[1]
Dalam perlembagaan PAS fasal 5 [1] ada menyebut bahawa tujuan PAS adalah, "Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah" (sila klik)
Dalam perlembagaan PAS ini, disebut "nilai-nilai hidup Islam" dahulu berbanding menyebut "hukum-hukumnya".
secara falsafahnya, Hukum terlahir dari nilai. Hukum wajib terlahir, daripada nilai kebaikan. Hukum haram terlahir, daripada keburukan dan kemudharatan.
Seseorang yang tidak rasuah dan tidak melakukan penyelewengan terhadap harta rakyat, bermakna dia telah mengakui nilai kebaikan yang wujud disebalik larangan Allah dari memakan harta manusia secara batil [lihat surah Al-Baqarah : 188] . Walau lidahnya tidak menyebut "rasuah adalah haram", tetapi tindakannya sudah membuktikan bahawa hati kecilnya sudah mengakui hukum haram rasuah.
Tindakan ini, lebih baik daripada tindakan orang yang menyebut dengan lidahnya bahawa rasuah itu haram, tetapi dalam masa yang sama dia sendiri makan rasuah. Namun, jika dilidahnya mengatakan haram, disamping dia juga tidak mendekati rasuah, maka itu lebih baik lagi.
Jika dibaca Al-Quran, kita akan dapati Allah SWT lebih banyak mendatangkan nilai berbanding menyatakan hukum. Sesuatu itu dinyatakan hukum begitu dan begini adalah dari kaedah usul fiqh yang telah disusun oleh ulama-ulama yang muktabar.
Ulama menyebut bahawa Zina itu haram. Tetapi, jika dibaca dalam Al-Quran, yang disebut oleh Allah adalah "jangan kamu hampiri zina kerana ia adalah perbuatan keji dan sejahat-jahat jalan" [surah Al-Isra' : 32]
Bermakna, Allah SWT mengemukakan nilai [unsur keburukan yang wujud dalam zina]. Adapun hukum haram zina, diungkap oleh ulama berdasarkan kepada kaedah usul fiqh.
[2]
kita menyeru manusia kepada Islam. kadang-kadang dengan cara mengemukakan hukum, menyebabkan mereka lari meninggalkan kita. tetapi, jika dikemukakan nilai, ia dapat menghampirkan diri mereka kepada kita, malahan mereka boleh mengikuti apa yang kita dakwahkan itu.
Yang paling penting bagi pendakwah adalah, dapat menjauhkan sasaran dari perkara yang haram, dan sasaran dakwah itu dapat menunaikan perkara yang wajib. Walau mereka tidak menyebut "perkara itu haram" dan "perkara ini wajib" sekalipun, tetapi hati kecil mereka sudah akui keburukan yang ada pada benda haram, dan akui kebaikan yang wujud dalam benda wajib, maka itu sudah cukup dii'tiraf sebagai kejayaan dalam dakwah.
[3]
Istilah negara islam merupakan satu slogan. ia mengandungi nilai-nilainya. Yang paling penting adalah, bagaimana nilai-nilai negara islam itu terlaksana. Walau tidak disebut 'negara islam' sekalipun, tetapi rakyat dalam negara itu mengecapi nilai-nilai islam, maka itu sudah cukup untuk menyatakan bahawa negara itu adalah negara islam.
Unsur kasih sayang, tidak rasuah, tidak ada penyelewengan, rakyat hidup dalam harmoni, rakyat dapat mengecapi keadilan dan terhindar dari kezaliman merupakan nilai-nilai bagi sesebuah kerajaan Islam. Apakah mesti menggunakan "Negara islam" atau tidak, maka sekadar slogan sahaja.
jika difahami ini, sudah pasti kita tidak akan menolak kaedah yang menyebut;
الحكم يدور على المسمى لا على الإسم
maksudnya;
"Hukum itu berlegar pada benda yang diberi nama, bukan pada nama"
[4]
Jika difahami ini, pasti kita tidak akan terkejut apabila Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyebut dalam kitab 'Daur Al-Qiyam wa Al-Akhlak fi Al-Iqtisad Al-islami" [m.s : 355] adalah seperti berikut;
Firman Allah;
Tidaklah tuhan kamu [Allah] membinasakan sesuatu kampung dengan sebab kezaliman, sedangkan penduduknya melakukan islah [kebaikan]
[surah hud : 118]
Menurut Dr Yusuf Al-Qaradhawi, "makna kezaliman dalam ayat ini adalah syirik, kerana firman Allah dalam surah luqman 13 yg bermaksud, "sesungguhnya syirik adalah kezaliman yg besar".. Dengan maksud, Allah SWT tidak akan membinasakan ahli qura [sesebuah kerajaan] dengan semata-mata rakyatnya musyrik. tetapi, rakyat itu akan mendapat keamanan, waima mereka adalah golongan yg melakukan islah [kebaikan] dalam hubungan sesama mereka"
Justeru, secara falfasahnya, "dahulukan nilai berbanding hukum. Apabila wujud nilai, maka secara automatik hukum pasti akan dipatuhi".
sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah [b] Sg buloh
8 Julai 2010 * 3:22 pagi
1 ulasan:
Salam
"Unsur kasih sayang, tidak rasuah, tidak ada penyelewengan, rakyat hidup dalam harmoni, rakyat dapat mengecapi keadilan dan terhindar dari kezaliman merupakan nilai-nilai bagi sesebuah kerajaan Islam"
pertanyaan aku, ada ke unsur kasih sayang sesama Islam yg berlainan parti politik dalam PAS ni ...
Catat Ulasan