Khamis, 1 April 2010

KHAIDIR A.S ADALAH NABI - QARADHAWI

KHAIDIR A.S ADALAH NABI - QARADHAWI

Ada dakwaan mengatakan bahawa Khaidir A.S masih hidup sehingga hari ini. bagi menjawab dakwaan itu, Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan bahawa tidak ada satu nas pun yang mengatakan bahawa Khaidir itu hidup sehingga hari ini.

Dinukilkan perkataan Ibnu Qayyim pernah berkata dalam kitab ‘Al-Manar Al-Munif fi Al-Hadis As-Sahih wa Ad-Doif’, dengan katanya;

الأحاديث التي يذكر فيها الخضر وحياته، وكلها كذب، ولا يصح في حياته حديث واحد

Maksudnya;
“hadis-hadis yang menyebut tentang Khaidir dan bahawa dia masih hidup; semuanya adalah penipuan. Tidak ada satu hadis pun yang menyatakan beliau masih hidup” (sila klik)

Berkenaan Khaidir, apakah beliau nabi atau tidak?

Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan bahawa ulama berselisih pendapat dalam menentukan, sama ada Khaidir itu nabi atau wali Allah. Menurut ketua himpunan ulama dunia itu, pendapat yang paling azhar adalah pendapat yang mengatakan bahawa Khaidir adalah salah seorang daripada nabi-nabi Allah.

Dalilnya adalah, firman Allah;

وَمَا فَعَلْتُهُ عَنْ أَمْرِي

Maksudnya;
“(berkata Khaidir), bukanlah aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri”

(Surah Al-Kahf : 82)

Apabila disebut bahawa tindakannya, bukan menurut kemahuannya, bermakna ia adalah kemahuan Allah. Apabila itu adalah kemahuan Allah, pasti ia adalah wahyu dari Allah, walhal wahyu tidak akan diturunkan melainkan terhadap para nabi sahaja.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani




- Sri Indah (B), Sg Buloh
1 April 2010 * 7:54 Malam

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bleh check syarh muhazzab(kaulu x silap)...imam nawawi mnyatakan kbykan ulama pd zamannya mnyatakan khidir masih hdup....dr zulkifli albakri da naqalkan dam buku soal jwb tasawuf A-Z.tlaga biru.dalam tarjm ibn hajar ktb isobah tamyiz sohabah...da ulama myatakan antara yg mnymbahyangkn jnazah ibn hajar ialah nabi khidir...(ctakan dar kutub)-(tapi kalu sapa yg tolak tasawuf(wahabi),x payah sembang la bab ni).wahabi ni,sh muhammad al-ghazali kata,ulama mangkuk tandas ja.(spt dinaqalkan dripada shekhuna yg bersuhbah dgn sh mhammad al-ghazali slama tiga tahun.

Al-Bakistani berkata...

فصل فيما يتعلق بحياته، وهل هو حي الآن ؟ ! قال الامام الحافظ ابن حجر العسقلاني في فتح الباري (6 / 434): [ قال ابن الصلاح: (هو حي عند جمهور العلماء والعامة معهم في ذلك، وإنما شذ بإنكاره بعض المحدثين) وتبعه النووي وزاد (أن ذلك متفق عليه بين الصوفية وأهل الصلاح، وحكاياتهم في رؤيته والاجتماع به أكثر من أن تحصر) انتهى. والذي جزم بأنه غير موجود الان: البخاري وإبراهيم الحربي وأبو جعفر بن المنادي وأبو يعلى بن الفراء وأبو طاهر العبادي وأبو بكر ابن العربي وطائفة، وعمدتهم الحديث المشهور عن ابن عمر وجابر وغيرهما أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم قال في آخر حياته: (لا يبقى على الارض بعد مائة سنة ممن هو عليها اليوم أحد،

Tanpa Nama berkata...

Jzkallah ustaz...naqalan yg jujur.mesrakan tareqat/tasawuf dalam PAS.spt kata guru kepada guru kami "Tasawuf semuanya akhlak,sapa yg menekuni tasawuf brmakna menambahi akhlak".amat perlu pada gerakan.Bila mgkaji disebalik sosok al-fateh,al-ayyubi,umar al-mukhtar dll.nescaya dpti dibelakangnya benteng akidah asya'irah,bermazhab dan tasawuf/tareqat yg kemas.yg tu perlu PAS kemaskan.jgn bila menang nnti,serabut aliran(whbi,syiah dll).harapan politik rakyat,jgn disiakn.

Tanpa Nama berkata...

salam elok la ustaz selang seli ngan isu2 agama dlm blog..asyik politik je jemu juga

lg pun pengkhususan syeikh juga bidang agama