Sabtu, 7 Ogos 2010

KUIS DISABOTAJ?

Hari ini, berlaku konvokesion di KUIS. Setiap seorang pelajar, pihak KUIS menghantar surat jemputan kepada keluarga sebanyak dua jemputan.

Dalam majlis itu, didapati antara tetamu VIP itu adalah Pengarah JAIS, Haji Khusrin. Seorang yang berjiwa UMNO, dulu kini dan selamanya.

Namun sedih, setelah semua ibu bapa pelajar hadir, ada sebilangan dari mereka dilarang masuk ke dalam dewan konvo waima mereka mempunyai kad jemputan dari pihak KUIS. Apabila ditanya, alasan pihak KUIS bahawa dewan dah penuh dan kerusi sudah tidak cukup.

Lebih menyedihkan, ada sebilangan ibu bapa itu datang dari jauh, seperti dari Kedah, kelantan, Penang dan sebagainya.

Apa sudah jadi dengan KUIS, sebuah Kolej Universiti yang dikatakan Islam, tetapi pengurusannya amat memalukan. Keadaan ini, benar-benar memberi imej buruk kepada Kolej Islam itu. Juga, ia memberi imej buruk kepada kerajaan Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat.

Ada sebilangan ibu bapa pelajar yang turut tidak dapat masuk dalam dewan menyoal, "apakah wujud sabotaj terhadap kerajaan Pakatan Selangor oleh dalaman KUIS yang masih "berotak UMNO"?

sebilangan ibu bapa yang tidak dapat masuk ke dalam dewan Konvo, waima dapat surat jemputan dari pihak KUIS.



Wallahu 'Alam

Sekian

Al-Bakistani


- Bandar Baru sungai buloh
7 Ogos 2010 * 4:12 Petang

Tiada ulasan: