Sabtu, 3 April 2010

RED INDIAN

RED INDIAN

di sebuah kampung red Indian, satu angkatan tentera telah menghadiahkan kepada ketua mereka sebuah jam besar. Betapa bangganya ketua itu, dia menggantungkan jam itu di depan rumahnya, agar dapat dilihat oleh semua anak-anak qaryahnya.

Suatu hari, seorang dari anak qaryah Red India telah berteriak di luar rumah ketua mereka. apabila ketua mereka keluar dari rumah, didapati ramai anak qaryah sudah berhimpun didepan rumahya.

“kenapa kamu semua berkumpul di depan rumah aku ini?” soal Tok Ketua.

”Jarum jam ni berhenti berjalan la tok ketua” salah seorang dari mereka bersuara. Ramai dari kalangan mereka menunjukkan ke arah jam itu.

Tok ketua itu pun terus melihat dan mengambil jam itu. Dibelek-beleknya, , kelihatan saluran bateri. Tok ketua terus memegang bateri itu. tidak sangka-sangka bateri terkeluar bersama seekor cicak yang mati tersepit di celah bateri itu.

Melihat itu, tok ketua terus berkata, “patutpun jarum dia berhenti berjalan.. rupa-rupanya driver dia dah mati tersepit”.

Boleh dikatakan semua ahli qaryah itu terdiam, dan ada yang angguk dan kelihatan juga mereka yang terkedu. Ada sebilangan dari kalangan mereka membantah, tetapi ditentang oleh sebilangan mereka.Melihat tentangan terhadap golongan yang membantah, menyebabkan tok ketua itu berbangga, dan berulang-ulang kali dia menyebut, "memang driver dia mati, tu yang jam ini berhenti berjalan tu"

Sekian

P/s : dari cerita ini, datang satu kaedah yang berbunyi, “Mewangikan kentut ketua yang busuk”

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
3 april 2010 * 3:49 petang

9 ulasan:

pencatat berkata...

Pas dan taksub, dogma yg sukar dipecahkan... salah tarbiyyah?

bung berkata...

Saya sambung lagi mengenail Roslan SMS diserang bertubi-tubi dan akhirnya dia ter"lucut" daripada jawatan Setiausaha Akhbar Presiden PAS. Sampai hari ini jawatan ini masih kosong. Ada orang kata dulunya nak letak Zainulfaqar di situ. Tapi politik sekarang dah berubah, setelah Zainulfaqar ditengking oleh Tok Guru Abdul Hadi dalam telefon kes Kalimah Allah. Apa taknya budak belajar sejarah nak ajar Presiden pasal kalimah Allah. (Mesti Zainulfaqar hairan bagaimana saya ada maklumat ini. Dr Shamsuri ke aku ini??? Anak usrah dr Kayu ke? Paling-paling busuk mesti Ustaz Kholil)

Oleh kerana jawatan dah terlepas, peribahasa Melayu ada menyebut, alang-alang menyerluk perkasam.. Itu jadi biul tak tentu pasal, serang Presiden, Serang Setiausaha Politik Presiden dan Serang Timbalannya sekali!

Saya berhujah lagi, kenapa saya kata mereka sengaja menyerang Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan beberapa orang kepimpinan PAS yang akan dijatuhkan dalam pemilihan Muktamar Agung akan datang. Saya berhujah juga bahawa pimpinan ini diintip setiap gerak geri mereka untuk mencari kesalahan bagi dijadikan isu untuk "blogger celaka" menambah tokok kebencian.

Ok. Masih ingat Pengundian Bajet 2010 di Dewan Rakyat 14 Disember lalu? Wartawan dan Blogger Celaka Zainulfaqar ada tak menyoal atau bertanya MP PAS yang tak hadir tanpa sebab dalam pengundian tersebut? Kenapa ada diskrimimasi dalam hal ini? Tidak lain kerana memang mereka adalah agen pengatur kepimpinan PAS untuk Muktamar Agung akan datang supaya mudah harta, jawatan, pangkat dan kedudukan di dalam negeri-negeri yang perintah akan berada di tangan mereka.

Saya masih belum bersedia mendedahkan bagaimana dalam pemilihan lalu wang diberikan kepada perwakilan. Tidak hairan suatu masa nanti PAS akan jadi macam UMNO. Kononnya tentang UG tapi hati perut macam UMNO!!

UG adalah senjata menyerang kepimpinan. Saya cabar mana-mana ahli PAS (jangan takut saya dikatakan oleh TB boleh akses database PAS) untuk menyatakan di dalam mesyuarat mana (sebut cawangan sudah cukup) bahawa ada disebut UG dan di bincangkan!!

Sekali lagi saya cabar Tulang Besi (selaur dalam), Zainulfaqar dan Greenboc (Kalau tak jawab juga tulisan ini lebih baik engkau tak payah menulislah buat dosa aje. Kerja dan cari rezeki untuk anak dan isteri lebih mulia!!) untuk membuktikan di mana-mana cawangan atau kawasan yang ada bincang pasal UG. Satu cukuplah!! Sahut cabaran buktikan dengan fakta!!

Sakit kepala dengar cerita pasal UG macam cerita hantu. TV pun main cerita hantu, rating TV naik. Tapi tanya daripada pengarah sampai tukang cuci sampai selepas shooting pun tak pernah lihat hantu sebenar!! Blogger celaka pun macam tu juga, tulis pasal UG, label orang itu orang ini UG, habok tarak!! rating juga kira!!

Tanpa Nama berkata...

tipu 1-

sebelum keputusan nasha menang Timbalan presiden. Presideng kate perpaduang tutup. bila isytihar nasha menang. presideng kata perpaduang tetap diteruskan.

tipu 2 -

presideng kate perpaduang tidak berbangkit lagi. nasha kata dalam natrah perpaduang diteruskan.

orang bodo ja tak leh pikiaq.

:: kedah mari ::

Tanpa Nama berkata...

minatk ulas skit Asyekh Sohibu Samahah Tuan Guru ONE G.

http://kickdefella.wordpress.com/2010/04/03/celako-celako-celako/

mantona

Tanpa Nama berkata...

bung...

kau jangan lari tajuk la...

taktik geng UG memang pelbagai.
inilah akibat apabila ulama terlampau lampau dalam berpolitik. dengan kawan sendiri pun nak berpolitik.

kata, "jangan ungkit lagi pasal ulama dan professional." tetapi yang aku ingat puak ulama lah yang paling banyak mengungkit. "Ulama mesti pegang jawatan". (baca ULAMA GILA PANGKAT)

yang terliur nak habuan, duduk belakang ulama, fikir macamana nak jatuhkan puak satu lagi.

wahai puak UG, ramai ahli PAS dah muak dengan gelagat kalian.!!!!

Tanpa Nama berkata...

biasa la.
syarat sah UG mesti BODOH

:: pemuda seksyen 18 ::

Tanpa Nama berkata...

BENARKAH MUSYRIKIN BOLEH BERTAUHID RUBUBIYYAH? http://drasmadinet.blogspot.com/2010/01/benarkan-musyrikin-boleh-bertauhid.html#comments tolong ulas ust wan ji...

OneG berkata...

Sapa yg cari redha Allah dengan marah manusia, maka dia akan dicukupkan Allah dr keperluan manusia. Sapa yang cari redha manusia dengan marahnya Allah, maka dia akan diserahkan Allah kepada manusia.

cukup cukupla tu mencari Redha ketuamu-si Khalid Samad... ingat Allah beb

Tanpa Nama berkata...

carilah redha Allah bukan redha UMNO a.k.a UG

- exco Pemuda Pusat