Selasa, 29 Jun 2010

“ISLAM FOR ALL” UMNO - USAHA ‘ARAK’KAN AIR ZAM ZAM?

[1]

Dalam dua atau tiga tahu lepas, aku sudah mula menulis tentang kepentingan kita mengembangkan slogan “Islam for All” berbanding “PAS For All”. Hari ini, Ulama Muda UMNO pula guna “Islam For All” itu.

Padaku, PAS hanya wadah. Matlamat kita adalah Islam. UMNO pula, matlamatnya bukan Islam, tapi kebangsaan melayu. [kini, perut dan dibawah perut].

PAS umpama gelas. Islam umpama air zam zam yang mahu diminum. Kita boleh minum air zam zam dalam apa-apa gelas pun. Sama ada gelas berwarna merah, berwarna hijau, berwarna bla bla bla. Tapi, jangan minum air zam zam dalam gelas yang tertulis ‘Carsberg’, kerana ia mengundang fitnah.

Tiba-tiba UMNO bercakap ‘Islam For All’. Maka ia sama seperti minum air zam zam dalam gelas arak. Lebih parah, ia sama seperti usaha hendak meng’arak’kan air zam zam.

[2]

Islam bukan untuk melayu sahaja, dan bukan untuk PAS sahaja. Islam untuk semua. semua akan dapat keuntungan dari Islam. Muslim berbahagia dengan Islam dan non Muslim juga berbahagia dengan Islam.

PAS relevan bercakap Islam For All, sebab PAS bukan parti berasaskan kaum tertentu. [walau ada pemikiran sebilangan kecil pimpinan PAS bersifat ”All For PAS”]. UMNO pula parti berasaskan kaum tertentu, iaitu melayu. Jika mereka sebut Islam For All, ia seperti satu penipuan.

UMNO bercakap Islam For All, sama seperti bubuh lambang BMW di kereta sorong. Orang gila sahaja akan cakap kereta sorong itu kereta BMW.

[3]

UMNO baru terima kemasukan Ulama Muda, sebab itu cadangan mereka terus dilayan. Kalau lama sikit, kemungkinan mereka akan diketepikan[mungkin].

Semasa program forum ”perkembangan Islam di Malaysia abad ke 21” bertempat di Puchong lalu. Aku dan Ustaz Nakhaie dijemput sebagai panel. Dalam perbualan kami semasa makan, Ustaz Nakhaie ditanya keadaan beliau dalam UMNO. Beliau berkata, ”Mahathir dulu ada juga rujuk ulama. zaman Pak Lah dah kurang. Datang Zaman Najib, terus tak dak langsung”.

Ini budaya biasa dalam mana-mana organisasi. Kalau menguntungkan, masakan cadangan, lebih dari itu pun mereka akan diterima pakai. Kalau tidak menguntungkan, mereka akan diketepikan. Bahkan tidak hairan, mereka akan diburukkan lagi.

Budaya ini, bukan berlaku dalam UMNO sahaja. Berlaku juga dalam PAS dan PKR. Sebab, ketiga-tiga parti ini adalah parti yang didominasi oleh orang melayu.

Kan ramai orang melayu bercakap, ”Kalau orang melayu berniaga bersebelahan, hati-hati, bimbang nanti kena santau”

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah [b] Sg Buloh
30 jun 2010 * 2:34 Petang

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sekarang ni kat harakah pakat sibuk konon felda bankrap,sime darby dan bermacam lagi.

tapi pasal kohilal kenapa tak berani nak jawab plak.....

dasar celaka punya parti

joe penang berkata...

Teringat kat AT. Mencadangkan konsep kepimpinan islam. Menggantikan kepimpinan ulama.
Takpalah umcino nak ambik islam 4 all. Kita masih guna pas 4 all pun xpa. Adakah pas 4 all sekarang ni masih pas all sebelum pru2008? Mesra blogger, pro pr dll lagi? Marilah kita semu muhasabah

Tanpa Nama berkata...

1.oiii!!mana hang tau!!umno tu arak!!Pas tu ayaq zam-zam!!
2.awatttt!!hang rasa hang tuhanka!!!!
3.hang nak ambiq kuasa Allah!!!hang boleh tentukan taraf keimanan seseorang!!hang boleh tentukan sapa masuk neraka!sapa masuk syurga!!
4.Hang tu sapa!!!!burung tiong jeeee!!!

Picisan berkata...

Salam Wan Ji,

Carilah perbandingan yang lain selain dari arak dan air zam2 ...