Jumaat, 9 Julai 2010

KARPAL PERLU HORMATI DEMOKRASI

[1]

Semasa nabi SAW sampai di Madinah, nabi dilantik menjadi 'ketua kerajaan', waima sebelum itu, Abdullah bin Ubai sudah 'lobi' untuk jawatan tersebut.

Mengapa Nabi SAW diterima, sedangkan Abdullah bin Ubai sudah bekerja kuat untuk mendapat jawatan itu? Jawabnya, kerana sokongan rakyat.

Pendokong Abdullah bin Ubai adalah golongan minority, menyebabkan rakyat tidak sepakat melantik Abdullah sebagai ketua kerajaan, tetapi apabila datang nabi Muhammad SAW, mereka sepakat melantik nabi SAW menjadi ketua kerajaan.

[2]

Malaysia adalah Negara yang mengamalkan system demokrasi. Dalam demokrasi, parti yang memerintah adalah parti yang mendapat sokongan secara majority.

BN masih lagi memerintah di Malaysia, sebab Ahli Parlimen BN masih lagi majority dalam parlimen. PR masih tidak memerintah Malaysia, sebab ahli Parlimen PR masih minority dalam parlimen.

Di kelantan, terbentuk kerajaan PAS kerana ADUN-ADUN PAS lebih majority berbanding ADUN-ADUN BN. Begitujuga di negeri PR yang lain, seperti Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

[3]

PAS mahu laksanakan Islam di Malaysia. Memandangkan Malaysia mengamalkan system demokrasi, maka keterlibatan PAS dalam politik, tidak dapat tidak terpaksa terlibat dalam demokrasi. Demokrasi bukan matlamat, sebaliknya ia sekadar sebagai alat sahaja.

Dengan demokrasi, PAS terbukti berjaya mengambil beberapa buah kerajaan, seperti Kelantan dan kedah. Sebelum ini, berjaya mengambil Terengganu. semua kejayaan itu, dibawah lingkungan demokrasi.

[4]

Karpal dari parti Democratic Action party [DAP]. Parti yang didokong oleh karpal itu, adalah parti yang menghormati demokrasi. Justeru, jika PAS mendapat sokongan majority dari rakyat, maka karpal wajib kena hormat keputusan rakyat itu.

Apabila rakyat secara majority mendesak perlaksanaan islam dalam Negara, maka keputusan rakyat itu wajib dihormati oleh DAP. Jika tidak, tidak ada faedah DAP menamakan parti mereka sebagai parti demokrasi.

Adapun PAS pula, perlaksanaan Islam di Malaysia tidak dapat tidak perlu dibawah lingkungan demokrasi. Ia tidak boleh disamakan cara perlaksanaan islam di Saudi Arabia, Afghanistan dan Iran.

Justeru, jika PAS mahu melaksanakan Islam di Malaysia, PAS perlu bekerja keras untuk memahamkan rakyat tentang islam agar rakyat sendiri mendesak kerajaan melaksanakan islam dalam Negara [Negara islam].

Jika PAS mahu melaksanakan Negara islam, tetapi dalam masa yang sama tidak berusaha keras memahamkan rakyat tentang Negara islam, ataupun bertindak sehingga menyebabkan rakyat tidak menyokong Negara islam, maka cita-cita perlaksanaan itu akan menjadi sekadar cita-cita sahaja.

Itulah hakikat demokrasi. Apa boleh buat, sebab kita berjuang di Malaysia, bukan di Afganistan, Iran dan Saudi Arabia.

Sekian
wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] Sg buloh
9 Julai 2010 * 3:10 Petang

5 ulasan:

dino.yp@gmail.com berkata...

malaysia BN sekarang adalah sebuah negara islam.dan ramai ulamak dah setuju.

HipHipHorey berkata...

"Adapun PAS pula, perlaksanaan Islam di Malaysia tidak dapat tidak perlu dibawah lingkungan demokrasi. Ia tidak boleh disamakan cara perlaksanaan islam di Saudi Arabia, Afghanistan dan Iran"


Baru sekarang PAS sedar ? Lain kali nak bercakap, fikir dulu ....

Tanpa Nama berkata...

1.Oiii!!awattt dakwah hangpa tak berkesan ka!!aii dulu bukan main cakap besaq!!kononnya nak dakwahkan puak dap itu!!nik aziz bukan main meninggi diri!!riak lagi!dialah pendakwah yang hebat!!sanggup kafirkan sesama islam tapi sanggup bersekongkol dengan kapiaq harbi dap!!kononnya untuk tujuan dakwah!!sapa dakwah sapa oii!!pas dakwahkan dap!dap "dakwahkan" pas!!
2.Pada puak cakap besaq pas ni!eloklah pi dakwahkan puak orang asli dikelantan yang dah murtad balik tu!!kot-kot dapat pahala dari Allah untuk bersihkan diri dari dosa dok bohong umat islam!!dok hipokrit tentang islam!
3.Sah-sah nik abduh berniaga MLM!!hukumnya haram!!awat tak nasihat!!atau tak perasan!anak dapat duit dari mana!tak sampai setahun berniaga!!pakai kereta mewah!berniaga apa oii!!
4.Akhir zaman!!Islam akan "diniagakan" oleh puak-puak yang rasakan mereka alim!!contoh yang paling dekat!perniagaan MLM!!berapa ramai puak "ustaz" yang jadi panel syariaah MLM!!bersubahat makan duit haram!!

Hipokraus berkata...

Salam Ust Wan Ji

"Itulah hakikat demokrasi. Apa boleh buat, sebab kita berjuang di Malaysia, bukan di Afganistan, Iran dan Saudi Arabia"

Kalau dah tahu berjuang di Malaysia, kenalah buat study tentang cara pendekatan dakwah terbaik untuk menengahkan Islam yg PAS ingin bawa.. Cara maki hamun dan menghina tidak akan bawa PAS ke mana2 ... Musuh PAS terutamanya UMNO akan membalas cara yg sama ...

Nasihat aku jgn berjuang cara di Pakistan ....

ProUG berkata...

Salam Ust

Demi ummah PAS-Umno perlu disatukan — Zaini Hassan

bacaan sepenuhnya di sini:

http://www.themalaysianinsider.com/breakingviews/article/demi-ummah-pas-umno-perlu-disatukan-zaini-hassan/