekat sikit, kita tengok apa tulisan yang ada kat situ” sambungku lagi.

Setelah dekat, tulisan yang tercatit disitu adalah, ’kelas pengajian komputer’.

”ha.. memang betul, banner ni” sekali lagi aku bersuara.

Abang Ali terus memberhentikan kereta estimanya di tepi jalan. Aku turun dari kereta bersama haji rahman; memerhatikan petanda-petanda yang lain.

Abang Ali terus parkingkan keretanya pada salah satu tapak parking yang ada pada sudut dari bangunan tersebut.

Semasa abang ali sedang parking kereta, aku yang sedang memerhatikan sekitar kawasan itu. Aku nampak sebuah tokong cina warna merah, dan sebuah papan tanda.

Sedang mencari tanda-tanda yang lain, aku terlihat sebuah papan tanda yang tertulis ”pusat memancing SP 2”, bukan ”pusat welding SP 2”.

”tulisan tu, Pusat memancing SP 2. Zul bagitau, pusat welding” kataku kepada Haji Rahman yang berada disebelahku.

”mungkin pusat Memancing kot. Mana tau, tersalah baca, sebab jauh sangat dia tengok tak clear kot” Kata Haji Rahman bernas.

”betul juga” jawabku ringkas sambil melemparkan senyuman kepada Haji Rahman.

Aku melihat ke arah Abang Ali yang sedang datang ke arah kami.

”ustaz tengok tu, ada kayu-kayu banyak yang dihimpunkan tu” Abang Ali memaklumkan kepadaku ketika sudah hampir dengan kami, sambil mengisyaratkan dengan tangannya ke arah satu sudut yang ada kayu-kayu terhimpun.

”ya.. betul.. maknanya, kita berada di tempat dia dah ni” jawabku, “cumanya, kita masih sangsi, bangunan yang mana satu ni” tambahku lagi.

”cuba Ustaz telefon budak tu” Haji Rahman memberi cadangan.

Aku terus ambil Hp, kemudian terus mencari nama aini. Aku terus mendail no telefon Aini.

”Aini! Awak masih dalam rumah tu lagi ker?” soalku.

”ye ustaz.. Aini dalam rumah ni” jawab Aini cemas.

”ermm....ada sapa-sapa tak dalam rumah tu?”

”tak ada.. Aini sorang jer ni”

”Ok bagus... sekarang ni, Aini boleh tengok kat luar tak? Sebab kami dah ada kat luar rumah tu dah” aku memberi makluman.

”susah la ustaz.. cermin ni kena tutup dengan papan.. hanya ada lubang kecil jer, boleh tengok” jawab Aini.

”ok tak per... ustaz tengah berdiri di depan salah satu bangunan ni, Cuba Aini tengok, Aini nampak ustaz tak.. kami nak confirmkan sahaja, Aini berada di bangunan mana satu” aku memberi cadangan kepada Aini.

”jap ustaz..er er...” jawab Aini, sambil kedengaran bunyi aini sedang memanjat sesuatu.

Aku berdiri di hadapan salah satu bangunan yang kami yakin, bahawa Aini berada dalam bangunan itu. Hujan rintis-rintis mulai turun.

”nampak ustaz” tiba-tiba suara Aini kedengaran menerusi corong telefonku.

”apakah tempat ustaz berdiri ini, tepat dengan bangunan yang Aini.....” tiba-tiba telefon terputus.

”apa hal pula ni?” hatiku berkata.

Aku cuba telefon Aini, tak dapat. dicuba kali kedua dan ketiga, tetap hampa.

Aku mula merasa agak susah hati. Putus asa pun ada.

Tiba-tiba, hpku berbunyi, menandakan satu sms telah masuk dalam inbox hpku.

{btry lemah} kandungan sms daripada Aini.

“alamak… time-time macam ni la, dia nak lemah” aku mengeluh keletihan.

“sabar-sabar, ini ujian kot.. “ hatiku berkata-kata.

Aku terus berjumpa dengan Abang Ali dan Haji Rahman yang sedang berteduh di bawah beranda kedai tersebut.

“kenapa ustaz?” Abang Ali bertanya.

“beteri hp dia lemah la pula..” jawabku

“la.... kenapa jadi macam tu pula... suruh dia cas la” kata Haji Rahman.

Aku terus menaip sms, {Aini cas telefon tu la.. ke Aini tak ada alat cas ?} terus aku send kepada nombor Aini.

Aku tunggu, smsku tidak dibalas-balas. Aku sudah keletihan, maklumlah tidur sikit sahaja semalam. Selepas solat subuh, sampai pukul 7 pagi. Aku bersandar di salah sebuah tiang di bangunan itu. Berfikir, apa tindakan yang sepatutnya perlu aku lakukan.

”baik aku telefon Ika. Mana tau, dia ada maklumat ke, apa ker ?” hatiku berkata.

Aku terus mendail nombor ika. ...

Bersambung....


Al-Bakistani



- Sri Indah (B), Sg Buloh
5 Disember 2009 * 1:13 petang

BUAT ZALIM TU KERJA ISLAM KER?


BUAT ZALIM TU KERJA ISLAM KER?

Timbalan Perdana Menteri, Muhyidin Yasin – Al malikul sembab - buat kenyataan sebagai respon terhadap niat tok guru nak doa ‘biar pecah perut’ dengan katanya;

"Rasa tak boleh apa nak dikata. Yang kita tahu sebelum ini pun, kita kata sebagai orang Islam tak pernah mendoakan seorang Islam lain itu musnah hanya kerana sebab-sebab konflik tertentu dan dalam hal Kelantan berkaitan royalti minyak.” (sila klik)

Nampaknya, kebodohan pimpinan UMNO semakin teserlah dengan isu ”doa celaka” terhadap UMNO/BN ini.

Muhyiddin Yasin ni boleh kata, tindakan berdoa untuk UMNO itu sebagai tidak mencerminkan keislaman. Apakah tindakan buat kezaliman – tidak memberi hak royalti - kepada rakyat kelantan itu sebagai ajaran islam?

Masa UMNO/BN tak bagi hak royalti, tak bercakap pasal Islam. tapi bila berdoa celaka kat dorang, baru nak cakap soal cermin islam.

Dasar sesat UMNO ni. Pemimpin macam ni, boleh ahli-ahli UMNO sayang.. memang dasar budusss... tahap gaban.


Sekian

p/s : sambungan kisah ”apakah ini kehidupan?” akan bersambung. Harap pembaca yang berminat bersabar..

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buluh
5 Disember 2009 * 12:21 Tengahari

Rabu, 2 Disember 2009

APAKAH INI KEHIDUPAN? (8)


APAKAH INI KEHIDUPAN? (8)

5 minit kemudian, aku mendailkan balik hpku. Kali ini dailan telefon berbunyi, tetapi Aini tidak angkat. Pemikiranku berputar-putar, berfikir apa yang terjadi pada aini pada kali ini.

Aku mencuba lagi buat kali kedua. Nasibnya tetap sama. Dicuba kali ketiga, keadaan yang sama juga berlaku. Dicuba pada kali ke empat, ternyata menghampakan.

”dia tak angkat telefon la” kataku kepada Abang Ali dan Haji rahman.

Mereka berdua diam, tidak memberi respon dari kataku itu.

Tidak lama kemudian, aku terus mendail lagi. Kali ini, tidak menghampakan. Aini ternyata mengangkat telefonnya.

”Aini !!.. macam mana?” soalku.

”dorang ada kat ruang tamu lagi. Dorang dok makan. Aini ada dalam bilik ni ha” jawab aini.

”Aini !!.. tak leh ke tengok kawasan tu, biar kami dapat agak aini di kawasan mana” aku memberitahu dengan nada mendesak.

”Aini takut la ustaz..” kata Aini dengan nada yang menggusarkan hati.

”aduh... Aini kena tenang.. beranikan diri.. jengok di luar, tengok apa-apa tanda pun yang boleh kami tahu Aini berada di mana” aku memberi semangat.

”baik ustaz...”

”ustaz telefon lepas ni.. dalam 5 minit lagi kot. Tapi, Aini kena angkat telefon tau” aku memberi ingatan.

”ok...” jawab aini dengan nada seperti orang yang berputus asa. Aku terus mematikan hpku.

5 MINIT KEMUDIAN

Aku menelefon lagi, Aini mengangkat.

”Aini nampak, kat sini ada bangunan kotor, himpunan kayu, ada tokong cina. Pastu, ada lori” Aini memberi tanda-tanda menerusi talian telefon.

”dia nampak himpunan kayu, tokong cina dengan lori” aku memberitahu kepada Abang Ali.

”lagi?..” aku bertanya lagi kepada Aini.

”em...arrr... Aini ada nampak satu banner, tapi Aini tak nampak tulisannya. Spek mata Aini tak ada ni...” Aini bercakap tergesa-gesa.

”tanya dia, ada nampak tak sebarang tulisan” tiba-tiba kedengaran suara Abang Ali.

”haa.. Aini ada nampak tak sebarang tulisan kat kawasan tu” Aku pula bertanya dengan soalan abang ali itu kepada Aini.

”tak ada pun.” jawab Aini ringkas.

”ok.. nanti ustaz telefon lagi..” aku terus mematikan telefon.

Abang Ali terus meluru ke arah satu bangunan deretan rumah kedai. Kami terlihat satu himpunan kayu dan tokong cina, juga kelihatan sebuah lori. Pun begitu, kami masih sangsi lagi. Apakah tempat itu betul atau tidak?

Kami berhenti dihadapan salah sebuah rumah kedai. Kami nampak, ada alamat no 13 A. Cumanya, kami masih sangsi, kerana di hadapan bangunan tersebut ada papan tanda majlis perbandaran, denda RM 1000 jika buang sampah merata-rata.

”kalau kat sini, takkan Aini boleh tak nampak papan tanda ini” abang ali bersuara, ”lagi pun, papan tanda ni besar.. mustahil dia tak nampak” sambung Abang Ali lagi.

”itu yang ana rasa pelik tu” jawabku ringkas.

”mungkin bukan kawasan ini kot” tiba-tiba Haji Rahman bersuara.

Abang Ali terus memandu ke arah luar bangunan tersebut. Kemudian, masuk balik ke kawasan tersebut.

Kelihatan ada beberapa orang lelaki, dijangka berbangsa bangladesh sedang naik turun pada sebuah pintu di bangunan kedai tersebut.

”budak-budak lelaki tu, orang melayu ke, bangladesh” hatiku bersoalan.

Aku terus mendail nama Aini.

”hello.. budak-budak tu, budak melayu ke, budak bangladesh?” tanyaku kepada Aini.

”melayu...” jawab Aini

”Aini ada nampak tak tanda-tanda lain.. kami keliru lagi ni” aku memberitahu

”jap...” senyap sekejap..” dorang dah keluar dah, tapi ada kat bawah rumah ni” jawab Aini, ”dorang bawa kereta wira warna putih” sambung Aini lagi.

”dorang ada kat situ lagi ker?” tanyaku

”yee.. dorang ada kat sini.. tapi Aini takut la nak jengok, sebab bimbang dorang nampak Aini” jawab Aini dengan nada ketakutan.

”aini nampak banner tadi, ada tulisan apa-apa tak?” soalku.

”jap, Aini kena panjat dulu” Aini menjawab, ”Aini tak berapa nampak.. Kelas er...er... Pembaikian Komputer” sambung Aini lagi.

”ok cantik. nanti ustaz cari dulu.. kalau apa-apa hal, ustaz akan telefon balik” kataku.

”ok ustaz... tapi ustaz tolong Aini tau” kata Aini..

”insya Allah... Aini pun kena tolong ustaz sama” jawabku ringkas, sambil mematikan telefon.

Kami pun mencari-cari rumah yang dimaksudkan oleh Aini itu, tetapi tidak ketemui juga. Kami nampak banner warna hijau yang tertulis ’kelas pembelajaran komputer’. Dirasakan salah, kerana Aini memaklumkan banner itu tertulis ’kelas pembaikan komputer’.

Kami mencari-cari lagi, sehingga di luar dari kawasan Jalan Rakan itu. Sedang kami mencari-cari, tiba-tiba HP ku berbunyi. Dilihat, termaktub nama ‘Zul’.

“Assalamualaikum..” aku memulakan bicara.

“waalaikumsalam..”jawab zul, “macam mana?” tanya zul ringkas

“dok cari lagi ni haa..”.. jawabku

“macam ni. hang cari ada himpunan kayu, pastu ada tokong cina, dan kemudian ada banner tertulis ‘kelas pembelajaran komputer’. Banner tu, warna hijau. Lagi, ada papan tanda tulis ‘pusat welding sp 2’” makluman yang diberikan oleh Zul agak terperinci.

Apabila zul menyebut banner warna hijau, aku terus teringat tentang satu banner yang kami tengok tadi. Banner yang tertulis ‘kelas pembelajaran komputer’.

Aku catit semua tanda-tanda yang Zul berikan

“ok.. aku cuba dulu” kataku..

“ok...” jawab zul ringkas, dan aku terus mematikan hpku.

”Zul bagi kita 4 tanda, satu, himpunan kayu, dua, tokong cina, tiga, banner tertulis ’pusat pembelajaran komputer’, empat, papan tanda tertulis ’pusat welding sp 2’” aku membaca kandungan maklumat yang diberikan oleh zul kepada Abang Ali dan haji Rahman.

Abang Ali dan Hari Rahman berdiam sahaja.

”ana yakin tempat tadi.. tempat yang kita nampak banner hijau tadi. Pastu, ana rasa ana perasan papan tanda yang tulis ’pusat welding’” sambungku lagi.

Abang Ali terus menuju ke arah rumah kedai yang kami jumpa tadi, iaitu di rumah kedai yang didasarkan kepada tanda-tanda yang diberikan oleh zul, yang kami rasa kami sudah lalu dikawasan itu tadi.

Bersambung....


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
3 Disember 2009 * 3:59 pagi

KAMI SOKONG TOK GURU !!


Selasa, 1 Disember 2009

APAKAH INI KEHIDUPAN? (7)

APAKAH INI KEHIDUPAN? (7)

Aku tahu, Abang Aminuddin telefon itu, untuk memastikan jadual kuliahku di tapak pasar Malam Paya Jaras. Aku tidak bersedia untuk memberi jawapan, terutama dalam keadaan yang begitu gamat sekali.

“Hello..” aku mengangkat dan menjawab panggilan Abang Aminuddin.

Tetapi, tidak sempat abang Aminuddin berkata sesuatu pun, aku berkata, “Abang, telefon semula.. ana ada urusan penting sikit la”

“ok..ok ustaz,… minta maaf ganggu” jawab Abang Aminuddin ringkas, seraya aku terus memutuskan hubungan telefon.

Kereta estima Abang Ali meluncur laju menuju ke arah Jalan Rakan, Taman Rakan. Pun begitu, dalam perjalanan, berlaku sedikit jem. Perjalanan agak perlahan.

Hatiku berdebar-debar, apabila aku melihat jam tangan sudah mencecah 12:26 tengahari.

”tadi Doktor Ika bagitau, Aini bagitau kat dia, yang budak-budak tu akan balik ke rumah dorang pukul 12. sekarang dah dekat pukul 12 setengah. Mesti, budak-budak tu ada kat rumah tu kot” Aku berbicara sambil melihat Abang Ali yang sedang memandu.

”kalau kita dapat tangkap dengan budak-budak tu sekali, itu lagi senang” jawab abang ali berani.

Aku tersenyum dengan jawapan Abang Ali yang sudah terkenal dengan keberanian dalam bertindak, terutama dalam perkara yang berkaitan dengan agama.

Keberanian Abang Ali ini, agak iras dengan keberanian Khalid bin Al-Walid dalam melawan musuh-musuh Islam di zaman Rasulullah SAW. Itu yang aku fikirkan tentang Abang Ali sejak beliau bercerita tentang beberapa tindakannya dalam melakukan amar makruf dan nahi mungkar di sekitar Cheras dalam dua tiga bulan yang lepas.

JALAN RAKAN

Kami sampai di Jalan Rakan, Taman Rakan. Di situ terdapat kawasan perumahan. Kami sampai di jalan rakan 2. Kelihatan kawasan perumahan yang terurus. Sedangkan, di sebelah kawasan perumahan Jalan rakan 2 itu, terdapat kawasan perumahan yang lain, tetapi rumah-rumahnya agak usang dan tidak terurus.

”kawasan ini kot yang dimaksudkan oleh Aini” cetusan hati kecilku.

”tapi, tak ada himpunan kayu-kayu pun” hatiku berkata-kata lagi, sambil terfikir dengan apa yang Aini bagitahu, bahawa dia nampak himpunan kayu-kayu di tempat yang dia dikurung itu.

Abang Ali memandu kereta ke kawasan itu. kemudian, pusing balik. Keluar dari kawasan tersebut.

”mengikut pada cerita Aini yang dia bagitau kat Doktor Ika, rumah tu bukan rumah macam ni. Ia rumah kedai” aku memberitahu kepada Abang Ali.

Sambil berpaling ke arahku, Abang Ali menjawab, ”maknanya, ini bukan kawasannya. Mungkin kawasan lain”

Ketika itu, kereta sedang meluncur laju menuju ke arah lain.

”kita nak ke mana ni abang ali?” tanyaku.

”kita jumpa ngan haji rahman. Dia ada dah kat sana. Kita pergi jumpa dia dulu” jawab abang ali.

Aku mengangguk setuju.

Dalam perjalanan, kelihatan di sebelah kiri jalan sebuah masjid yang dalam projek pembinaan. Di hadapan sikit, ternampak deretan rumah kedai. Aku mengagak kawasan itu. tetapi, keyakinanku hanya 40% sahaja.

Berjumpa dengan Haji Rahman. Beliau menaiki motor yang menjadi kebiasaannya menunggang untuk berulang alik ke masjid.

”haji parking motor tu. Naik kereta sama dengan kami” kata abang ali kepada Haji Rahman.

”ok... aku parking kat kedai tu” balas haji rahman sambil mengisyaratkan tangannya ke arah sebuah kedai runcit.

Setelah parking motor, Haji Rahman terus naik kereta bersama dengan kami. Kami terus meluncur mencari alamat yang dimaksudkan. Tetapi, hampa kerana tidak berjumpa dengan tempat tersebut.

Aku mengambil hpku, dan mendail nama Aini.

”hello Aini,... Aini ada tak nampak apa-apa tanda yang kami boleh tahu, Aini berada di kawasan mana?” tanyaku.

”susah sikit la Ustaz.. dorang ada kat rumah ni ha.. saya duduk dalam bilik ni.. saya takut la ustaz..” jawab Aini dengan suara ketakutan..

”aduhh..... awatlah hang buat suara lagu tu... tak pasal-pasal, aku pula rasa tak tenang. ” hatiku berkata-kata.

”tenang Aini... rilex... dalam 5 minit lagi, ustaz akan telefon Aini lagi. Tapi, Aini chek tengok.. cari apa-apa petanda yang kami boleh agak, aini duduk di mana. Ok?” aku memberi cadangan kepada Aini.

“emm... ustaz selamatkan Aini cepatla.. Aini takut ni” jawab aini..

”ye la.. Kami akan selamatkan Aini cepat, tapi kami tak tahu Aini kat mana.. kami nak tolong Aini dah ni.. tapi, Aini kena tolong kami juga” jawabku sambil memberi semangat.

”emm.. baiklah ustaz” jawab Aini ringkas.

Aku mematikan hpku. Aku melihat Haji Rahman yang duduk di bahagian belakang, sambil aku berkata, ”Kita tengok 5 minit lagi”

Bersambung...

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
2 Disember 2009 * 12:42 Tengahari.

CADANGAN : BUAT DOA PERDANA ’LAKNAT NAJIB’


CADANGAN : BUAT DOA PERDANA ’LAKNAT NAJIB’

Puak-puak UMNO buat demonstrasi di kelate, menuntut Tok Guru tarik balik hasrat hendak mendoakan kebinasaan terhadap Najib kerana tidak memberikan hak rayalti minyak kelate, kemudian digantikan dengan Wang ehsan.

Kerana doa, UMNO sanggup berdemonstrasi. Mengapa takut dengan doa? Jika benar Tok Guru salah, sudah pasti doa itu tidak akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Tetapi, puak-puak UMNO – laknatullah alaih – ini berdemo, terbukti bahawa mereka takut dengan doa Tok Guru.

Apa yang pasti, doa orang yang dizalimi tidak ditolak oleh Allah SWT. Sabda Nabi SAW;

وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ فَإِنَّهُ لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ

Maksudnya;
“takutlah kamu dengan doa orang yang dizalimi, kerana tiada di antaranya dan di antara Allah sebarang penghalang” (Al-Bukhari : 1401)

Kelantan adalah negeri yang dizalimi. Rakyat kelantan mempunyai hak yang telah di nafikan oleh Kerajaan pusat; iaitu hak royalti. Hak royalti telah bertukar menjadi wang ehsan. Inilah penafian hak.

Dalam Islam, penafian hak merupakan kezaliman. Justeru, tidak hairan kerajaan pusat amat takut dengan hasrat tok guru yang mahu mendoakan kebinasaan terhadap kezaliman yang kerajaan pusat lakukan terhadap kerajaan Negeri.

Yang pastinya, kita dapat lihat bagaimana ketakutan puak-puak UMNO dengan doa tok guru nik Abdul Aziz ini, sehingga mereka terpaksa berdemonstrasi untuk menyatakan bantahan terhadap tindakan Tuan Guru itu.

Dicadangkan kepada Tuan Guru, supaya mengadakan solat hajat perdana. Dalam solat hajat tersebut, semua rakyat kelantan berdoa secara beramai-ramai untuk kebinasaan Najib Tun Razak terhadap penafian hak yang telah dilakukan terhadap rakyat kelantan.

Sekian

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
2 Disember 2009 * 11:23 pagi