Jumaat, 2 April 2010

YB MAHFOZ OMAR, CUCU ULAMA BESAR KEDAH


YB MAHFOZ OMAR, CUCU ULAMA BESAR KEDAH

Kuliah Tafsir di Tasik Puteri, Rawang. Kitab yang diguna-pakai adalah “tafsir Nurul Ehsan”, karangan Haji Muhammad Sa’id bin Umar Qadhi Jitra Kedah.

Jemaah perlu kepada kitab, mereka minta tolong agar aku membelinya. Justeru, selepas selesai solat jumaat di Sungai Buloh, aku terus mengambil seorang rakan dan ke Wisma Yakin, Jalan Masjid India untuk membeli kitab Tafsir Nurul Ehsan.

Setelah itu, kami pergi makan. Selesai makan, kami terus ke lagend Hotel untuk menjemput Dato’ Mahfoz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena merangkap salah seorang Naib Presiden PAS setelah dijanjikan untuk sama-sama hendak ’study’ ekonomi di salah sebuah kedai makan di kawasan Taman Melewar.

Dalam perjalanan, banyak perkara yang kami bualkan. Tetapi, fokus banyak pada pengarang kitab Tafsir Nurul Ehsan.

”Pergi beli kitab apa tadi?” tanya Dato’ Mahfuz dalam loghat utara.

”Kitab nak mengajar Malam ni.. kitab Tafsir Nurul Ehsan” jawabku ringkas.

”oo.. mana kitab tu?” pinta Dato’ Mahfuz.

Kawanku, Ustaz Zul yang berada di belakang mengambil kitab dan hulurkan kepada Dato’ Mahfuz.

Sambil membelek-belek kitab, dengan tenang Dato’ Mahfuz berkata, ”Pengarang kitab ni, tok wan ana”

Terkejut aku dan Ustaz Zul, apabila Dato’ Mahfoz kata sebegitu.

”maknanya, Dato’ ni cucu tok guru la kan” ujar Ustaz Zul.

Kami pun mula bercerita tentang Tuan Guru Haji Muhammad Said agak panjang juga.

”Tok Wan ana ni, namanya Haji Muhammad Said. Orang panggil dia Haji Said Al-Mufti, walau dia ni qadhi di jitra”

”ana kurang tahu sangat tentang Tok Wan Ana ni. Lagipun, ana tak pernah berjumpa dengan dia. Ana lahir tu, dia meninggal dunia dah.. tapi, kalau sepupu ana sorang tu, memang tau sangat cerita panjang lebar” lebih kurang begitu ujar Dato’ Mahfuz.

”dalam adik-adik bapa ana, boleh dikatakan semua belajaq agama” sambung Dato’ Mahfuz lagi.

”Ayah Dato’ dulu belajar kat mana?” soalku.

”bapa ana dulu, belajaq di Makkah” jawab Dato’ Mahfuz ringkas.

”maknanya, Dato’ ni anak ulama la” balasku ringkas.

Kami berbual panjang tentang tajuk menarik itu, sehingga sampai di kedai di taman melewar yang kami maksudkan. Itulah maklumat baru yang kami boleh berkongsi pada petang semalam.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
3 April 2010 * 2:28 petang

2 ulasan:

pencatat berkata...

dzurriyyatan ba'dhuha min ba'dh...

Tanpa Nama berkata...

Cicit Mat Said ni pula duduk kat dalam penjara Alor Star. Hu..hu..hu..