Rabu, 31 Mac 2010

TIMBALAN PRESIDEN KENA 'SOUND' DENGAN WARTAWAN HARAKAH

ini demonstrasi membantah kezaliman Zionis, bukan Muqabalah dengan Zionis Melayu, UMNO.


Semasa semua Ahli-Ahli parlimen Pakatan Rakyat bertikam lidah berperang dengan Ahli-Ahli parlimen BN dalam isu APCO, iaitu Proksi Zionis-Israel di parlimen, Timbalan Presiden PAS tidak bersama, sebaliknya sedang mengadakan "muqabalah" dengan salah seorang Ahli Parlimen Zionis, Barisan Nasional yang merupakan Menteri kewangan.

Tindakan beliau itu, mendapat perhatian ramai wartawan-wartawan, termasuk seorang Wartawan dari Harakahdaily.

Di sini, dipaparkan cerita berikut;

Lebih baik bertanya Allah, dari bertanya Nasharuddin!

Salam Pencerahan!

“Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: Ya Tuhanku, perlihatkanlah padaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati. Allah berfirman: Belum yakinkah kamu (Wahai Nabi Ibrahim a.s)?. Ibrahim menjawab: Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku). Allah berfirman: (Kalau demikian) ambillah empat ekor burung lalu cingcanglah semuanya olehmu. (Allah berfirman): Lalu letakkan di atas tiap-tiap satu bukit satu bahagian dari bahagian-bahagian itu, kemudian panggillah mereka, niscaya mereka datang kepadamu dengan segera. Dan ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [2:260]

KENAPA Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa perlu melenting dengan pertanyaan saya kelmarin (30 Mac’10)?

Apabila semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bersama-sama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sibuk bertikam lidah dengan Ahli Parlimen Umno BN di Dewan Rakyat, menentang usaha Umno melantik Badan Perundingan Antarabangsa Apco Worldwide (IAC), iaitu proksi Zionis-Israel; saya bertanya beliau, “Kenapa Ustaz asyik bersembang dengan Datuk (Ahmad) Husni Mohamed Hanadzlah (Menteri Kewangan) di Cafeteria (Ahli Parlimen) ini?“

Saya berasa, saya wajar mengetahui tentang kepemimpinan saya, apakah perkara yang begitu penting di sisi Nasharuddin sehingga beliau mengutamakan Ahmad Husni dari komitmennya menentang Umno di Dewan Rakyat?


Bukan sahaja lima wartawan Harakah melahirkan rasa hairan melihat kelaku Nasharuddin, seorang wartawan dari suatu akhbar berbahasa Cina yang kebetulan bersama saya pun turut menyuarakan rasa hairan dengan iltizam politik Nasharuddin pada saat itu.

Dalam fikiran saya, sekiranya yang duduk melepak di situ adalah Datuk Ibrahim Ali (Ahli Parlimen Pasir Emas), Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru) atau Datuk Zahrain Md Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru) atau Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai); saya tidak kisah.

Mereka Ahli Parlimen Bebas. Mereka dipanggil pengkhianat. Mereka dipanggil ‘Katak-katak Jadian’.

Nasharuddin adalah Ahli Parlimen Bachok. Nasharuddin adalah Timbalan Presiden PAS. Nasharuddin adalah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Nasharuddin bukan Ahli Parlimen Bebas. Nasharuddin bukan Ibrahim, Zulkifli, Zahrain atau Mohsin yang dipanggil ‘katak’ di Parlimen.

Apa sahaja yang dilakukan oleh kepemimpinan parti saya, saya kira saya wajar tahu dan saya wajar berfikir.

“Yang anta (kamu) nak tahu kenapa? anta siapa?” Nasharuddin membengis.

Saya pun memperkenalkan diri. Saya membuat pengakuan di depan Nasharuddin sambil diperhati Ahmad Husni bahawa saya merupakan ahli Pas, wartawan Harakahdaily dan blogger anti Kerajaan Perpaduan.

Saya juga membuat pengakuan di depan Nasharuddin, sambil diperhati oleh Husni, yang saya ini benci dengan pemimpin yang mengkhianati Pakatan Rakyat; saya benci pemimpin pro Umno; saya benci pemimpin yang penipu; dan saya akan lawan mereka habis-habisan.

“Sebab itu saya nak tahu, kenapa Ustaz duduk lepak di sini sedangkan MP-MP Pakatan (Rakyat) yang lain sedang sibuk menghentam fraksi Zionis (Umno) di Dewan Rakyat? Sebab itu saya nak tahu, kenapa Ustaz duduk asyik bersembang dengan dia (saya menunjuk jari kepada muka Husni) ini?” saya mula bertegas.

Nasharuddin menekan suaranya, “Ana (saya) kenal anta (kamu). Ana tahu apa yang anta buat. Semuanya ana tahu (iaitu saya anti pemimpin pro Umno dan Kerajaang Perpaduang), apa yang anta buat. Kenapa anta nak tahu? Kenapa anta sibuk nak tahu ana buat apa (sekarang)?“

“Aaaaih…salahkah saya nak tahu apa yang hang (kamu) buat di sini? Salahkah aku nak tahu kenapa hang tak sama-sama Pakatan Rakyat sekarang (dalam) menentang usaha membawa Zionis-Israel ke Malaysia (di Dewan Rakyat),” saya bertanya Nasharuddin lagi.

“Ana pun kenal hang. Aku pun ada rakaman-rakaman dan bukti pemimpin Pas khianat Pakatan (Rakyat) dengan pergi mengadakan pertemuan dalam gelap dengan Umno (yang) zalim sebelum ini.”

Husni kemudiannya bersalaman dengan Nasharuddin dan bersalaman dengan saya apabila saya saya serius memperkatakan kepentingan Ahli Parlimen PAS menentang Apco/IAC menggunakan pentas Dewan Rakyat.

“Ana tengah dengarkan,” kata beliau sambil menunjukkan peti televisyen di Kafeteria Ahli Parlimen.

“Sebab itulah saya nak tahu, kenapa Ustaz berada di sini dan asyik berbual dengan Husni? Saya cuma nak tahu sahaja, kenapa Ustaz tidak berada di Dewan Rakyat pada waktu genting sebegini?” saya mengerut dahi dan mata saya tidak lepas memandang mata hitam Nasharuddin.

“Kenapa nta (kamu) nak tahu? Kenapa nta sibuk nak tahu ana buat apa (sekarang)?” Nasharuddin seperti mengelak untuk memberi jawapan yang wajar apabila saya terus bertanya soal yang sama, ’saya nak tahu…’

“Aaaiihhh…takkan salah saya nak tahu. Bila Nabi Ibrahim tanya Allah, nak tahu tentang Allah, Allah pun tak marah Nabi Ibrahim. Allah perjelas apa yang dipersoal oleh Nabi Ibrahim sebab Ibrahim nak tahu tentang (kebesaran) Tuhannya,” saya berhujah.

“Aaaaihhh…kalau Allah pun layak ditanya, takkan saya salah (sekiranya) bertanya Ustaz: kenapa Ustaz di sini? Kenapa Ustaz bersama Husni ketika semua orang (Ahli Parlimen Pakatan Rakyat) sedang sibuk menentang Zionis Malaysia (Umno).“

Lama juga beliau berdiam dan saya nampak kebengisannya. Saya tidak nampak wajah seorang Timbalan Presiden PAS. Saya tidak nampak wajah seorang ahli PAS dalam dirinya.

Sambil mengusap belakang beliau, saya kemudiannya merapatkan muka kepadanya lalu berbisik, “Ustaz ini Islam, pemimpin Islam dan pemimpin Pas. Ustaz tak perlu takut kepada saya.“

“Saya Muslim. Saya wartawan paling junior. Saya ahli Pas. Ustaz tak perlu takut kepada saya kerana saya hanya bertanya: kenapa Ustaz di sini (di Kafeteria Ahli Parlimen)?“

Kata saya lagi, sekiranya saya seorang Blogger yang tidak bermaruah, saya tidak bersemuka dan bertanya Ustaz semua (persoalan) ini.

Saya kemudiannya meninggalkan Nasharuddin seorang diri di Kafeteria tersebut.

Kemudiannya, saya mendapat tahu bahawa beliau meninggalkan Parlimen, tidak menyertai sesi penghujahan pada sebelah petang di Dewan Rakyat.

Selepas peristiwa itu, banyak wartawan menemui saya. Beberapa Ahli Parlimen PAS juga menemui saya meminta penjelasan lanjut daripada saya.

Saya kata, saya seorang yang tidak pandai politik. Sebab itu, saya pergi bersemuka sendiri dengan Nasharuddin dan bertanya semua persoalan tersebut.

Kalau beginilah sikap kepemimpin PAS, saya anggap beliau tidak layak memimpin jamaah PAS dan tidak layak memimpin kerajaan Malaysia kerana apabila Pakatan Rakyat menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

Maafkan saya, tulisan ini bukan sekadar tulisan blog. Doa seorang Muslim. Ini doa seorang ahli marhaen Pas.

Kepada semua pelayar blog ‘kecil’ ini, khususnya geng Kerajaang Perpaduan, segelintir pemimpin Pemuda yang bacul dan ahli-ahli PAS yang menyokong usaha membawa PAS bergabung dengan Umno sendiri, sila buat aduan segera tentang entri ini kepada Lembaga Disiplin PAS supaya saya boleh didakwa dan dipecat.

Wallahu ‘alam. Lawan!

———-

SAYA MUSLIM, SAYA BENCI PENGKHIANATAN

SAYA MUSLIM, SAYA BENCI PERKAUMAN

———-

Zainulfaqar Yaacob

Dataran Merdeka 4.01 pagi

sumber : Zainulfaqar.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam ustaz

saya tak tahu bagaimana situasi ketika itu.. cuma apa yang saya boleh pendapat ialah

1. pertanyaan seorang anak muda.
2. jawapan seorang pimpinan dan yang lebih dewasa.

saya rasa ustaz zainulfaqar tak sesuai tanya soalan sedemikian sewaktu ustaz nasha bersama dato husni. jika beliau berseorangan, saya setuju soalan itu. saya rasa tidak elok menjatuhkan air muka orang..

soalan tidak salah, cara mesti dibaiki sikit..

orang 'khalid samad kecil'(baca:ustaz zainulfaqar) ini kena bertanding dalam pemilihan dewan pemuda. bergandingan dengan sdra dollah karim. baru hangat..

apapun, berjuanglah kerana Allah. Jauhi emosi benci, sayangilah pimpinan dan guna cara tepat

wan ziarahsufi

Tanpa Nama berkata...

1.Punya bodoh piangla!penulis entry ni!
2.Kalau mengaji pun!budak yang dok kelas hujung!kalau ngaji zaman dulu!dok batat didarjah 6 sampai ketua!tak dapat naik tingkatan 1!sebab terlampau bodoh!
3.Kalau ikut macam puak hangpa ni!nak makan kenduri pun tak boleh!kalau berbeza ideologi politik!sapa tok guru hangpa ni!!
4.Patutpun pas ni tak boleh perintah malaysia!majoriti orang melayu dan islam tak sokong!sebab ada puak macam hangpa la!
5.Patutpun puak kapiaq harbi boleh cucuk idung hangpa!sebab hangpa bodoh piang!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

1.Punya bodoh piangla!penulis entry ni!
2.Kalau mengaji pun!budak yang dok kelas hujung!kalau ngaji zaman dulu!dok batat didarjah 6 sampai ketua!tak dapat naik tingkatan 1!sebab terlampau bodoh!
3.Kalau ikut macam puak hangpa ni!nak makan kenduri pun tak boleh!kalau berbeza ideologi politik!sapa tok guru hangpa ni!!
4.Patutpun pas ni tak boleh perintah malaysia!majoriti orang melayu dan islam tak sokong!sebab ada puak macam hangpa la!
5.Patutpun puak kapiaq harbi boleh cucuk idung hangpa!sebab hangpa bodoh piang!!!!!!!

Aduka TarakNama berkata...

Senario ke 2: Ustaz nasharudin masuk dalam jamban VIP no 1, Najib masuk jamban ke 2. Wartawan muda PAS nampak & tanya apa Ust Nasharudin buat dalam jamban duduk sebelah Najib. Ust Nasha dah fedup nak jawap, ada kaa dalam jamban pun nak tanya aku pi mana. Dah la alu lapaq nak makan dia ganggu, ni nak buang air pun kena ganggu.
Esoknya wartawan PAS mencadangkan supaya semua tandas dan meja makan di Parlimen di label Pakatan atau BN. Belajar dari tulisan Ustaz dahulu, ttg bila rasulullah di datangi sorang yg Rasulullah pun tak suka tetapi melayan sebagai orang Islam.
Islam memimpin perubahan, bukan seperti Umno yg menjijikan orang PAS sehingga duduk semeja pun tak boleh. Kalau begitu tak ada beza antara PAS & Umno
Ust Wan Ji pernah cakap, nak berdakwah dengan orang India kena duduk bersama orang India. Kami di surau tidak pulak komen, Ustaz nak masuk Hindu ke asyik berkawan dgn India atau nak belajar ilmu belit dgn Orang India.... sebab kami berhusnu Zaan dengan ustaz...
Ust orang berilmu, jangan tenggelam dengan Ujub .... belajarlah dari Hassan & Hussein mengajar orang tua mengambil wudu. Ingat! Alangkah mudah untuk menulis mengkritik orang, tetapi bukan mudah untuk menegur dengan hikmah.
Ustaz kena ajar budak2 muda jadi seperti anak Saidina Ali, bukan mengajar jadi orang Badwi....

Aduka TarakNama berkata...

Senario ke 2: Ustaz nasharudin masuk dalam jamban VIP no 1, Najib masuk jamban ke 2. Wartawan muda PAS nampak & tanya apa Ust Nasharudin buat dalam jamban duduk sebelah Najib. Ust Nasha dah fedup nak jawap, ada kaa dalam jamban pun nak tanya aku pi mana. Dah la alu lapaq nak makan dia ganggu, ni nak buang air pun kena ganggu.
Esoknya wartawan PAS mencadangkan supaya semua tandas dan meja makan di Parlimen di label Pakatan atau BN. Belajar dari tulisan Ustaz dahulu, ttg bila rasulullah di datangi sorang yg Rasulullah pun tak suka tetapi melayan sebagai orang Islam.
Islam memimpin perubahan, bukan seperti Umno yg menjijikan orang PAS sehingga duduk semeja pun tak boleh. Kalau begitu tak ada beza antara PAS & Umno
Ust Wan Ji pernah cakap, nak berdakwah dengan orang India kena duduk bersama orang India. Kami di surau tidak pulak komen, Ustaz nak masuk Hindu ke asyik berkawan dgn India atau nak belajar ilmu belit dgn Orang India.... sebab kami berhusnu Zaan dengan ustaz...
Ust orang berilmu, jangan tenggelam dengan Ujub .... belajarlah dari Hassan & Hussein mengajar orang tua mengambil wudu. Ingat! Alangkah mudah untuk menulis mengkritik orang, tetapi bukan mudah untuk menegur dengan hikmah.
Ustaz kena ajar budak2 muda jadi seperti anak Saidina Ali, bukan mengajar jadi orang Badwi....

Tanpa Nama berkata...

(1)

Tegur anak muda terhadap orang tua mesti ada adab. Adab ni sunat. Bukan wajib.

Tegur pulak wajib. Dengan adab telah diguna, tapi tak pakai jugak. Mana lebih baik?

Puak-puak UG pakai kaedah jangan tegah perkara yang konpom haram. macam harun din menipu. Haji hadi menipu. Nasha menipu. Tapi dok ulang-ulang adab (perkara sunat).

Jadilah, Menipu dianggap betul, menegur orang yang menipu dianggap salah. Macam baca bismillah ketika mencuri? Macam baca bismillah masa daging babi?

(2)

Ada dua kes;

Kes pertama :
Orang yang ada skandal muqabalah sulit. Nak jayakan gabung PAS- UMNO. Pernah menipu rakyat. Mula-mula nafikan tidak ada pertemuan dengan UMNO. Tiba-tiba terbukti pertemuan sulit. Macam nasharuddin. Tiba-tiba nampak dia lepak dengan menteri kewangan dari parti zionis?

Kes kedua:
Orang yang tidak ada skandal muqabalah sulit. Orang kenal belaka, dia adalah pemimpin yang tegar lawan kerajaan perpaduan. Macam Tuan guru nik Abdul Aziz. Tiba-tiba nampak dia lepak minum teh dengan Menteri kewangan.

Kes ketiga:
nabi SAW amat komitment melawan kezaliman. Tidak pernah konpromi dengan kemungkaran dan kezaliman. Tiba-tiba, ada orang jahat pergi rumah nabi, nabi layan dengan begitu baik.

Kes keempat:
Orang hindu yang tidak kenal Islam. klu menjauhkan diri darinya, semakin hindu itu tinggalkan Islam. lalu, bergaul dengan mereka supaya mereka faham islam.

Sama ke ketiga-tiga gambaran ni?

terutama apabila Nasha lepak dengan Menteri kewangan masa MP-MP Pakatan rakyat sedang berperang dalam isu kaitan Israel dengan UMNO/BN.

Apa yang kita nampak?

(3)

Kena fikir beberapa kes;

Kes pertama:
Orang tua yang ditegur hasan dan husain, terus terima teguran. Nasha dah banyak kali kena tegur, masih keras kepala.

Kes kedua:
Badwi tidak pernah menegur nabi, tetapi badwi buat perangai lebih kurang je dengan nabi.

Kes keempat:
Tapi dalam bab tegur, Umar tegur munafiq sampai nak pancung kepala.

Mana satu tepat?


:: Pemuda seksyen 18 ::

pencatat berkata...

ahaha, takleh kena tegoq berdepan ... Umar RA kena tegoq dan dan dlm masjid depan org ramai, ada sorg pemuda tegoq siap keluaq pedang tunjuk depan Umar, ada pempuan tua tegoq isu maskawin, ada lelaki tegoq siap sebut kata taknak dengar dan taat sbb syak Umar ambil pakaian lebih... entah tarbiyyah mana hangpa dlm Pas ni guna...menegur dlm agama asasnya ialaha "As-sirru bissirri wal 'elnu bil'elni" (benda salah bersifat sorg2/individu tegur secara individu, benda salah yg bersifat terang/umum - atau melibatkan hak umum ditegur secara umum/berdepan).... ini tidak, suka hati bercakap pasal adab, sufi lah tu konoon...

Tanpa Nama berkata...

yang tepatnya.... ust wan ji pernah kena tangkap, berkhalwat!!!

Tanpa Nama berkata...

Biasala org muda tgh semangat membenci UMNO.Tp jgn lah lebih2 sgt bro..

Apa apapun sebagai org muda adab itu perlu ada,,kalau beradab nescaya Ust Nasa akan jwb dgn baik, dan tak baik menyampuk semasa org tua tgh bercakap dinamakan celaka dan kurang ajar !!


Btul la kamu rasa tindakan kamu la yg betul sbb kamu yg melaporkan,,tp aku rs btul la tindakan Ust Nasa bertanya balik,buat apa kamu nak tahu? mungkin masa tu beliau mengambil kesempatan berbincang ttg hal2 penting yg berkesempatan bertemu tim.menteri, mungkin berbincang supaya royalti dikembalikan di kelantan dan macam2 lagi perbincangan secara tak langsung boleh dibuat...

moral: penulis berniat jahat terhadap ust nasa dan sengaja menimbulkan rasa kebencian terhadap pemimpin. JGN TIRU PERANGAN INI JIKA KAMU RASA KAMU AHLI PAS.

Tanpa Nama berkata...

Keburukan pemimpin ditegur. Saya setuju. Tapi keburukan pemimpin dijaja? Betul ke manhaj ust ni? Orang tegur Omar, tapi ada orang jaja keburukan Omar? Dah tegur sudahlah, kenapa perlu masukkan dalam blog? Ust, ust. Katalah lepas ni tuk guru buat silap, orang tegur. dah tegur tu, kita sama-sama tulis dalam blog pasal kesilapan tuk guru tu pulak ye ye ye??!!!?? Antara orang yang disiksa dalam kubur nanti, orang yang berjalan dengan mengadu domba. Harap kita tak kena seksa sama sebab duk panjangkan adu domba orang lain.

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya semua Jemaah PAS... Hangpa ni nak perjuang dan jaga Islam atau nak jaga melayu sebab nya adap melayu hangpa terlalu diagungkan walau pun adap boleh di terima dalam Islam tetapi ini dah terlebih beradap pula dengan pemimpin. Elok lah hangpa pi join PERKASA.

Din berkata...

Yang menegur Umar tu puak Badwi, menegur dalam majlis jemaah... ni bukan menegur, ni emosi ni. Tegur bila kita tau apa yang berlaku, tapi dlm kes ni, dia tak tau apa yg Ust Nasha ucapkan , tak tau apa situasi pada masa tu. Mamat HArakah tu bukan tegur tapi menunjukkan emosi. Kesian ust Nasha, nak minum berborak pun tak boleh, sehingga di perlakukan begitu. Kalau adab Melayu pun tak ada guna le adab Islam. Adakah Adab ISlam mengajar kita menempelak orang??? Subhanallah.. janganlah Ust mengajar & menyokong orang beradab begini.... Islam tak mengajar begini, Islam mengajar menegur secara berhikmah.....

Hambel berkata...

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. (54)

pencatat berkata...

encik din,

Sesuka hati je encik din kata yg tegoq Umar ra tuh puak badawi ya... en din kalau tak tau tak usah tulis. Ada seorang lelaki memberikan soalan kepada Umar berkaitan zat Allah, Umar diam tak nak jawab, kali ke3 dia ulang soalan tu Umar ambil kayu pukul dia. Hikmah tuh tidak semestinya dengan berbicara manis, adakala atau ada situasinya hikmah adalah dgn kayu atau penumbuk. ust Nasha memang dah kantoi menipu bila dia nafikan muqabalah dan kata nak saman pihak yg mengata dia... dia kantoi lg sampai tg Nik Aziz sound dia buat sampah menerusi statement yg tidak bijak, mengganggu dan tidak mengukuhkan PR sedangkan itu adalah keputusan syura Muktamar agong. Lepas tuh kantoi lg dan lg dan lg. Org kalau "taubat nasuha" akan nampak usaha utk perbaiki balik... tapi asyik kantoi aja tak dokong ketetapan muktamar. Apakesejadahnya?